SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Mei 2014

JPA MAHU PENJAWAT AWAM UBAH PEDEKATAN BEKERJA

Bernama
27/5/2014



 KUALA TERENGGANU, 27 Mei (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mahu semua 1.5 juta penjawat awam mengubah pendekatan dan cara bekerja supaya selaras dengan transformasi sektor awam yang menjurus kepada merakyatkan perkhidmatan awam.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata selaras dengan transformasi itu, semua penjawat awam dituntut menjalankan tugas dalam satu pasukan dan mampu menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit tanpa menghadapi banyak masalah birokrasi di pelbagai peringkat sektor awam.

Katanya rakyat yang menjadi pelanggan kepada sektor awam perlu mendapat perkhidmatan dan sistem penyampaian daripada kakitangan awam secara tepat dan cepat.

"Memang menjadi sasaran kita nak mengurangkan kerenah birokrasi di pelbagai peringkat perkhidmatan awam seperti yang dikehendaki dalam program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

"Sebab itu, kita kini ambil pendekatan nak merakyatkan perkhidmatan awam supaya penjawat awam di semua peringkat dapat turun ke akar umbi serta menjelaskan dasar kerajaan," katanya kepada pemberita sempena program bersama penjawat awam negeri anjuran Cuepacs di sini.

Mohamad Zabidi berkata pihaknya berharap pendekatan merakyatkan perkhidmatan awam juga dapat digerakkan secara bersama di semua peringkat termasuk pihak berkuasa tempatan, negeri dan Persekutuan.

Katanya pendekatan itu antara bertujuan mempermudah apa sahaja urusan antara penjawat awam dengan rakyat.

"Kita mahu rakyat mudah berurusan. Kalau kita tutup pintu, sukar berurusan, itu yang menimbulkan masalah.

"Sekarang kita kena ubah cara bekerja supaya rakyat mendapat layanan sewajarnya," katanya.

Mohamad Zabidi berkata penjawat awam juga digalakkan mengikuti apa sahaja kursus yang diadakan yang boleh meningkatkan kompetensi mereka bekerja.

-- BERNAMA

9 ulasan:

Unknown berkata...

JPA juga perlu berubah. JPA Patut Beri peluang jawatan KSU pada orang profesional dalam kementerian yang khusus. Contoh; Jurutera atau setanding dengannya jadi KSU untuk kementeriannya, Pegawai Perubatan jadi KSU untuk Kementerian kesihatan, Guru jadi KSU untuk kementerian Pendidikan...dan sebagainya. Sikap monopoli pada PTD patut di hapuskan..... Ini antara transformasi JPA yang ingin di lihat...

Unknown berkata...

JPA juga perlu berubah. JPA Patut Beri peluang jawatan KSU pada orang profesional dalam kementerian yang khusus. Contoh; Jurutera atau setanding dengannya jadi KSU untuk kementeriannya, Pegawai Perubatan jadi KSU untuk Kementerian kesihatan, Guru jadi KSU untuk kementerian Pendidikan...dan sebagainya. Sikap monopoli pada PTD patut di hapuskan..... Ini antara transformasi JPA yang ingin di lihat...

Mahmood Adam berkata...

betul tu. sebelum JPA memekak suruh orang ubah cara bekerja, JPA JUGA PERLU UBAH POLISI MEREKA terutama sekali POLISI MONOPOLI mereka. sudahlah PTD menguasai SPA, JPA, jabatan lain pun dia nak sapu jugakkkkk...

selain daripada itu JPA juga diharapkan lebih efisyen dan lebih produktif memandangkan mereka adalah sebuah jabatan yang MENYELIA perkhidmatan awam. ada sekali aku telefon JPA nak tanya tentang beberapa pekeliling, kena tunggu sampai 2 hari! pulak tu jawapan dia tak menjawab soalan.

satu lagi dalam bab membuat pekeliling. biarlah senonoh sikit. contoh paling mudah adalah pekeliling cuti maksimum & GCR. pegawai yang telah berkhidmat yang mempunyai cuti 30 hari, apabila masuk ke perkhidmatan baru, contoh dari N27 dapat J41 sebagai contoh, cutinya kena reset jadi 25 hari sebab ikut pekeliling terbaru dan bersara paksa akan jadi 60 tahun dengan GCR maksimum 150 hari. gila ke apa mereka ni DIANGGAP SEBAGAI BARU MASUK KERJA?????

senonoh la sikit wahai JPA!

