SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Mei 2014

CUEPACS MAHU GAJI NAIK 30% HADAPI GST







LIMBANG 20 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan supaya menaikkan 30 peratus gaji penjawat awam bagi membolehkan mereka menikmati agenda dan transformasi kerajaan dengan baik.Presidennya, Azih Muda berkata, kenaikan itu membolehkan penjawat awam bersedia untuk menghadapi sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan pada 1 April 2015.

Katanya, CUEPACS berharap pelaksanaan GST kelak tidak menyebabkan barangan harian mengalami kenaikan yang melampau.“Pendedahan maklumat tentang pelaksanaan GST ini masih rendah dalam kalangan rakyat, justeru kerajaan perlu mempergiat pemahaman sistem itu kepada semua pihak agar tidak dianggap membebankan.“Dalam masa sama, penjelasan tentang GST ini membolehkan kumpulan sasar iaitu rakyat dan komuniti setempat betul-betul faham, seterusnya menikmati keuntungan daripada sistem cukai itu," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa menghadiri Seminar Transformasi CUEPACS yang turut disertai Pengerusi CUEPACS negeri, Cecilia Yong.Dalam perkembangan lain, Azih berkata, kerajaan dan setiausaha kerajaan negeri diminta melaksanakan segera 81 skim perkhidmatan untuk penjawat awam di Sarawak kerana telah diluluskan pada 1 Julai 2013.Katanya, pelaksanaan itu adalah wajar kerana ramai penjawat awam di negeri itu masih menunggu tarikh dan pelaksanaan sebenar skim tersebut.

“CUEPACS juga memerlukan ruang untuk bertemu dengan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani untuk melaksanakan segera 81 skim tersebut, selain memohon pertimbangan menyemak 100 lagi skim lain.“Sehingga kini, skim penguatkuasaan dan perkeranian masih menunggu bentuk skim baharu manakala bagi klasifikasi lain sudah menerima faedah daripada 81 skim berkenaan," katanya.

Pada 22 November tahun lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyatakan bahawa kerajaan telah selesai melakukan kajian semula terhadap 81 skim, membabitkan perkeranian dan penguat kuasa manakala 100 skim lagi sedang diteliti.

57 ulasan:

Emas Intan berkata...

3000 x 30%= 3900 byk la gaji sy...

shukor berkata...

apa kaitan gst dengan kenaikan gaji 30%?

Zamani berkata...

### Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan supaya menaikkan 30 peratus gaji penjawat awam bagi membolehkan mereka menikmati agenda dan transformasi kerajaan dengan baik.Presidennya, Azih Muda berkata, kenaikan itu membolehkan penjawat awam bersedia untuk menghadapi sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan pada 1 April 2015 ###. Jika CUEPACS menuntut kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 30% bagi menghadapi GST mulai 1 April 2015, ini bermakna bahawa GST terbukti membebankan rakyat.

Unknown berkata...

apa punya banggang la ceupacs nie . gaji DGA32 - DG48 dah Rm3500 - Rm5000. ni nak naik 30% lagi ..gaji gred 1 baru 1001 . fikir la ..
ikutlah cara PM ( pak lah ) naik ikut gred macam dulu .. 17% - 7% . tak dak pilih bulu ..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Mintak maaf cakap, gaji Dan bonus untuk 2 ekor panda, sekian di maklumkan

Unknown berkata...

Maaf permohonan anda ditolak.

Made in Pahang berkata...

ceupac minta naik gaji 6% sudah ckup..sama dgn kadar gst..ceupac tlg minta kebaikan elaun perumahan dgn itka kump gred sokongan dulu..kami nanti akan terhimpit dgn kos kenaikan hrga akibat gst

Unknown berkata...

mintak naik elaun perumahan dulu.....

Kakitangan Awam berkata...

Apa yang pihak pimpinan atasan CEUPACS merapu lagi ni? Masalah sekarang adalah isu skim yang dah jadi caca marba, perlu diselesaikan segera.

Dalam isu GST, pimpinan CEUPACS ni faham ke tidak bahawa GST hanyalah cukai yang sama dengan cukai barang perkhidmatan selama ini. Tiada kenaikan cukai baru pun.

Saya ingin menerangkan dalam isu GST, sekarang di negara kita ada cukai barang dan cukai perkhidmatan yang kadarnya 4%, 5%, 6%, 7%, 10% dan kadar spesifik mengikut jenis barang dan perkhidmatan. Sekarang kerajaan gabungkan semua menjadi 6% sahaja, jadi dimanakan akan membebankan masyarakat?

Sebenarnya yang menjadi dalang tukang penipu adalah golongan peniaga yang menaikkan harga barang kononnya GST adalah cukai baru sedangkan GST hanya dikenakan kepada syarikat yang hasil jualannya melibatkan RM 500 ribu ke atas sahaja, kedai runcit tepi jalan tu tak ada GST pun. Malahan nak kenakan GST kena dapatkan sijil pengesahan dari pihak Kastam, bukannya boleh tulis tangan lepas tu pelekat di dinding kedai saja.

Masyarakat perlu jelas bahawa GST sepatutnya mengurangkan harga barang, kerana kadar cukai telah diseragamkan kepada 6% sahaja, berbanding hingga 20 -30% sebelum ini yang melibatkan barangan mewah.

Malahan barangan kegunaan umum seperti beras, gula, garam, ikan, sayur, ayam, daging, udang, ketam, kerang dan lain-lain barang yang menjadi kegunaan asasi masyarakat tidak dikenakan GST oleh kerajaan.

Walaupun saya marah kepada kerajaan dalam isu skim, tapi bila kepimpinan CEUPACS pun bangang pasal GST dan berikan maklumat yang salah, maka saya akan marahlah kepada golongan tak reti bahasa itu.

Apa yang benar tu, benarlah, buat apa nak putar belit sana sini lagi?

Kepada kepimpinan CEUPACS sekarang ini, kalau dah tak ada modal nak meraih populariti murahan, letak jawatan sajalah, kami penjawat awam tak perlukan golongan pemimpin yang indah khabar dari rupa, suka populariti murahan hingga menjadi penipu, buat apa?

Sila selesaikan isu skim yang masih tunggang langgang sekarang ini, ini yang lebih utama, struktur rantaian arahan dah tunggang langgang di jabatan akibat perbuatan tongong pimpinan atasan JPA itu.

Kepada pimpinan CEUPACS, sila buat kerja yang sepatutnya, bukannya merapu tak tentu pasal.

Sekian, terima kasih.

Azaj berkata...

Salam Sejahtera Semua,

Pihak Suruhanjaya Sekuriti tengah buat survey tentang pelaburan. Mari kita ramai-ramai jawab supaya ianya dapat membantu membangunkan pasaran saham demi kepentingan pelabur seperti kita semua.
Sila klik di link berikut

BM version: http://www.sc.com.my/my/retail-investor-profile-survery-2014/
English and Mandarin versions : http://www.sc.com.my/retail-investor-profile-survery-2014/

parklee berkata...

Aku nak minta CUEPACS tarik balik permohonan kenaikan gaji 30%! GST tidak membebankan langsung. Jika boleh ahli CUEPACS berpiket supaya kerajaan kenakan GST 100%. GST baik untuk rakyat. Benda baik, jangan hanya kenakan 6% shj GST. Jika boleh 500% pun takpe. GST baik untuk rakyat dakwa kerajaan. Takkan kerajaan nak tipu rakyat.

Kakitangan Awam berkata...

Dalam isu GST ini, apa yang unit PEMANDU buat? Pasal apa ramai lagi yang masih tak faham pasal GST ini termasuklah Presiden CEUPACS dan kepimpinan CEUPACS yang lain? Idris Jala, macam manakah pihak konsultan yang diupah dengan kos berjuta-juta ringgit buat kerja penerangan pasal GST hingga rakyat masih ramai tak faham?

Idris Jala dan Wahid Omar perlu menjelaskan mengapakah banyak dasar kerajaan masih gagal difahami oleh rakyat walaupun PEMANDU yang dikuasai oleh Idris Jala dan Wahid Omar membelanjakan berjuta ringgit setiap tahun bayar konsultan itu dan ini untuk buat promosi itu dan ini kononnya untuk penerangan kepada rakyat, tapi manakah hasilnya?

Bubarkan saja Unit PEMANDU ini kerana sudah ada Kementerian Penerangan dan jabatan-jabatan yang boleh memberikan input kepada Kementerian untuk membuat penerangan kepada masyarakat berhubung dasar-dasar kerajaan.

Malahan Unit PEMANDU sendiri hanya melihat dari kaca mata korporat yang mementingkan keuntungan jangka pendek dan di dalam bentuk RM sahaja. Tetapi Perkhidmatan Awama, memang mengutamakan pendapatan kepada kerajaan, tetapi pada masa yang sama, kepentingan menjaga imej dan mempopularkan kerajaan adalah perlu, dasar kerajaan dengan kerjasama dari Perkhidmatan Awam yang memberikan input-input untuk melaksanakan sebarang dasar akan membantu kerajaan untuk mendapatkan keuntungan dari segi RM dan juga dari segi populariti kerajaan di kalangan masyarakat.

Lihatlah sebelum ini tak ada pun Unit PEMANDU, kerajaan sangat popular, dasar-dasar kerajaan tidak ditentang oleh masyarakat kerana maklumat mengenai dasar kerajaan diterangkan dengan jelas oleh Kementerian Penerangan melalui input-input yang disediakan oleh pihak jabatan yang berkenaan.

Lihat di era Tun Dr. Mahathir, kerajaan sangat popular, semua peringkat usia, semua kaum, semua agama, tak kira kelayakan akademik dan sebagainya memahami dasar kerajaan yang diterangkan dengan jelas melalui medium yang betul dan cara yang betul hingga rakyat faham dan menerima dasar itu.

Sekarang dengan iklan merapu 1Malaysia, GST dan sebagainya, sedangkan kakitangan awam seperti Presiden CEUPACS dan kepimpinan CEUPACS pun tak faham, apatah lagi penduduk kampung biasa, datuk nenek di desa, sudah pastilah mereka keliru dengan cara penyampaian dasar-dasar kerajaan yang dibuat oleh Unit PEMANDU yang merapu itu.

Sedarlah PM bahawa tak guna dengan transformasi yang menjahanamkan, lebih baik perkukuhkan apa yang sedia ada untuk mengelakkan caca marba.

Lihatlah JPA pun nak transformasi, akhirnya sektor perkhidmatan awam tunggang langgang, caca marba, rantaian arahan dah jadi punah ranah, transformasi tanpa menilai semua sudut, nak buang apa yang ada yang dituduh sebagai kolot, tapi akhirnya transformasi itu yang menjadi punca kemusnahan itu dan ini.

Sedarlah diri.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

myparklee MFBI, saya tidak pastilah samada anda memperli berkenaan GST atau menyokongnya. Kebenaran mengenai GST telah saya terangkan berdasarkan penerangan oleh pihak Kastam sendiri kepada penjawat awam yang menghadiri taklimat oleh pihak Kastam di beberapa tempat.

Dalam isu GST, di Asia Tenggara, hanya Malaysia, Myanmar, dan Brunei sahaja yang tak ada GST, negara lain di negara ini semua mengenakan GST, malahan GST untuk semua barang pada kadar purata lebih kurang 10%. Tapi di Malaysia, tak semua barang kena GST kerana kerajaan prihatin kepada rakyat yang berpendapatan rendah, barangan keperluan asasi yang saya senaraikan di atas tidak dikenakan GST, malahan bihun dan mi pun tak kena GST, rawatan di klinik dan hospital dan perkhidmatan awam pun tak dikenakan GST.

Untuk makluman juga, sebanyak 160 negara di seluruh dunia, malahan Niger, sebuah negara di Afrika yang merupakan negara kedua termiskin di dunia pun kenakan GST. Begitu juga dengan negara maju seperti Britain, Perancis, Amerika, Kanada, Australia, Jepun, malahan negara-negara Arab pun kenakan GST, ada sesetengah negara namakan VAT atau Value Added Tax, atau dalam bahasa Melayu "Cukai Nilai Tambah".

Pembohongan pihak pembangkang dan golongan yang tak reti tapi sibuk bercakap banyak macamlah dia professor di University Cambridge hanya memburukkan keadaan dengan penipuan yang makin buruk sekarang ini.

