Bernama
15/1/2015
PUTRAJAYA,
15 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
hari ini menerima memorandum Konvensyen Perpaduan Nasional daripada 12
wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk
dipertimbangkan dalam penggubalan Dasar Perpaduan Nasional.
Memorandum bertemakan 'Perpaduan Rakyat Malaysia: Teras Keamanan dan Kemakmuran Negara' itu diserahkan oleh Pengerusi Konvensyen Perpaduan Nasional Datuk Azih Muda di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di sini.
Ketika bercakap kepada pemberita, Azih, yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), berkata memorandum itu merupakan rumusan serta ketetapan yang dibuat semasa Konvensyen Perpaduan Nasional yang diadakan pada 23 Nov lalu di Kuala Lumpur dan dihadiri lebih daripada 320 NGO Melayu dan Islam.
Memorandum setebal 95 muka surat itu mengandungi 54 usul yang 19 daripadanya berkaitan politik, perlembagaan, undang-undang dan perlembagaan negara, 20 melibatkan usul ekonomi, tujuh usul berkaitan hal ehwal agama Islam, manakala selebihnya perkara-perkara lain.
Dokumen itu antara lain menggesa kerajaan mengkaji semula pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri selain mahu semua strategi, dasar, program dan undang-undang untuk memupuk, mengukuh serta meningkatkan perpaduan nasional mestilah berasaskan kepada hakikat bahawa Peribumi adalah bangsa teras di Malaysia.
Dari perspektif ekonomi pula, memorandum itu meminta kerajaan menubuhkan sebuah lembaga amanah bagi mengurus dan membangunkan Tanah Simpanan Melayu serta tanah adat di Semenanjung selain mahu bank-bank tempatan mengkaji kadar pinjaman bagi tanah berkenaan.
Memorandum itu juga menyarankan kerajaan supaya mengkaji semula keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) agar ia menjadi mekanisme pemupukan, pengukuhan dan peningkatan patriotisme dan perpaduan dalam kalangan generasi muda Malaysia.
Selain Azih, turut hadir pada majlis tersebut adalah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Zaini Ujang.
-- BERNAMA
Memorandum bertemakan 'Perpaduan Rakyat Malaysia: Teras Keamanan dan Kemakmuran Negara' itu diserahkan oleh Pengerusi Konvensyen Perpaduan Nasional Datuk Azih Muda di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di sini.
Ketika bercakap kepada pemberita, Azih, yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), berkata memorandum itu merupakan rumusan serta ketetapan yang dibuat semasa Konvensyen Perpaduan Nasional yang diadakan pada 23 Nov lalu di Kuala Lumpur dan dihadiri lebih daripada 320 NGO Melayu dan Islam.
Memorandum setebal 95 muka surat itu mengandungi 54 usul yang 19 daripadanya berkaitan politik, perlembagaan, undang-undang dan perlembagaan negara, 20 melibatkan usul ekonomi, tujuh usul berkaitan hal ehwal agama Islam, manakala selebihnya perkara-perkara lain.
Dokumen itu antara lain menggesa kerajaan mengkaji semula pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri selain mahu semua strategi, dasar, program dan undang-undang untuk memupuk, mengukuh serta meningkatkan perpaduan nasional mestilah berasaskan kepada hakikat bahawa Peribumi adalah bangsa teras di Malaysia.
Dari perspektif ekonomi pula, memorandum itu meminta kerajaan menubuhkan sebuah lembaga amanah bagi mengurus dan membangunkan Tanah Simpanan Melayu serta tanah adat di Semenanjung selain mahu bank-bank tempatan mengkaji kadar pinjaman bagi tanah berkenaan.
Memorandum itu juga menyarankan kerajaan supaya mengkaji semula keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) agar ia menjadi mekanisme pemupukan, pengukuhan dan peningkatan patriotisme dan perpaduan dalam kalangan generasi muda Malaysia.
Selain Azih, turut hadir pada majlis tersebut adalah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Zaini Ujang.
-- BERNAMA
9 ulasan:
Memorandum untuk percepatkan keputusan dan perlaksanaan penambahbaikan skim bila nak dihantar oleh Yang Teramat Mulia DATUK Azih bin Muda?
CEUPACS dan kepimpinan atasan CEUPACS suka sangat menyibukkan diri dengan perkara yang bukannya tanggungjawab hakiki CEUPACS.
Sila jalankan tanggungjawab dengan penuh berhemah, kalau sibuk dengan perkara-perkara lain, tak tahulah apakah fungsi sebenar kepimpinan CEUPACS dalam CEUPACS sekarang ini.
Selesaikan isu skim dan isu elaun perumahan atau isu perumah di kawasan bandar dengan segera. Itu pun jika merasa diri masih bertanggungjawablah, kalau masih syok sendiri, teruskan dengan tindakan sekarang ini, khianatilah amanah sebagai kepimpinan CEUPACS dengan sepenuh hati dan bertanggungjawablah di akhirat kelak.