Unknown berkata...

Kerenah birokrasi ... aku suka ayat ini.
Orang kampung dah lama hafal ayat ini.
Merakyatkan perkhidmtan awam.

Kaedah pantas ialah protokol ala penjajah yang dah lapok tu perlu ditransformasi.
Semua PA mesti kerja gaya Multi tasking. Jika staf A bercuti, staf B perlu ganti kerja beliau. SOP dan Fail Meja dah tersedia. Ikut shj.
Tiada status quo antara staf Pelaksana dgn staf PnP, JUSA apatah lagi.
Siapa Iman, siapa Bilal dan siapa Makmun ! Hanya sorang jadi Imam, hanya sorang jadi Bilal dan ramai jadik Makmun !
No bossy ! bossy !

Unknown berkata...

betul kata mahmood adam di atas. sebenarnya jpa ni syok sendiri, dunia mereka hanya dalam kawasan pejabat jpa tu je. tak pernah tengok jabatan lain. tu sebab buat pekeliling pun merapu, tunggang langgang & maksud yang tidak jelas.

jpa ni yang sepatutnya ubah cara bekerja!

Zamani berkata...

Bagaimana nak ubah pendekatan bekerja ?
Musim mempelam mencicah waktu pejabat. Musim durian makan durian waktu pejabat. Bulan syakban buat makan2 waktu pejabat sebelum bulan ramadhan. Lepas raya puasa buat jamuan raya waktu pejabat. Kedai mamak/ kedai kopi tempat penjawat awam melepak waktu pejabat. Pagi punch card hantar anak ke sekolah atau pergi market.

Zamani berkata...

Bagaimana nak ubah pendekatan bekerja ?
Musim mempelam mencicah waktu pejabat. Musim durian makan durian waktu pejabat. Bulan syakban buat makan2 waktu pejabat sebelum bulan ramadhan. Lepas raya puasa buat jamuan raya waktu pejabat. Kedai mamak/ kedai kopi tempat penjawat awam melepak waktu pejabat. Pagi punch card hantar anak ke sekolah atau pergi market.

Unknown berkata...

Pendekatan Bekerja Yang Baik Untuk P.A ne amat lah penting.. kalau boleh perbaiki dulu sistem pengurusan / pentadbiran / kewangan / kenalah yang paling ringkas.. jangan rumit.. sistem adalah untuk memudahkan bukan merumitkan.. Segala pekerjaan sekiranya dilakukan dengan sistem yg ringkas, mudah, cepat dan efisien.. tidak lah membebankan.. sama.. Deskripsi tugas atau fail meja kenalah dikuatkuasakan.. jgn hanya dibuat sebagai rekod KPI tahunan sahaja.. jabatan la yg harus keluarkan deskripsi tugas.. bukan disediakan oleh staf..

Unknown berkata...

Ubah JPA dulu dan struktur awam kurangkn PTD sbb PTD menyebabkan motivtion pegawai awam menurun, JPA hanya membuat dasar yg tak relevan dan bias yg hanya untuk kepentingan PTD... Lg sat transformasi yg akan dibuat JPA ialah dasar exit policy yg mn pegawai awam yg x perform akan dinasihatkn berhenti... Ini zalim sbb semua pegawai terpaksa dijadikan hamba untuk ikut kata ketua yg mana kebanyakan PTD... PTD bukannya profesional dan tidak efisyen jalankn tugas.. Cadangan sy kalo nk dilaksanakan polisi tersebut sila laksanakan penilaian secara 360 degree seperti yg dilaksanakan oleh swasta baru adil. Kemudian tukarkan ketua dengan profesional yg arif dengan bidang masing-masing contohnya ketua kewangan hendaklah diberikan kpd profesional akauntan, ketua keselamatan negara diberikan pda polis atau askar, ketua kesihatan ialah doktor... Jika perkara ini dibuat perkhidmatan akan jadi lebih efisyen dan competitive...