SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Mei 2014

PM JUMPA CUEPACS JUN PERINCI TUNTUTAN

Utusan Malaysia
2/5/2014



KUBANG PASU 1 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi membincangkan tuntutan mereka pada bulan depan.Menurutnya, dalam pertemuan itu, setiap tuntutan tersebut perlu diperincikan oleh CUEPACS untuk pertimbangan kerajaan.

"Saya ada peluang untuk menimbangkan rayuan, bisikan bukan desakan tetapi bukan hari ini sebenarnya sebab bulan depan saya akan jumpa CUEPACS dalam perjumpaan tahunan.
"Dalam perjumpaan itu akan ada jangkaan dan akan sentuh berhubung pekerja, penjawat awam. Saya faham tetapi biarlah kerajaan gunakan platform lebih tepat untuk timbang kehendak anda (CUEPACS). 

"Ini hari pekerja adalah untuk semua, bukan untuk awam sahaja bahkan pekerja swasta. Jadi hari ini saya nak cakap secara keseluruhannya betapa pentingnya kita fahami situasi dan perjalanan kita sebagai sebuah negara," katanya.Beliau berucap dalam majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 bertemakan Penjawat Awam Tiang Seri Negara di Dewan Wawasan Jitra, di sini hari ini.

23 ulasan:

Kay4 berkata...

BIncang lagi...tak abis abis bincang...bila nak umumkan semakan gred katanya pertengahan tahun....nampak gaya mcm tak semak pun

Made in Pahang berkata...

ceupac mesti minta sampai dapat kenaikan elaun khidmad awam dan perumahan utk kump sokongan sbb kami kump sokongan tidak dpt apa apa kenaikan elaun brbanding kump pengurusan..cth elaun khidmad awam kami tidak ada perubahan dari mula brkhidmat sampai pencen tetap rm160..elaun rmh pun sama tetap rm180 sampai pencen..harap ada penambahduitan utk kami

Unknown berkata...

Hullo Mr. Presden,
Kasi bincang sampai habiss jangan tertinggal satu ayat pung.

Itu kalu MAPPA tarak juga umum, itu tandanya kita putih mata.

Mimpi siang hari. Mengigau siang malam.

Unknown berkata...

jangan lupa cuepacs, perjuangkan sekali "laluan khas" bagi penjawat awam kumpulan sokongan bagi "temuduga khas" ke pengurusan & profesional, walaupun dikalangan orang atasan cuepacs sendiri pun tiada kelulusan sarjana muda, tetapi diharap ada yang tergerak hatinya untuk melihat kepada keperluan ini. sekiranya majoriti orang inginkan kenaikan gaji dan elaun tanpa perlu bersusah payah menyambung pengajian, biarlah kami sebagai seorang penjawat awam mendapat gaji yang setimpal dengan kelulusan sarjana muda/sarjana yang diperolehi ketika dalam perkhidmatan. ini adil bagi kami kerana kami rasa kami tak layak menuntut kenaikan gaji/elaun sedangkan kami masih lagi dalam kumpulan sokongan samada gred 11/14/17/22/26 mahupun 27/29/32/36/38. kami hanya mahu kuota khas/laluan khas untuk membenarkan kami bersaing sesama sendiri, bukannya perlu bersaing "sama-rata" dengan graduan baru keluar universiti di luar sana.

sekian cadangan saya.

Mahmood Adam berkata...

