SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Julai 2014

PERTEMUAN TPM, CUEPACS BINCANG ISU PENJAWAT AWAM, GST

Berita Harian
10/7/2014




PUTRAJAYA: Isu membabitkan penjawat awam, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik adalah antara yang dibincangkan dalam perjumpaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan CUEPACS di sini, hari ini.
Perjumpaan lebih sejam itu disertai Presiden CUEPACS, Azih Muda serta kepimpinan tertinggi CUEPACS antaranya Timbalan Presiden Satu Zainal Ismail, Timbalan Presiden Dua Mohd Shaman Jaes dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng di pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini. 

Azih berkata dalam pertemuan itu CUEPACS membangkitkan beberapa perkara antaranya masalah pembelian rumah dalam kalangan penjawat awam.

"Kami memberitahu kerajaan bahawa penjawat awam yang bekerja antara satu hingga 10 tahun pertama langsung tidak mampu untuk membeli rumah dengan harga mahal.

"Malah yang bekerja melebihi 10 tahun pun ada yang tidak mampu kerana harga terlalu mahal. Kami harap kerajaan dapat memastikan harga rumah terkawal dan lebih rendah supaya lebih ramai dapat membeli rumah," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Azih berkata CUEPACS turut meminta kerajaan mempertimbang semakan gaji penjawat awam terutama kumpulan sokongan supaya tidak di bawah paras kemiskinan.

"Kira-kira 45 peratus penjawat awam jadi kumpulan 'mudah miskin' selepas membeli kereta, rumah dan sebagainya dengan pendapatan itu. Jadi kami minta kerajaan melihat semula perkara ini," katanya.
Menurutnya CUEPACS turut berharap kerajaan tidak menarik balik elaun perumahan yang diterima penjawat awam apabila menetap di kuarters perumahan kerajaan.

Katanya, elaun itu harus dikekalkan bagi membantu penjawat awam berdepan kos sara hidup yang tinggi.

Dalam pada itu Azih memberitahu bahawa CUEPACS akan membantu kerajaan turun padang bagi menerangkan kepada penjawat awam mengenai pelaksanaan GST tahun depan.

- BERNAMA 

31 ulasan:

Unknown berkata...

Bincang-bincang-bincang . apa bodoh2 ka ahli cuepacs nie .. kalau cakap sekali bincang mesti pandai kan .. sangat2 bodoh dan bebal la cuepacs nie .. termasuk la org nak berbincang tu ...

Unknown berkata...

Dbkl masih belum selesaikan urusan kenaikan 27 skim.. 27 skim yg terlibat masih menanti kgt untuk bulan januari, april, julai 2014. Mungkin sikit tp boleh meringankan perbelanjaan kami sekeluarga di bulan ramadan ini dan persiapan hari raya yg disambut serba sederhana.. Harap cuepacs bantu kami.:-)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakitangan Awam berkata...

Macam mana dengan penambahbaikan skim? Ada bincang jugakah?

Pimpinan CEUPACS jangan hanya berdegar-degar canang itu dan ini di belakang Najib sahaja, tapi di depan Najib, terkial-kial dan terketar-ketar menjaga temolok sendiri.

Penjawat awam perlu diberikan penerangan berkenaan penambah baikan skim, kononnya jumpa bulan Jun, tapi bulan Julai, itu pun bukan dengan Najib, tapi dengan TPM.

Apa dah jadi pimpinan CEUPACS, masih dan berdrama lagikah?

Sedarlah. Sekian, terima kasih.

Kay4 berkata...

lagi2 bincang bila nak implement....yg nak bincang pasal naik gred utk lain jawatan pon tak umum lagi ....bole caye ke

Unknown berkata...

Aku orang kecil. Engkau orang besar. Engkau ibarat gajah. Aku hanya semut merah.. ~ terpaksa buat kerja part time utk tampung perbelanjaan buat masa ni. Alhamdulillah masih diberi rezeki.

Parklee berkata...

Semoga membuahkan hasil daripada perjumpaan. Jangan sia-siakan perjumpaan dan perbincangan. Setakat hendak bincang dan tidak mendatangkan hasil, kat whatapps boleh.

Harapan kami, gaji kumpulan sokongan biarlah berpatutan dengan arus aliran kewangan negara. Keluar buletin Utama untung juta-juta. Tapi, gaji macam tu juga. Tiada apa yang hendak dibanggakan sebagai penjawat awam kalau gaji setaraf 20 tahun yang lepas.

