SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Julai 2014

NAJIB UMUM BANTUAN RM500 KEPADA PENJAWAT AWAM SEMPENA AIDILFITRI

Bernama
2/7/2014

i

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya.

-- BERNAMA

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

TQVM PM

Pohon 2 bulan bonus akhir tahun nanti ...he he he.. baru tranformasi bonus namanya

Unknown berkata...

RM 500.00 UNTUK PENJAWAT AWAM TERIMA KASIH KERAJAAN BN..EEE PEKEBUN GETAH PUN DAPAT RM 500.00...
KESIAN PA SETARAF DENGAN PEKEBUN GETAH

Unknown berkata...

pakat tak lama la tu merintahnya .
dh nampak dh ...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mohamad kamal bin ahmad berkata...

bagus pakatan rakyat pegang,baru betul2 memahami masalah 0rang bawah,depa x pa la gaji besar,duit temuntah2.500 tu zaman jepun dulu,klu bagi najib pun depa x cukup,klu negara miskin bohong,rasuah kuat,penipu kuat,

Unknown berkata...

korang ni semua ada penyakit hati. bulan puasa macam ni seharusnya bersihkan penyakit hati tu, bukannya biarkan dia semakin subur mekar.

dapat rm500 tu bersyukur kepada Allah walaupun pada pandangan mata ko ianya tak seberapa. tapi ada ramai orang yang menerimanya sebagai suatu tambahan rezeki.

ubah sikap tu. berbelanja ikut pendapatan dan kemampuan. asal dapat je, belasah sampai habis, memang sampai mati nanti pun takkan cukup.

mari kita bersama-sama membersihkan hati pada bulan ramadhan ni supaya hati menjadi tenang dan takda la asyik nak meroyan je.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

korang ni semua asyik kata mengata je....sampai mati la korang macam ni...

Unknown berkata...

Alhamdulillah dengan bantuan kewangan RM500 daripada Kerajaan BN ini. Walaupun hanya RM500 tetapi ianya cukup untuk menampung keperluan hari raya nanti, Insyallah. Kepada yang rasa tak cukup ukurlah baju di badan sendiri terlebih dahulu sebelum berkira-kira untuk belanja berlebihan.

Terima kasih atas pemberian dan semoga Allah melimpahkan rezeki dan merahmati Kerajaan yang sedia ada hari ini. Amin Ya Allah.

Unknown berkata...

bak kata pepatah melayu ..
anjing menyalak bukit .. bukit tak runtuh , anjing hilang suara ..
renung2kan lah ... terima kasih daun keladi , tahun depan bagi lagi 500 ...

Unknown berkata...

asyik 500 jer dr mula2 pegang jawatan pm sampai lar....hampeh

Unknown berkata...

Sekurang-kurangnye dapat..syukur dapat RM 500 boleh tampung cikit2. mmg la kerajaan selangor boleh bagi sebulan gaji sebab tak ramai pekerja kerajaan negeri berbanding kerajaan pusat.. ni nanti lau minta lebih2 kerajaan tak dapat tanggung kite gak susah..nak dapat banyak untuk sekali tapi susah untuk jangka masa yang lama. yelah lau dah xdpt tampung, msti kerajaan cari jalan untuk cari duit untuk tampung perbelanjaankan...jadi kesannye...subsidiri ditolak lagi, kadar gst naik..cukui lagi...jadi mana satua yang diinginkan??untuk senang sekejap lagi satu..fikir2kan lah..

Kakitangan Awam berkata...

Syukurlah RM 500.00 pun tak apalah, tapi saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap jutaan pendatang asing samada dengan izin atau tanpa izin di negara ini yang mempelahap subsidi milik warga Malaysia sesuka hati mereka.

Najib patut minta Unit PEMANDU yang dicanangkan 20 agensi kerajaan terbaik itu supaya buat kajian berapa juta sehari wang subsidi rakyat Malaysia yang telah digunakan oleh pendatang asing yang tak bayar cukai pun kepada Malaysia, malahan mereka pun tak ada kesetiaan kepada Persekutuan Malaysia, tapi setiap hari berjuta ringgit wang subsidi warga Malaysia digunakan oleh pendatang asing ini.

