Sinar Harian
6/1/2015
6/1/2015
SHAH ALAM - Kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan
Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mengesyorkan
agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk
membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, dana bagi membantu mangsa banjir boleh dijalankan dengan mengutip derma bukan melalui kaedah pemotongan gaji penjawat awam.
"Saya tidak setuju. Mereka boleh kutip derma bukan paksa. Kerajaan tak akan potong," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Sinar Online, hari ini.
Semalam, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.
"Kalau boleh sumbangan minima RM5 tetapi kalau lebih daripada itu, kita amat alu-alukan," katanya.
Azih berkata, Cuepacs berharap potongan gaji itu dapat dilakukan pada bulan ini memandangkan kaedah itu adalah mekanisme terbaik dalam mengumpul dana bagi meringankan beban mangsa banjir.
Beliau berkata, pihaknya juga meminta kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk membeli peralatan sekolah termasuk pakaian seragam kepada pelajar yang terjejas dengan banjir.
"Masih ramai yang tiada baju sekolah, yang mana beli awal memang sudah rosak, nak beli untuk kali kedua duit pun sudah habis," katanya yang turut mencadangkan pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditangguhkan.

15 ulasan:
kerajaan pun tahu itu idea paling bodoh seorg presiden..kesian ko presiden..
Saya cdgkan supaya syarikat2 korporat di negara ini menyumbang csr mereka dengan membina rumah mangsa2 banjir...kutipan derma dan pakaian dh banyak. Cthnya Sykt A membina atau membiayai 2 unit rumah yg purata harganya 45k ke 50k...tentu byk syarikat berminat utk menyumbang dgn cara baru ini...bukan seperti amalan biasa. Penduduk yg kehilangan rumah amat2 mrmerlukan tempat kediaman...
Sebagai balasan atas sumbangan tersebut..kerajaan pula memberi inisiatif kpd sykt2 terlibat td dengan memberi pengecualian atau pengurangan cukai perniagaan mereka. Sekadar idea untuk kebaikan semua. Sekian..

Terima kasih Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang tidak setuju tentang potong gaji penjawat awam seperti cadangan cuepacs.
Penjawat awam mengharapkan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dapat mengotakan janji untuk menaikkan kadar elaun rumah dan gaji terutama yang berkadar rm 180 sekarang kepada kadar semasa.
Xpayah nk mengarut la...bab potong laju...nk fight kenaikan gaji slow...sumbangan mangsa banjir xperlu potong gaji...bnyak cara lg nk tolong....tukaq presiden la cuepacs...
presiden cuepacs yg baru ni x mcm omar osman.yang lebih suka mengampu je..
Ada banyak cara utk penjawat awam menghulur bantuan pada mangsa banjir..kesian pda mangsa banjir yg terpaksa mkn duit haram jika ada segalintir penjawat awam yg tidak redha gajinya di potong...adalah lebih baik bantuan dihulur secara ikhlas tanpa ada paksaan
skrg ini ada pelbagai kaedah utk menderma termasuk melalui handset...amalan yg baik biarlah dtg dari niat yg ikhlas
Daripada Presiden CEUPACS nak menyibuk nak suruh kerajaan potong gaji kakitangan awam, lebih baiklah Presiden CEUPACS menyibukkan diri mendesak kerajaan supaya menyelesaikan isu penambahbaikan 252 skim dan isu elaun perumahan, terutama yang bertugas di bandar besar.
Pasal isu bantuan kepada mangsa banjir ini, di setiap jabatan kerajaan, saya rasa ada buat kutipan derma untuk diberikan kepada mangsa banjir, tetapi tak payahlah sampai nak potong gaji kakitangan awam pula.
Niat memang baik, tetapi kalau cara tak kena, susahlah. Memang penjawat awam bersimpati dengan mangsa banjir, kutipan pun dah dibuat di jabatan-jabatan, itu lebih baik dan ikhlas daripada memotong gaji tanpa keizinan penjawat awam.
