SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Mei 2014

PELUANG KENAIKAN PANGKAT LEBIH BAIK BAGI SKIM PERKHIDMATAN TERTUTUP - KSN

Bernama
11/5/2014


 BATU PAHAT, 11 Mei (Bernama) -- Penjawat awam dalam skim perkhidmatan tertutup bakal menikmati peluang kenaikan pangkat lebih baik dan peluang-peluang lain selepas kajian semula terhadap skim perkhidmatan mereka selesai.
Mengumumkan demikian, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, untuk itu sistem kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang akan diperkenalkan.

Beliau mengakui wujud kekangan kenaikan pangkat bagi penjawat awam di dalam skim perkhidmatan tertutup kerana ia terhad kepada jawatan sedia ada.

"Peluang kenaikan pangkat dan sebagainya adalah terhad. Ramai yang tunggu di bawah kerana ia seperti sistem piramid.

"Mungkin yang dapat (kenaikan pangkat) satu dua tetapi yang lain tidak dapat walaupun mereka sama-sama berkaliber dan telah berkhidmat lama," katanya.

Ini akan cuba diatasi, kata beliau pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di sini hari ini.

Turut hadir naib canselornya Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Menurutnya, penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan tertutup itu akan dilakukan secara berperingkat memandangkan implikasi kewangannya jika dibuat serentak secara menyeluruh.

Usaha menambaik skim terbabit sudah dilaksanakan di Jabatan Pertanian.

Ali berkata pihaknya kini melihat skim perkhidmatan di Jabatan Kastam; Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; serta Jabatan Geosains dan Mineral.

"Setakat ini 80 skim perkhidmatan telah pun dikaji semula dan bakinya sedang di dalam proses dan dijangka selesai tahun ini. Lebih 270 skim perkhidmatan akan selesai dikaji semula," katanya.

Beliau berkata, wujud banyak jabatan profesional di dalam skim perkhidmatan tertutup dan kajian semula itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada penjawat-penjawat awam.

Dalam pada itu, Ali berkata kerajaan akan membantu penjawat-penjawat awam memiliki rumah sendiri menerusi Skim Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia.

Pihaknya kata beliau, sedang mengenalpasti tanah-tanah yang sesuai diseluruh negara untuk didirikan projek perumahan berkenaan.

Rumah-rumah itu katanya, akan dijual pada harga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Terdahulu di dalam ucapannya, Ali berkata, rakyat Malaysia semakin peka, berpendidikan tinggi, dan menaruh harapan yang kian meningkat terhadap sistem penyampaian Perkhidmatan Awam negara.

Selaku penjawat awam katanya, mereka tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian, tetapi perlu sentiasa berusaha untuk mencapai tahap lebih baik dan lebih tinggi.

-- BERNAMA

13 ulasan:

Mahmood Adam berkata...

nak beri semua gred lantikan peluang kenaikan pangkat, senang je.

jangan guna konsep piramid atau segitiga, sebaliknya guna segi empat terus.

kalau gred 17 ada 10 orang, begitu juga gred 22 ada 10 orang dan gred 26 ada 10 orang. begitu juga kalau gred 27/29 ada 10 orang, gred 32/36 juga ada 10 orang dan gred 38 ada orang orang.

dengan syarat kesemua gred tersebut mempunyai bidang tugas yang tersendiri mengikut kepayahan sesuatu tugasan. bukan ikut konsep seperti sekarang, ada 10 orang gred 17/27/29, lepastu ada 2-3 orang gred 22/26/32/36 yang rata-rata tahu menjadi mandur. manakala gred 38 pula menjadi SUPER MANDUR. ibarat macam dia pulak yang bayar gaji kepada gred-gred 17/27/29 tersebut. seharusnya kalau gred 27/29 buat penyelesaian matematik 2x3, gred 32/36 perlu buat penyelesaian matematik 12x8 manakala gred 38 pula menyelesaikan masalah dy/dx. baru kena dengan gred, kekananan/pengalaman!

Unknown berkata...

skim apa yang tertutup nie ksn OOOOIIII . yang gred 1 - 22 nie apa cite , naik pangkat takdak naik tak naik .... puuiiiii ....

Unknown berkata...

NAIK PANGKAT KE???KALAU SETAKAT PERTUKARAN GRED CONTOH DARI 1 KE 11 KAN BAIK TAK PAYAH CAKAP PASAL KENAIKKAN PANGKAT ..ITU BUKAN KENAIKAN PANGKAT NAMANYA,ITU PERTUKARAN GRED JE,SEMUA BOLEH BUAT SEBAB TAK PERLUKAN KENAIKAN APA-APA PUN..GAJI DAN SEBAGAINYA TAK TERLIBAT PUN..HAMPEH,ITU KE NAMA KENAIKKAN PANGKAT,AGAKNYA KSN KITA NI BELAJAR TINGGI SANGAT KOT ..ITU YANG TAHU BEZA KENAIKAN PANGKAT MEMANG TAKKAN ADA KENAIKAN DARI SEGI KENAIKKANGAJI MAHUPUN LAIN-LAIN..