Isu skim dan isu elauan rumah atau kuarters di kawasan bandar hanyalah kosmetik Najib dan DATUK Azih Muda Gred N36 sahajalah.
Teruskan auta, teruskan membohong, kerana nilailah sendiri taraf dan maruah anda yang suka auta dan bohong itu dan ini kepada penjawat awam.
Jika kepimpinan atasan negara dan kepimpinan CEUPACS sendiri tak berintegriti, macam mana nak cakap pasal integriti dengan kakitangan awam?
Inilah kepimpinan terburuk dalam sejarah negara ini samada dalam politik atau dalam CEUPACS, sangat low class dan sangat teruk.l
Berhubung isu PLKN, bubarkan sahaja PLKN kerana PLKN itu tak ubah seperti pengakap, pandu putri, pbsm di sekolah sahajalah.
Patutnya PLKN adalah seperti di Singapura atau di Thailand, atau di Korea Selatan iaitu pembentukkan barisan hadapan untuk mempertahankan negara, bukannya buat program seperti di sekolah sahajalah.
Lebih kurang RM 1 bilion dibazirkan kepada PLKN selama ini, bayangkan sudah berapa tahun PLKN ini dibuat sedangkan program PLKN itu hanyalah seperti program badan beruniform di sekolah sahaja, bayangkan berapa bilion wang negara hangus begitu sahaja untuk biaya program merapu seperti PLKN ini?
PLKN mesti dimansuhkan, setiap rakyat Malaysia yang sihat berumur 30 tahun dan ke bawah perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai askar wataniah untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun sebagaimana yang dilaksanakan di Korea Selatan.
Adalah lebih baik wang RM 1 bilion setiap tahun yang dibelanjakan untuk program merapu seperti PLKN itu digunakan untuk memperkasakan askar wataniah yang kita telah ketahui bahawa askar wataniah memang menjalani latihan kententeraan yang sebenar dan mampu untuk menjadi barisan hadapan menentang musuh jika negara kita diserang oleh musuh.
Tetapi sila lihat modul PLKN itu, apakah yang mereka mampu buat jika negara ini diserang oleh musuh jika nak harapkan modul latihan PLKN yang lebih kurang sama sahajalah dengan badan beruniform di sekolah itu? Malahan saya merasakan badan beruniform di sekolah lebih hebat berbanding PLKN kerana badan beruniform di sekolah boleh menjalani ikhthiar hidup di hutan berbanding pelatih PLKN yang makanan secara katering, lepas tu basuh baju secara dobi, nanti berperang ingat ada katering nak hantar makanan ke medan pertempurankah? Ingat boleh hantar baju ke kedai dobi untuk dicuci atau boleh bawa mesin basuh ke tengah medan pertempuran untuk mendobi bajukah?
Oleh itu, PLKN mesti dimansuhkan untuk mengelakkan wang negara terus lingkup secara tak tentu hala. Gantikan dengan pelaksanaan Askar Wataniah selama satu tahun latihan untuk membentuk para pejuang negara yang berkelayakan untuk mempertahankan negara.
X habis-habis nak membodek saja. laksanakan fungsi Ceupacs yg sepatutnya membela nasib Penjawat Awam yg sy rasa semakin tertindas terutama kakitangan sokongan.
Pihak kerajaan perlu mengkaji semula kaedah tuntutan kerja lebih masa oleh penjawat awam kerana terdapat kaedah perlaksanaan kerja lebih masa yang tidak sesuai serta membazirkan wang negara.
Misalnya bagi kerja-kerja perkeranian biasa, kerja-kerja pejabat biasa yang boleh disiapkan dalam tempoh masa pejabat, maka hendaklah disiapkan dalam tempoh masa pejabat kecuali kerja-kerja yang terlalu banyak yang memerlukan kerja tambahan barulah penyelia memberikan kebenaran kerja lebih masa.
Saya mengutarakan isu ini adalah kerana banyak kerja lebih masa adalah disebabkan oleh kecuaian kakitangan yang menguruskan tugas itu yang melepak dan tidak menggunakan masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan tugas secara yang sepatutnya, kemudian buat kerja lepas waktu bekerja kemudian minta waktu dia buat kerja itu sebagai kerja lebih masa dari penyelia.
Penyelia dan ketua jabatan perlu memantau kegiatan atau perlakuan pekerja semasa bertugas apakah benar-benar dia menjalankan tugas dengan cermat hingga kerjanya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan atau dia melepak, berborak kosong, bergosip sana sini, menjual di pejabat semasa waktu kerja, kemudian bila kerja hakiki tak siap, buat kerja di luar waktu bekerja dan buat tuntutan kerja lebih masa.
Pihak jabatan sepatutnya meneliti perkara ini dan pihak audit sepatutnya meneliti tuntutan kerja lebih masa ini untuk mengelakkan pihak ketua jabatan atau penyelia cuai menjalankan tugas hingga ada kakitangan yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakannya untuk membuat tuntutan kerja lebih masa yang tidak sepatutnya.
