SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

02 Mei 2014

GST RANGSANG EKONOMI NEGARA


Kosmo
2/5/2014



JITRA - Kerajaan sentiasa membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melaksanakan transformasi demi kepentingan rakyat dan negara termasuk dalam memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, biarpun adakalanya sesuatu keputusan itu dilihat tidak perlu atau tidak patut dilakukan, namun kerajaan mempunyai sebab dan rasional yang kukuh sebelum melaksanakannya.
"Apabila kita memperkenalkan GST yang bakal dilaksanakan April tahun depan, tujuannya tidak lain bagi meningkatkan pendapatan dan sumber kewangan negara."Selepas dilaksanakan, ia mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai pembangunan untuk rakyat khususnya dalam memenuhi keperluan golongan penjawat awam di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 bertemakan Penjawat Awam Tiang Seri Negara di Dewan Wawasan di sini semalam.Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda.

Tiada ulasan: