Utusan Malaysia
4/5/2014
4/5/2014
KUALA LUMPUR 4 Mei - Kerajaan perlu menumpukan
 penerangan berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 
kepada penduduk kawasan luar bandar di seluruh negara bagi meningkatkan 
pemahaman rakyat mengenai cukai tersebut.Tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, ini disebabkan 
pemahaman masyarakat luar bandar mengenai pelaksanaan GST masih rendah 
kerana mereka kurang didedahkan kepada akses berita seperti akhbar dan 
internet.
GST perlu dilaksanakan kerana ia merupakan perkara baik. 
Bagaimanapun, penjelasan kepada rakyat terutama di luar bandar perlu 
diperluaskan supaya mereka faham dan sokong pelaksanaannya. Oleh itu, kerajaan melalui Jabatan Penerangan perlu bergerak lebih 
aktif menerusi media sosial serta mengadakan lebih banyak jelajah di 
kawasan pedalaman untuk menjelaskan mengenai GST kerana perkara ini 
tidak boleh dilakukan dalam masa sehari atau dua hari sahaja," katanya 
ketika dihubungi di sini hari ini. 
Semalam, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), 
Datuk Ibrahim Ali mencadangkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
 Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan dewan-dewan perniagaan menganjurkan 
perhimpunan bagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan GST kepada 
rakyat. Usaha itu juga, kata Ibrahim, perlu sebagai tindak balas kepada perhimpunan membantah GST anjuran pembangkang Khamis lalu.Sementara itu, mengulas mengenai cadangan tersebut, Ramon berkata, 
kerajaan perlu memainkan peranan untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan 
GST kepada rakyat lebih daripada yang dilakukan pertubuhan bukan 
kerajaan (NGO).
Kerajaan mesti bertanggungjawab dan bukannya NGO. Bukan tugas NGO 
untuk menjelaskan perkara tersebut sebaliknya kerajaan yang mesti 
melakukannya dengan lebih meluas," katanya.Dalam pada itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, 
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muhammad Ridhwan Abdul Aziz 
berkata, kerajaan perlu bertindak agresif menerangkan kepentingan 
pelaksanaan GST bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil 
kesempatan mengenai perkara tersebut.
"GST ini merupakan benda baharu kepada rakyat Malaysia dan apabila 
perkara baharu, masih ramai yang akan ragu-ragu dan salah faham, 
terutama apabila usaha daripada kerajaan untuk menerangkan perkara itu 
masih belum cukup."Bukan semua benda dan perkhidmatan akan dikenakan GST, malah cukai 
itu juga tidak akan menindas atau menjejaskan golongan miskin dan kurang
 berkemampuan," jelasnya.
 
1 ulasan:
inilah akibatnya apabila "maklumat di hujung jari". sebenarnya bukan semua orang layak diberikan maklumat. ada orang yang hanya layak dikerah, ada orang yang hanya layak diberi tugasan dan ada orang yang hanya layak memberi tugasan. setiap manusia mempunyai cara pemikiran dan kemampuan berfikir yang berbeza-beza. sekiranya setiap orang dapat maklumat yang sama, maklumat tersebut akan diproses ikut emosi dan tahap pemikiran mereka.
jadi jangan terkejut sekiranya berlaku penentangan terhadap sesuatu dasar dan polisi kerajaan. mereka yang menentang ni sebenarnya tak faham pun apa yang mereka baca berdasarkan maklumat yang mereka terima, malah ada yang lagi malang, langsung tak tau apa-apa tetapi telah dipergunakan oleh pihak yang "cerdik" untuk menjadi boneka dan "pawn" mereka. inilah yang berlaku sekarang. namun spesis seperti ini tidak akan sedar dan mengaku, sebaliknya akan menyalahkan orang lain kononnya orang lain itu bodoh dan mereka ini cerdik kerana "ada banyak maklumat".
Catat Ulasan