SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

20 Mei 2014

EMPLOYERS LOSE UP TO RM8 BILLION DUE TO FAKE MEDICAL LEAVES




Astro Awani
20/5/2014


Employers lose up to RM8 billion due to fake medical leaves
Some clinics and health centres have been known to issue 'fake' medical certificates

KUALA LUMPUR: It is estimated that employers in the country tend to lose up to RM8 billion a year due to employees taking  fake medical leaves given by clinics and health centres.
Secretary of the Malaysian Employers Federation, Datuk Shamsuddin Bardan said the loss includes the payroll of the employee on medical leave, medical costs and the cost of replacing the employee on medical leave.

"There are some cases that we know of employees have been certified as sick and is given medical leave from doctors. But these employees, instead of resting at home, they do other jobs like selling nasi lemak, pisang goreng and so on,” he said. 

Samsuddin added, that the current economic pressures have forced some workers to make business as a source of side income and thus medical leave is taken to garner more income.

"We also know that workers in Malaysia mostly see a doctor not for treatment and medication but to take leave.  In fact, some patients scold the doctors and there are several reports from the doctors on this matter," he said.

He added that this unethical act will not only impact the industry, but the governing laws under the industry as well.

In addition to taking medical leave for business purposes, MEF also found that employees take medical leave as an extension after their rest days as a form of protest towards an employers.

A study by MEF found that the Malaysian industry loses four percent of working days due to medical leaves taken by employees.

According to a statistic by CUEPACS, three percent of public servants fake their medical leave to skip work.

The fake medical leave became a matter of concern when it was reported that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work with the Health Ministry to carry out investigations on counterfeiting medical leave to deceive employers and earn more money.


14 ulasan:

Kakitangan Awam berkata...

Pada tahun 2013, sebanyak RM 25 bilion di bawa keluar dari negara ini oleh pekerja asing di negara ini. Lihat ini:

http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140520/ek_01/Kiriman-wang-ke-luar-negara-RM30b

Apakah penjelasan kerajaan berhubung perkara ini? Apakah inisiatif PEMANDU yang dibayar berjuta ringgit setiap tahun yang dikatakan membuat dasar untuk kerajaan itu?

Dalam isu ini, pihak kerajaan tiada mekanisma untuk membangunkan modal insan dalam negara, hanya sekadar melepaskan batok di tangga sahajalah.

Jangan menyalahkan golongan muda yang tidak berkerja, kerana dalam isu ini, ramai golongan muda mencari kerja ke sana ke mari, tetapi majikan nak untung banyak, mereka gajikan pekerja asing dengan bayaran yang rendah.

Malahan dengan adanya TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement) kelak, maka makin merempatlah rakyat tempatan kerana syarikat asing akan memonopoli sektor pembuatan, pembinaan, dan sebagainya, malahan pekerja asing akan mencurah-curah ke negara ini kerana syarikat asing nak meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.

Oleh itu, saya dah terangkan sebelum ini bahawa dengan adanya TPPA, Malaysia hanya jadi alat untuk orang luar mengaut keuntungan sedangkan Malaysia sendiri hanya dapat untung sedikit, rakyat tempatan dipinggirkan.

Tetapi apakan daya, Najib 'terlebih' pandai, hanya mengikut telunjuk PEMANDU yang melihat keuntungan jangka pendek bagi negara dalam kacamata korporat, sedangkan pandangan penjawat awam yang melihat kepentingan nasional Malaysia dalam untuk jangka masa panjang diabaikan oleh Najib.

Walau apa pun, Najib dan PEMANDU perlu beri penjelasan mengenai isu ini.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Pihak kerajaan juga perlu mempunyai mekanisma mengenai isu masalah rasuah di kalangan penjawat awam. Dalam isu ini, baru-baru ini, SPRM mendedahkan bahawa terdapat seorang pegawai penguatkuasa mempunyai wang dalam bank sejumlah RM 1.5 juta hasil penyelewengan diesel bersubsidi.

Pihak kerajaan perlu memantau pegawai atasan kerana kebanyakkan rasuah dibuat oleh pegawai atasan, kakitangan bahawa sangat kurang peluang untuk buat rasuah kerana tak ada kepentingan dalam sesuatu kelulusan sesuatu perkara.

Pihak kerajaan perlu membuat semakan kepada semua harta pegawai atasan dan menilainya berdasarkan kelayakan gaji semasa pegawai itu untuk menyelidiki kejadian rasuah.