mereka ni semua mana nak paham sebab semuanya jumud pemikirannya, baik presiden cuepacs, pengerusi suruhanjaya, ksn, hatta perdana menteri sekalipun. mereka tak penah mula dari bawah, ataupun kalau mula dari bawah sekalipun tetapi akhirnya lupa asal usul setelah berada di puncak. presiden cuepacs sendiri pun dengar ceritanya gred 32, gred kanan yang sepatutnya menggunakan stpm/diploma. taktau la kalau dia sekadar ada spm tetapi guna kpsl. tetapi zaman dia dahulu mudah kerana tiada persaingan. samada dia seorang yang menggunakan kpsl mahupun sedia ada masuk perkhidmatan awam menggunakan stpm. hari berganti hari, perkhidmatan awam ditambah baik dari segi skim gaji menyebabkan ramai anak muda masakini berebut-rebut untuk memasuki perkhidmatan awam dengan niat utama untuk mencari kemewahan dan niat untuk berbakti kepada negara diletakkan di no.2 malah ada yang letak di nombor yang hampir terakhir. disebabkan perebutan jawatan yang sedikit menyebabkan penjawat awam sedia ada yang ingin meneruskan laluan kerjayanya ke peringkat lebih tinggi menjadi sukar kerana mereka disamatarafkan dengan graduan baru yakni perlu bersaing sama rata, malah kadangkala dikatakan lebih berat daripada graduan baru kerana pegawai sedang berkhidmat perlu membawa sekali LNPT yang menyatakan prestasi tahunannya. ada beberapa kes dimana seorang ini telah dianiaya oleh penyelianya atas faktor cemburu disebabkan "anak buahnya" mempunyai kelulusan lebih tinggi dan mampu untuk pergi lebih jauh, tetapi telah dianiaya dengan diberi markah yang rendah dan ulasan/komen yang menjatuhkannya. akibatnya pegawai tersebut gagal pada sesi temuduganya kerana pihak penemuduga telah menjadikan alasan "LNPT nya tidak baik". jadi adakah ini suatu persaingan yang adil dengan graduan baru?

spa perlu benar-benar ber"transformasi" kerana apa yang dilihat setakat ini lebih kepada retorik dan menjalankan perubahan yang terkebelakang. saya setuju dengan komentar di atas, bahawa pegawai sedang berkhidmat bukanlah mahu "privileges", memadailah mereka ini bersaing sesama mereka dan bukannya bersaing bersama-sama dengan graduan baru. adalah tidak adil sekiranya membandingkan pelumba lari yang sudah berkhidmat selama 10 tahun dengan pelumba lari muda, sekiranya mereka ini berlumba sesama mereka, pastinya pelumba lari yang lebih tua tersebut akan kalah kerana faktor usia. sebaliknya pelumba yang mempunyai pengalaman 10 tahun dengan usia yang tidak jauh beza diberi trek yang sama, pastinya akan memberi persaingan yang adil. yang menang akan berpuashati dan yang kalah pun akan berpuashati kerana mereka berlumba sesama mereka.

tidak salah rasanya sekiranya ada 40 kekosongan, 20 diberikan kepada graduan baru dan 20 lagi diberikan kepada pegawai sedang berkhidmat. sekiranya kuota 20 orang pegawai sedang berkhidmat tidak dapat diisi kerana kekurangan calon, maka bolehlah diambil dari graduan baru. ini tak, ada 40 kekosongan, pegawai sedang berkhidmat yang dipanggil temuduga seramai 60 orang, hanya 5 orang sahaja yang berjaya dengan alasan lagi 55 orang lagi "tidak sesuai" manakala baki kekosongan 35 lagi diisi oleh graduan baru. inikah dia yang dikatakan oleh spa sebagai "persaingan yang sihat?"

gunakanlah otak wahai pengerusi spa. saya menggunakan nama anda dan avatar anda kerana anda adalah idola saya sejak dari zaman anda menjadi ksu kdn lagi. jangan biar saya menggunakan nama anda dan avatar anda kerana anda menjadi bahan ejekan saya.

sekian terima kasih.

Unknown berkata...

cuepacs nie , kita cakap bukan dia nak dengar pon . maklumlah , dia presedent yang kita pilih . otak dia lebih bijak meminta dari kita . yang hairannya , bila depan Pm dia tak berani angkat muka . macam nie ka pemimpim yang kita pilih .. pilih orang lain pulak kot ..

Parklee berkata...

Bincang-bincang daripada pagi sampai ke petang.

Bincang-bincang daripada siang sampai ke malam.

Bincang-bincang daripada hari sampai ke minggu.

Bincang-bincang daripada bulan sampai ke tahun.

Cuba cari titik temu setiap perbincangan.