Berkaitan dengan elaun perumahan yang dipotong oleh kerajaan kepada penjawat awam yang menetap dikuarters. Kami tidak mepertikaikannya, sebagai timbal balik. Adil bagi pihak kerajaan dan penjawat awam. Namun apa yang dikesalkan elaun cola turut dipotong!! Ini tidak sepatutnya ditarik balik. Elaun cola ialan elaun sara hidup.

Mohon perhatian. Terima kasih.

Unknown berkata...

kalau nak bincang biarlah keputusannya positif...tak guna berbincang kalau tiada hasilnya..buat membazir je cuepacs..

Made in Pahang berkata...

Bincang shj...hasil x de...umpama bincang kedai kopi shj...hbis bincang x de tindakan...dh bertahun bincang hal elaun tapi hasil xde....

Kakitangan Awam berkata...

Dalam isu GST, kerajaan kena kembali kepada kaedah penerangan dasar-dasar kerajaan yang diamalkan sebelum ini. Ini kerana kaedah yang diamalkan sebelum ini tiada masalah untuk rakyat memahaminya.

Apabila timbul pihak konsultan yang diupah untuk buat penerangan dasar kerajaan, konsultan itu tak faham falsafah dasar-dasar kerajaan, mereka akan buat iklan merapu macam sekarang inilah.

Tak guna habiskan wang negara berjuta-juta ringgit untuk upah konsultan untuk itu dan ini bagi pihak kerajaan kerana jabatan kerajaan sedia ada pun dah memadai dan lebih bagus menerangkan dasar-dasar kerajaan.

Keengganan pihak kerajaan mendengar suara banyak yang mahukan kerajaan tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dan memperkuatkan undang-undang untuk keadaman negara adalah suatu yang mendukacitakan.

Lihatlah pihak kerajaan memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat, sekarang orang boleh buat suka hati untuk memporak perandakan keamanan negara, penghinaan terhadap negara, terhadap agama, terhadap bangsa, terhadap institusi negara, ancaman itu dan ini yang dibuat sesuka hati tanpa kawalan menyebabkan rakyat menjadi gelisah.

Keadaan ini menyebabkan persepsi rakyat yang sudah tidak mempercayai kredebiliti kerajaan yang sudah dianggap tidak boleh melindungi rakyat dan negara. Jika ini berterusan, akan menyebabkan krisis kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan boleh menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang.

Saya tidak pastilah samada Najib dan kuncu-kuncunya risau atau sangat bergembira dengan keadaan ini selepas mempelahap apa yang boleh dipelahap semasa berkuasa tanpa mempedulikan masa depan parti pemerintah.

Saya tidak membuat tuduhan melulu, lihatlah apa yang berlaku sekarang ini dan lihatlah apa yang dibuat oleh kerajaan sekarang ini. Di saat negara mengalami krisis kepercayaan oleh rakyat kepada pemerintah, boleh pula Najib dan kuncu-kuncunya nak mansuhkan Akta Hasutan pula, nak digantikan dengan Akta Harmoni Nasional yang kononnya lebih bagus, tapi hakikatnya lihatlah Akta Harmoni Nasional akan menyebabkan negara akan menempuh lebih banyak kerosakkan sebagainaya kerosakkan yang terjadi apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat dimansuhkan, akta yang menggantikan ISA dan Ordinan Darurat bukannya berkesan pun untuk menjaga keselamatan negara, malah membuka ruang untuk golongan jahat bermaharajalela memporak perandakan negara dan masyarakat negara ini.

Oleh yang demikian, saya amat berharap agar Najib dan kuncu-kuncunya berundurlah dari jawatan masing-masing kerana kamu semua telah gagal untuk mempertahankan maruah dan keselamatan rakyat dengan dasar-dasar bodoh yang digubal oleh kamu semua ini.

Ingatlah Najib, jangan sampai kau menjadi punca UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14 kelak, kerana nanti nama kau akan dipahatkan dalam sejarah sebagai Raja Mendeliar dan Si Kitol yang mengkhianati perjuangan pengasas UMNO dan Barisan Nasional serta menjadi pemusnah kepada kekuatan agama, bangsa, dan tanah air.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Kepada kepimpinan CEUPACS pula, daripada asyik berbincang dengan menjadi pak turut kepada Najib kerana ingin menjaga temolok sendiri, lebih baik tak payah bincang sahajalah, lebih baik lagi letak jawatan sahaja kerana kerana nak menjaga temolok kamu semua di depan Najib, kamu semua sanggup ketepikan perjuangan CEUPACS yang sebenarnya iaitu menjaga kepentingan perkhidmatan dan penjawat awam.