Selama ini, kakitangan bawahan diainaya oleh pegawai atasan, tetapi pegawai atasan yang banyak makan rasuah, gaji besar yang tak pernah cukup sebab rezeki yang diperolehi secara haram, bagi makan anak bini rezeki haram adalah sama seperti menyumbat batu api neraka dalam mulut anak bini sendiri.

Pihak kerajaan perlu juga menyiasat projek-projek kerajaan yang banyak yang sakit tetapi tak selesai-selesai hingga sudah hingga menyebabkan wang negara dibazirkan untuk memulihkan projek sakit ini. Pihak yang suka makan rasuah, membuat penyelewengan dalam projek-projek perlu ditangkap dan dibicarakan, termasuklah kroni-kroni orang politik, kroni menteri, kroni timbalan menteri, kroni perdana menteri, kroni timbalan perdana menteri. Malahan siasat juga semua menteri termasuklah perdana menteri sendiri akan berkaitan isu ini.

Kalau tak buat salah, buat apa nak takut. SPRM perlu tegas dalam isu ini.

Malahan kementerian yang banyak sangat masalah, Menteri di Kementerian berkenaan perlu disiasat, dia buat apa selama ini jadi menteri, tidur dalam pejabatkah? Main masak-masak dalam pejabatkah? Main anak patung dalam pejabatkah?

KPI, NKRA, NKEA dan apa jadah lagi yang dicanangkan oleh PEMANDU selama ini adalah sampah sarap yang tak berguna sahajalah kerana isu penyelewengan dan rasuah yang masih berleluasan, sekadar indah atas kertas, tapi buruk dan jijik pada hakikatnya.

Perdana Menteri perlu jelaskan perkara ini untuk kepentingan umum, itu pun jika beranilah.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Kepada yang suka makan rasuah ini, jenis tak peduli dosa atau pahala.

Mereka ini hanya ingat makan babi sahaja haram. Sedangkan daripada dia makan rasuah itu, lebih baik makan daging babi yang dia beli sendiri dengan duit yang tak rasuah.

Saya bukannya nak menggalakan orang Islam makan babi, tetapi perbuatan rasuah itu lebih teruk dari makan babi.

Malahan rasuah ini bukan saja minta duit untuk sesuatu kelulusan, malahan menyalahgunakan kuasa, menipu dalam tuntutan perjalanan, menipu dalam tuntutan elaun itu dan ini, itu pun rasuahlah juga.

Malahan ingat dengan makan rasuah, menipu dalam tuntutan perjalanan, menipu dalam menuntut elaun, menipu kerja lebih masa itu akan membanyakkan rezeki anda semuakah? Semua itu perkara haram yang berdosa, pendapatan dari hasil penipuan dan rasuah tersebut adalah pendapatan haram, tak berkat.

Sebab itulah gaji besar mana pun bagi golongan perasuah dan penipu itu tak pernah cukup, sebab makan hasil yang haram yang tak berkat.

Kepada golongan perasuah dan penipu dalam perkhidmatan awam, lebih baik berhenti kerja sahajalah daripada menyusahkan orang ramai, menghabiskan wang negara bayar gaji kamu.

Malahan kepada golongan perasuah dan penipu itu, bila beli makan minum kepada anak bini kamu, katakan ini adalah hasil rasuah. Maka sedarlah kamu bahawa memberi anak bini makan hasil penipuan tuntutan elaun, hasil rasuah adalah seperti menyuapkan batu api neraka ke dalam mulut anak dan isteri anda.

Sedarlah bahawa dalam agama pun menyatakan bahawa daging hasil makanan yang haram, maka akan dimakan oleh api neraka, maka tak sedarkah diri lagi wahai perasuah dan penipu tuntutan elaun yang anda sedang mempersiapkan anak dan bini kamu termasuk kamu sendiri untuk dibakar oleh api neraka?

Saya bukannya nak berlagak pandai, tapi golongan perasuah dan penipu tuntutan elaun ini perlu sedar bahawa mereka patut bertaubat, menggantikan semula apa yang mereka tipu itu dan berhentilah makan rasuah untuk menyelamatkan diri dan keluarga dari dihumban dan dibakar oleh api neraka.

Akibat rasuah maka projek kerajaan terbengkalai, merugikan wang negara, menyebabkan masalah kepada masyarakat, malahan kalau ada bangunan yang runtuh, menyebabkan orang mati akibat penyelewengan dalam pembinaan akibat rasuah, maka lebih teruklah akibatnya.

