SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Mei 2014

PENJAWAT AWAM SERTAI PERHIMPUNAN CBP DIANGGAP PENGKIANAT - CUEPACS

Bernama
1/5/2014



JITRA, 1 Mei (Bernama) -- Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.

"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan...jadi suka atau tidak mereka perlu akur.

"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan CBP hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.

"Jangan pula cakap mereka dianiaya sekiranya dikenakan tindakan tatatertib. Ini salah mereka sendiri kerana mahu menyertai perhimpunan ini sedangkan awal-awal lagi saya telah mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam tidak boleh turut serta.

"Perdana Menteri sentiasa membuka pintu kepada Cuepacs mendengar rintihan dan keluhan pekerja dalam sektor awam, yang mampu menyelesaikan sedikit sebanyak tekanan hidup dan melihat apa yang diperlukan dalam sektor awam. Jadi tidak perlu melibatkan diri dalam perhimpunan," katanya.

Beliau berkata Najib turut meminta penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan paling penting mengharapkan agar penjawat awam dapat membantu usaha menyuntik pendapatan negara bagi menampung kos sara hidup penjawat awam.

"Bagi meningkatkan pendapatan negara, produktiviti daripada semua penjawat awam diperlukan dan bagi mengekalkannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga. Cuepacs dan kerajaan masing-masing mahukan sesuatu jadi di sini kita perlu bersama-sama berusaha untuk memenuhi kehendak satu sama lain," katanya.

-- BERNAMA

9 ulasan:

toyol berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
toyol berkata...

aziz muda menunjukkan kebodohan dirinya sendiri.juga menunjukkan dirinya sbagai seorang pengampu tegar.sangat memalukan.

Unknown berkata...

Aziz muda penjilat bontot . Sial ko

firas berkata...

Bagi pandangan saya, jika tidak dapat meningkatkan taraf hidup gred sokongan, inilah yang dikatakan pengkhianat, hanya pandai berkata-kata tetapi gagal laksana.

Unknown berkata...

sudah sampai masanya kerajaan MENGURANGKAN PENGAMBILAN BARU sebaliknya mengisi kekosongan dengan membuat pengambilan dalaman, samada bertukar skim berlainan dengan gred yang sama (sekiranya mempunyai kelulusan berkaitan) mahupun lantikan ke skim lebih tinggi sekiranya seseorang pegawai mempunyai kelulusan lebih tinggi, sebagai contoh: lulusan SPM lantikan gred 17 yang memperolehi diploma boleh dilantik ke gred 29 mahupun ke gred 41 sekiranya mempunyai sarjana.

dari situ boleh mengurangkan bebanan belanja mengurus kerajaan. jawatan asal yang telah dikosongkan oleh mereka bolehlah dibuat pengambilan baru, sebagai contoh seorang S17 yang ingin ke N17, jawatan S17 tersebut pastinya kosong, barulah boleh dibuat pengambilan, begitu juga seorang N17 yang mendapat jawatan M41, bolehlah dibuat pengambilan mengisi jawatan N17 tersebut.

inilah baru namanya TRANSFORMASI! barulah benar-benar layak dipanggil TIANG SERI, bukannya TIANG KAYU!

Zamani berkata...

Kita sokong mana-mana dasar kerajaan yang munasabah, kita bantah mana-mana dasar kerajaan yang tidak munasabah. Inilah yang dikatakan demokrasi. Takkanlah jika sesuatu dasar kerajaan yang tidak betul kita perlu berdiam diri dan sokong kerana takut dikatakan pengkhianat. Itu namanya menyokong membabi buta.

Unknown berkata...

Dato Azih Muda, hari tersebut cuti umum, PA tidak tuang kerja, jadi atas dasr apa ko nak kenakan tindakan????Ko jangan jadi bodoh sudahlah. tank q.

Unknown berkata...

Dato Azih Muda, hari tersebut cuti umum, PA tidak tuang kerja, jadi atas dasr apa ko nak kenakan tindakan????Ko jangan jadi bodoh sudahlah. tank q.

Unknown berkata...

Kakitangan awam yang join demo bantah GST salah dan boleh dibuang kerja kerana 'againts' dasar kerajaan, tetapi menidakkan perubahan skim bagi baki 114 skim lagi tu apa kita nak panggil? Kerana itu juga adalah janji kerajaan kepada penjawat awam tetapi kenapa hanya kepada 84 skim sahaja? kenapa sijil politeknik boleh disamatarafkan dengan diploma dan pemegangnya naik dari gred J17 terus ke J29 tetapi Penolong Pegawai Tadbir yang memiliki Ijazah tidak pula diberikan keistimewaan sedemikian? Dalam rancangan semalam (10/05/2014) jam 10 malam PM ada mengatakan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu memang benar, kerana mungkin pihak kerajaan telah disembunyikan akan fakta ini. Diharapkan kerajaan hari ini yang di bawah pimpinan DS Najib akan melihat perkara ini iaitu meluluskan tukarlantik penjawat awam yang kelayakan lebih tinggi ke gred jawatan yang sewajarnya terutamanya kepada Penolong Pegawai Tadbir kerana tugas yang dilakukan adalah sama sepertimana PTD cuma kumpulan dan skim sahaja yang berbeza. PM juga perlu maklum bahawa hanya skim PTD sahaja yang tiada penolong dan pembantu, dan kenapa gred41 KGTnya naik terlalu tinggi ke RM225 setahun iaitu kenaikan sebanyak 125% daripada sebelumnya atau adakah kerana untuk membalas dendam di mana kumpulan sokongan pada era Tun Abdullah (Pak Lah) telah dinaikkan gaji sehingga 35%? Perkara ini pernah dimaklumkan dengan tidak sengaja oleh pengarah pembangunan organisasi JPA di persidangan agong KEPAK pada bulan September 2013 di Hotel Hang Tuah Melaka. Zaman telah berubah dan kita semua 1 Malaysia tetapi kenapa perlu ada diskriminasi yang keterlaluan? Berdosakah kami kumpulan sokongan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dengan harapan untuk memajukan kerjaya dan taraf kehidupan kami? Rumusan saya ialah:

1. Guru dapat pembelaan kerana S/U Agong CEUPACS adalah guru,
2. Skim J naik taraf kerana bekas Presiden adalah dari MTSU.
3. Penjawat Awam (PA) Kementerian Kesihatan, PDRM dan ATM pelbagai kenaikan dan insentif kerana ada menteri yang menjaganya, bagi lain lain tiada kelehihan tersebut dan itu sebab mereka ketinggalan dan yang maha penting lagi dan mungkin ramai yang tidak mengetahuinya ialah, skim Penolong Pegawai Tadbir semakin lama semakin di'down-grade' kerana PTD tidak mahu skim mereka ada saingan kerana tugas PTD & PTT adalah sama kecuali gred.

Mohon CEUPACS perhatikan perkara ini.