SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Julai 2014

PENJAWAT AWAM, PENGUAT KUASA DINASIHAT ELAK TERIMA HADIAH SEMPENA AIDILFITRI

Bernama
16/7/2014

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengingatkan penjawat awam dan anggota pasukan penguat kuasa mengelak daripada menerima hadiah dalam apa jua bentuk, terutama menjelang Aidilfitri.
Presidennya Azih Muda berkata, seperti kebiasaan setiap kali musim perayaan, amalan memberi hadiah banyak dilakukan sebagai "mengeratkan" silaturrahim, namun bagi mengelak sebarang prasangka buruk, sebaik mungkin ia wajar ditolak.

"Walaupun ia amalan baik, namun diharap semua dapat akur dan patuh kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 1998 mengenai garis panduan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam.

"Kita bimbang hadiah berupa hamper atau sebagainya ini terutamanya dari pihak yang mempunyai kepentingan, akan diinterpretasi sebagai pemberian bertujuan tertentu, kita nak elak pandangan serong pihak luar," katanya kepada Bernama.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini juga kerap memberi amaran yang sama, dan menasihatkan sekiranya ada yang menerima, melapor dan mengisytiharkannya kepada ketua jabatan masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Azih berterima kasih kepada kerajaan yang memberi bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan sempena Aidilfitri dalam langkah mengurangkan beban kewangan mereka dalam membuat persiapan hari raya.

"Cumanya, kalau boleh Cuepacs memohon kerajaan memanjangkan insentif berkenaan kepada pekerja kontrak, memandangkan mereka juga berkhidmat kepada kerajaan, dan ia wajar memandangkan gaji mereka yang kecil dan jumlah mereka yang tidak ramai," katanya.

-- BERNAMA

10 ulasan:

Kakitangan Awam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakitangan Awam berkata...

Menerima rasuah adalah perbuatan yang diharamkan oleh agama.

Ingatlah bahawa menerima rasuah dan memberi makan kepada anak dan bini serta keluarga dengan hasil rasuah itu adalah seperti menyumbat batu-batu api neraka ke dalam mulut anak dan bini serta keluarga sendiri.

Malahan pakaian yang dibeli untuk anak dan bini serta keluarga dengan hasil rasuah adalah seperti memakaikan api neraka ke tubuh anak dan bini serta keluarga sendiri.

Membeli kediaman dan kenderaan dengan hasil rasuah adalah sama seperti menghumban anak dan bini serta keluarga sendiri ke dalam neraka.

Sedarlah bahawa rasuah adalah haram.

Ingatlah bahawa kalau menikmati harta rasuah, tak kisahlah solat sunat sampai 1000 rakaat setiap hari, buat haji sampai 20 kali pun, malahan umrah sampai 1000 kali sekali pun, kalau hidup bergelumang dengan harta yang haram, apatah lagi ibadat seperti haji dan umrah dengan harta yang haram, tak ada faedahnya kerana semuanya sia-sia kerana sumbernya adalah sumber haram yang ingkar kepada suruhan Allah Taala.

Kepada petugas penguatkuasa, berhati-hatilah dengan hadiah yang diberikan kerana mungkin itu satu perangkap untuk menjerat anda sedangkan anda tak pernah pun meminta hadiah berkenaan.

Perlu ikuti prosedur sekiranya menerima hadiah semasa majlis-majlis dengan melaporkan kepada pegawai atasan masing-masing dan membuat pengishtiharan bertulis mengenai penerimaan hadiah itu adalah tidak melibatkan urusan rasmi dan bukannya sebagai suapan untuk apa-apa perkara.

Dengan memaklumkan kepada pegawai atasan dan membuat pengishtiharan itu, maka anda tidak terikat untuk menjalankan apa-apa tuntutan atau arahan oleh si pemberi hadiah itu.

Selain itu, saya juga ingin menarik perhatian semua mengenai gejala meminum arak di kalangan orang Islam samada tua atau muda.

Meminum arak adalah haram di sisi agama. Ini kerana arak itu adalah najis, najis mutawasitah, najis pertengahan, setaraf dengan najis seperti kencing, tahi, bangkai, air longkang dan sebagainya yang berkaitan.