Sedarlah di Thailand 10% GST, Filipina 12% GST, malahan Singapura pun 7% GST, di negara-negara itu, semua barang tanpa kira keperluan asasi atau mewah semua kena GST, tapi di negara kita yang dikategorikan barangan dan perkhidmatan asasi tidak dikenakan GST, hanya barang yang dikategorikan untuk kehendak atau barang bukan keperluan asasi yang dikenakan GST, itu pun 6% sahaja.

Ingin dijelaskan, bahawa saya menyeru supaya pimpinan politik tempatan menjemput pihak Kastam untuk memberikan input kepada penduduk di kawasan parlimen atau DUN masing-masing kerana iklan oleh pihak konsultan yang dibayar oleh Unit PEMANDU memang tak boleh diharapkan, merapu dan mengelirukan sahajalah, lebih baik minta Kastam buat penerangan.

Saya bukan pekerja kastam, tetapi saya berharap agar pihak kastam dapat turun padang untuk menjernihkan isu yang diburukkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab itu. Malahan menteri dan ahli politik yang tak ada maklumat sahih pasal GST, janganlah pula gatal mulut bercakap dan beri komen dungu sesuka hati kerana akan menyebabkan masyarakat makin keliru sajalah, malahan lebih baik menteri dan ahli politik berkenaan dengar ceramah dari kastam pasal GST untuk lebih penjelasan.

Sekian, terima kasih.

Unknown berkata...

harap dapat la di lakukan. sebab sekarang susah hendak dapat jawatan walaupun ada kelayakan. Contoh baru-baru ini berkenaan pengambilan Penolong Akauntan W27 & ramai yang mengatakan pengambilan dipilih berdasarkan Diploma Akauntansi daripada Uitm & Politeknik sahaja, BAgaimana Diploma daripada Universiti lain & sesiapa yang memiliki KPSL? Adakah hanya sekadar mereka ini hanya layak untuk dipanggil temuduga tetapi peratusan besarnya memang tiada harapan untuk menjawat jawatan yang sepatutnya layak? Sekiranya begitu apa gunanya Universiti lain ada Diploma Perakaunan kerana seolah tidak diiktiraf oleh kerajaan & peperiksaan KPSL hanya sebagai harapan untuk kenaikan pangkat daripada Gred 17 ke Gred 27 sedangkan memang dah pasti jawapan untuk menjawat jawatan kenaikan pangkat hanya harapan semata-mata. Selain itu, banyak khabar angin yang mengatakan kriteria pengambilan yang sebenarnya dipilih adalah (lelaki samaada telah berkahwin @ tidak, perempuan yang bujang, perempuan yang berkahwin pula hanya diambil mengikut kekosongan dimana dia bermastautin)Betulkah khabar angin ini? Jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang.. Diharap pihak Cuepacs mengambil maklum & menyelidik hal ini kerana ramai penjawat awam yang bergred 17 sebenarnya mempunyai diploma & kpsl yang sepatutnya diberi peluang untuk menjawat jawatan yang setimpal dengan kelayakan.

Unknown berkata...

kew 8 Pembantu Operasi gred N1 dah siap .. malangnya tiada kenaikan gaji .. apakah kebodohan JPA dan ceupacs ini makin terserlah . pekerjaan yang tak di hargai .. cilaka sialll ...

Unknown berkata...

kemanakah isu elaun rumah,elaun khidmat awam pergi ?

walaubagaimanapun kita tetap menyokong permohonan TUAN PRESIDEN CUEPACS kerana berani bersuara demi kebajikan penjawat awam.

sangat mengharapkan kenaikan menjadi realiti.

Unknown berkata...

Betul tu

Unknown berkata...

Betul tu

Unknown berkata...

Betul tu

Unknown berkata...

Betul tu

Unknown berkata...

Betul tu

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
potter berkata...

Pasti jawapan selamat PM. Akan di kaji..

Unknown berkata...

Gst?Itu bermakna gst akan membebankan rakyat..

Unknown berkata...

