SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Mei 2014

SUDAH TIBA MASANYA KERAJAAN PERKENAL ELAUN BANDAR UNTUK PENJAWAT AWAM - CUEPACS

Bernama
25/5/2014



KUALA TERENGGANU, 25 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan memperkenalkan elaun baharu khas untuk penjawat awam yang tinggal di bandar bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Presidennya Azih Muda berkata Elaun Bandar itu yang dicadangkan antara RM400-RM500 sebulan pasti dapat mengurangkan beban kewangan dihadapi penjawat awam, terutama yang tinggal di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Ipoh.

"Sudah sampai masanya untuk kerajaan memperkenalkan elaun ini kerana kita khuatir jika kita tidak bantu mereka, tumpuan terhadap kerja akan terganggu apabila penjawat awam ini memilih untuk melakukan pekerjaan sampingan dalam mendapat pendapatan tambahan.

"Kita mahu penjawat awam khususnya kumpulan pelaksana di bandar-bandar besar ini tidak terlalu terbeban dengan kos sara hidup yang melampau apabila mereka dapat menikmati elaun itu kelak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama-sama penjawat awam negeri Terengganu yang dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di sini Ahad.

Azih berkata Elaun Bandar dicadangkan itu adalah berbeza dengan Elaun Sara Hidup (COLA) kerana ia hanya dikhususkan kepada kira-kira 65 peratus penjawat awam yang tinggal di bandar.

"COLA ini pula, kita harap kerajaan akan buat penyeragaman (kadar COLA)kepada penjawat awam di seluruh negara, bukan seperti yang diamalkan sekarang.

"Ini kerana tiada perbezaan harga yang terlalu banyak di antara lokasi tertentu di seluruh negara, jadi wajarlah jika semua penjawat awam dapat menikmatinya pada kadar yang sama," katanya.

-- BERNAMA

38 ulasan:

Zamani berkata...

Elaun Bandar untuk penjawat awam wajar diberi kepada yang bekerja di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Di sini mempunyai nilai hartanah yang tertinggi di Malaysia di mana ia di luar kemampuan penjawat awam untuk menyewa ataupun membelinya.

Unknown berkata...

Penjawat awam diluar bandar juga perlukan elaun yang serupa. Alasannya: 1. Barangan keperluan harian adalah lebih mahal do luar bandar . 2. Tiara banyak pilihan barang diluar bandar menyebabkan mereka terpaksa membeli APA yg di sajikan Tanpa dapat dapat buat pilihan . 3. Mereka bekorban kehidupan moden yg canggih di bandar Dan terpaksa hidup dalam banyak kekurangan di luar bandar. Ini termasuklah kemudahan ICT, pelajaran anak anak, tuition Dan srbagainya.4. Liar bandar tiada kemudahan awam, menyebabkan pengangkutan untuk kerja adalah mahal. 5. Luat bandar adalah penyokong tegar kerajaan. Wassalam

Unknown berkata...

jika untuk bandar saja dpt elaun.lebih elok lain tubuh caupac baru

gadis manis berkata...

syukurlah cupecs perjuangkan "Elaun Bandar" meringankan sedikit beban pekerja bandar..."Elaun kampung" rasanya tak payalah...kos sarah hidup di kampung rendah...

syabas cuepacs

Made in Pahang berkata...

apa ni ceupac main kasta kasta pula...kg ke bandar ke sama je hrga petrol...beras ..rumah..lauk mkn..tepung...gula..gas masak..ayam dsb..

firas berkata...

Kalau elaun bandar dicadangkan, saya pohon ceupacs cadangkan penjawat awam yang ingingkan elaun bandar boleh isi borang pindah kat bandar yang tak mau dok kg.

tukjanggut berkata...

Kerajaan tidak perlu beri Elaun Bandar kpd Penjawat Awam nanti penjawat awam di bandar-bandar kecil akan berkecil hati dam akan mengurangkan produktiviti mereka.Elok ditambah elaun perumahan dan COLA je cuma kalau di bandar besar tu tambah lebih sikit elaun mereka.Ceupacs kena fikir keadilan kepada semua penjawat awam bukan golongan dibandar je

tukjanggut berkata...

Harga barangan keperluan harian meningkat terutama di bandar kecil dan kampung.Di bandar besar hanya sewa rumah je yg mahal berbanding di luar bandar.lain-lain barangan dan perkhidmatan di luar bandar lebih mahal.Pasaraya dan gedung beli belah yg besar ada di bandar-bandar besar so harga lebih murah dan banyak pilihan.Lebih adil jika di beri kenaikan elaun perumahan je dari mewujudkan elaun baru yg diberi nama elaun bandar yg jelas menguntungkan penjawat awam di bandar-bandar.Takut nanti ada penjawat awam di kampung minta Elaun Kampung lak pulak so jadi masalah le.