Malahan saya ingin bertanya kepada yang suka minum arak ini, dah tahu arak itu haram, pasal apa minum juga?

Mengapakah tidak makan daging babi sekali? Sama juga haram juga.

Meminum arak adalah haram, makan daging babi juga haram, oleh itu sekiranya jijik dengan daging babi, mengapakah tidak jijik dengan arak yang haram itu?

Ingatlah apa yang diperbuat di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Sedarlah bahawa kehidupan di dunia ini tak seberapa jika dibandingkan dengan kehidupan yang abadi di akhirat kelak. Apakah suka dibakar di dalam api neraka dan disiksa dengan berbagai siksaan akibat perbuatan jahat di dunia ini dibandingan kehidupan kehidupan yang penuh dengan nikmat dan kegembiraan di syurga jika berbuat kebajikan dan kebaikan di dunia ini?

Fikir-fikirkanlah untuk kesejahteraan diri sendiri, anak dan bini serta keluarga kita.

Saya ingin menarik perhatian mengenai rancangan-rancangan di televisyen yang gemar memaparkan babak-babak orang Islam mabuk, sungguh keterlaluan jika terlalu kerap ditunjukkan babak berkenaan kerana boleh menyebabkan kerosakkan kepada minda kanak-kanak yang menonton rancangan itu. Memanglah ada tulis amaran bahawa penonton berumur 13 tahun ke bawah perlu bimbingan keluarga, tapi kalau kanak-kanak itu menonton sendiri, bimbingan apa pula lagi?

Filem-filem berunsur keganasan, dan masalah sosial seperti hubungan bebas yang melampau, berpakaian yang sangat jijik iaitu ketat dan penuh ghairan perlu dibenteras.

Saya sangat kecewa dengan sikap Kementerian Penerangan dan kerajaan ketika ini yang tidak serius untuk melindungi kepentingan nasional Malaysia dalam filem-filem yang ditayangkan di negara ini.

Perlu disedari bahawa bukan hanya faktor keuntungan yang perlu dipandang tinggi, tetapi kepentingan nasional Malaysia seperti pembentukan sikap dan akhlak dan jati diri rakyat perlu diutamakan.

Ini kerana kalau jati diri musnah, akhlak rosak, akibat tayangan filem dan drama perosak yang meracuni pemikiran generasi muda, bagaimana negara boleh maju dan kuat?

Di zaman Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, tayangan filem atau drama yang mempunyai adegan ghairah serta berpakaian yang jijik tak senonoh serta baba-babak mabuk adalah amat ketat dan sukar untuk ditayangkan. Tapi mengapakah menteri penerangan sekarang ini terlalu terbuka hingga menelanjangkan pemikiran masyarakat hingga rosak punah ranah.

Kepimpinan terdahulu mendahulukan kepentingan agenda nasional Malaysia, tapi kepimpinan kini kononnya terlalu liberat hingga menjadi golongan liberal yang boleh buat itu dan ini tanpa mempedulikan kesan buruk kepada pemikiran masyarakat.

Sekian, terim kasih.

Unknown berkata...

aku x amek rasuah. tp org dh bg aku $$$ sbb amek company die train course kt jabatan aku.

aku x amek rasuah sbb berdasarkan quotition, company die yg bg hrga rendah dri company lain.

aku x amek rasuah sbb boss company tu mmg nk bg aku.

Kakitangan Awam berkata...

Encik Hamdan Sidek, saya juga pernah hendak diberikan RM 1,000.00 kerana syarikat yang berkenaan telah berjaya mendapat kontrak pembekalan peralatan bagi kegunaan jabatan yang saya sedang berkhidmat.

Saya sungguh terkejut dan menolak dengan baik RM 1,000.00 itu dengan sebab saya menjalankan tugas saya, dan pemilihan syarikat berkenaan adalah disebabkan kualiti dan kos serta perkhidmatan lepas jualan syarikat berkenaan yang terbaik.

