SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

14 Mei 2014

CUEPACS SOKONG USAHA KERJAAAN LONJAK PENCAPAIAN NEGARA

Bernama
14/5/2014

KUALA TERENGGANU, 14 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengalu-alukan usaha kerajaan melonjakkan pencapaian negara menjelang tahun 2020.
Presidennya Azih Muda berkata usaha yang dibuat seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), mampu melonjakkan negara menjadi sebuah negara maju dalam tempoh enam tahun lagi.

"Sasaran kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencapai pendapatan perkapita sehingga USD15,000 menjelang tahun 2020 akan menjadi kenyataan," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Laporan Tahunan GTP dan ETP 2013 yang dilancarkan Perdana Menteri Isnin lepas antara lain berkata GTP 2.0 berjaya mencapai kejayaan 104 peratus daripada sasaran keseluruhan pada 2013 dengan keberhasilan ketara dalam pengupayaan ekonomi individu dan masyarakat.

Najib juga berkata fakta kejayaan itu boleh dilihat melalui pelbagai manfaat besar yang telah dinikmati rakyat, termasuk melalui pemberian tambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 melibatkan peruntukan berjumlah RM2.91 bilion yang dinikmati lebih 4.8 juta isi rumah berpendapatan rendah.

Azih berkata bantuan BR1M sebahagian kecil adalah penerima penjawat awam yang masih lagi berpendapatan rendah.

"Harapan kita selepas ini melalui pakej yang sedang dirancang kerajaan, bukan sahaja merubah landskap rakyat, tetapi mahu melonjakkan sektor awam itu sendiri bersama sektor swasta berganding bahu dalam Strategi Lautan Biru.

"Kita yakin di bawah strategi kerajaan itu ia akan memberi lonjakan yang berganda," katanya.



-- BERNAMA

15 ulasan:

rakyat jelata berkata...

apa lagi minta la jangan sokong lepas tu diam-diam

Kakitangan Awam berkata...

Pencapaian hanya sekadar di atas kertas, perlaksanaannya hanya sekadar melepaskan batok di tangga sahajalah.

Dalam isu perkhidmatan awam, gred N dan W dipinggirkan seperti kami ini semua tiada gunanya kepada pihak kerajaan.

Saya ingin mendapatkan penjelasan dari Presiden CEUPACS dan Perdana Menteri serta KPPA sendiri, apakah sebabnya skim lain boleh diberikan kenaikan itu dan ini sedangkan skim gred N dan W dianaktirikan seperti sekarang ini?

Masalah yang berlaku kini adalah rantaian arahan di jabatan yang dah jadi tunggang langgang, malahan dari segi bebanan tugas pun dah berterabur sana sini. Penyelia dari skim N dan W mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat, tapi gred rendah dari kakitangan biasa dari skim lain yang gred tinggi sedangkan kerja seperti anak buah penyelia skim N dan W buat sahajalah.

Presiden CEUPACS tidak bertanggungjawab kepada rakan-rakan di skim sendiri, pihak kerajaan tidak prihatin kepada kakitangan sendiri, KPPA bersikap pilih kasih dalam isu kebajikan kakitangan.

Kononnya negara maju, berpendapatan tinggi, tapi hanya indah khabar dari rupa, indah atas kertas, tapi busuk dan jijik pada kenyataannya.

Memang keras tulisan saya ini, tapi apakah saya dan rakan-rakan boleh bersabar dengan penghinaan sebegini dari pihak kerajaan?

Ingatlah jika di Terengganu pernah bergelora politiknya sebab rasa terhina dengan perlakuan PM, maka ingatlah skim N dan W juga berasa sangat terhina dengan layanan kelas ketiga yang diberikan oleh kerajaan kepada skim N dan W. Maka tiada gunanya lagi kami jadi benteng hadapan kerajaan dalam menjelaskan isu kepada masyarakat, biarlah Presiden CEUPACS, Perdana Menteri, KPPA yang berasa sangat pandai dan kuat sangat itu lakukannya semua.