Unknown berkata...

KSN kita ni memang belajar pandai itu sebab dia cakap macam tahu je tentang kenaikan pangkat..yang aku tahu kenaikan pangkat seseorang akan dapat pelbagai faedah dari segi kenaikan gaji ,elaun dan sebagainya..kalau contoh setakat dari skim 1 ke 11 itu pertukaran gred je,wat apa,hampeh..diorang pandai cakap sebab gaji kan tinggi,kita kuli je..

Unknown berkata...

cuba tanya mereka yang berpangkat tinggi adakah mereka elaun perumahan samadengan jumlah penjawat lain dapat contoh kumpulan sokongan dari gred 41-1..adaakah sama???pernah fikir,

Unknown berkata...

NAIK PANGKAT KE???KALAU SETAKAT PERTUKARAN GRED CONTOH DARI 1 KE 11 KAN BAIK TAK PAYAH CAKAP PASAL KENAIKKAN PANGKAT ..ITU BUKAN KENAIKAN PANGKAT NAMANYA,ITU PERTUKARAN GRED JE,SEMUA BOLEH BUAT SEBAB TAK PERLUKAN KENAIKAN APA-APA PUN..GAJI DAN SEBAGAINYA TAK TERLIBAT PUN..HAMPEH,ITU KE NAMA KENAIKKAN PANGKAT,AGAKNYA KSN KITA NI BELAJAR TINGGI SANGAT KOT ..ITU YANG TAHU BEZA KENAIKAN PANGKAT MEMANG TAKKAN ADA KENAIKAN DARI SEGI KENAIKKANGAJI MAHUPUN LAIN-LAIN..

Mahmood Adam berkata...

inilah kesilapan terbesar kerajaan barisan nasional dengan memberi kenaikan gaji membabi-buta, menaiktaraf skim gaji setiap gred, terutamanya pada tahun 2007 yang lalu. jika anda lihat 10-20 tahun lepas, yang memasuki perkhidmatan awam adalah mereka yang memang benar-benar ingin berkhidmat untuk negara walaupun mereka tahu bahawa gaji amatlah kecil berbeza dengan swasta.

sekarang gaji permulaan setiap kakitangan tak kira lantikan guna spm, diploma mahupun sarjana muda dikira tinggi berbanding dengan kebanyakan sektor swasta. maka ramai orang minat nak masuk sektor awam, bukan disebabkan nak berkhidmat untuk negara, tetapi disebabkan inginkan kemewahan dalam masa yang sama jaminan kerjaya. zaman dahulu gaji kecil tetapi ada jaminan kerjaya. di swasta pula mewah tetapi tiada jaminan kerjaya. sekarang di sektor awam sudah ada kedua-duanya.

disebabkan ketidakseimbangan ini, maka yang masuk kebanyakannya gila harta, gila pangkat dan gila wang. soal perkhidmatan untuk negara dijadikan perkara nombor 2 malah ada yang lebih buruk lagi meletakkannya ke perkara terakhir.

lihat saja la sekarang ni, semuanya menyalak inginkan gaji tinggi, kenaikan itu ini. inilah kesilapan kerajaan. memanjakan sumber manusia dengan wang ringgit. sehinggakan tempat dan jawatan yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang berhak dan layak, telah diberikan kepada mereka yang telah disalahlantik dan disalahnilai.

Unknown berkata...

kerja banyak gaji kecil , apa cite ?? nabi muhd kata , upah biar setimpal dengan kerja .. menteri2 jangan jadi munafik wahabi .. tolong pandang sikit gred bawah ..

Ryzrien berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ryzrien berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Ryznen ????

tau tak sapa yang dapat Gred44 ,48,52 tu .. tu semua kroni2 dia . ada hg penah dengar gred 1 naik pangkat ke gred 17 .. ada dengar gred 17 ke 32 .. tak penah langsung ka .. tu la namanya , sistem pilih bulu ... ada paham ????
jadi bila la gred 1 - 17 nie nak naik pangkat .. adakah nak tunggu sampai umur 60 atau langsung tak dapat ... fikir dan renungkan ..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

jawatan penyelia asrama tidak siapa pun bela...dah la tiada peluang kenaikan pangkat,nak pindah pun payah..takkan kami nak duduk kat gred 17/22 smpai mati...kalau ditukarkan jawatan kpd pembantu tadbir pula rugi sbb skop krj kami berbeza dgn pembantu tadbir jd kerja kami yang bertahun tahun sebelum ni dan semua kemahiran kami dlm tugasan penyeliaan asrama hangus macam tu aje. cadangan saya jawatan penyelia asrama dinaikkan gred ke n27