Saya memberi tahu wakil syarikat itu bahawa saya berkerja dengan kerajaan yang memerlukan saya untuk mendapatkan perolehan yang terbaik bagi pihak kerajaan. Walaupun wakil syarikat itu tidak mengatakan itu adalah sebagai imbuhan untuk saya kerana syarikatnya terpilih, tetapi saya tidak boleh menerima wang itu kerana ia telah bercanggah dengan tugas dan komitmen saya sebagai penjawat awam dan seorang yang beragama Islam.

Saya telah menerangkan kepada wakil syarikat berkenaan bahawa saya tidak suka dengan imbuhan atas kejayaan mana-mana syarikat dapat kontrak pembekalan yang saya uruskan dari jabatan saya. Perbuatan memberi imbuahan berkenaan boleh menyebabkan rasa kurang senang saya berurusan dengan syarikat berkenaan.

Wakil syarikat itu menerima pendirian saya dan meminta maaf sekiranya RM 1,000.00 itu dianggap pemberian secara salah.

Kita berkhidmat dengan kerajaan yang memerlukan kita memilih pembekal yang berkualiti dalam berbagai aspek supaya perolehan yang dibuat itu menguntungkan kerajaan dalam jangka masa panjang.

Malahan kita perlu faham bahawa kita telah dibayar gaji oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan tugasan kita itu. Pemilihan mana-mana pembekal adalah bukanlah disebabkan pemberian sogokan itu dan ini, tetapi adalah disebabkan amanah yang kita tanggung di dunia ini dan akan kita jawab di akhirat kelak.

Saya dalam berurusan dalam urusan perolehan, apa yang penting adalah perolehan itu adalah menguntungkan kerajaan dalam jangka masa panjang. Kualiti dan khidmat lepas jualan yang terbaik adalah kriteria utama pemilihan.

Saya juga menerangkan kepada syarikat-syarikat yang berurusan dengan saya supaya jangan merosakkan hubungan baik dengan memberikan apa-apa imbuhan dengan alasan dapat kontrak dan anggap kita dapatkan kontrak untukknya.

Jika nak bagi sesautu pun seperti pen atau buku atau kalendar, saya akan minta berikan kepada semua kakitangan di bawah saya sekali kerana saya tidak mahu pemberian itu adalah rasuah, tetapi sebagai keraian oleh syarikat berkenaan.

Sekarang saya telah bertugas di jabatan lain, alhamdulillah, sepanjang saya menguruskan perolehan, tiada masalah yang berlaku, malahan pihak-pihak yang menggunakan barang-barang yang saya uruskan perolehannya sangat berpuas hati dengan barang-barang yang mereka terima kerana sangat berkualiti.

Saya berpegang bahawa saya adalah seorang Islam yang bertuhankan Allah S.W.T. dan saya mengikut ajaran Nabi Muhammad S.A.W. yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. Oleh kerana Islam melarang kita mengamalkan rasuah, maka saya perlu hindari rasuah kerana saya ada tanggungjawab kepada agama saya, kepada keluarga saya dan kepada diri saya sendiri, saya tidak mahu bersuka ria dengan harta haram yang tak berkat di dunia yang sementara ini, kerana saya mahu kebahagian yang kekal abadi di akhirat kelak.

Biarlah orang kata kita bodoh tak ambil rasuah, kerana yang kata bodoh tak ambil rasuah itulah yang bodoh tidak mengenang balasan azab pedih di akhirat kelak malahan paling tragis adalah balasan kepada anak bini dan keluarga mereka disebabkan makanan haram dari sumber rasuah.

Sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

Unknown berkata...

Sekarang ada cara baru beri hamper, kalau dapat antar kat member2 opis gomen yg lain kemudian letak nama sendiri dan cop jabatan dia. Kayanya orang gomen boleh bagi kat orang hamper. Dulu tak ade pun cara macam nie.

Unknown berkata...

Muka2 orang gomen yg tak tahu malu gunakan draber/PAR untuk tukang angkut hamper. Hei korma pun sapu, teruk teruk orang gomen, macam orang buruk menterdarah.

Mahmood Adam berkata...

selamat hari raya aidilfitri semua.

ingat! jauhilah rasuah walaupun hanya sekadar KFC 1 barrel..