Patutnya kerja lebih masa ini hanya dibenarkan bila kerja banyak secara luar biasa kuantitinya berbanding hari-hari biasa atau kerja tersebut perlu dibuat di luar waktu bekerja, inilah garis panduan untuk memberikan kebenaran kerja lebih masa, bukannya buat kerja di luar waktu kerja di sebabkan masa waktu kerja sibuk merapu dengan perkara lain yang bukan tugas.
Semoga kerajaan meneliti perkara ini untuk mengelakkan pembaziran sumber dan kewangan negara kepada perkara yang tidak tentu hala.
Selain itu, penggunaan kenderaan jabatan oleh para pegawai dan kakitangan perlu diselia dengan betul oleh ketua jabatan supaya tidak ada perbuatan mengambil kesempatan membuat tuntutan perjalan menggunakan kenderaan sendiri sedangkan dia boleh menggunakan kenderaan jabatan untuk ke sesuatu tempat bagi tujuan tugasan rasmi jabatan.
Saya melihat isu ini kerana banyak pegawai dan kakitangan yang mengambil kesempatan begini untuk membuat 'untung' dengan menggunakan kenderaan sendiri sedangkan dia boleh gunakan kenderaan jabatan untuk sesuatu urusan rasmi jabatan seperti menghadiri kursus, latihan, atau apa-apa yang berkaitan dengan tugasan rasmi jabatan.
Misalnya jabatan mempunyai van yang boleh memuatkan 10 penumpang, ada 10 orang peserta kursus atau menghadiri tugasan rasmi jabatan, patutnya jabatan mewajibkan semua mereka menaiki van jabatan dan jika yang menggunakan kenderaan sendiri maka tidak akan dibayar tuntutan perjalanan kerana kenderaan telah disediakan oleh pihak jabatan.
Ketua jabatan perlu main peranan berhubung perkara ini supaya tidak berlaku ketirisan akibat penyelewengan dan penipuan oleh para pegawai dan kakitangan yang tidak bertanggungjawab ini.
Selain itu, pihak audit perlu membuat kajian berhubung elaun keraian yang dinikmati oleh kumpulan pengurusan dan profesional gred 44 hingga 54 dan gred utama serta gred atasan yang lain apakah benar-benar mereka menggunakan elaun keraian itu untuk belanja keraian di jabatan apabila perlu belanja keraian atau belanja keraian itu menggunakan wang pejabat sedangkan elaun keraian pegawai yang dapat elaun itu tidak digunakan pun untuk belanja keraian di jabatan.
Isu ini adalah penting kerana disyaki terdapat pegawai mungkin ramai yang menggunakan wang jabatan untuk belanja keraian yang melibatkan urusan jabatan sedangkan elaun keraiannya hanya untuk dirinya sendiri sahaja.
Kerajaan perlu tegas dalam isu ini kerana apa gunanya pegawai atasan diberikan elaun keraian sedangkan pada masa yang sama mereka gunakan wang pejabat untuk belanja keraian urusan jabatan sedangkan elaun keraian yang diberikan digunakan secara peribadi oleh pegawai itu untuk dirinya dan keluarganya sahaja.
Jika perlu dimansuhkan, mansuhkan sahaja kerana kerajaan boleh jimatkan beratus juta ringgit setahun akibat penyelewengan elaun keraian ini.
Pihak kerajaan juga perlu mengadakan audit pengurusan secara besar-besaran di setiap jabatan kerajaan supaya kualiti perkhidmatan jabatan adalah pada tahap yang memuaskan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan.
Saya melihat banyak jabatan kerajaan sekarang ini tiada fail meja, malahan mungkin manual prosedur kerja pun tak ada kerana sibuk mengejar ISO.
Dalam isu ini, kerja menjadi tungang langgang dan haru biru. Malahan dari segi ISO sendiri pun, bukan semua kakitangan faham, malahan pegawai atasan pun tak faham berhubung ISO itu sendiri.
Oleh itu, dalam mengejar ISO, 5s, dan lain-lainnya yang bukan tugasan hakiki, lebih baik mantapkan lagi proses operasi kerja seperti pemantapan fail meja dan manual prosedur kerja di setiap jabatan supaya operasi lancar dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Saya amat berharap agar pihak kerajaan dapat melaksanakan audit ini kerana sekarang ini banyak jabatan yang tunggang langgang akibat fail meja tak ada, manual prosedur kerja tak ada, kemudian sibuk buat ISO hingga melanggar pekeliling dan peraturan tugasan hakiki.
Bertindaklah sebelum terlambat, jangan sampai barah dan membusuk hingga ke usus baru nak ambil tindakan, susahlah. Bertindaklah segera.
Ajih Muda nampok tak berapa segar lah mana. letak jawatan la wei bui ke orang lain hak bulih buat kerja
tq
Catat Ulasan