Walau apa pun, sila Datuk Seri Shahidan Kassim selesaikan isu penambahbaikan 252 skim yang menjadi isu besar dalam perkhidmatan awam. Bukannya apa, skim perkhidmatan awam dan carta organisasi, serta tugasan dah jadi caca marba. Sila selesaikan isu ini dengan segera.
Lagi satu elaun perumahan di kawasan bandar, perlu dinaikkan atau pun kerajaan bina kuaters untuk penjawat awam terutama gred bawahan yang gaji sudahlah tak banyak mana, elaun pun sikit saja, bukannya macam pegawai besar, elaun sahaja pun dah melebihi gaji bulangan seorang penjawat awam gred rendah.
Bersikap menang-menanglah, kalau nak hasil yang baik, inputnya kena baiklah, kalau imput buruk, nak baik, susahlah, kalau nak kualiti kerja seperti zaman 2020 tetapi beri kemudahan dan kebajikan seperti zaman paleolitik, susahlah nak capai, yang jadi mangsa adalah penjawat awamlah juga.
Saya mencadangkan agar pihak kerajaan menjalankan audit keperluan peralatan dan lain-lain perkara di jabatan kerajaan di seluruh negara supaya hasil kerja yang dibuat dapat mencapai keputusan sebagaimana yang dikehendaki.
Pihak kerajaan kini hendakkan hasil kerja yang terbaik, tetapi lihatlah dari segi kemudahan di jabatan, perlatan nak buat kerja, malahan kebajikan kepada penjawat awam sendiri, sudah ketinggalan zaman, terutama di jabatan cawangan atau jabatan peringkat daerah, sentiasa menjadi mangsa.
Kalau hendakkan kualiti hasil kerja yang bermutu kena beri kemudahan dan kebajikan yang bermutu kepada jabatan dan penjawat awam.
Susahlah kalau nak hasil kerja mendahului zaman, tetapi peralatan kerja dan kebajikan pekerja seperti di zaman paleolitik, nak buat macam mana, di peringkat atas senanglah beri arahan itu dan ini, yang nak buat di bawah ini.
Oleh itu, sila pihak kerajaan adakan audit keperluan di jabatan kerajaan kerana banyak jabatan tertama di cawangan dan peringkat daerah dalam keadaan daif tetapi menerima tekanan demi tekanan dari pihak pengurusan tertinggi untuk membuat hasil kerja yang bermutu tinggi sedangkan kemudahan berkualiti rendah.
Di jabatan kerajaan ada audit nilai, tetapi apakah gunanya audit nilai itu jika hasil dapatan tidak diambil peduli oleh pengurusan atasan? Malahan jika beri komen yang tidak menyenangkan hati pihak atasan walaupun benar akan diblack list atau di cop sebagai penentang oleh pengurusan atasan, jadi apa gunanya audit nilai itu?
Begitu juga dengan 5S, sekarang jabatan kerajaan banyak sibuk nak mengejar persijilan 5S, tetapi apakah perjalanan operasi di jabatan mengikut sebagaimana keperluan 5S itu? Malahan dengan masalah dokumentasi 5S, nak buat mesyuarat, nak buat hiasan, itu semua mengganggu kerja hakiki penjawat awam malahan hanya kosmetik yang tidak memberikan nilai. Malahan sijil 5S yang didapati tetapi tidak diamalkan hanyalah seperti kertas biasa sahajalah, apalah nilainya, sekadar sekeping kertas yang ada tulis itu dan ini, tetapi nilainya tak ada pun.
Begitu juga KIK dan ISO, apakah betul amalan di jabatan mengikut ISO yang bermati-matian paksa kakitangan bawahan ini buat ISO itu? Hanya kosmetik, mengejar sijil, sebab itulah perkhidmatan awam tak berkembang sebab hanya gila glamour.