Setiap kali usul, setiap kali usul, setiap kali perbincangan, setiap kali usul, setiap kali perbincangan yang dibawa perlu kesamarataan bagi semua. Bagi semua, bagi semua, bagi semua skim perkhidmatan, semua perkhidmatan, semua skim!! Perkara ini perlu ditegaskan berkali-kali, berkali-kali semua Datuk Presiden paham untuk mengiring usul. Sebab, kita tengok berlaku penyelarasan yang tidak rata, tidak adil, tidak rata pada semua skim perkhidmatan. Hari ini diumumkan faedah pada cikgu, esok pada askar, lusa pada kerani. Ini perjuangan pilih kasih!!

Perjuangkanlah untuk semua skim perkhidmatan dalam kerajaan amnnya dan sektor swasta. Sebab, semua rakyat Malaysia!

1 Malaysia

Parklee berkata...

Bincang-bincang daripada pagi sampai ke petang.

Bincang-bincang daripada siang sampai ke malam.

Bincang-bincang daripada hari sampai ke minggu.

Bincang-bincang daripada bulan sampai ke tahun.

Cuba cari titik temu setiap perbincangan.

Setiap kali usul, setiap kali usul, setiap kali perbincangan, setiap kali usul, setiap kali perbincangan yang dibawa perlu kesamarataan bagi semua. Bagi semua, bagi semua, bagi semua skim perkhidmatan, semua perkhidmatan, semua skim!! Perkara ini perlu ditegaskan berkali-kali, berkali-kali semua Datuk Presiden paham untuk mengiring usul. Sebab, kita tengok berlaku penyelarasan yang tidak rata, tidak adil, tidak rata pada semua skim perkhidmatan. Hari ini diumumkan faedah pada cikgu, esok pada askar, lusa pada kerani. Ini perjuangan pilih kasih!!

Perjuangkanlah untuk semua skim perkhidmatan dalam kerajaan amnnya dan sektor swasta. Sebab, semua rakyat Malaysia!

1 Malaysia

Unknown berkata...

Bincangkan juga pasal pejawat awam yang memegang jawatan secara kontrak yang dah lama berkhidmat supaya diberi jawatan tetap. Asyik-asyik sambung, sambung, sambung.

Made in Pahang berkata...

yeahhh..setuju tahun ni ceupac bincang utk semua..tahun ni semua penjawat awam dapat..

Unknown berkata...

isu elaun selesaikan dahulu...terutama rumah.

mana ada rm180 sewa rumah

Mando berkata...

Wahai PM tambatan hati rakyat, Kami tak mintak semua boleh dapat. Faham juga masalah kewangan kerajaan dengan kos SAR kehilangan MH370,nilai ringgit yg semakin lemah dsb. Tapi bagilah sebahagian terutamanya elaun rumah, EKA, COLA dsbnya. Kami yg bertugas dipedalaman amat memerlukan elaun ekmltk supaya dikaji semula - kadarnya masih jauh untuk membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin membebankan. Tkasih PM . Kpd kepimpinan CUEPACS , kami akan sentiasa berdoa dan menyokong penuh kegigihanmu terus berusaha memperjuangkan kebajikan kakitangan awam. Hidup CUEPACS !!!

az berkata...

Januari 2005 - Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) untuk kumpulan sokongan satu (lepasan diploma dan spm)
dinaikkan daripada RM135.00 kepada RM180.00

Januari 2006 - Elaun Batuan Saraan Hidup (COLA) diperkenalkan
antara RM50 hinnga RM150.00

Januari 2007 = Elaun Khidmat Awam (EKA) untuk kumpulan sokongan satu (lepasan diploma)
dinaikkan daripada RM115.00 kepada RM160.00

Januari 2007 - COLA dinaikkan 100% kepada RM100 hingga RM300.00

2008 - Tiada apa-apa elaun dinaikkan
2009 - Tiada apa-apa elaun dinaikkan
2010 - ??????????????????????????
2011 - ??????????????????????????
2012- COLA kawasan B dan C dinaikkan sebanyak RM50.00
RM100 jadi RM150
RM200 jadi RM250
yang kawasan A kekal RM300.00
2013 -??????????????????????
2014 - Bulan JUN.... harap-harap adalah????????????????????