Unknown berkata...

Pernah dok kg ke ckp kos sara diri rendah kt kg?jgn pntgkn diri la cik puan. Dok bndr pon pnh.. dok kg pon pnh. Xde bezanya. Mkn nasi gak. Kereta pakai minyak gak. Bkn mkn pasir n guna air. Lau org dok kg ni sume tokei beras n tokei minyak xpelh gak. So pls la wat statement tu guna akal y cerdik skit ye. So nk bg tu biar adil.

Zamani berkata...

Saya bekerja di Georgetown, kalau ditawarkan bekerja di Taiping atau Kuala Kangsar tak dapat elaun bandar pun tak apa. Di sana kehidupan lebih mudah dan tenang.

Made in Pahang berkata...

elaun rumah dan elaun khidmat awam pun entah bila nk naik sibuk minta elaun bandar..kalau dh tau kos rmh mahal di bndar minta lah kenaikn elaun rmh tu segera lulus..elaun rmh patut di naikkan brsama elaun itka..

Unknown berkata...

Tuan Presiden Cuepacs,teruskan perjuangan hingga menjadi realiti.

Ini kerana setiap ape yang dicadang mahupun perjuangan dilakukan CUEPACS menjadi harapan oleh penjawat awam.

Justeru,wajar 1 keputusan muktamad berkenaan elaun rumah,khidmat awam dinaikkan pada kadar masa kini.

Harapan perjumpaan antara PRESIDEN CUEPACS BERSAMA PM pada Jun depan punya keputusan dan bukan lagi kenyataan menunggu.

Harap fahamlah pihak tertentu kerana 1 keputusan dan kenyataan menunggu adalah berbeza.

Made in Pahang berkata...

yee btul tu.harap ada kenaikan muktamat seperti muktamatnya kadarkenaikan tarif elektrik dan pelaksanaan gst

Unknown berkata...

sembang je...

Unknown berkata...

minta,,,minta,,,minta...satu apapun tak dapat...

Unknown berkata...

Sepatutnya dinaikkan elaun rumah dan cola..sebenarnya barangan di luar bandar lebih mahal berbanding di bandar..Contoh di Terengganu..harga barangan,makanan,rumah adalah lebih mahal daripada bandaraya Kuala Lumpur..Mana ada lagi di negara ini rumah sewa RM180..duduk di kawasan kampungpun sewa rumah dan mencecah 300 hingga 400..cubalah fikir sikit wahai pemerintah..

Unknown berkata...

Sepatutnya dinaikkan elaun rumah dan cola..sebenarnya barangan di luar bandar lebih mahal berbanding di bandar..Contoh di Terengganu..harga barangan,makanan,rumah adalah lebih mahal daripada bandaraya Kuala Lumpur..Mana ada lagi di negara ini rumah sewa RM180..duduk di kawasan kampungpun sewa rumah dan mencecah 300 hingga 400..cubalah fikir sikit wahai pemerintah..

Unknown berkata...

Sepatutnya dinaikkan elaun rumah dan cola..sebenarnya barangan di luar bandar lebih mahal berbanding di bandar..Contoh di Terengganu..harga barangan,makanan,rumah adalah lebih mahal daripada bandaraya Kuala Lumpur..Mana ada lagi di negara ini rumah sewa RM180..duduk di kawasan kampungpun sewa rumah dan mencecah 300 hingga 400..cubalah fikir sikit wahai pemerintah..

Unknown berkata...

Sepatutnya dinaikkan elaun rumah dan cola..sebenarnya barangan di luar bandar lebih mahal berbanding di bandar..Contoh di Terengganu..harga barangan,makanan,rumah adalah lebih mahal daripada bandaraya Kuala Lumpur..Mana ada lagi di negara ini rumah sewa RM180..duduk di kawasan kampungpun sewa rumah dan mencecah 300 hingga 400..cubalah fikir sikit wahai pemerintah..

Unknown berkata...

Setuju sangat2 elaun rumah dan itka dinaikkan sebab dkt bandar ni kos sara hidup tinggi harap2 bulan jun ni ada kenaikan tersebut. Cuepacs harap perjuangkan elaun rumah dan itka dulu hidup cuepacs tak lama lagi jer bulan jun horeiii.

Made in Pahang berkata...

Majoriti pa minta kenaikan elaun itka dgn elaun rmh yg 180 tu...ceupac perlu ambil prhatian utk kenaikan dua elaun ni dulu..toksahla duk merepek mintak benda benda lain buat masa ni..

zamzuri berkata...

semua sibuk dok cakap kos sara hidup tinggi...gaji tak cukup-cukup..tapi sorang-sorang duk pakai Galaxy Note 3 dan juga S4.