Malahan kepada penipu dalam tuntutan elaun, sedarlah bahawa anda merompak wang negara, anda mencuri wang yang sepatutnya digunakan untuk buat jalan, untuk buat sekolah, untuk beli ubat di klinik dan di hospital, malahan anda merampas pembangunan yang sepatutnya untuk rakyat.

Saya penjawat awam, saya menulis kerana berasa sangat geram dengan tindakan golongan perasuah dan golongan penipu tuntutan elaun yang tak sedar dengan halal haram dan tak peduli dengan dosa dan pahala ini. Malahan paling geram adalah kerana mereka inilah imej perkhidmatan awam menjadi buruk dan menyebabkan pembangunan tergendala dan rosak binasa.

Kepada yang terasa dengan tulisan saya ini, maka saya tak minta maaf atas tulisan saya ini, kerana orang yang buat salah, buat apa saya nak minta maaf, patutnya orang itu bertaubatlah.

Sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

a

zulkarnai is an Army Personel.( Aree Bihunsup Ex Service ) berkata...

Semenjak Cuepac buat anjakan paradigma ..bila nak komen kat sini perlukan akaun google maka ramai yang dah tak berani masuk ..atau meluahkan perkataan kesat...kalau dulu perghhh sampai beratus komen..

kalau ada yang komen pun sekarang ni dia akan signup dengan google yang baru sekadar nak lepaskan apa yang dirasa...tapi bila kita klik nak view data diri ..kita akan nampak tarikh akaun MEI 2014...huhuhu....lawak la PA ni huhuhu

Kakitangan Awam berkata...

zulkarnai is an Army Personel.( Aree Bihunsup Ex Service ), paling lawak adalah golongan pemakan rasuah, golongan pemakan rezeki haram dengan menipu kerja lebih masa, menipu tuntutan perjalan, menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri. Sangat lawak bila mereka bagi makan anak bini dengan rezeki haram, gaji besar mana pun tak pernah cukup sebab rezeki haram mereka itu tak berkat. Rezeki yang tak berkat tak akan pernah cukup kepada nafsu jahat mereka yang suka makan rasuah dan menipu itu kerana hati mereka sudah kelam, hitam legam mengalahkan arang, setan dan iblis pun dah banyak bersarang dalam hati mereka yang terbentuk dari rezeki haram itu.

Itulah yang paling lawak, golongan yang berlagak dengan kuasa, bangga dengan pangkat dan kedudukan, gaji dah besar, tapi masih kemaruk nak makan rasuah lagi, nak menipu lagi, itulah yang paling lawak kerana mereka kata makan babi haram, tapi hasil haram dari sumber rasuah disumbat masuk dalam perut anak bini dan perut sendiri, mereka tak peduli akan pembalasan dahsyat yang akan diterima oleh anak bini mereka kerana disumbat dengan hasil haram, hasil rasuah dan penipuan itu.

Kepada perasuah dan penipu sekalian, sedarlah bahawa rezeki haram sumber rasuah dan penipuan itu akan menyebabkan anak bini anda dihumban ke dalam neraka sedangkan mereka tak tahu pun selama ini disumbat dengan rezeki haram oleh anda sendiri. Andalah puncanya anak bini anda dihumban ke neraka kerana kemaruk dengan keduniaan sampai sanggup rasuah dan menipu.

Ingatlah setiap daging yang dibentuk dari makanan yang sumbernya haram, maka api nerakalah yang akan membakar daging itu, mungkin golongan perasuah itu seronok melihat anak bini mereka meraung-raung dalam neraka akibat sumber haram yang perasuah itu sumbatkan ke mulut dan ke perut anak bininya itu.

Sedarlah, bertaubatlah.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Saya mencadangkan bagi kes rasuah melibatkan kegiatan yang membahayakan negara dan masyarakat seperti penyeludupan barangan bersubsidi, pengedaran dadah, pengedaran senjata api, pelacuran, dan lain-lain kesalahan yang boleh dikategorikan sebagai sangat berbahaya kepada negara, maka perasuah yang menerima rasuah untuk melindungi kegiatan berkenaan perlu dihukum mati kerana mereka ini adalah punca masalah kepada negara.