Kepada pihak atasan, nak buat dasar, nak buat hala tuju itu, lihat kepada kemampuan serta keperluan, jangan sampai tugasan kosmetik seperti 5S, KIK, ISO itu dilebih-lebihkan, tetapi kerja hakiki tunggang langgang, malahan ISO walaupun bagus, tapi buat kerja tak ikut ISO, apa gunanya?
Sedarlah.
Berseminar, bengkel itu, bengkel ini, makmal itu, makmal ini, mesyuarat sana sini, tapi hanya sekadar seminar, bengkel, makmal, mesyuarat, tetapi hasil tak ada apa gunanya?
Macam isu skim dan elaun ini jugalah, dah berapa lama, tetapi hanya jadi kosmetik sahajalah.
Kemudian sibuk dengan KIK, ISO, 5S, tetapi hanya kosmetik tak tentu hala, apa gunanya?
Banyak yang dibazirkan kepada kerja-kerja yang merapu berbanding untuk memperkasakan kerja hakiki di organisasi yang patutnya diutamakan.
Perkara ini menyebabkan ramai penjawat awam dah menjadi jelak, meluat, benci dengan sikap pura-pura, kosmetik, indah khabar dari rupa yang melanda pekhidmatan awam sekarang ini, apa yang perlu diabaikan, yang merapu pula dikejar dan dijulang dengan penuh minat dan riang.
Dalam perkhidmatan awam sekarang ini pun, berbeza dengan cara dahulu. Saya bukannya nak bersikap kolot, tetapi sistem bekerja pada masa dahulu saya lihat lebih teratur dan tersusun, dari segi rantaian arahan, dari segi peraturan, tetapi itu semua kini hanya jadi bahan sejarah sahajalah, semua dah tunggang langgang.
Misalnya cara mengendalikan staf yang baru berkhidmat atau baru bertukar dan buat kerja baru, sekarang ini fail meja pun tak ada, manual prosedur kerja pun tak ada, lepas tu biarkan pekerja baru itu pandai-pandai buat sendiri, kesannya jadi macam-macam masalah.
Jika masih gemar beretorik, gila sijil, gila glamour, maka perkhidmatan awam akan makin tunggang langgang.
Hahaha...PC guna windows 97 lg. Tp cita2 besar nk paperless, online itu ini. Bila pengguna upload dokumen guna windows latest version dh xleh baca! Mangkuk hayun betul... waran bajet pun dh dpt. Kena potong lg... abih tu nk buat kerja apa?? Ni la yg jadi bila pemimpin tertinggi kjaan x reti urus tadbir negara. Menuju wawasan 2020 tp rasanya makin mundur ke zaman 90an. Dgr berderau2 mcm2 Makmal dibuat, konon nk majukan sektor Awam, strategi pun mcm2 yg keluar... tp HAMPEH! Nak tambah baik Skim pun TERKEMUT KEMUT... kaji...kaji...kaji... skim ganti SSM baru pun blom ada hala tuju. Ganti PTK pun tak nmpk bayang! Lantik pulak KSN yg ntah apa2... dulu bonus bln 12 dh dpt... skang x boleh pulak. Nmpk tak perbezaan dulu dan sekarang? Makin maju ka makin mundur ke belakang???
Potong gji menteri2 sepatutnya
pelik betui azih ni,suka hati nk potong gaji,cadangan tu kononya najib terima bulat2, sronok lah dia ye, hrp thn 2015 x pyh calon pencadang ni
apa kata presiden cuepacs serahkan semua gaji dia dulu, baru buat cadangan 'bernas' tersebut. jangan buat nama dengan mengorbankan orang bawahan..takut nanti diri sendiri terkorban.
Cuepacs perlu mendidik ahlinya bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak dan berhemat sebelum membuat cadangan potongan gaji atas dasar kebajikan. Mungkin Presiden Cuepacs tak sedar, terdapat penjawat awam yang dipotong gaji untuk kelab sukan dan kebajikan. Oleh itu, gunalah saluran kelab.
Catat Ulasan