Pala tuh azih...elaun rumah pun belum selesai...nak naik gaji pulak.

bongek berkata...

penambahbaikan ape sampai sekarang takde apa-apa pun

bongek berkata...

penambahbaikan ape sampai sekarang takde apa-apa pun

Unknown berkata...

Kakitangan Awam : Khamis, Mei 22, 2014 5:03:00 PTG

Terima kasih di atas ulasan tuan. Saya dengar jugak penerangan GST .. tv, radio, akhbar, pamplet, etc.
Namun ianya tak berinformasi spt tuan tulis :
" GST hanya dikenakan kepada syarikat yang hasil jualannya melibatkan RM 500 ribu ke atas sahaja, kedai runcit tepi jalan tu tak ada GST pun. Malahan nak kenakan GST kena dapatkan sijil pengesahan dari pihak Kastam, bukannya boleh tulis tangan lepas tu pelekat di dinding kedai saja."

Tahniah tuan.

Kita sokong kenaikan gaji tetapi jangan membenankan kerajaan dan rakyat MARHAEN.
Kenaikan gaji secara peratusan ikut gred skim perkhidmatan , saya sokong.

Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Elaun Sara Hidup ... perlu diUTAMAkan dalam perjuangan CUEPACS.
Dah lama dah ...

maxlupang@gmail.com berkata...

Syukurlah orang dah nak bagi.
Banyak sogeh pulak

maxlupang@gmail.com berkata...

Syukurlah orang dah nak bagi.
Banyak sogeh pulak

Unknown berkata...

huiyo gaji saya sekarang ni rm 8700.00 x 30%= 26100. berbaloi baloi. baguih la gitiew~

tukjanggut berkata...

J.gail ini u nye huiyo gaji saya sekarang ni rm 8700.00 x 30%= 26100. berbaloi baloi. baguih la gitiew~

Isnin, Mei 26, 2014 9:07:00 PG
-------------------------------
Apa la J.gail u salah kira ke kalau naik 30% i dah kira gaji u baru jadi RM 8700 + RM 2610 = RM 11310/bulan.
Mana datang RM26,100 gaji u.Ape le u kali dgn 300 % ke.mcm ni boleh mampus kerajaan penjawat awam gaji lebih besar dari MB.

Phat The Sengkek berkata...

J. gail..maaf terpaksa mencelah..tp pengiraan anda tu salah.kalau gaji anda rm8700..kenaikan sebanyak 30% adalah sebanyak rm2610.Mksudnya gaji baru sepatutnya rm11,310. Yang anda kira tu kenaikan 300%..

Rosaidi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Harap kerajaan pertimbangkan kenaikan gred 1-17 kerana golongan inilah yang paling banyak tekanan dari segi masalah kewangan yang serius.Tambahan pula banyak banyak harga perkhidmatan serta barangan dan cukai yang melonjak naik.Saya menyeru agar gaji dan elaun disemak semula bagi gred 1-17.Terutama elaun perumahan rm 180 yang tidak lagi rasional.

Unknown berkata...

Harap kerajaan pertimbangkan kenaikan gred 1-17 kerana golongan inilah yang paling banyak tekanan dari segi masalah kewangan yang serius.Tambahan pula banyak banyak harga perkhidmatan serta barangan dan cukai yang melonjak naik.Saya menyeru agar gaji dan elaun disemak semula bagi gred 1-17.Terutama elaun perumahan rm 180 yang tidak lagi rasional.

Unknown berkata...

Harap kerajaan pertimbangkan kenaikan gred 1-17 kerana golongan inilah yang paling banyak tekanan dari segi masalah kewangan yang serius.Tambahan pula banyak banyak harga perkhidmatan serta barangan dan cukai yang melonjak naik.Saya menyeru agar gaji dan elaun disemak semula bagi gred 1-17.Terutama elaun perumahan rm 180 yang tidak lagi rasional.

