Utusan Malaysia
8/5/2014
Laporan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang
menyifatkan prestasi penjawat awam semakin menurun cukup memeranjatkan
semua pihak. Malah Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) juga sanggah laporan ini yang menyifatkan
prestasi penjawat awam semakin menurun, sebagai tidak tepat dan berat
sebelah.
Justeru, Majlis Persatuan Pentadbir IPTA Malaysia (Masti)
berpandangan penilaian yang telah dibuat oleh Pemandu termasuk rumusan
bahawa kadar upah yang tinggi menyebabkan produktiviti penjawat awam
semakin menurun memerlukan satu penjelasan yang terperinci dengan kadar
yang segera. Masti memohon agar pihak Pemandu tampil memperincikan dan menjelaskan
kepada khalayak asas rumusan dan kesimpulan sebegini kerana ianya jelas
boleh menjejaskan semangat dan motivasi penjawat awam yang bertungkus
lumus selama ini menyokong dan menjayakan segala agenda transformasi
kerajaan.
Pemandu juga perlu menjelaskan kaedah pengukuran dan penilaian yang
telah dibuat ke atas sumbangan, peranan dan produktiviti penjawat awam
sehingga boleh membuat kesimpulan seperti ini.Sudah semestinya kita hendak tahu apa metodologi yang telah digunakan
dalam kajian ini dan siapa pula sampel kajian yang terlibat? Hal ini penting kerana ia mencetuskan pelbagai persoalan, misalnya
apakah selama ini penjawat awam tidak menyumbang apa-apa ke arah
pembangunan negara dan masyarakat? Kenapa begitu mudah mempertikai sumbangan penjawat awam? Ini adalah satu isu yang cukup serius dan Masti berharap agar pihak
kerajaan terutama Perdana Menteri sendiri memandang serius laporan
seumpama ini dan membantu membetulkan keadaan.
Masti khuatir laporan ini boleh mencetuskan pelbagai andaian,
persepsi dan spekulasi dalam kalangan masyarakat terutama terhadap imej
dan kredibiliti penjawat awam dan juga agensi kerajaan secara
keseluruhannya.Justeru, dalam konteks ini, Masti menyokong penuh respondan pendirian
kepimpinan CUEPACS, sekali gus memohon campur tangan kerajaan dengan
segera supaya perkara ini dapat diselesaikan dan diperjelaskan dengan
sewajarnya.
NOOR MOHAMAD
SHAKIL HAMEED
Timbalan Presiden Majlis Persatuan Pentadbir IPTA Malaysia
3 ulasan:
hallo saya first....yehaaaa
N17 yang cemerlang..sy sentiasa uptodate info dari cuepacs
prestasi semakin menurut disebabkan mereka ini kerja tidak ikhlas dan mengharapkan dapat gaji tiap2 bulan semata2 saja.
pecat saja mereka ni. ambil yang benar2 nak berkhidmat untuk negara. tak kiralah samada dia seorang gred lantikan pmr, spm, diploma, sarjana muda mahupun sarjana.
Kaji sebab apa jd cmtu. Sebab utama ialah xder keadilan dlm perkhidmatan awam... Faham2 je la ye JPA...
Catat Ulasan