SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

18 Februari 2015

GAJI RENDAH JADI FAKTOR CULAS

Sinar Harian
17/2/2015



  • Gaji rendah jadi faktor culas
TEKANAN perasaan akibat menerima gaji tidak setimpal menjadi salah satu punca kakitangan awam culas dan penyampaian tidak berkesan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu kerap terjadi di kalangan kakitangan awam berpangkat rendah.

“Kos sara hidup semakin meningkat, tangga kenaikan gaji pula sepatutnya disemak setiap tiga tahun. Tetapi apa yang berlaku kini, semakan kenaikan gaji setiap sepuluh tahun pun tidak dibuat. Jika gaji mereka rendah, mereka akan mengalami tekanan perasan hingga tiada semangat mahu bekerja dengan komited.

“Kadang-kala mereka terpaksa bekerja lebih masa dan dan ada yang bekerja secara sambilan atau membuat kerja lain untuk menambah pendapatan, jadi kualiti di tempat kerja sendiri merosot,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kadar kakitangan awam yang bersikap negatif seperti itu tidak terlalu ramai dan hanya dengan jumlah yang minimum.

“Kira-kira 3,000 sahaja dalam data yang Cuepacs ada atau 0.001 peratus yang menyumbang kepada masalah itu, berbanding jumlah kakitangan awam secara keseluruhan berjumlah 1.25 juta di seluruh Malaysia,” katanya.

Katanya, sebagai kakitangan awam, sukar untuk sesebuah institusi kerajaan itu membuang atau memberhentikan kakitangannya sewenang-wenangnya.

“Jika ada yang culas pun, agak sukar untuk kita kenal pasti dan jika berkaitan dengan kakitangan yang selalu berhubung atau berdepan dengan orang awam, agak terkesanlah kerana sukar untuk berurusan pula nanti.

“Untuk itu, dasar tersebut akan dikaji semula oleh kerajaan dan bagaimana untuk menentukan sesuatu hukuman jika berdepan dengan kakitangan awam bermasalah ini.

“Mungkin jika mereka bersara lebih awal boleh jadi salah satu cara untuk tangani masalah, tetapi memang agak sukar. Namun tidak perlu dirisaukan sangat kerana bilangan yang bermasalah memang sangat kecil,” katany

11 ulasan:

sakura luncai berkata...

pepatah orang dulu-dulu ada menyebut . lihatlah , anak borek bapa rintik . jadi lihatlah president cuepacs kita , macam mana cara dia bekerja . cara mana dia menyelesaikan masalah elauan2 , gaji dan kos sara hidup kakitangan bawahan ..
jadi , inilah sebab pegawai2 bawahan mengikut cara apa yang beliau lakukan ..
tepuk dada , tanyalah selera ..
nanti kita tukar president baru ???

Abu Bakar berkata...

Merasa dipermainkan, menyebabkan motivasi penjawat awam menjadi rendah dan berasa marah.

Macam isu penambahbaikan skim, sampai sekarang langsung tak ada khabar berita, hanya umum dalam bajet 2015 untuk terus membohongi penjawat awam.

Begitu juga dengan isu perumahan di kawasan bandar, kalau kerajaan tak mahu naikkan kadar ITP di kawasan bandar besar yang mana sewa rumah yang sangat tinggi macam di Petaling Jaya, Shah Alam, Johor Bahru dan sebagainya itu, sila wujudkan banyak kuarters untuk kemudahan penjawat awam.

Perdana Menteri, Menteri-Menteri, pegawai-pegawai besar hanya tahu menyalahkan penjawat awam peringkat bawahan sahaja, harapnya lepas ni KSN pergilah ke padang golf tangkap pegawai atasan sedang bersuka main golf semasa waktu bertugas.

Nanti akan diberikan alasan bahawa itu adalah 'gofl diplomacy' main golf sambil bincang urusan jabatan, macam pundek sahajalah kalau ada jawapan macam itu.

Sila KSN, KSU, Datuk SS pergi tangkap ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai besar yang melepak di pusat golf sambil melantak kapucino, mentekedarah spegeti bersuka ria main golf.

Sikit-sikit penjawat awam peringkat bahawan inilah yang dituduh macam-macam, pegawai atasan rasuah, menyeleweng, salah guna kuasa, main golf waktu kerja, melepak dengan kawan-kawan mereka di pusat golf sambil melantak kapucino, mentekedarah spageti, hisap paip berkepul-kepul tak pula ditangkap oleh KSN, KSU atau Datuk SS pula.

Abu Bakar berkata...

Macam Presiden CEUPACS jugalah Yang Teramat Mulia Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36 yang culas serta bermuka-muka dalam isu skim dan isu perumahan di kawasan bandar.

Sampai bila nak bermuka-muka dan bersikap culas ni Yang Teramat Mulia Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36?

Tahun lepas kata nak diseleaikan dalam bulan Jun 2014, kemudian bulan Julai 2014, lepas tu diumumkan dalam bajet 2015 pada bulan 10 kata dalam tempoh segera, tetapi sampai sekarang haram tak nampak apa-apa pun sebarang usaha untuk mengatasi masalah ini.

Malahan apa yang dilihat adalah pihak kerajaan dan pegawai atasan sedang berhempas pulas untuk mengurangkan jawatan dalam perkhidmatan awam, bawa masuk konsultan untuk buat kajian yang hasilnya macam haram jadah, tak melihat apa yang perlu dalam perkhidmatan awam, sibuk nak mengikut swasta, apa kejadahnya semua ini?