Unknown berkata...

betul tu noralia sulaiman. disebabkan polisi bodoh dari SPA yang hanya mengagung-agungkan CGPA dan mengutamakan graduan baru dengan alasan klise "mereka masih belum ada kerja" sehinggakan menganaktirikan penjawat awam sedang berkhidmat yang mempunyai kelulusan tinggi, jadi apa boleh buat? sokong jela kenaikan gaji terhadap kumpulan pelaksana ni. cuma dalam kes macam ni, yang malas kerja, yang malas belajar, yang bermasalah semuanya akan ikut sekali kenyang. bak kata mereka ni: win-win situation. hahaha.

disebabkan SPA bodoh ni tak reti menilai sesuatu kursus yang diambil (susah atau senang) tu yang pandang CGPA tinggi tu. ada ke sarjana muda sains politik dengan CGPA 3.5 dikatakan lagi baik dari sarjana muda kejuruteraan dengan CGPA 2.8??? ataupun sarjana muda komunikasi (mass comm) dengan CGPA 3.5 lagi baik dari sarjana muda teknologi maklumat yang hanya dapat 3.0?

kalau kira macamtu, parah le baiiii. ibarat mengatakan sarjana muda pentadbiran awam CGPA 3.5 lagi bagus dari sarjana muda perubatan dengan CGPA 3.4

bodoh punya SPA! pegi letak orang bodoh mentadbir suruhanjaya yang buat pengambilan, itulah jadinya!

Mahmood Adam berkata...

inilah kesilapan terbesar kerajaan barisan nasional dengan memberi kenaikan gaji membabi-buta, menaiktaraf skim gaji setiap gred, terutamanya pada tahun 2007 yang lalu. jika anda lihat 10-20 tahun lepas, yang memasuki perkhidmatan awam adalah mereka yang memang benar-benar ingin berkhidmat untuk negara walaupun mereka tahu bahawa gaji amatlah kecil berbeza dengan swasta.

sekarang gaji permulaan setiap kakitangan tak kira lantikan guna spm, diploma mahupun sarjana muda dikira tinggi berbanding dengan kebanyakan sektor swasta. malah ada gaji pokok yang belum dicampur dengan elaun yang lagi tinggi dari kebanyakan gaji permulaan sektor swasta kalau dibuat perbandingan antara kelulusan pendidikan yang digunakan untuk taraf jawatan yang sama. maka ramai orang minat dan berlumba-lumba nak masuk sektor awam, bukan disebabkan nak berkhidmat untuk negara, tetapi disebabkan inginkan kemewahan dalam masa yang sama jaminan kerjaya. zaman dahulu gaji kecil tetapi ada jaminan kerjaya. di swasta pula mewah tetapi tiada jaminan kerjaya. sekarang di sektor awam sudah ada kedua-duanya. jadi buat apa mereka bersusah payah untuk ke sektor swasta kan?

disebabkan ketidakseimbangan ini, maka yang masuk kebanyakannya gila harta, gila pangkat dan gila wang lebih lagi kepada kumpulan pengurusan & profesional. lihat saja kebanyakan "pegawai" muda mudi berusia seawal 23-25 tahun yang sudahpun gred 41, lihat saja lagak dan gaya mereka? bukannya nak kerja sangat pun, sebaliknya nakkan "jaminan kerjaya" tersebut. soal perkhidmatan untuk negara dijadikan perkara nombor 2 malah ada yang lebih buruk lagi dengan meletakkannya ke perkara terakhir.

lihat saja la sekarang ni, semuanya menyalak inginkan gaji tinggi, kenaikan itu ini. inilah kesilapan kerajaan. memanjakan sumber manusia dengan wang ringgit. sehinggakan tempat dan jawatan yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang berhak dan layak, telah diberikan kepada mereka yang telah disalahlantik dan disalahnilai. sebagai contoh, penjawat awam sedang berkhidmat di kumpulan sokongan yang bersusah payah menyambung pengajian walaupun memperolehi keputusan yang "tidak berapa cemerlang" yang dinafikan tempatnya oleh pihak SPA dengan alasan "CGPA mereka tidak HEBAT berbanding dengan graduan baru yang belajar sepenuh masa". malah ada juga yang dengan selambanya keluarkan kenyataan seperti "berilah graduan tersebut kerja kerana mereka belum ada kerja, nak bayar hutang PTPTN bagai itu ini dan sebagainya".


hahaha. selagi kita mempunyai pihak berkuasa melantik seperti SPA dan pentadbir seperti JPA yang dipenuhi dengan ptd bodoh, jangan harap le semua tuntutan cuepacs & penjawat awam pelaksana ni akan terlunas!