Mungkin ada yang kata kejam, tapi lihatlah kejahatan perasuah sedemikian telah menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit dari segi cukai, malahan dalam isu pengedaran dadah, ramai anak muda jadi mangsa penagihan dadah kerana adanya golongan perasuah yang melindungi kegiatan pengedaran dadah, begitu juga dengan gadis-gadis yang dipaksa jadi pelacur, adanya golongan perasuah yang menjadi barua kepada bapa ayam, maka ramai gadis jadi mangsa, malahan penyakit berjangkit pun makin berleluasa.

Oleh itu, selain perasuah yang perlu dikena hukuman mati itu, saya juga menuntut pihak kerajaan untuk memperketatkan kesalahan bagi kes pelacuran di mana bapa ayam dan mak ayam dan ahli kumpulan sindiket pelacuran perlu dihukum mati kerana mereka inilah punca kerosakkan kepada masyarakat, merosakkan anak gadis orang, menyebabkan penyebaran penyakit berjangkit.

Malahan bagi pemilik kelab malam, pub, disko, dan seumpamanya yang menjalankan kegiatan pelacuran, maka mereka perlu dihukum gantung kerana mereka ini adalah perosak masyarakat dan negara.

Untuk membenteras jenayah, hukuman perlu dikeraskan untuk membasmi kegiatan jenayah itu. Lihatlah dalam isu GRO yang ditangkap di kelab malam, mereka ada yang dipaksa jadi pelacur oleh pemilik kelab malam, tapi pemilik kelab malam didenda berapa ribu sahaja, jumlah kecil sahaja bagi pemilik kelab malam yang berpendapatan berpuluh ribu ringgit setiap malam hasil pemerasan dan pemerdagangan GRO untuk jadi pelacur di kelab mereka.

Sampai bila nak biarkan golongan keparat sedemikian untuk memusnahkan negara ini, kerana kalau didenda, esok dia buat lagi, kalau hari ini 10 orang jadi mangsanya, esok lusa, 100 orang pula dijadikan mangsa kerana hukuman yang cikai dari pihak kerajaan selama ini.

Telitilah kalau jenis yang ada akal nak berfikir, kalau tak suka tu, terpulanglah, lantak andalah.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Saya mencadangkan bagi kes rasuah melibatkan kegiatan yang membahayakan negara dan masyarakat seperti penyeludupan barangan bersubsidi, pengedaran dadah, pengedaran senjata api, pelacuran, dan lain-lain kesalahan yang boleh dikategorikan sebagai sangat berbahaya kepada negara, maka perasuah yang menerima rasuah untuk melindungi kegiatan berkenaan perlu dihukum mati kerana mereka ini adalah punca masalah kepada negara.

Mungkin ada yang kata kejam, tapi lihatlah kejahatan perasuah sedemikian telah menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit dari segi cukai, malahan dalam isu pengedaran dadah, ramai anak muda jadi mangsa penagihan dadah kerana adanya golongan perasuah yang melindungi kegiatan pengedaran dadah, begitu juga dengan gadis-gadis yang dipaksa jadi pelacur, adanya golongan perasuah yang menjadi barua kepada bapa ayam, maka ramai gadis jadi mangsa, malahan penyakit berjangkit pun makin berleluasa.

Oleh itu, selain perasuah yang perlu dikena hukuman mati itu, saya juga menuntut pihak kerajaan untuk memperketatkan kesalahan bagi kes pelacuran di mana bapa ayam dan mak ayam dan ahli kumpulan sindiket pelacuran perlu dihukum mati kerana mereka inilah punca kerosakkan kepada masyarakat, merosakkan anak gadis orang, menyebabkan penyebaran penyakit berjangkit.

Malahan bagi pemilik kelab malam, pub, disko, dan seumpamanya yang menjalankan kegiatan pelacuran, maka mereka perlu dihukum gantung kerana mereka ini adalah perosak masyarakat dan negara.

Untuk membenteras jenayah, hukuman perlu dikeraskan untuk membasmi kegiatan jenayah itu. Lihatlah dalam isu GRO yang ditangkap di kelab malam, mereka ada yang dipaksa jadi pelacur oleh pemilik kelab malam, tapi pemilik kelab malam didenda berapa ribu sahaja, jumlah kecil sahaja bagi pemilik kelab malam yang berpendapatan berpuluh ribu ringgit setiap malam hasil pemerasan dan pemerdagangan GRO untuk jadi pelacur di kelab mereka.

Sampai bila nak biarkan golongan keparat sedemikian untuk memusnahkan negara ini, kerana kalau didenda, esok dia buat lagi, kalau hari ini 10 orang jadi mangsanya, esok lusa, 100 orang pula dijadikan mangsa kerana hukuman yang cikai dari pihak kerajaan selama ini.