Lihatlah di stesen minyak, warga asing isi motosikal mereka dengan RON 95, kalau 2.5 juta orang pendatang asing isi RON 95, subsidi RON 95 adalah RM 0.73, kalau seorang isi seliter sahaja pun, sudah melibatkan RM 1,825,000.00.

Itu baru petrol, tak masuk lagi barangan seperti tepung gandum, pendatang asing pun beli di Kedai 1Malaysia. Kedai 1Malaysia memang bagus untuk golongan berpendapatan rendah, tetapi kalau pendatang asing juga ambil kesempatan, apa maknanya semua ini?

Bukan setakat tepung gandum, malahan beras, dan macam-macam lagi barangan bersubsidi yang dinikmati oleh pendatang asing yang tak bayar cukai dan tak ada kesetiaan kepada Malaysia ini dengan sesuka hati mereka sahaja.

Saya meminta sangat jasa baik Najib untuk minta Unit PEMANDU yang 'hebat' sangat itu untuk buat kajian berapa ratus juta atau berapa bilion ringgit wang subsidi digunakan oleh pendatang asing di negara ini hingga menyebabkan kerajaan perlu mengurangkan subsidi kepada rakyat Malaysia yang merupakan warga negara.

Kesannya imej parti pemerintah menjadi buruk kerana kegagalan Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri, Pegawai atasan yang tak menilai kesan dan akibat sesuatu perkara.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Kerajaan juga perlu kaji kemudahan petrol, tol, topup telefon bimbit kepada pegawai atasan. Malahan elaun keraian pegawai atasan, bila nak raikan kehadiran tetamu di jabatan, pasal apa gunakan wang jabatan juga, patutnya gunakan elaun keraian pegawai-pegawai atasan ini.

Itulah yang saya katakan sebelum ini, pegawai atasan ini golongan penindas, buat dasar untuk kepentingan diri, ada elaun itu dan ini untuk digunakan, tapi gunakan wang pejabat juga.

Malahan dalam isu pendidikan lanjutan, mengapakah pegawai atasan yang dah gaji besar mendapat biasiswa dari kerajaan, lepas tu dapat lagi cuti bergaji penuh pula.

Sedangkan penjawat awam kumpulan pelaksana, belajar guna duit sendiri, adalah juga yang dapat biasiswa kerajaan, tapi tak dapat cuti bergaji penuh, kena ambil cuti tanpa gaji pula, sedangkan kumpulan pelaksana gaji lebih rendah dari kumpulan pegawai atasan.

Inilah ketidak adilan yang berlaku di dalam perkhidmatan awam di mana pegawai atasan berasa diri mereka teramat mulia, bangga dengan pangkat dan jawatan, buat dasar untuk kepentingan temolok sendiri dan bukan sahaja mengabaikan golongan bawahan, malahan menindas golongan bawahan dengan dasar-dasar syok sendiri dan menguntungkan pegawai atasan tetapi menyebabkan kesengsaraan kepada kumpulan pelaksana.

Kerajaan patut kaji kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada pegawai atasan kerana ada kemudahan digunakan untuk balik kampung, melancong dengan anak bini menggunakan kemudahan kenderaan jabatan, petrol yang dibiaya oleh kerajaan, tol yang dibiaya oleh kerajaan, adilkan ini semua kepada penjawat awam yang berpendapatan rendah sedangkan pegawai atasan bergaji besar boleh dapat kemudahan itu dan ini.

Saya bukannya nak suruh sekat semuanya, tapi penggunaanya mestilah untuk kegunaan kerja rasmi, bukannya untuk bersuka ria dengan anak bini.

Ini tak termasuk lagi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti dapat biaya Astro percuma dan sebagainya, apa kejadahnya ini semua di saat kumpulan pelaksana terkial-kial nak meneruskan hidup, tetapi pegawai atasan bersenang lenang dengan kemudahan itu dan ini.

Sekian, terima kasih.

Kay4 berkata...

bila nak umumkan semakan gred yg lain yg dicanangkan dah masuk julai tak ada pon . asyik kena tipu aje

Kakitangan Awam berkata...

Saya menyokong dan bersetuju supaya bayaran bonus adalah pada kadar rata supaya perbelanjaan kerajaan dapat dijimatkan, selain itu, ia akan mengurangkan jurang antara kakitangan bergaji rendah dengan pegawai atasan bergaji besar, ini kerana kalau elaun sebulan gaji, yang untungnya adalah pegawai atasan bergaji besar kerana mereka sudahlah gaji besar, dapat bonus pun lebih dari kakitangan bawahan yang bergaji rendah dan bonus pun dapat rendah juga.