Mahmood Adam berkata...

ukur baju di badan sendiri. orang melayu ni kaya dengan pepatah, tapi sayang tak diamalkan. yang selalu diamalkan adalah pepatah negatif seperti:

1. biar papa asal bergaya
2. besar periuk, besarlah keraknya

sebab tu bagi la 1juta sekalipun, tetap takkan cukup, sebab suka guna pepatah yang negatif seperti di atas daripada ukur baju di badan sendiri ataupun satu lagi pepatah tawadduk: kais pagi makan pagi.

Unknown berkata...

masalah yang takkan selesai. pendapatan rm2,000 tapi berbelanja sampai rm2,500

tu yang tak pernahnya cukup. mentaliti penjawat awam perlu berubah. kalau tak sampai ke sudah semuanya tak cukup & minta naik gaji/elaun semua tu.

baca ni, jadikan iktibar: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140523/dn_32/Penjawat-awam-suka-pinjam-wang

itupun kalau anda nak jadikannya sebagai iktibar la. haha

tukjanggut berkata...

kalau nak jimat duduk di kampong kena buat perkara berikut:-
ternak ikan sendiri spt tilapia/keli jgn beli ikan laut,ternak ayam kampong,ternak lembu/kambing,tanam sayur sendiri,tanam buahan sendiri,pergi kerja kayuh basikal,tak payah hantar anak ke tuisyen,jgn makan di kedai banyak lagi le kalau nak jimat.Tapi adakah penjawat awam boleh buat semua ini.?Adakah PA mempunyai tanah sendiri?PA dok di kampong skrg pun buat rumah besar-besar kena hutang sana sini,kereta pun pakai yg mewah-mewah utang jga,Hand set pun yg mahal nye. so ujung bulan tinggal le baki RM100 dlm akaun.Jgn harap le nak pi Mekah ke nk melancong lagi le sbb duit x ada.mana ada PA level 27 ke bawah yg ada banyak simpanan wang di bank so PA bawahan kena create projek sendiri agar boleh income tambahan atleast 1-2 ribu sebulan.

Unknown berkata...

Idea Elaun Bandar ni bagus jugak ! Cuma CUEPACS dah buat kajian ke belum berkenaan Elaun yang diterima oleh Penjawat Awam?

Elaun Perumahan dan COLA belum selesai lagi ... TOLONG jangan bagi PENING kerajaan.

Eloknya selesai dulu yang pernah dimintak ... kann MELOPONG semua kita (yang dikejar tak dapet!).

Unknown berkata...

ini la yang di katakan pandai tak boleh di tegur .. bodoh melampau2 sampai tak boleh diajar .. budak tadika pon tau beratur dan ikut peraturan .. elaun rumah belum dapat lagi , minta pulak elaun bandar . yang dok luar bandar nak minta elaun apa ???? makin bebal la ceupasc nie ???? jawab

Mahmood Adam berkata...

perjuangkan dulu PEMBANGUNAN MODAL INSAN, wahai cuepacs. dari dulu sampai ke hari, perjuangan dia balik2 naik gaji, naik gred tak payah susah2 belajar, naik itu ini. sudahnya semua jadi malas sebab mereka tahu bahawa mereka tetap akan naik gred & naik gaji.

Kakitangan Awam berkata...

Sokong Mahmood Adam, isu KUP sudah mejadi duri dalam daging kepada perkhidmatan awam, ada kakitangan dan pegawai yang entah apa-apa, buat kerja pun tak tahu, pemalas, suka ingkar perintah, degil, menjadi beban kepada jabatan, tetapi masuk sahaja tahun ke-15 berkhidmat dapat KUP gred 22, 32, dan macam-macam gred lagi.

Malahan dalam sektor perguruan pun sama, kenaikan gred mengikut time based, apa kejadahnya sistem begini kerana akan membunuh semangat kerja sahajalah, kerana dah tau pemalas ke, menentang kerajaan ke, tak reti buat kerja ke, akan dapat kenaikan gred lepas sekian-sekian tahun berkhidmat.

Kerajaan perlu sedar bahawa kenaikan gred bermakna kenaikan gaji, apa gunanya bagi kenaikan gaji kepada mereka yang pemalas, tak reti buat kerja, suka ingkar perintah, malahan lebih teruk dari itu adalah menentang kerajaan.

Dalam perkhidmatan awam sekarang ini sudah banyak dibazirkan dengan membayar gaji kepada pihak yang tidak sepatutnya. Patutnya berilah kenaikan gred atau gred KUP kepada pegawai yang berkeupayaan, bukannya pakai main rembat saja.