Kami boleh bekerja seperti biasa menjalankan tanggungjawab kami, tapi untuk pertahankan kerajaan, maka boleh pergi jahanamlah semua itu, tak guna kami bermati-matian bela kerajaan, tetapi kami diperhinakan dengan begitu dahsyat oleh pihak kerajaan, ibarat kami semua ini golongan kelas ketiga dalam perkhidmatan kerajaan.

Perasaan marah yang berbekas dalam hati sangat sukar untuk dihilangkan. Kerajaan faham-fahamlah sendiri pendirian kami dalam PRK Teluk Intan dan PRU 14 nanti.

PRK Teluk Intan, kakitangan awam sokong calon bebas, sebab tak guna sokong DAP yang nak mengurangkan kakitangan awam, dan tak guna juga sokong calon Barisan Nasional yang tak pedulikan kakitangan awam.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Dari segi pencapaian negara, saya meragui berhubung isu TPPA atau Trans Pacific Partnership Agreement yang mana hanya indah khabar dari rupa.

Pihak kerajaan tidak mendengar rintihan dari golongan bawahan yang mengesan bahawa TPPA akan membunuh peniaga-peniaga kecil apabila gergasi konglemerat dari Amerika dan negara-negara besar masuk ke negara ini.

Dari segi pelaburan asing, walaupun besar, keuntungan dari hasil pelaburan itu akan dibawa balik ke negara asal syarikat tersebut, apa untungnya Malaysia?

Malahan dari segi peluang pekerjaan, kerana syarikat asing nak keuntungan yang besar, maka mereka akan menggajikan pekerja asing yang mereka boleh beri gaji yang murah.

Dalam isu ini, walaupun ada pelaburan yang besar dari syarikat asing, malahan dikatakan juga akan ada beratus ribu peluang kerja, tetapi hanya berapa kerat sangatlah yang berikan manfaat kepada negara, tetapi sebahagian besar, lebih dari 90% memanfaatkan orang asing, Malaysia hanya jadi tempat untuk orang buat untung sahajalah tanpa beri manfaat besar kepada negara.

Tetapi biasalah, pihak kerajaan sekarang ini mengutamakan orang-orang korporat yang diambil bekerja dengan kerajaan dalam PEMANDU, kerajaan dah tak pedulikan pandangan kakitangan awam yang melihat dari segi kepentingan nasional Malaysia, tapi kerajaan hanya melihat dari keuntungan jangka masa pendek dalam pandangan dunia korporat sahaja.

Nak buat macam mana, nak transformasi sangat sampai menggadaikan negara dan rakyat sendiri.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

a

adam danish berkata...

saya ini pejawatan dikalangan berjawatan rendah perlu hadapi kenaikan harga ultiliti,bagaimana kami mahu kerja lebih efisien sedangkan diminta berkerja keras sedangkan kenaikan gaji lebih rendah dari kenaikan harga senasa. Pendapatan kami masih rendah malah jika kami mahu melakukan 2 kerja,ini menjejaskan sasaran kerja tahunan akan merosot.. malah perlu minta kebenaran jabatan. Tolong kesian pada kami orang bawahan. tanpa kami sebagai pelaksana , kerajaan tidak boleh bergerak atas nama parti..

Mahmood Adam berkata...

KERJAAAN. hahaha

jangan sokong membabi buta saja wahai cuepacs. selagi kerajaan sedia ada ni masih mempercayai manusia-manusia di SPA tu sebagai "badan melantik" dengan menggunapakai konsep "meritokrasi" yang boleh dipertikaikan, percayalah, pencapaian negara sukar nak dilonjak kerana pegawai kerajaan terutamanya P&P dipenuhi dengan manusia yang hanya pandai di atas kertas disebabkan angka CGPA mereka tinggi melalui konsep:

