SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Januari 2015

JANGAN SENTUH SOAL 'OVERTIME' - CUEPACS

ABN News
21 Jan 2015 08:21pm 


CUEPACS terima baik usulan Perdana Menteri mengenai beberapa langkah pengubahsuaian dan intervensi yang perlu dilakukan bagi menghadapi landskap ekonomi dunia semalam.
CUEPACS terima baik usulan Perdana Menteri mengenai beberapa langkah pengubahsuaian dan intervensi yang perlu dilakukan bagi menghadapi landskap ekonomi dunia semalam.

Oleh Ros Nazirah Mohd Daud (rosnazirah@abnxcess.com)
PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar penjimatan sebanyak lebih RM5 Billion yang akan digunakan untuk perbelanjaan mengurus tidak memberi kesan terhadap mereka yang mahu bekerja lebih masa.
Presidennya, Datuk Azih Muda menjelaskan, penjawat awam yang bergaji rendah hanya bergantung kepada elaun bekerja lebih masa bagi menampung perbelanjaan seharian yang semakin meningkat ketika ini.
“CUEPACS minta supaya jangan sentuh soal ‘overtime’ walaupun RM5 Billion atau RM6 Billion sekalipun, jangan lah potong ‘overtime’. Biarkan yang pekerja gaji rendah ni laksanakan kerja-kerja lebih masa seperti biasa,”katanya.Tambah beliau, perkara ini secara tidak langsung ia dilihat dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.“Bila dia (penjawat awam) dapat elaun, dia akan belanja dan secara tak langsung dia akan dapat menyumbang dalam pasaran,”katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa langkah pengubahsuaian dan intervensi yang perlu dilakukan bagi menghadapi landskap ekonomi dunia.Antaranya adalah penangguhan kenaikan kadar tarif elektrik, penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), pemberian semula visa secara percuma kepada pelancong asing serta pengurangan harga bahan api.

17 ulasan:

Abu Bakar berkata...

Pihak kerajaan perlu mengkaji semula kaedah tuntutan kerja lebih masa oleh penjawat awam kerana terdapat kaedah perlaksanaan kerja lebih masa yang tidak sesuai serta membazirkan wang negara.

Misalnya bagi kerja-kerja perkeranian biasa, kerja-kerja pejabat biasa yang boleh disiapkan dalam tempoh masa pejabat, maka hendaklah disiapkan dalam tempoh masa pejabat kecuali kerja-kerja yang terlalu banyak yang memerlukan kerja tambahan barulah penyelia memberikan kebenaran kerja lebih masa.

Saya mengutarakan isu ini adalah kerana banyak kerja lebih masa adalah disebabkan oleh kecuaian kakitangan yang menguruskan tugas itu yang melepak dan tidak menggunakan masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan tugas secara yang sepatutnya, kemudian buat kerja lepas waktu bekerja kemudian minta waktu dia buat kerja itu sebagai kerja lebih masa dari penyelia.

Penyelia dan ketua jabatan perlu memantau kegiatan atau perlakuan pekerja semasa bertugas apakah benar-benar dia menjalankan tugas dengan cermat hingga kerjanya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan atau dia melepak, berborak kosong, bergosip sana sini, menjual di pejabat semasa waktu kerja, kemudian bila kerja hakiki tak siap, buat kerja di luar waktu bekerja dan buat tuntutan kerja lebih masa.

Pihak jabatan sepatutnya meneliti perkara ini dan pihak audit sepatutnya meneliti tuntutan kerja lebih masa ini untuk mengelakkan pihak ketua jabatan atau penyelia cuai menjalankan tugas hingga ada kakitangan yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakannya untuk membuat tuntutan kerja lebih masa yang tidak sepatutnya.

Patutnya kerja lebih masa ini hanya dibenarkan bila kerja banyak secara luar biasa kuantitinya berbanding hari-hari biasa atau kerja tersebut perlu dibuat di luar waktu bekerja, inilah garis panduan untuk memberikan kebenaran kerja lebih masa, bukannya buat kerja di luar waktu kerja di sebabkan masa waktu kerja sibuk merapu dengan perkara lain yang bukan tugas.