Unknown berkata...

Podahlah engkou yg kat atas nie,..bukan aku tak kenai engkou...tukang interbiew pun pandai, tengok je muka engkou dah conform tak layak. Pasai itu tak dapat. Engkou pun bukannya cemerlang sangat masa jadi EO dulu engkaou la kaki ponteng, kaki belah, kaki rasuah dan kaki bodek boss. Masa kerja asyik menggangkang je suruh kerani jadi kuli engkaou jawab surat. Kalau panggil bos engkou yg penchen sambung kerje balik kat SPRM silap hari engkoui dah lama masuk lokap.

Unknown berkata...

Podahlah engkou yg kat atas nie,..bukan aku tak kenai engkou...tukang interbiew pun pandai, tengok je muka engkou dah conform tak layak. Pasai itu tak dapat. Engkou pun bukannya cemerlang sangat masa jadi EO dulu engkaou la kaki ponteng, kaki belah, kaki rasuah dan kaki bodek boss. Masa kerja asyik menggangkang je suruh kerani jadi kuli engkaou jawab surat. Kalau panggil bos engkou yg penchen sambung kerje balik kat SPRM silap hari engkoui dah lama masuk lokap.

Unknown berkata...

Aku sokong aje..

Unknown berkata...

Aku sokong aje..

Unknown berkata...

tak perlu jadikan penyedap kata-kata,tak perlu acuh tak acuh dalam soal naikkan gaji..elaun..

sedangkan niat sememangnya negatif.

kita sedih melihat golongan pelaksana yang mana skim sahaja berubah,sedangkan mata gaji kekal N1

WALHAL SKIM MEREKA TELAH BERUBAH KEPADA N11

kenapa perkara ini berlaku.Saya mendengar rentetan golongan ini tapi pihak tertentulah wajar ambik perhatian isu ini.

Walaupun sikit perubahan mata gaji dari N1 ke N11 tak mengapa,kewajaran untuk menganjak mata gaji sangat wajar.

Tapi oleh kerana wakil golongan ini masih tidur,akan tetap ditidurkan oleh pihak tertentu.

Teruskan bersuara dengan cara berhemah kepada wakil yang dilantik mewakili golongan ini.

Unknown berkata...

terbaikk...ceupacs perlu mendalami maksud GST...bukan menambhkan kebingungan orang...pelik...ilmu jangaan pandang pada gaji semata cuba dalami pelbgai aspek..

Unknown berkata...

cuba pahami GST bukan merapu macam orang x ilmu....

Unknown berkata...

Gst naik gj tk naik pun.

Unknown berkata...

Gst naik gj tk naik pun.

Unknown berkata...

Gst naik gj tk naik pun.

Unknown berkata...

Gst naik gj tk naik pun.

Unknown berkata...

Gst naik gj tk naik pun.

Unknown berkata...

tengok apa kata mamak ksN tu ????

tukjanggut berkata...

GST hanya sekadar nama.hang buat la menatang apa pun janji barang keperluan murah.Tengok le nanti barang turun harga ke atau lebih mahal.siapa nak pantau peniaga ada beribu2 di malaysia ni?tak pernah dengar harga makin turun.Yg turun HANYA HUJAN aje.ape je tak boleh percaya selagi belum tiba masa perlaksanaannya.Mcm kes kereta haritu kata lepas PRU nak turun harga 30% tp penipu besar semua tu.Tunggu le balasan yg amat pedih dari Allah kpd pembohong yg ternyata MUNAFIK.Sifat munafik ada 3 bila cakap ia berdusta,bila berjanji ia mungkiri,bila di beri amanah ia pecah amanah.Bukan senang nak minta ampun dari org yg ramai juta-juta org pulak kena buat siaran langsung di TV minta ampun

AZRI berkata...

cube tgk sini..http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Syornaikgajitakdilaksana/Article/

Mujahidah Al-Islah berkata...

Tak payah nk diharap

Unknown berkata...

mintak naik gaji pun salah. ke nak mintak turun gaji la pulak...kesian dan tolong ringankan bebanan kejaan kita ni....tak gitu....