SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

23 November 2014

SPRM BERHAK AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEGAWAI TERLIBAT RASUAH DI CAMERON HIGHLANDS - KSN

Bernama
18/11/2014



Tan Sri Dr Ali Hamsa



KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menunggu arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau yakin SPRM sebagai badan bebas akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai terbabit mengikut peruntukan undang-undang.

"SPRM adalah badan bebas, jadi mereka akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. Kami (kerajaan) tidak perlu memberi apa-apa arahan (kepada SPRM)," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan surat arahan pemangkuan dan kenaikan pangkat kepada 48 pegawai dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di ibu pejabat Jabatan Perhilitan, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Zoal Azha Yusof.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dilaporkan sebagai berkata, badan itu sedang menyiasat dua pegawai tinggi kerajaan berhubung aktiviti penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands, Pahang.

Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka berikutan terdapat maklumat mengenai kedua-dua pegawai yang bertugas di tanah tinggi itu hidup mewah melebihi pendapatan bulanan mereka.

Sebelum itu, Ali dalam ucapannya menyeru jabatan-jabatan terlibat dalam aktiviti penguatkuasaan perhutanan supaya melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) secara proaktif melalui kolaborasi dengan JPSM bagi memastikan tugas itu dapat dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh.

"Saya percaya dalam mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan, pelbagai rintangan dan cabaran perlu dihadapi khususnya yang melibatkan bidang penguatkuasaan.

"Saya difahamkan JPSM sedang dalam tindakan untuk memperkukuhkan dan memperkemaskan lagi aspek penguatkuasaan hutan bagi memastikan sumber alam semula jadi negara ini dalam keadaan terjaga dan diuruskan dengan baik," katanya.

-- BERNAMA

9 ulasan:

Mohamad Encik berkata...

Tindakan bukan sahaja terhadap pegawai kerajaan, malahan terhadap pihak-pihak tertentuk yang menyebabkan pegawai berkenaan terpaksa membelakangkan peraturan akibat tekanan-tekanan tertentu tersebut.

Jangan hanya lihat penjawat awam sahaja yang bersalah, lihatlah punca sebenarnya, berapa yang pegawai kerajaan tu dapat? Berapa pula pihak tertentu itu dapat? Kerana pihak tertentu itu dapat lebih besar rasuahnya, tetapi yang jadi kambing hitam adalah penjawat awam pula.

Susahlah kalau ada orang yang boleh lepas bebas dan tak disiasat, tetapi penjawat awam ditekan dengan berbagai masalah, isu integriti pun hancur bukannya hanya disebabkan oleh penjawat awam pun, tapi golongan tertentu yang makan rasuah dengan lebih besar, tapi yang terainaya adalah penjawat awam yang dituduh dan ditekan dengan berbagai tohmahan dan tuduhan.

Sedarlah.

Mohamad Encik berkata...

Sila buat siasatan menyeluruh di semua peringkat, jangan hanya tumpu di jabatan kerajaan sahaja, itu pun kalau betul-betul ikhlas nak ambil tindakan pencegahanlah, kalau sekadar melepaskan batok di tangga, maka sampai bila-bila pun hanya penjawat awam jadi mangsa, tetapi golongan tertentu yang menjadi dalang sebenarnya bebas mempelahap wang rasuah sesuka hati. Sedarlah semua.

Mohamad Encik berkata...

Apakah integriti itu hanya ditumpukan kepada penjawat awam semata-mata? Yang lain yang lebih rakus tak payah integritilah, tak payah ikut undang-undanglah?

Inilah sikap pilih kasih, kalau salah tu tetap salah, yang haram itu jelas, yang halal itu jelas, tak kisahlah siapa pun pelakunya, kena siasat di semua peringkat, itu pun kalau pihak kerajaan ada keberanian untuk menegakkan keadilan dan kebenaranlah.

Sekian, terima kasih.

Mohamad Encik berkata...

Apa lagi yang boleh dibuat oleh penjawat awam apabila ada pihak tertentu yang dah 'dibeli' oleh golongan yang berkepentingan dalam sesuatu projek atau permohonan? Malahan jika tindakan hendak diambil oleh penjawat awam bagi mematuhi undang-undang, maka golongan pemberi rasuah itu boleh pula mengugut untuk menukarkan penjawat awam ke tempat lain, dengan alasan mereka dah 'kamceng' dengan pihak atasan.

Jangan hanya nak mengkambing hitamkan penjawat awam sahaja, semua pihak yang terlibat perlu diheret ke muka pengadilan. Sedarlah semua.

Mohamad Encik berkata...

Adakah pihak kerajaan akan menguatkuasakan pengharaman penggunaan surat sokongan dari mana-mana pihak terhadap permohonan sesuatu perkara samada permohonan projek, permohonan rumah, permohonan tanah dan permohonan segalanya yang berkenaan.

Apakah pihak kerajaan akan mengambil tindakan serius jika ada pihak yang masih lagi mengeluarkan surat sokongan hingga menyebabkan tekanan kepada penjawat awam yang menjalankan tugas?

Jika hendakkan integriti, perkhidmatan kelas pertama, maka isu seperti surat sokongan atau campurtangan pihak yang tertentu itu perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Buat apa yang dicakap, bukannya cakap lain, buat lain, akhirnya yang jadi mangsa adalah penjawat awam juga.

Sedarlah semua.

Mohamad Encik berkata...

Siasat juga pihak-pihak lain yang hidup lebih mewah dari kedua-dua pegawai tinggi itu. Sebabnya ada ikan jerung yang sedap dapat itu dan ini, tapi ikan bilis yang jadi mangsa, malahan kedua-dua pegawai itu saya anggap macam ikan tenggiri sahajalah, nasiblah, jerung besar lepas bebas untuk berbuat sesuka hati.

Mohamad Encik berkata...

Tak payahlah nak Strategi Lautan Biru ke Lautan Hindi ke, Lautan Pasifik ke, lautan apa benda pun ke, kalau ada pihak yang lepas bebas berbuat sesuka hati kemudiannya kesalahan dibebankan kepada penjawat awam, strategi hanya tinggal strategi sahajalah, tak ada maknanya pun.

Jerung megalodon (jerung raksasa)riang ria menyalahgunakan kedudukan, jerung kecil dalam perkhidmatan awam macam kedua-dua pegawai kerajaan di daerah itu jugalah yang jadi mangsa.

Strategi Lautan Biru konon, blah la, tak payah berstrategi kalau punca utama masalah ini iaitu campuran tangan pihak yang suka masuk campur urusan jabatan kerajaan demi kepentingan peribadi mereka itu dibiarkan dan tak dikenakan tindakan.

Sedarlah semua.

Budak Gemok [dot] com berkata...

sokong sangat..terutama pihak penguatkuasa seperti pdrm mahupun jpj..


** Tonton Movie/Drama dengan Percuma secara online **

SORIA AHMAT berkata...

UNDANG-UNDANG DUNIA UMPAMA SARANG LABAH-LABAH, LALAT KECIL TERPERANGKAP LALAT BESAR TERLEPAS.
Oleh itu renung-renungkanlah...
Cerita lama asyik diberi nafas baru. Sampai bila?