Semoga kerajaan meneliti perkara ini untuk mengelakkan pembaziran sumber dan kewangan negara kepada perkara yang tidak tentu hala.

Abu Bakar berkata...

"Presidennya, Datuk Azih Muda menjelaskan, penjawat awam yang bergaji rendah hanya bergantung kepada elaun bekerja lebih masa bagi menampung perbelanjaan seharian yang semakin meningkat ketika ini."

Azih Muda kena faham bahawa Kerja Lebih Masa bukanlah untuk menambahkan pendapatan, tetapi untuk kepentingan perkhidmatan.

Kalau Presiden CEUPACS sendiri tidak faham akan prinsip tugas dalam perkhidmatan awam, maka susahlah macam ini.

Saya tidak bersetuju kerja lebih masa dibiarkan secara berleluasa hingga dibuat secara salah kerana ini merugikan negara.

Kena ingat halal dan haram dalam pendapatan.

Walaupun gaji kecil, takkan kita nak makan rezeki haram, nak beri makan anak bini dengan rezeki yang haram melalui tuntutan kerja lebih masa yang tidak sepatutnya dibuat?

Oleh itu saya menyarankan agar pihak kerajaan meneliti isu ini agar ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan dapat disekat melalui mengambil tindakan terhadap penyelewengan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Apakah Azih Muda juga menuntut over time juga? Bila buat tuntutan itu, apakah masa bekerja digunakan sepenuhnya untuk buat kerja atau masa kerja pergi melepak dengan kawan sambil borak-borak kosong, lepas tu bila kerja tak dapat disiapkan dalam waktu pejabat akibat perbuatan melepak itu, maka tuntut over time pula, jenis apakah ini?

Bayangkan pergi melepak di kedai kopi masa pejabat hingga 2 jam, lepas tu kerja yang patutnya dapat siap dalam waktu pejabat tak dapat siap, kena ambil masa 1 jam untuk buat kerja lepas pejabat, itu tak layak tuntut overtime, kerana sudahlah menyeleweng waktu kerja sampai 2 jam, baru buat kerja 1 jam dah minta over time, sedarlah sudahlah hutang 1 jam pun nak tuntut over time lagikah?

Sedarlah akan dosa dan pahala dalam setiap tindakan. Berapa sen sangatlah over time itu jika nak dibandingkan dengan azab di akhirat kerana membuat tuntutan palsu dan menyeleweng di dunia ini, di akhirat nanti bila disoal oleh Allah Taala akan tuntutan menyeleweng itu nak jawab apa?

Oleh itu berhati-hatilah, memang manusia ini tak sempurna semuanya, tetapi kita elakkan menyebabkan diri kita menjadi lebih teruk.

Abu Bakar berkata...

Samalah juga dengan elaun keraian, jika menggunakan wang pejabat untuk membiaya keraian di jabatan, maka apa gunanya elaun keraian pegawai yang dapat elaun keraian di jabatan itu?

Kerajana kena kaji semula pasal elaun keraian ini kerana dilihat banyak sangat penyelewengannya hingga merugikan negara. Kalau benar-benar guna untuk buat keraian tak apa, tapi buat keraian guna wang pejabat, elaun keraian bantai untuk diri sendiri saja, apa punya manusia macam ini?

Banyak perbelanjaan kerajaan menyebabkan pembaziran, oleh itu kalau nak berjimat, kena kaji semula struktur perbelanjaan tersebut di mana mana-mana perbelanjaan yang boleh dijimatkan maka perlu penjimatan.

Misalnya pegawai kerajaan sendiri, kalau perlu naiklah keretapi atau bas untuk ke sesuatu lokasi jika tidak terlalu sibuk sangat. Tetapi ramai terutamanya ketua jabatan nak naik kapal terbang ke sesuatu tempat. Misalnya ada mesyuarat di Kota Bharu, pejabat di Putrajaya, mesyuarat jam 12 tengah hari, apa salahnya naik bas, barulah dapat merasai denyut nadi rakyat, kalau syok belanjakan wang negara untuk naik kapal terbang, lepas tu dah masa lapang banyak pergi main golf, berjalan-jalan ke hulu ke hilir tak tentu hala, maka merugikanlah.