Kepada Azih Muda dan kuncu-kuncunya dalam barisan kepimpinan CEUPACS sekarang ini, apakah hasil yang kamu semua dapat untuk mempertahankan perkhidmatan awam serta melindungi kebajikan penjawat awam selama ini?

Kamu semua hanya menjadi pak angguk dan tukang ampu kepada Najib yang sangat kemaruk dengan segala ampu dan pujian serta sanjungan itu. Ini semua kerana kamu semua nak menjaga temolok sendiri sahaja tanpa mempedulikan lebih satu juga ahli-ahli CEUPACS di dalam gabungan-gabungan yang dinaungi oleh CEUPACS.

Sedarlah kepimpinan CEUPACS, kalau tak mampu nak menambah baik, lebih baik letak jawatan, buat pemilihan baru, atau pilih sahaja yang tewas hari itu jadi presiden baharu CEUPACS.

Sedarlah bahawa Malaysia jadi tunggang langgang langgang selain puak pengkhianat dalam Pakatan Rakyat, Najib juga adalah antara puncanya kerosakkan dalam Malaysia ini kerana dia terlalu kemaruk kepada pujian, sanjungan, dan ampu dari orang ramai, Najib akan bangga dengan bangangnya bila ada sepanduk ditayangkan "Saya Sayang PM", "PM Sayang", "PM Berjiwa Rakyat" "I Love PM" dan sebagainya, sedangkan itu semua dirancang oleh tukang-tukang ampu Najib untuk menggembirakan Najib yang tongong itu.

Sedarlah. Sekian, terima kasih.

Unknown berkata...

Saya mewakili 27 skim yang dinaikkan di DBKL merayu agar dipercepatkan kenaikan gaji tahunan kami dari bulan 1,4,7.. Walaupun kenaikan gaji kami tidak seberapa seperti pegawai2 tapi amat membantu serba sedikit kepada kami sekeluarga.

Kakitangan Awam berkata...

Isu penculikan dan serangan di Pantai Timur Sabah menunjukkan kegagalan Akta SOSMA yang menggantikan ISA untuk melindungi kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia.

Ini semua berpunca dari perasaan syok sendiri Najib dan kuncu-kuncunya yang memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat.

Semasa ISA dan Ordinan Darurat masih berkuatkuasa, perkara penculikan dan serangan bermotifkan keganasan sebegini tidak berlaku, tetapi lihatlah sekarang ini, macam-macam terjadi.

Lihatlah sikap liar gerombolan Pakatan Rakyat membuat hasutan dan mencetuskan api permusuhan di kalangan masyarakat, sudah tak dapat dikawal kerana tiada akta yang boleh menyekat kegiatan sebegini, malahan sekarang nak mansuhkan Akta Hasutan dan digantikan dengan akta haprak iaitu Akta Harmoni Nasional, lagi akan menambahkan kerosakkan di dalam negara ini.

Malahan pencerobohan oleh pengganas Sulu, kegagalan akta SOSMA yang menggantikan ISA dan Ordinan Darurat menyebabkan kedaulatan negara telah dicerobohi oleh pengganas berkenaan. Malahan Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu sepupu Najib, Hishammuddin yang hanya berlenggang kangkung dan tak reti apa-apa hanya merosakkan lagi kedaulatan negara.

Malahan penculikan warganegara asing dengan tujuan untuk mengeruhkan hubungan Malaysia dengan negara tertentu, tidak dapat ditangani selepas ISA dimansuhkan.

Dalam perkara ini, Najib dan kuncu-kuncunya memang gagal dan patut letak jawatan kerana mereka adalah punca segala masalah dalam negara ini.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Saya mencadangkan Najib dan Hishammuddin pergi bertugas mengawal di pulau-pulau di Pantai Timur Sabah bagi tempoh 1 bulan, baru mereka mengerti akan bahayanya negara ini selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dan Ordinan Darurat dimansuhkan.

Najib dan kuncu-kuncunya hanya syok sendiri bila memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat sedangkan Singapura masih lagi mengekalkan ISA, malahan Amerika Syarikat pun meniru ISA dengan membuat Patriot Act yang lebih keras dan rigid berbanding ISA.

Perasaan syok sendiri Najib ini hanya merosakkan negara ini.

Najib yang tak pernah hidup susah, hidup senang lenang dari kecil hingga tua bangka seperti sekarang ini tidak mengerti akan kehidupan rakyat marhaen.