Mungkin kerajaan patut pertimbangkan bonus untuk kadar rata pada jumlah RM 1,000.00 kerana kalau RM 500.00 adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan kos sara hidup sekarang ini.

Saya menyokong apa saja dasar kerajaan yang baik dan menguntungkan semua pihak, tetapi saya akan menentang keras dan mengecam dengan kasar akan dasar-dasar yang hanya menguntungkan golongan atasan sedangkan golongan bawahan ditindas dengan begitu kejam serta dasar-dasar yang memudaratkan masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Pihak kerajaan perlu sedar bahawa sokongan daripada penjawat awam kepada pihak kerajaan adalah penting terutama kakitangan di daerah-daerah kerana kakitangan di daerah-daerah inilah barisan hadapan kerajaan yang boleh menjadi benteng untuk mempertahankan kerajaan melalui penerangan-penerangan oleh kakitangan ini yang selalu berurusan dengan masyarakat.

Jika pihak kerajaan membuat dasar-dasar yang mengelirukan, menjatuhkan motivasi penjawat awam, tidak mempedulikan kebajikan penjawat awam, maka akan ada penjawat awam yang tidak berpuas hati dan akan menyokong pembangkang dan tidak membela dasar kerajaan tetapi menyokong parti pembangkang.

Kerajaan jangan menganggap kakitangan mengkhianati kerajaan sahaja, tetapi kerajaan perlu sedar bahawa sikap acuh tidak acuh, endah tidak endah kerajaan yang memperkotak katikkan penjawat awam, membeza-bezakan skim, menurunkan gred skim-skim tertentu, dan macam-macam lagi perbuatan yang menyinggung penjawat awam akan menyebabkan konflik sokongan penjawat kepada kerajaan.

Penjawat awam boleh buat kerja macam biasa, tetapi bila sudah marah, mereka tidak akan membela lagi dasar kerajaan, bila kerajaan dihentam, mereka tidak akan tolong kerajaan.

Oleh itu, kerajaan perlu mengkaji semula pendekatan kerajaan terhadap perkhidmatan awam terutama isu skim-skim yang dicicirkan dengan sengaja oleh pihak JPA serta skim-skim yang hanya dihias secara kosmetik sahaja seperti skim gred 1 hingga 16 yang hanya ditukar nama tetapi tiada kemajuan kerjaya yang sesuai serta tiada kenaikan gaji atau apa-apa elaun. Ini semua perlu kajian semula supaya pembangunan perkhidmatan awam adalah holistik dan bukannya hanya indah khabar dari rupa sahaja.

Sedarla. Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Pihak kerajaan juga patut memberikan kekuatan kepada perkhidmatan awam melalui saluran undang-undang yang melindungi dan memudahkan urusan kerja penjawat awam.

Misalnya dalam isu jenayah, saya berpendapat bahawa sikap kerajaan yang memberikan hak yang sama antara suspek jenayah dengan orang awam biasa adalah tidak kena pada tempatnya.

Ini kerana memang hukum undang-undang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Tetapi apakah kerajaan tidak boleh meminda undang-undang sekarang ini yang memerlukan suspek sesuatu kes jenayah supaya menyerah diri dalam tempoh yang ditetapkan mungkin satu minggu dan jika dalam tempoh berkenaan suspek berkenaan tidak menyerah diri, maka dia akan dituduh di bawah undang-undang iaitu tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan dihukum penjara tidak kurang 5 tahun dan sebatan atau denda atau kedua-duanya sekali selepas dia didapati bersalah melakukan jenayah yang dituduhkan kepadanya itu.

Selain itu, suspek diwajibkan untuk memberikan segala keterangan yang diperlukan oleh pihak berkuasa dan jika ingkar, dia boleh dituduh tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa dan boleh dihukum penjara tidak kurang 3 tahun dan sebatang atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jika ini dapat dipraktikkan, masalah jenayah di negara akan berkurangan kerana pihak berkuasa mudah untuk menangkap dan mengendalikan kes-kes jenayah.

Jika dengan keadaan sekarang di mana penjenayah boleh pula berdiam diri dan tidak mahu menjawab soalan yang dikemukakan oleh pihak polis, maka susahlah nak selesaikan kes.

