SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Mei 2014

JANGAN PERTIKAI SUMBANGAN PENJAWAT AWAM

Utusan Malaysia
8/5/2014




Laporan Unit Pengurusan Pres­tasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang menyifatkan prestasi penjawat awam semakin menurun cukup memeranjatkan semua pihak. Malah Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) juga sanggah laporan ini yang menyifatkan prestasi penjawat awam semakin menurun, sebagai tidak tepat dan berat sebelah.

Justeru, Majlis Persatuan Pentadbir IPTA Malaysia (Masti) berpandangan penilaian yang telah dibuat oleh Pemandu termasuk rumusan bahawa kadar upah yang tinggi menyebabkan produktiviti penjawat awam semakin menurun memerlukan satu penjelasan yang terperinci dengan kadar yang segera. Masti memohon agar pihak Pemandu tampil memperincikan dan menjelaskan kepada khalayak asas rumusan dan kesimpulan sebegini kerana ianya jelas boleh menjejaskan semangat dan motivasi penjawat awam yang bertungkus lumus selama ini menyokong dan menjayakan segala agenda transformasi kerajaan.

Pemandu juga perlu menjelaskan kaedah pengukuran dan penilaian yang telah dibuat ke atas sumbangan, peranan dan produktiviti penjawat awam sehingga boleh membuat kesimpulan seperti ini.Sudah semestinya kita hendak tahu apa metodologi yang telah digunakan dalam kajian ini dan siapa pula sampel kajian yang terlibat? Hal ini penting kerana ia mencetuskan pelbagai persoalan, mi­salnya apakah selama ini penjawat awam tidak menyumbang apa-apa ke arah pembangunan negara dan masyarakat? Kenapa begitu mudah mempertikai sumbangan penjawat awam?  Ini adalah satu isu yang cukup serius dan Masti berharap agar pihak kerajaan terutama Perdana Menteri sendiri memandang serius laporan seumpama ini dan membantu membetulkan keadaan.

Masti khuatir laporan ini boleh mencetuskan pelbagai andaian, persepsi dan spekulasi dalam kalangan masyarakat terutama terhadap imej dan kredibiliti penjawat awam dan juga agensi kerajaan secara keseluruhannya.Justeru, dalam konteks ini, Masti menyokong penuh respondan pendirian kepimpinan CUEPACS, sekali gus memohon campur tangan kerajaan dengan segera supaya perkara ini dapat diselesaikan dan diperjelaskan dengan sewajarnya.

NOOR MOHAMAD
SHAKIL HAMEED
Timbalan Presiden Majlis Persatuan Pentadbir IPTA Malaysia

3 ulasan:

gadis manis berkata...

hallo saya first....yehaaaa

N17 yang cemerlang..sy sentiasa uptodate info dari cuepacs

Mahmood Adam berkata...

prestasi semakin menurut disebabkan mereka ini kerja tidak ikhlas dan mengharapkan dapat gaji tiap2 bulan semata2 saja.

pecat saja mereka ni. ambil yang benar2 nak berkhidmat untuk negara. tak kiralah samada dia seorang gred lantikan pmr, spm, diploma, sarjana muda mahupun sarjana.

Unknown berkata...

Kaji sebab apa jd cmtu. Sebab utama ialah xder keadilan dlm perkhidmatan awam... Faham2 je la ye JPA...