Begitu juga dengan jamuan di pejabat semasa mesyuarat, makan sekadar untuk mengelakkan rasa lapar sahajalah, kalau nak makan sedap-sedap sangat, pergi beli sendirilah, ingat itu wang kerajaan, wang yang digunakan untuk kepentingan negara, bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Abu Bakar berkata...

Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36, sudah-sudahlah merapu, sila lebihkan bekerja untuk isu skim dan elaun perumahan atau kuarters di kawasan bandar. Itu lebih bagus kerana skim di perkhidmatan awam sekarang ini dah jadi caca marba tunggang langangg, malahan penjawat awam di kawasan bandar, kos sewa rumah tinggi, samada naikkan elaun perumahan mereka ataupun perbanyakkan kuarters di kawasan bandar supaya mereka dapat tinggal di kuarters berkenaan.

Sudah-sudahlah kepimpinan CEUPACS menjadi tukang kokok yang tak tentu hala, utamakan keperluan hakiki penjawat awam iaitu penambahbaikan 252 skim dan isu perumahan di kawasan bandar, itu lebih utama.

Abu Bakar berkata...

Kalau Yang Berhormat Datuk Azih Muda N36, kalau sudah tak mampu untuk menerajui CEUPACS, malahan kalau sudah tak ada hala tuju hingga menjadi merapu, lebih baik letak jawatan dan adakan pemilihan baharu.

Tak guna merapu itu dan ini sedangkan tak ada kesan yang baik pun untuk penjawat awam bila isu skim dan isu perumahan di kawasan bandar sampai kini tak tahu hujung pangkalnya.

Jika Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36 dan kuncu-kuncu di kepimpinan CEUPACS dah rasa keliru, dah merapu, dah tak dapat nak kawal keadaan, dah jadi bengong, sila letak jawatan sahajalah, tak guna jadi tikus membaiki labu, akhirnya labu jahanam begitu sahajalah.

Unknown berkata...

Abu Bakar ni dh x de kerja ke...berjela2 naip...ingat org baca ke komen mcm ni

Unknown berkata...

Setuju

Abu Bakar berkata...

Johari Rahmat, nak baca komen saya bacalah, tak mau baca sudah, kalau kritik komen saya ni pasal apa? Apakah kerana dah 'makan cili' hingga terasa 'kepedasannya'?

Terpulanglah.

Unknown berkata...

Tq Kamal Kamaruddin...spesis mcm Abu Bakar ni la yg selalu buat kerja lepas waktu pejabat...claim ot...waktu kerja jadi wartawan cangkul...

Unknown berkata...

Untuk Abu Bakar boleh hubungi no ni...nanti blh senang..x yah OT lg...x yah jd wartawan nyambil2...segera ..hubungi AKY GAJIH di 082 313 669 888

Abu Bakar berkata...

Apahal ni Johari Rahmat, terasa pedas dan pedih telinga, mata, hati berhubung komen sayakah hingga melompat sambil terkinja-kinja sebagini?

Sesiapa yang tak buat perkara seleweng, salah guna kuasa, menipu dalam urusan kerja lebih masa, elaun keraian dan sebagainya itu, tentu akan dapat menerima komen saya dengan seadanya, cuma orang yang buat perkara menyeleweng dan tak betul sahaja yang akan terkinja-kinja kepedihan hatinya, kepedihan matanya, kepanasan telinganya dengan komen saya ini.

Walau apa pun, yang salah itu tetap salah, nak menipu diri buat apa lagi.

Abu Bakar berkata...

Malahan kepada golongan di kalangan penjawat awam yang selalu menghina kerajaan kononnya mengamalkan rasuah sedangkan dirinya yang sibuk pelahap rasuah, buat kerja itu dan ini minta habuan, lepas tu suruh belanja makan, kemudian suruh beri itu dan ini, kononnya sebagai 'hadiah' untuk memudahkan urusan.

