SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

06 November 2014

PENJAWAT AWAM JADI JURUCAKAP PELAKSANAAN CBP KEPADA RAKYAT

Bernama
5/11/2014

KOTA KINABALU, 5 Nov (Bernama) -- Penjawat awam di Malaysia yang berjumlah 1.52 juta orang perlu memainkan peranan sebagai jurucakap kerajaan khususnya untuk menerangkan kepada orang ramai mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada April tahun depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata usaha itu membolehkan penjawat awam memperluaskan peranan untuk menerangkan dasar itu kepada keluarga, masyarakat dan komuniti serta rakyat di semua peringkat.

"Apa yang penting adalah penjawat awam merupakan penggerak utama untuk melaksanakan dasar kerajaan dengan memberi pemahaman mendalam tentang CBP," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah myGST4U di Dewan Serbaguna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini, Rabui.

Program Jelajah myGST4U merupakan inisiatif terbaharu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha menyebarkan maklumat berkaitan dasar kerajaan khususnya CBP.

Mohamad Zabidi percaya pemahaman di kalangan penjawat awam khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Jabatan Penerangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berada di tahap lebih baik berbanding sebelum ini.

"Setakat ini, pemahaman tentang CBP dilihat lebih baik dan menyerlah berbanding sebelum penerangan ini berpandukan kepada soalan yang diutarakan, mereka faham tentang CBP dan kenapa CBP diperkenalkan berbanding cukai sebelum ini," katanya.

Terdahulu, beliau berkata Sabah merupakan negeri kedua bagi program turun padang JPA dalam usaha membantu menyebarkan agenda, dasar serta program transformasi kerajaan kepada rakyat.

"Sesungguhnya, pelaksanaan CBP tidak akan berjaya tanpa sokongan dan peranan yang perlu dimainkan oleh semua penjawat awam kerana mereka bertanggungjawab untuk membantu kerajaan memperbetulkan persepsi salah mengenai CBP di kalangan penjawat awam sendiri dan menyebar luas kebaikan cukai itu," katanya.

Mohamad Zabidi berkata penjawat awam masih mengamalkan nilai integriti yang tinggi meskipun terdapat segelintir anggota penguatkuasa yang terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Program itu disertai lebih 1,500 penjawat awam negeri daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta badan berkanun negeri.

-- BERNAMA

9 ulasan:

Mohamad Encik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mohamad Encik berkata...

Kepada kepimpinan CEUPACS, bila nak selesai isu semakan semula skim yang kononnya bulan Jun 2014 dah selesai, sekarang dah nak masuk tahun 2015, langsung tak tahu hujung pangkal. Najib yang kononnya nak jumpa dan bincang pasal isu semakan semula skim ini dah panggil ke CEUPACS untuk bincang pasal hal ini?

Kalau pimpinan atasan perangai macam haram jadah, bersekongkol dengan pegawai atasan yang sentiasa menindas penjawat atasan bawahan, apa nak jadi dengan sektor perkhidmatan awam di negara ini?

Ramai dah berasa hati, bukan setakat isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang penjawat awam dah meluat nak terangkan pada masyarakat, malahan nak mempertahankan kerajaan yang diserang bertalu-talu oleh pihak pembangkang pun penjawat awam dah meluat nak buat, kerana pihak kerajaan bukannya nak hargai usaha gigih penjawat awam bawahan ini, yang dimanjakan adalah pegawai atasan yang tamak dan rakus itu sahajalah.

Kalau dahulu, tak kisahlah dasar apa pun yang dibuat oleh kerajaan, maka penjawat awam akan menjadi barisan hadapan untuk menerangkan kepada rakyat, kerana kerajaan dahulunya bersikap menang-menang, penjawat awam diberikan kebajikan yang sepatutnya, tetapi sekarang pihak kerajaan terutamanya peringkat atasan perangai macam haram jadah, pembohong, malahan Najib sendiri kata nak jumpa dengan CEUPACS dan selesaikan isu skim pada bulan Jun 2014, tetapi hingga kini tak selesai, kalau dasar pembohong macam ni, macam penjawat awam nak tolong? Sedarlah diri.

Mohamad Encik berkata...

Pembetulan:

Penjawat awam memang ramai yang berkorban untuk menerangkan mengenai apa-apa dasar kerajaan kepada rakyat termasuklah isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Ketika ini ramai penjawat awam yang sangat berasa hati dengan kerajaan dan enggan menerangkan isu-isu mengenai dasar kerajaan secara proaktif kerana terkilan dengan dasar-dasar kerajaan yang meminggirkan penjawat awam. Misalnya isu semakan semula skim, hingga kini tidak selesai.

Isu semakan skim ini perlu diselesaikan segera kerana terdapat jabatan yang dah jadi caca marba carta aliran tugasan di mana penyelia telah jadi orang bawaha, orang yang diselia pangkat lebih tinggi dari penyelia, susunan arahan yang bercelaru akibat tunggang langgang dalam gred itu sendiri.

Kerajaan sendiri tidak proaktif dan tidak ikhlas untuk menyelesaikan polemik semakan semula skim ini hingga menyebabkan masalah dalam penjawat awam. Bila prestasi menurun disebabkan dasar kerajaan yang bercelaru, disalahkan pula penjawat awam kononnya rasuah, seleweng dan sebagainya, tetapi lihatlah dasar-dasar kerajaan terhadap perkhidmatan awam yang macam dasar orang gila itu.

Tiada gunalah nak berhempas pula terangkan CBP kepada rakyat sedangkan kerajaan pun bukannya nak bersikap menang-menang dengan penjawat awam, tetapi sentiasa nak bersikap durian dengan mentimun, penjawat awam ini ibarat mentimun sahaja di pandangan kerajaan, sedangkan kerajaan adalah durian, semuanya penjawat awam yang salah, pegawai atasan dan pimpinan politik yang bebal buat dasar macam haram jadah dianggap pandai dan berpekerti mulia.

Sedarlah diri.

zamri rahman berkata...

masih tidak menjadi realiti seperti mana yang di janjikan berkenaan kenaikan gaji dan elaun rumah terutamanya kepada kumpulan pelaksana..kemana perginya isu ini ???

John Labu berkata...

CUEPACS,,,,,,,dileher mereka ada seutas tali dan tali itu dikawal oleh..............

blog sekolah berkata...

memang betul semua apa yang diluahkan di atas. PM dan TPM tolong selesaikanlah masaalah kami orang bawahan ini, kata negara ekonomi kewangan kukuh. Mana janjinya??..

Budak Gemok [dot] com berkata...

semoga rakyat lebih memahami apa itu CBP.

** Tonton Movie/Drama dengan Percuma secara online **

mat legasi berkata...

Silap info CBP kpd rakyat akan beri kesan dan mimpi ngeri kpd rakyat.

Cadang, hanya PA yang layak dan autoriti shj yg sepatutnya buat kerja-kerja JURUCAKAP.

Hullo Bro CUEPACS.
Hangpa sbg JURUCAKAP Penjawat Awam. Masih bersstatus encik mimpi lagi?

Bila agaknya JPA nak umum siri-siri Penambahbaikan Skim-Skim tersebut.

Hentam saja LABU !

zamri rahman berkata...

Kemana hilangnya isu kenaikan elaun rumah dan kenaikan gaji...tambahan pulak bakal berdepan GST tak lama lagi.

Tambahkan kadar elaun rumah serta gaji...

Realisasikan isu ini..tak wajar didiam sahaja