Telitilah kalau jenis yang ada akal nak berfikir, kalau tak suka tu, terpulanglah, lantak andalah.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Perasuah adalah "anjing suruhan" kepada pemberi rasuah.

Ini kerana orang yang menerima rasuah ibarat "anjing" yang diikat lehernya dengan tali oleh pemberi rasuah untuk diarahkan buat itu dan ini demi kepentingan pemberi rasuah sedangkan perlakuannya itu adalah salah di sisi agama dan undang-undang.

Jika kita tanya kepada penerima rasuah, jika mereka diberikan rasuah dan mereka terima, adakah mereka akan ikut arahan dari pemberi rasuah? Jawapannya adalah Ya kerana mereka telah jadi balaci suruhan kepada pemberi rasuah.

Golongan penerima rasuah ini adalah golongan muka tak tahu malu dan tak kasihankan anak bini kerana mereka sanggup beri makan rezeki haram kepada anak bini mereka, sedangkan anak bini mereka akan dihumban ke neraka kerana daging di tubuh anak bini mereka terbentuk dari sumber haram hasil rasuah perasuah itu.

Kepada yang nak marah dengan komen saya ini, cerminlah dulu, kerana kalau marah sebab anda terima rasuah, maka itulah hakikatnya berdasarkan tulisan saya ini, jadi tak payahlah nak marah saya lebih-lebih pula, lebih baik anda bertaubat.

Sedarlah diri.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Dalam isu projek yang bermasalah, kalau jalankan kerja dengan betul, maka tak ada masalah, kalau banyak sangat rasuah, inilah jadinya, banyak lapis sangat makan duit, dari kos projek RM 100 ribu, hanya tinggal RM 10 ribu saja kepada kontraktor yang akhirnya jadi pembina sebenar bangunan itu. Kesannya banyak yang tak ikut spesikasi projek yang sebenar atas kertas, bahan tak berkualiti, tidak ikut spesikasi digunakan untuk buat bangunan, lepas tu runtuh, menyebabkan kecederaan dan kematian kepada orang ramai yang tak berdosa, inilah akibatknya yang disebabkan oleh perasuah yang mempelahap RM 90 ribu wang projek dari pegawai besar hingga ke kakitangan biasa.

Begitu juga dengan isu perolehan bekalan, harga yang disebutkan adalah tak munasabah, beli cangkul sebatang pun sampai RM 300.00, apa kejadahnya cangkul mahal macam tu sekali? Harga cangkul tak sampai RM 30.00, tapi lagi RM 270.00 dimentekedarah oleh perasuah dan disumbat pula ke perut anak bini hasil haram sumber rasuah itu. Malahan ada buat beli baju melayu pergi masjid, duit haram guna buat beli baju untuk solat, tak sedar diri ke apa?

Bertaubatlah perasuah sekalian. Kepada yang terasa itu, lantak andalah, saya tak akan minta maaf, anda sepatutnya bertaubat.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakitangan Awam berkata...

Berbalik kepada kebajikan penjawat awam.

Kakitangan bawahan perlukan laluan kerjaya yang lebih jelas.

Misalnya bagi jawatan pemandu, mereka sepatutnya pergi ke laluan kerjaya sebagai penyelia kenderaan dan pegawai kenderaan, kerana mereka memang pakar dengan bidang mereka.

Begitu juga dengan Pekerja Awam, mereka patutnya ada peluang untuk pergi ke gred ketukangan hingga ke penyelia landskap.

Dalam skim sedia ada, laluan kerjaya untuk kakitangan gred rendah adalah kabur, memanglah ada laluan hingga boleh jadi kerani, tetapi dari segi pengalaman kerja, patutnya berilah laluan yang sesuai dengan bidang mereka, bukannya hentam sesuka hati saja.

Sukacita ingin diingatkan juga bahawa sekiranya penambahbaikan bagi skim-skim yang tertinggal sebelum ini tidak diselesaikan dengan sebaiknya, maka Presiden dan kepimpinan CEUPACS sewajarnya meletak jawatan kerana gagal untuk mempertahankan kebajikan kakitangan awam yang mengundi mereka menang dalam pemilihan sebelum ini.

Malahan perlu dikaji semula bagi kenaikan gred rendah ke H11 itu, perlu ada kenaikan dari segi imbuhan, sekadar naik gred saja, tapi masih ditakuk yang lama, sedangkan skim lain boleh naik gred dan naik imbuhan, suatu yang menghinakanlah.

