SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Januari 2015

CUEPACS CADANG POTONG GAJI PENJAWAT AWAM UNTUK BANTU MANGSA BANJIR

Bernama
4/1/2015



KOTA BAHARU, 4 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.

"Kalau boleh sumbangan minima RM5 tetapi kalau lebih daripada itu, kita amat alu-alukan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir negeri ini, di Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam di sini Ahad.

Azih berkata Cuepacs berharap potongan gaji itu dapat dilakukan pada bulan ini memandangkan kaedah itu adalah mekanisme terbaik dalam mengumpul dana bagi meringankan beban mangsa banjir.

Beliau berkata pihaknya juga meminta kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk membeli peralatan sekolah termasuk pakaian seragam kepada pelajar yang terjejas dengan banjir.

"Masih ramai yang tiada baju sekolah, yang mana beli awal memang sudah rosak, nak beli untuk kali kedua duit pun sudah habis," katanya yang turut mencadangkan pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditangguhkan.

-- BERNAMA

4 ulasan:

Kagumas berkata...

Idea paling bodoh dr seorang Presiden!

Unknown berkata...

tak perlu mengarut isu lain,sedangkan isu kenaikan ELAUN RUMAH dan GAJI masih tidak menjadi kenyataan..

Realisasikan ini dulu hingga menjadi kenyataan

Unknown berkata...

RM1 dah le..beribu penjawat awam kt Malaysia ni..potong lebih nk mkn lebih ke?...Bile nk bg terkebil2,bile nk potong bukan main laju je...sabo je le..

Unknown berkata...

Betul2,saya sokong 100% tu....