Perlu disedari bahawa hak asasi manusia adalah layak dinikmati oleh warganegara yang mematuhi undang-undang sahaja, kepada suspek jenayah atau penjenayah adalah tidak tertakluk kepada keistimewaan hak asasi manusia ini kerana mereka sendiri mencabuli hak asasi manusia orang lain melalui kegiatan jenayah mereka.

Sedarlah. Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Kerajaan juga patut memperketatkan undang-undang Akta Hasutan di mana menghina institusi negara termasuklah institusi beraja, lagu negara, jata negara atau apa-apa yang berkaitan kebesaran negara adalah dianggap melakukan kesalahan dan boleh dipenjarakan tidak kurang 10 tahun dan tidak kurang 5 sebatang dan / atau denda tidak kurang RM 100,000.00 dan jika tidak mampu membayar denda, perlu disebat 1 kali untuk setiap RM 25,000.00.

Kerajaan juga perlu memperketatkan Akta Hasutan di mana apa-apa perlakuan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum adalah dianggap melakukan kesalahan dan boleh dipenjarakan tidak kurang dari 20 tahun atau sepanjang hayat dan tidak kurang 10 sebatan serta denda tidak kurang RM 500,000.00 dan jika tidak mampu menjelaskan denda akan ditambahkan 1 sebatan bagi setiap RM 50,000.00

Perkara ini adalah penting untuk menjaga keharmonian kaum dan agama serta melindungi institusi negara dari diperkotak katikkan oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab hingga mencetuskan suasana tegang antara kaum dan agama serta kumpulan-kumpulan masyarakat tertentu.

Kehidupan yang bersistem dan berstruktur akan mewujudkan kehidupan yang aman damai, jika kehidupan yang melanggar peraturan, berbuat sesuka hati dengan alasan hak asasi manusia, maka punah ranahlah negara dan masyarakat dengan setiap orang akan bertindak sesuka hatinya dengan alasan hak asasi manusia. Ibarat seseorang yang berenang di laut, jika beranang terlalu jauh dari pantai, maka risiko untuk dia mati lemas adalah tinggi. Begitu juga dengan hak asasi manusia, jika tiada sempadan yang dihadkan untuk berbuat sesuatu, maka semua orang akan buat apa saja untuk kepuasan hatinya hatta menyepak kepala ibu bapa orang lain, menendang muka dan berak atas kepala Perdana Menteri, kencing atas muka menteri-menteri dan sebagainya. Maka keadaan ini akan mencetuskan huru hara.

Sedarlah. Sekian, terima kasih.

Mahmood Adam berkata...

well said bro.

itulah realiti perkhidmatan awam masakini. yang dah bergred tinggi, diberi pula hadiah latihan persekutuan (HLP) a.k.a. belajar sepenuh masa secara percuma dengan gaji penuh tanpa hilang kekananan di dalam perkhidmatan. apabila batch mereka naik pangkat, yang sedang mengikuti HLP juga tetap akan naik gred/pangkat walaupun sedang berada di dalam universiti.

walhal penjawat awam kumpulan pelaksana yang menyambung pengajian mengikuti sarjana muda malah ada sebilangannya yang mengikuti sarjana secara separuh masa yang menggunakan wang saku sendiri, apabila tamat pengajian, langsung tak dapat apa manfaat dari usaha mereka menyambung pelajaran tersebut. walhal puak-puak p&p terutamanya ptd begitu senang lenang dengan HLP tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun untuk belajar, dan kenaikan pangkat mereka tetap terjamin.

inilah dia sistem mengarut yang sedang digunapakai oleh SPA & JPA masakini atas slogan retorik yang dinamakan: TRANSFORMASI.

Unknown berkata...

sememangnya kerajaan telah buat yang terbaik seperti mana pemberian kadar sama rata bonus atau bantuan khas sebanyak rm500.

Namun sekiranya mengambil kira dari sudut kos sara hidup semasa,sangat wajar kerajaan menaikkan kadar tersebut kepada rm1000 sama rata.

Unknown berkata...