Begitu juga yang dengan mudahnya memberikan kelulusan kerja-kerja pembinaan walaupun tidak ikut spesifikasi, diberikan habuan dalam bentuk RM atau apa-apa yang disukai, maka diluluskan projek itu walaupun melanggar syarat dan spesifikasi.

Kemudian bila timbul masalah dengan projek itu, maka kerajaan jugalah yang disalahkan, yang makan rasuah boleh kenyang dengan rezeki haram yang memboyot dalam peruntya itu. Lepas tu kritik dan tuduh kerajaan rasuah pula, sedangkan dirinya yang kuat makan rasuah.

Unknown berkata...

Gatal pulak lobang hidung baca tulisan Abu Bakar Cangkul...betul juga Dato Azih tu letak jawatan...dlm blog ni ade borang cadangan tak nk lantik Presiden baru...nak gak tgk Abu Bakar Cangkul pegang jawatan Presiden Cuepacs ni...sekurang kurangnya Kerajaan boleh berjimat...kwa kwa kwa...Bakaq Bakaq...

Abu Bakar berkata...

Johari Rahmat dah kepanasan, kalau di sekeliling Najib ada tukang kipas, di sekeliling DATUK Azih Muda N36 juga ada tukang kipas iaitu Johari Rahmat.

Berhempas pulas Johari Rahmat menghentam saya sedang dia sendiri tak tahu pun nak berhujah dengan apa yang saya utarakan itu.

Kalau sekadar jadi pak lawak Johari, lebih baik duduk diam-diam, kalau sekadar pengampu yang bertaraf pecacai, tak payahlah nak komen, mencerminkan tahap tongong kamu itu sahajalah.

Unknown berkata...

Sori Bakaq lambat reply...relax la Bakaq sy biasa je x de rasa ape2...bukan pelawak cuma kelakar baca ulasan kamu tu...bukan x nk ulas hujah kamu tu tp dr awal baca tulisan kamu pd 22 jan tu org dh dpt rasa tulisan ni datang dr orang yg kurang cerdik...jadi buat ape sy perlu ulas blk nti sy pun jd x cerdik sama...tu yg sy kata Bakaq ni x de kerja...ade penulis lain Kamal Kamaruddin pd 22 jan pun setuju dan dia pun x ulas ape2 tulisan kamu...
Kalau hujah kena ade fakta yg menyokong kenapa hujah tu diutarakan...ni kamu pong pang pong pang Datuk Azih Muda letak jawatan...berjela2 lg pong pang pong pang Azih Muda letak jawatan...ni bukan hujah...ini kenyataan kosong yg didorong oleh emosi...tu la orang yg akal kospng akal dikuasai oleh hati..
Mu x pernah gi Kursus Protokol ke...ke mu membadak masa kursus...Datuk Azih Muda gelaran bukan Yang Berhormat ...Yang Berhormat tu utk anggota Pentadbiran mcm menteri dsb...utk orang kerajaan dipanggil Yang Berbahagia tak kan mu x tau...tu la Bengap ke tua mu ni...jgn la wariskan bengap mu ni ke anak2 mu yer...
Berbalik hujah sampah mu tu...x kan mu x tau kalau ade ape2 usul ke x puas hati ke kan boleh di usulkan ke MBJ...kalo mbj peringkat jabatan x boleh selesaikan masalah kamu ni diaorang akn bentang pylak ke MBJ peringkat Kementerian. ...sedih pun ade lawak pun ade kamu ni...cuba mu baca balik tulisan kamu awal 22 jan tu...ade tak mu rasa tu macam karangan budak upsr exam...

Abu Bakar berkata...

Sori la Johari lambat reply, kamu tak reti ke bahasa kiasan atau bahasa sinis?

Biasalah golongan kaki ampu dan kaki bodek macam kamu ini akan pura-pura banyak perkara.

Kamu tak reti nak jawab soalan saya, kemudian kamu asyik merapu sahaja, biasalah orang kalau dah biasa jadi pengampu, macam kamulah menyokong membuta tuli tanpa arah tujuan.