Sebab itulah Najib membuat dasar-dasar syok sendiri yang tidak menepati keperluan rakyat. Ramai rakyat meluat dengan Najib walaupun Najib berasa syok sendiri kononnya dia disokong rakyat marhaen dengan perhimpunan yang diaturkan oleh kuncu-kuncu Najib yang menayangkan poster memuji Najib seperti "Saya Sayang PM", "PM Prihatin", "PM Sayang" dan sebagainya, itu semua retorik tukang ampu Najib yang mengambil kesempatan di atas kebebalan Najib yang kemaruk dengan segala ampu dan pujian selama ini.

Najib dan kuncu-kuncunya, silalah berambus dari pentadbiran negara, jangan disebabkan kamu semua beberapa orang, parti pemerintah tumbang dalam PRU 14 kelak.

Kami di peringkat bawahan ini berhempas pulas untuk mempertahankan kerajaan, tetapi dengan dasar bodoh dan syok sendiri Najib dan kuncu-kuncunya ini, macam mana kami nak pertahankan kerajaan lagi?

Blah la Najib dan kuncu-kuncunya, kamu semua perosak sahajalah, sedarlah diri sebelum kamu semua melingkupkan negara ini dengan perasaan syok sendiri kamu semua itu.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Begitu juga dengan Azih Muda dan kepimpinan CEUPACS sekarang ini, sama macam Najib jugalah, hanya menjaga temolok sendiri dengan menjadi tukang ampu Najib dan kuncu-kuncunya sedangkan kebajikan penjawat awam diabaikan.

Azih Muda dan kuncu-kuncunya perlu meletak jawatan sekiranya isu skim dan elaun yang dicanangkan sebelum tidak dapat diselesaikan menjelang September nanti, dulu kata Januari, lepas tu Jun, kemudian Julai baru jumpa dengan TPM, bukannya dengan Najib, sekarang tak apalah, bagi ruang sampai September nanti, kalau tak selesai juga, letak jawatan dalam CEUPACS sahajalah, tak guna ada pemimpin yang tak boleh diharap dan hanya menjadi tukang ampu dan tukang bodek Najib untuk kepentingan temolok sendiri sahaja.

Sekian, terima kasih.

Unknown berkata...

Tok sah dok harap la nanti kecewa ja.nanti janji tinggal janji ,x de dapat punya ..kalau nak pilihan raya PRU 14 nanti mungkin pas tu jadi cam yg lepas perlaksanaan berbeza .Janji aemakan sebelum PRU 13..jangan jadielayu ygudaj lupa.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Saya rasa semua ini poyoo.jangan harap sangat nanti kecewa.Tuntutan yg lepas sebelum pru13 tah kemana hilang . Besok masa PRU14 janji pula, lepas semak , kaji tah pabala gi kemudian tuntut pula last last dok kena main sampai pen en.
Jangan jagi golongan melayu mudah lupa. Usah buat sebarang tuntutan kita tunggu dan lihat adakah kita masih dipedulikan . Kita penjawat awam bukan pe gemis.ja gan sampai kita meleleh air liur tunggu janji yg tertunda tunda.

Unknown berkata...

Harap pagar , pagar timpa kepala..harap gaji naik buat sakit kepala..yg penting jangan kena auta.selagi terima gaji kita buat kerja.depa nak bagi kita ambil aja.kalau tak kaji gaji semak semula tak pa..tapi kita kenal siapa pe.inpin kita.

Maria Hadiey berkata...

bagi saya, tidak adil jika kakitangan yang duduk di kuarters kerajaan tidak ditarik balik elaun rumah. bagi saya ia sama juga dengan kakitangan yang menyewa rumah luar. sama juga kena bayar sewa rumah kan.bezanya elaun rumah ada. tapi dari mana datangnya duit sewa rumah tu?

cuba la bincangkan dan cadangkan sesuatu yang masuk akal..

macam pelarasan gaji selepas naik 13%..ternyata gaji selepas naik 13% tidak selaras walau dalam gred jawatan yang sama. lebih baik wujudkan jadual pergerakan gaji seperti sebelum ni. sekurang-kurangnua kami boleh lihat dan buat perbandingan kenaikan dari setahun ke setahun.

isu gred jawatan yang ditambah baik, bagi saya, x ditambah baik pun x apa. sbb yang hanya ditambah baik hanya gred sahaja. langsung tidak ada kena mengena dengan gaji..cuba lah fikirkan, gred N1 dinaikkan ke gred N11..gaji tetap gaji lama N1..kenapa tidak diselaraskan kepada gahi gred N11.?

bagi saya, lebih baik cuepacs perbetulkan dahulu yang sedia ada..makin lama makin bosan dengan
isu-isu yang x habis2 duk bincang...bincang...bincang.....