Unknown berkata...

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HarapanCUEPACS/Article/index_html

aku suka perenggan yang ini: selain peluang kenaikan pangkat lebih meluas kepada semua penjawat awam khususnya mereka yang mempunyai rekod pendidikan cemerlang.

harap yang ini menjadi kenyataan kerana laluan kerjaya khas akan diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai pendidikan tinggi yang melayakkannya untuk ke jawatan lebih tinggi sebagaimana "janji" perdana menteri yang mengatakan tentang "kenaikan pangkat laluan pantas" tempohari.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Dengarlah keluhan hatiku ni Wahai PM & SPA...dimanakah janji2 manis laluan kenaikan pangkat secara khas tu...umur saya dh pun 43 tahun, dpt ijazah s.m pd tahun 2010, dpt 2nd class upper, t/duga jurutera awam j41 dh pun 5 kali tp ttp gagal termasuk t/duga baru2 ni, APC dah dpt 4 kali, pengalaman di pelbagai jabatan...kenapa saya atau golongan seperti saya perlu bersaing dgn golongan2 muda...ini tidak adil bagi golongan seperti saya yg dh dianggap golongan tua ini. Banyak pengorbanan yg telah kami lakukan utk menyahut seruan kerajaan agar mempertingkatkn pengajian ke tahap yg lebih tinggi. Korbankan masa yg mana tempoh pengajian selama 4 tahun lebih, korbankan hari minggu, wang ringgit, masa brsama keluarga entah kemana, yg paling kecewa tiap2 bulan gaji dipotong utk byr duit pinjaman JPA...kenapa pihak kerajaan tidak membuat kaedah tukar lantik sahaja bagi golongan seperti kami ini...Dlm temuduga, kenapa pihak SPA asyik memilih golongan muda sahaja utk menjawat jawatan tersebut...kami bukan nk mempertikaikan sngat "rezeki" golongan muda ini tetapi berilah ruang yg seadil-adilnya bagi pihak kami yg jauh lebih berpengalaman drp mereka....Perjuangkan untu kami juga wahai CUEPACS....

Unknown berkata...

bincang bincang semua dah bosan...dah byk ckp practical la pulak...

Unknown berkata...

dah bertahun tahun isu ni. skarang baru nak bincang??? aku tak heran kalau prestasi penjawat awam makin merosot kerana kebajikan penjawat awam baru skarang nak bincang. gaji skarang tidak setimpal dengan beban kerja kami, kalau negara saja membangun tapi rakyat gaji mcm tu saja apa kami nak makan. kos skarang tinggi tau. sangat mengecewakan

Unknown berkata...

Janji tinggal janji.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

Sampai hari ini masih belum ada berita tentang pemberian HKG ni...Tolonglah ingatkan PM semula dalam perbincangan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/gaji-permulaan-tinggi-untuk-penjawat-awam-phd-dan-sarjana-26722?cp

Mahmood Adam berkata...

Habis Duit:

mereka tidak akan faham tentang pegawai pelaksana yang menyambung pengajian secara separuh masa/luar kampus sebab dalam pemikiran mereka hanya yang belajar sepenuh masa dengan CGPA tinggi melangit saja dianggap pandai & tahu buat kerja. realitinya, lihat saja kumpulan P&P masakini yang dipenuhi oleh graduan2 yang pernah ada pengalaman kerja dari bawah, tak pernah hidup susah, lihat saja bagaimana mereka buat kerja & menjalani rutin harian sebagai penjawat awam.

Unknown berkata...

aku tak percaya Pm nie ... cakap sepatah dua ja yang betoi ...yang lain , melalut sedapkan hati penjawat awam bahawan ja .. penuh dengan penipuan ...

Unknown berkata...

Brg2 kt pasaraya skrg semua dah mahal kerajaan memang wajib kena naikan gj pa kalau tdk ada pa yg mati kelaparan nanti.

Unknown berkata...

Kalau tk nak naik nanti tgu masa pru Akan dtg kita kasi tkr ini kerajaan