SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

02 November 2014

MEKANISME KERAJAAN SAMPAIKAN MAKLUMAT CBP BUKAN PEMBAZIRAN - KP JPA

Bernama
30/10/2014

KUALA KANGSAR, 30 Okt (Bernama) -- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata usaha kerajaan merangka mekanisme pemberitahuan mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) menerusi seminar, kursus dan dialog kepada rakyat khususnya penjawat awam, bukanlah pembaziran.

Beliau berkata menjadi tanggungjawab kerajaan memperbetul persepsi salah mengenai CBP dalam kalangan penjawat awam, menyebar luas fakta sebenar mengenai kebaikan pelaksanaan CBP, mendidik rakyat supaya lebih berhati-hati dan berhemat dalam aspek perbelanjaan.

"Saya sebagai ketua pengarah, turun berjumpa dengan penjawat awam untuk menerangkan tentang CBP supaya mereka faham. Bila mereka faham, mereka juga akan bercerita dengan keluarga dan rakan-rakan tentang peranan CBP yang diperkenalkan ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jelajah myGST4U di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan pihak yang menganggap usaha kerajaan menyebarkan maklumat mengenai CBP menerusi program, seminar dan kursus adalah membazir.

Program Jelajah myGST4U merupakan inisiatif terbaharu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha menyebarkan maklumat berkaitan dasar kerajaan khususnya CBP.

Mohamad Zabidi berkata usaha kerajaan itu dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna, sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam menjalankan tanggungjawab itu.

Mengenai program hari ini, beliau berkata Perak merupakan negeri pertama bagi program JPA itu tahun ini dalam usaha membantu menyebarkan agenda, dasar serta program transformasi kerajaan kepada rakyat.

"JPA telah diberi mandat untuk turun padang dan menyebarkan maklumat yang betul dan sahih kepada penjawat awam di seluruh negara," katanya.

-- BERNAMA

7 ulasan:

mat legasi berkata...

Foto di bawah tuh ! wajah-wajah pemimpin Cuepacs yang disegani dan dihormati.

Made in Pahang berkata...

KOTA KINABALU – Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) 1981 yang menyaksikan kenaikan 50 peratus gaji pokok bulanan Ketua Menteri, anggota Kabinet negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari 2015.

Pembantu Menteri, di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, penyelarasan gaji itu berpatutan dan wajar dengan mengambil kira kenaikan kos barangan dan perkhidmatan semasa serta beban tugas dan tanggungjawab yang semakin mencabar.

“Pelarasan terakhir untuk anggota pentadbiran dan anggota DUN Sabah dibuat pada 2009. Oleh itu, semakan bagi penyelarasan yang baharu amat wajar dan berpatutan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Menerusi pindaan itu, Oui Fah berkata, saraan atau gaji Ketua Menteri naik daripada RM15,750 kepada RM23,625; Timbalan Ketua Menteri daripada RM13,150 kepada RM19,725 dan Menteri daripada RM10,890 kepada RM16,335.

Sabah memiliki tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Yahya Hussin, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Raymond Tan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3J0RlY1JH
Hakcipta terpelihara

Made in Pahang berkata...

Gaji rakyat naik ciput x sampai 20%
itu beberapa tahun yang lalu

John Lau berkata...

ANGGOTA KERAJAAN GRED N17 NAIK GAJI PULA,IAITU DARI RM927.03 KE RM928.00.YB-YB NAIK RM15750 KE RM23625/DARI RM13150.KE RM19725/DARI RM10890.KE RM16335.HAIYAH! CUKUP ADIL-LAH.MEMANGLAH,SAMA MAKAN NASI,TETAPI NASIB TAK SAMA.SABAR SAHAJALAH.TIGA KAKI ATAS PALAH ANDA TUHAN DAN MALIKAT.MEREKA SAJA BOLEH NAIK ATAS BANYAK KERJA DAN TANGGUNGJAWAB.KITA INI APA PUN BUKAN.CAKAP PUN ORANG ANGAP KUNTUT.UCAP SAJALAH.TUHAN-TUHAN.