1. hafal setiap huruf dalam buku untuk ditulis semula dalam kertas peperiksaan yang akhirnya melahirkan robot, bukannya manusia yang mempunyai otak yang boleh membuat kebarangkalian.
2. tak pandai mana pun, tapi mempunyai kemahiran "kejuruteraan sosial" ataupun "social engineering" dimana setiap kali keluar keputusan peperiksaan, mereka akan berjumpa dengan penanda kertas jawapan mereka yang juga pensyarah mereka sendiri. akhirnya C- boleh jadi A-
3. memang semulajadi pandai. malangnya akhlak buruk dan tak pandai berdikari serta tak pernah hidup susah. contoh paling mudah, ketika sesi PAC/induksi/DPA(bagi PTD), kita boleh lihat manusia-manusia yang suka mengambil kesempatan, seperti taknak kerja berpasukan, malas untuk mengemas, malas untuk angkat kerusi dan meja, manja tak tahan lasak, suruh meredah belukar pun merengek dan sebagainya.

kategori manusia di atas tak salah. yang salah adalah SPA mereka melantik mereka. akhirnya spesis sebegini yang diberi kepercayaan untuk mentadbir, membuat dasar, menguatkuasakan undang-undang dan sebagainya.

sebagai contoh, pelantikan pegawai SPRM gred 41 dan ke atas. adakah logik dengan mengambil mereka yang CGPAnya melangit akan menjadikan mereka bebas rasuah, telus, berintegriti dan cekap dalam menjejak si pelaku rasuah? inilah masalah SPA. mereka ingat meritokrasi boleh MELONJAK PENCAPAIAN NEGARA.

kampung keduaq boyz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sakura luncai berkata...

kerajaan yang zalim lagi yahudi .. bil ulitili naik , barang naik , cukai bertambah2 .. tak bayar sampai surat saman .. kerajaan apakah ini ???? marilah kita penjawat awam menrefomasikan kerajaan yang sedia ada ...

Made in Pahang berkata...

kami golongan gaji bawah 3k hati dah runsing pikir perbelanjaan yang meningkat tidak sepadan dengan gaji..hati sentiasa runsing pikir belanja keperluan asas yg semakin meningkat..kami tak fikir nak pakai kereta import atau barang berjenama atau rmh besar memang kami x mampu..yg kami fikir adalah keperluan asas keluarga..pendidikan anak anak..org yg bergaji besar jangan cakap kami berbelanja ikut rasa tak ikut pendapatan..keadaan sekarang kami terpaksa berbelanja ikat perut bukan ikut perut untuk memastikan gaji cukup utk sebulan

Made in Pahang berkata...

asas yg semakin meningkat..kami tak fikir nak pakai kereta import atau barang berjenama atau rmh besar memang kami x mampu..yg kami fikir adalah keperluan asas keluarga..pendidikan anak anak..org yg bergaji besar jangan cakap kami berbelanja ikut rasa tak ikut pendapatan..keadaan sekarang kami terpaksa berbelanja ikat perut bukan ikut perut untuk memastikan gaji cukup utk sebulan

Made in Pahang berkata...

jika x dapat naikkan gaji turunkan tarif elektrik..tetapkan harga rumah mampu milik 60k
kurangkan interest kpd 1%
kembalikan semula susidi bahan api
brim tidak perlu gantikan dengan harga petrol yg lebih murah
turunkan kadar tol
itu adalah lebih baik daripada naik gaji x seberapa tetapi barangan naik berganda ganda

sakura luncai berkata...

apa kata mamak kepala botak tu ????

zamri rahman berkata...

paper utusan melayu pada 21 Mei 2014 mengharapkan kenaikan gaji 30%,wajar diberikan perhatian serius oleh PIHAK TERTENTU.
Ini melibatkan kebajikan penjawat awam yang mesti dibela.

saya yakin jika 30% seperti PRESIDEN CUEPACS harapkan menjadi kenyataan dan tuntutan tuntutan lain seperti elaun rumah,khidmat awam dinaikkan..

sudah tentu 1.5 juta penjawat awam akan terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Ini merupakan pandangan..kita sama sama berkongsi pendapat demi kebaikan semua pihak.

sakura luncai berkata...

tunggu kata putus mamak ...

kampung keduaq boyz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.