Unknown berkata...

Anulae DBKL bantu kami 27 skim yg x naik KGT dari bulan 1,4.. Ada antara kami N1,R1 dll gred yg sangat memerlukan perbelanjaan untuk hari raya. Kehadiran cahaya mata, kos perubatan dll.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Pertemuan demi pertemuan demi pertemuan demi pertemuan demi pertemuan ...... last-last pi cakap kedai kopi saja.
Hampehhh.

Dolu-dolu janji nak umum bulan brape April? kemudian Jun ? sekarang dah masuk Julai. Nak umum bulan November 2014 ? alahai Cuepacs.

Bagi gula-gula cap Chipsmore !

Unknown berkata...

Mohon ada peningkatan gaji gred sokongan 2.kami amat terseksa dengan kos sara hidup sekarang.bantulah dan bertegas dalam hal kenaikan gaji

Kakitangan Awam berkata...

Pegawai atasan di JPA hanya mementingkan temolok sendiri, mereka berpakat untuk kepentingan mereka sahaja, sudahlah gaji tinggi, lepas tu dapat kemudahan macam-macam, sedangkan penjawat awam kumpulan sokongan dilayan seperti hamba, inilah akibatnya bila pegawai atasan dikuasai oleh golongan keparat yang hanya tau berlagak dan tak sedar diri.

Lihatlah pegawai atasan, ada elaun keraian, patut gunakan untuk keraian tetamu rasmi di jabatan, tapi elaun itu dipelapah sorang diri oleh pegawai atasan, dan gunakan wang pejabat untuk jamuan keraian tetamu rasmi jabatan.

Pegawai atasan juga, bila belajar dapat biasiswa penuh, kemudian dapat kemudahan cuti tanpa gaji dengan tidak menjejaskan kekananan, malahan jika batch mereka naik gred pun, mereka akan naik gred juga walaupun sedang belajar di universiti.

Tetapi penjawat awam kumpulan pelaksana belajar guna duit sendiri, kena cuti separuh gaji dan tanpa gaji, gaji kecil pula, kekananan hilang semasa belajar, dan jangan haraplah kalau ada batch yang naik gred, maka yang belajar itu naik gred, jangan haraplah.

Pegawai atasan juga dapat kemudahan kereta kerajaan, minyak dibiaya kerajaan, tol dibiaya oleh kerajaan, dapat talian telefon yang dibiaya oleh kerajaan, sedaplah guna untuk kepentingan peribadi bersuka ria dengan anak bini balik kampung dan melancong ke sana sini guna kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, malahan ada yang dapat siaran astro percuma. Sedangkan penjawat awam kumpulan sokongan sedang terkial-kial untuk meneruskan kehidupan.

Beginilah sikap manusia tamak haloba dan mementingkan diri sendiri di kalangan pegawai atasan yang akan membuat dasar untuk kesenangan diri mereka tanpa mempedulikan kesusahan dan penderitaaan penjawat awam kumpulan sokongan.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Saya mencadangkan supaya kerajaan hapuskan elaun keraian pegawai atasan yang bukannya digunakan untuk bayar kos keraian bagi tetamu rasmi jabatan, tapi mereka gunakan duit jabatan untuk bayar kos keraian tersebut sedangkan elaun keraian mereka gunakan untuk tujuan peribadi.

Pihak kerajaan perlu mengkaji semula kemudahan-kemudahan yang melampau yang dinikmati oleh pegawai atasan sedangkan penjawat awam kumpulan pelaksana dilayan seperti hamba melalui dasar-dasar yang dibuat oleh pegawai atasan yang tamak haloba itu.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Berhubung isu perumahan di kawasan bandar, pihak kerajaan patut memperbanyakkan kuarters supaya kebajikan penjawat awam terutama kumpulan pelaksana yang baru bertugas terbela.

Peningkatan elaun perumahan di bandar walaupun suatu pandangan yang bernas, tapi untuk jangka masa panjang lebih baik pembinaan kuarters adalah lebih munasabah dan dapat membela kebajikan penjawat awam dengan lebih konsisten dan teratur.

Sekian, terima kasih.

Unknown berkata...

Nampaknya komen kami x dpt perhatian.. pada siapa nak ngadu??? Kami warga kerja DBKL.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
idea_emas berkata...

Ada bincang pasal pemegang master dan phd x??????

FIRE berkata...

apa cerita penambah baikkan baki lain² skim? kata bulan 06/2014 ni keputusannya....ni dah nak masuk raya senyap jer.....pebenda yg korang buat ni cuepacs oiiii