Dalam isu skim, apa yang kepimpinan terutama Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36 dan kepimpinan CEUPACS lakukan? Kamu semua cuma tau goyang telur sambil hisap jari sahajalah. Sampai sekarang isu penambah baikan skim yang diumumkan oleh Najib si penipu itu dalam sesi pembentangan bajet pada bulan 10 tahun lalu tak selesai hingga kini, dah masuk bulan Februari 2015, tapi bayang pun tak ada.

Kemudian isu perumahan di bandar, jika tak mampu tingkatkan elaun, perbanyakkan kuarters, jangan pusing sana pusing sini untuk kelirukan penjawat awam lagi.

Najib patut kurangkan lawatan ke luar negara yang entah apa-apa yang tak tentu hala, wang negara yang digunakan oleh Najib untuk melancong bersama Rosmah itu patutnya digunakan untuk pembangunan kuarters, entah berapa kuarters dapat dibina menggunakan wang negara yang dibazirkan oleh Najib dan Rosmah selama ini jika wang itu digunakan dengan betul.

Johari, saya tak suka mengampu, saya tak suka membodek, saya suka beri tahu kebenaran, saya beri tahu kebenaran pun bertahap, mula-mula kita tegur secara berhemah, kalau masih tak sedar diri barulah kena hentam macam sekarang ini.

Unknown berkata...

Elaun lebih masa wajib diberikan pada anggota yang bertugas di jabatan yang menggunakan 'date line' untuk menerbitkan data untuk kepentingan kerajaan. Lantaran itu adalah tidak wajar dipotong perbelanjaan elaun lebih masa. Anggota jabatan yang teraksa menjalankan kerja lebih masa demi kepentingan tugas yang kadangkala sehingga malam sedah semestinya anak-anak juga ditinggalkan di pusat asuhan sehingga malam dan perlu membayar elaun lebih masa pada pusat asuhan tersebut. Jika elaun lebih masa anggota terbabit tidak dibayar, maknanya akan berlaku peningkatan kos sara hidup anggota tersebut. Itu belum lagi dikira dari segi makan malam keluarga yang terpaksa dibeli dari luar sekiranya suami isteri terpaksa melakukan kerja lebih masa. Kerajaan hendakkan yang terbaik dari penjawat awam, kebajikan penjawat awam perlu dijaga. Cuti gantian juga bukanlah penyelesai kepada elaun lebih masa. Anggota diarah bertugas pada hari Cuti Mingguan tetapi hanya diberi cuti rehat gantian dan cuti rehat gantian pula perlu mencukupi 9 jam baru layak diberi 1 hari cuti. Saya melihat perkara ini sebagai satu situasi yang tidak sihat. Mungkin ada yang mengatakan itu pun nak berkira tapi kalau usia perkhidmatan dah mencapai 20 tahun dengan keadaan kerja yang bila hujung tahun saja balik pukul 10.00 malam dan malahan pernah mencapai waktu balik kerja pukul 12.00 malam, adakah ini boleh dipanggil 'berkira'?

Perkara ini perlu dilihat lebih serius oleh ketua-ketua jabatan yang peka terhadap anggota jabatan. Kadangkala elaun lebih masa dinikmati oleh anggota yang tidak sepatutnya tetapi anggota yang berhempas pulas dengan penuh amanah tidak pula dihiraukan.

Contohnya anggota A yang bertugas di lapangan, layak menuntut elaun perbatuan, elaun lojing dan elaun makan tetapi kerja dilapangan yang sepatutnya disiapkan ketika di lapangan dibawa balik untuk disiapkan dipejabat. Anggota A terbabit akan melibatkan masa anggota B yang sepatutnya telah boleh memproses dokumen tersebut sebaik sahaja anggota terbabit balik ke pejabat. Anggota A akan menyiapkan dokumen tersebut dipejabat yang kerapkalinya akan menggunakan perkataan 'touch-up' di pejabat sehingga lepas waktu pejabat dan membuat tuntutan elaun lebih masa. Anggota B pula yang sepatutnya tidak perlu menyiapkan kerjanya selepas waktu pejabat terpaksa berbuat demikian disebabkan sikap anggota A. Inilah yang berlaku situasi di mana anggota yang tidak sepatutnya membuat tuntutan elaun lebih masa tetapi menuntut.