Macam dalam sektor perguruan, kenaikan gred secara time based menyebabkan berlambak-lambak guru naik gred walaupun kerja tak seberapa, malahan rantaian perjawatan pun tunggang langgang kerana ada guru yang gred rendah diberikan tanggungjawab yang lebih, guru yang gred tinggi pula hanya mengajar sahaja.

Sektor awam akan punah ranah jika isu perjawatan dan isu skim tak diperbaiki dengan segera kerana musnahnya rantaian arahan, punah ranahnya carta organisasi dengan kedudukan gred dan tanggungjawab yang tak seimbang akan menghancurkan aliran tugas yang diberikan.

Sedarlah diri.

Made in Pahang berkata...

org komen kt ats ni minda di penuhi dgn perkara negatif,suka bersangka buruk kt semua org dan kaki bodek...haru dpt jiran atau kawan sekerja mcm kt ats ni dia je yg betul..

Unknown berkata...

timbalan menteri kewangan pun dah keluarkan kenyataan bahawa tuntutan cuepacs ni tak dapat direalisasikan atas faktor kewangan negara. dalam bahasa kasar dia, tuntutan cuepacs ni mengarut.

ada ke tuntut kenaikan gaji untuk mengimbangi gst yang bakal dilaksanakan? memang benar kata ahmad maslan tu bahawa cuepacs ni tak faham bagaimana pelaksanaan gst tersebut sampaikan jadi menggelabah terus nak minta naik gaji.

cerdik la sikit wahai cuepacs. jangan asyik mengajar penjawat awam untuk menerima ikan, sebaliknya berusaha memancing ikan.

zahar4361 berkata...

tukar sebarang smartfhone lama kepada yang baru..hanya tambah rm150..
promosi sempena cuti sekolah sila layari maxis promo

Unknown berkata...

Saya seorang PA yang bertugas di bandar. Izinkan saya komen sedikit.
Bagi saya tidak mengapa CUEPACS memperjuangkan 'Elaun Bandar',

Tapi mohon CUEPACS tambah lagi 'Elaun Luar Bandar'

Pada pandangan saya 'Elaun Luar Bandar' seharusnya lebih tinggi berbanding 'Elaun Bandar' kerana seperti mana telah dijelaskan dalam komen-komen sebelum ni, sesetengah PA yg ditugaskan di luar bandar (terutama PA yg berasal dr bandar) merasakan terpaksa bekorban (kos hidup di luar bandar lebih tinggi dan kemudahan pun tidak banyak serta barang-barang tiada pilihan).

Bagi PA yg MERASAKAN kos tinggal di luar bandar lebih rendah, bolehlah mengisi borang pertukaran ke luar bandar terutama di kawasan hulu-hulu yg nyata banyak lagi kekosongan

luvly baby gap berkata...

masih tiada lagi keputusan berkenaan nie...kata ada perbincangan pada 10 Jun 2014...senyap jer...kalau tidak berjaya bagi tau sajela...

luvly baby gap berkata...

masih tiada lagi keputusan berkenaan nie...kata ada perbincangan pada 10 Jun 2014...senyap jer...kalau tidak berjaya bagi tau sajela...

Unknown berkata...

Sy setuju..wlu saya kerja kt bndar..tp saya elok la seragamkan elaun bndar n bkn bndar...cuma mgkin berbezanya sewa rumah atau nilai hartanah...

tak der nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
tak der nama berkata...

untungnya jika kerja di kampung.harga rumah pun tak semahal duduk kuala lumpur dan selangor. dah la murah boleh pulak beli rumah landed. kita yang duk bandar terpaksa beli pangsapuri dh la harga rm300k bulan2 tambah lagi maintenance dalam rm200 sebulan. kat kampung ulang alik pergi kerja pun xder tol. makan minum mungkin lebih kurang tapi kt luar bandar byk yg murah2 kedai makan. saya selalu tgk sedara saya yg kat kelantan kerja kerani gred 17, nurse gred 29, atendan gred 11 mampu hidup senang lenang berkereta import rumah landed paling kurang pun teres. kalo gred macam saya rumah dah tahap banglo atau semi-d.saya pekerja gred 41 di kuala lumpur mampu beli pangsapuri jer harga 300k.kereta pulak pakai myvi lama jer.susah betol hidup di kl tambah dengan ada family. nk buat anak ramai pun takut xmampu jaga dengan kos pengasuh pun dan RM500 sebulan untuk sorg baby..so anak mmg xboleh ramai bukan macam kat luar bandar anak penjawat awam kat sana mmg ramai2. so mmg patutla cuepacs mohon kerajaan laksanakan elaun kerja dibandar metro ni..setakat ni gaji penjawat awam kerja di bandar dan luar bandar beza dari 50-150 jer..untung lasapa kerja kt luar bandar atau kampung tambah2 lagi yg gred 41 keatas