Itulah realiti kemajuan kerjaya dalam kumpulan perlaksana .
SPA telah meletakkan merit & keutamaan kpd calon fresh graduate dgn alasan Penjawat awam kump perlaksana telah mempunyai kerja sedia ada . Ilmu pengetahuan hanyalah penambahan ilmu utk memantapkan sahsiah diri & bukan dijanjikan kemajuan kerjaya utk ke skim P&P .
Kecualilah skim tersebut adalah skim bersepadu .

honeyna3107 berkata...

Alhamdulillah atas rm500 bantuan yg diberi. Sememangnya pjawat awam mmg perlukn bantuan sebegini disaat taraf hidup yg smakin mningkat dgn brg2 yg naik mdadak seolah2 sukar dikawal berikutan cukai gst yg diwujudkan krajaan. Pd pndagan sy byk bantuan2 yg ingin diberi oleh kerajaan perlu dikaji sbaik2nya agar org2 yg btol2 memerlukan mdapat bhgian mereka. Br1m contohnya diberikan kpd mereka yg berpendapatn isi rumah rm3000 ke bwh. Namun pd dasarnya ade jugak mereka yg bpendapatan lebih memperoleh bantuan tsbt spt mereka yg bekerja sndr atau bniaga sndr yg sukar utk dikesan brp gaji mereka. Dan ini merugikan wang bantuan tsbt. Krajaan juga perlu mgambil kira jumlah isi rumah,anak dan tanggungan penerima agar mereka yg bpendapatn isi rumah rm5000 tp ada anak 7 layak menerima bantuan. Ini barulah dikatakan adil bbanding mereka yg bgaji rm4000 tp anak sorg. Krajaan bkn shj dpt blaku adil tp juga dpt mjimatkn pbelanjaan. Sy bsetuju dgn pndpt di atas bhw pegawai2 atasn mperoleh bantuan dan keistimewaan yg blipat kali ganda bbanding staf sokongn. Bahkn shingga majlis keraian juga ditanggung kerajaan. Sudahlah bgaji tggi byk insentif diperoleh shingga bcuti mlancong dan minyak kereta pon ditanggung. Semua ini menambahkn lg 'duit kocek' pegawai atasan tsbt. Sdg org dibwh hidup smkin dihimpit. Bkn niat sy utk mjatuhkn pegawai atasan jauh skali mggu periuk nasi mereka namun sy bhrp pihak kerjaan dpt mkaji semula kemudahan2 yg dberi terumtama penjawat awam yg dibwh yg hidup makin hari makin menghimpit.

Unknown berkata...

dari mula2 jd pm sampai ler skarang ni asyik bg 500 jer.kalo betui nak membantu naikkanlah bantuan tu skit. bg rm 800 ker,1k ker.sesuai dgn taraf idup skarang.ini dari 2008 dok bg 500 jer.kos idup skarang ni bukan sama cam tahun 2008 dulu pm oi!.ko tau ker x rakyat kat bawah ni idup camner?ko lain ler,dari kecik sampai ker tua idup mewah jer.bapak dulu pun pm gak kan.idup dlm duit jer.smuanye haprak. mintak kepimpinan cuepacs supa lebih tegas lagi n jd golongan pendesak yg hebat.jgn ikut jer cakap n kehendak perdana menteri 500 ni...

Unknown berkata...

Nk tanya la pada sapa2 yg tahu..adakah kakitangan kontrak juga layak mendapat bantuan hari raya Rm500 ni? Sbb sy ada dngar...ada pekeliling menyatakan kakitangan kontrak x layak...betul ke?

Unknown berkata...

Kontrak off servis jer layak,for servis tak layak..,mcm la kontrak for servis tak buat keje..,memang dianak tirikan betui...kontrak for servis ni la keje bagai nak mati...hampehh... tak dihargai...

Unknown berkata...

Alhamdulillah syukur kpd allah
Walau x banyak rezeki darinya.

Unknown berkata...

sedih.. kami kakitangan kontrak tak dapat bantuan 500 tu tahun ni. tahun2 sebelum ni dapat. memang tak sangka sangat tahun ni tak dapat. di mana silapnya? sedangkan kebanyakan dari kami ni yg terpaksa memikul bebanan kerja yg lebih banyak berbanding orang tetap. sangat sedih. terasa diri tak dihargai. ;(

Unknown berkata...

mira edora.. owh mcm tu ke.. hmm patotlah x dpt.. serius mmg rasa x dihargai.. keje bagai nak rak tau.. sedih3..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.