Begitu juga dengan skim Pelukis Pelan, sangat mengejutkan bila bagi skim Pelukis Pelan, tiada kenaikan gred ke 29 dan imbuhan bagi kakitangan yang tiada sijil kejuruteraan walaupun telah lebih 20 tahun berkhidmat dan menjawat gred 22 sedangkan bagi skim Juruteknik walaupun tiada sijil kejuruteraan, tetapi boleh naik ke gred 29 atas dasar time based.

Menjadi persoalan mengapakah boleh jadi pilih kasih sedemikian rupa antara skim Pelukis Pelan dan Juruteknik?

Masalah sekarang ini adalah terdapat Pelukis Pelan gred 22 sekarang menjadi orang bawahan kepada orang bawahannya sebelum ini kerana beliau tiada sijil kejuruteraan sedangkan orang bawahannya yang sebelum ini hanya gred 17 terus naik jadi gred 29 kerana ada sijil kejuruteraan atau diploma.

Ini menyebabkan masalah penyeliaan, takkan penyelia akan jadi orang bawahan kepada juruteknik biasa pula?

Mungkin pihak JPA main sing kong atau main mahjung di pejabat hingga buat dasar bangang sebegini rupa.

Pihak JPA perlu menyelesaikan segala kemelut dalam perkhidmatan awam akibat dasar bodoh pimpinan atasan di JPA yang berlagak pandai tapi bangang dan tak tahu struktur di jabatan-jabatan dalam perkhidmatan awam di semua lapis dari perkhidmatan di daerah, negeri, jabatan persekutuan hinggalah ke peringkat kementerian.

Perkara ini perlu diselesaikan segera kerana banyak masalah telah berlaku, dan pihak PEMANDU yang diketuai oleh Idris Jala dan kuncu-kuncunya telah menyalahkan penjawat awam yang telah dituduh tidak cekap, tapi puncanya adalah oleh pihak pegawai atasan JPA yang bangang tak tahu buat kerja.

Sekian, terima kasih.

mat legasi berkata...

Salam.
Anon ; Rabu, Mei 21, 2014 1:05:00 PG

Kekadang kita perlu jugak dengar komen 'fast track' bagi mengetahui isi hati sebenar rakyat marhaen kumpulan pelaksana.

Ruang ketelusan untuk bercakap / memberi komen (bukan pelampau) adalah diperlukan bagi memberi nilai tambah kpd perjuangan CUEPACS.

Pandangan ikhlas saya.

Tanpa Nama berkata...

haha betul tu. sejak blog ni tidak membenarkan komen "tanpa nama" (jangan keliru dengan nama aku, ok? keh keh), ramai beruk-beruk yang suka mencarut tak tentu hala ni dah menyepi. kekadang bosan pulak tengok takda hiburan di sini. tapi dari segi positifnya, komen-komen dalam ni memang sebenar-benar komen, bukannya benda merapu.

sebenarnya yang terkesan disebabkan "MC palsu" ni adalah sektor swasta kerana mereka membenarkan tuntutan dibuat ke atas "bil perubatan" yang diperolehi bersama dengan MC tersebut. biasanya bil perubatan tu bukan ada ubat apa pun, sekadar membayar upah doktor yang mengeluarkan sijil tersebut. di sektor awam tidak membenarkan tuntutan perubatan dibuat sekiranya dia ke klinin swasta. tapi mereka yang malas kerja ni akan ke klinik swasta juga untuk dapatkan MC seterusnya tak perlu kerja untuk hari itu walaupun kena keluar modal rm30-50.

itu kira ok lagi. ada diantara penjawat awam yang dikesan memperolehi MC palsu dari klinik kesihatan kerajaan dimana mereka ini ada saudara mara/kawan yang kerja di sana yang biasanya kerja sebagai jururawat, kerani mahupun atendan. mereka mempunyai akses kepada buku MC tersebut dan dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan MC. bagi majikan yang cerdik, mereka mungkin akan berhubung dengan pihak hospital/kk dan minta dilihat rekod pesakit samada ada ke tak MC dikeluarkan kerana ada no. siri di sana. biasanya sindiket yang mencuri buku MC dan memalsukan tandatangan doktor ni takkan dapat merekodkan no.siri ke dalam kad pesakit.

orang macamni elok buang saja. kita takkan jadi negara maju sampai bila2 selagi ada sikap sebegini dalam perkhidmatan awam.