Yang bermasalah sebenarnya adalah pihak Najib dan kuncu-kuncu, pegawai atasan yang berasa besar kepala macam Najib, serta pengampu dan pecacai setia seperti Yang Teramat Mulia Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36.

Perkhidmatan awam tunggang langgang akibat 'transformasi' macam butoh yang dibuat oleh mereka inilah, kononnya 'trasnformasi' akhirnya menyebabkan struktur perkhidmatan awam menjadi huru hara, operasi jabatan tunggang langgang, tetapi mereka ini masih tak sedar diri, asyik nak buat makmal kepala butoh apa entah untuk terus melingkupkan perkhidmatan awam dengan lebih teruk lagi kononnya 'penambahbaikan' pada pandangan mereka, macam pundek sahajalah perangai mereka ini, mereka yang melingkup, yang jadi mangsa penjawat awam di peringkat bawahan ini pula.

Apa komen Yang Teramat Mulia Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36 pasal isu skim dan isu perumahan di kawasan bandar ini? Teruskan membodeklah Azih, kau tu nak pencen tak lama dah, mana tau lepas pencen nanti diberikan jawatan pengarah dalam mana-mana GLC atau dilantik jadi Senator kerana menjadi penjilat setia Najib dan kuncu-kuncunya.

Semoga kau puas hati dengan prestasi buruk kau ini, memang sesuai sangat, Perdana Menteri Najib adalah Perdana Menteri yang berprestasi paling buruk dalam sejarah Malaysia, dalam CEUPACS pula, Yang Teramat Mulia Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36 adalah Presiden CEUPACS yang berprestasi paling buruk dalam sejarah CEUPACS, sesuailah sangat.

Sangkul Rimbas berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sangkul Rimbas berkata...

Pada saya culas ini, berluas-luasa kerana faktor diiktiraf oleh bos.
Ada pegawai yang kerja sampai tak keluar makan seharian, tapi sampai masa yang culas ini juga jadi kebanggan bos, maka lebih baik culas daripada rajin kerja.
Pada saya dalam pentadbiran kerajaan sekarang, siapa manis mulut pandai mengampu culas itulah yang akan cemerlang tahun-tahun.

J. gail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
alquinin berkata...

aku sokong pendapat sangkul rimbas. aku dah beberapa tahun bekerja di sektor awam. apa yang aku lihat, bekerja disektor awam kalau kamu tak pandai bersosial walaupun kerja kamu mengikut tatcara kerja yang betul (termasuk mematuhi masa), bos tak pandang pun kamu. kalau kes aku, terima kasih pun jarang dapat. malah pekerja yang buat kerja sambil main facebook, keluar beli sarapan dan makan sampai pukul 9, dalam waktu kerja lepak dekat kubikel orang lain sambil mengumpat, kalau ada event apa-apa baru nampak buat kerja. tapi pekerja yang kurang bersosial (kadang-kadang bukan sebab mereka tak mahu bersosial, tapi mungkin mempunyai masalah untuk bersosial) selalu dipandang rendah. untuk pengetahunan, aku bekerja ikut masa sebelum ini. kerja buat dalam masa yang ditetapkan. tapi yang aku dapat hanyalah layanan sampah dari bos dan markah rendah. bos-bos sepatutnya profesional dan tidak mencampur aduk kualiti kerja dan pendapat personal terhadap pekerja-pekerja di bawah mereka. aku akui, lepas frust dapat layan sebegitu dan markah yang teruk, aku mula culas. pagi keluar makan. rehat tengahari melebihi masa yang ditetapkan dan balik on time pukul 5. tapi kerja masih buat on time la. ajaibnya,markah dinaikkan walaupun layanan masih serupa.

tukjanggut berkata...

1 hari tuang 2 jam.pagi 1 jam ptg 1 jam.1 bulan = 22 hari kerja kali 2 jam dh 44 jam sebulan tuang.
44 jam X 12 bulan= 528 jam setahun.
528 jam dibahagi 8 jam = 66 hari setahun tuang je.66 hari = 2 bulan 6 hari tuang je setahun.kalau dh kerja 30 tahun = 66 hari X 30 tahun = 1980 hari dah tuang sepanjang perkhidmatan. 1980 dibahagi 8 jam = 247.5 hari dh tuang.cuba buat renungan sekejap.

sakura luncai berkata...

syabas pada yang culas lagi pandai mengampu ...
itulah jawapan yang harus kita beri pada pegawai2 atas yang hempeh lagi banggang serta bebal dalam memperjuangkan nasib setra gaji pekerja bawahan tahap kuli ....

zamri rahman berkata...

ke manakah isu kenaikan elaun rumah...

masih tiada keputusan isu ini,sedangkan dah bertahun isu ini dipertimbangkan.

sedangkan isu2 tertentu dicadangkan bulan ini dilaksanakan sebulan kemudian

kewajaran kebajikan penjawat awam pelaksana wajib diambil kira

FULL Movies/Drama Online - BudakGemok[dot]com berkata...

Kasihan pada penjawat awam. Sebelum ini dijanjikan dengan adanya penganti SBPA yg diberi nama Sistem Saraan Transormatif pada 2 tahun yang lalu antara intipatinya, semakan gred,gaji dan elaun penjawat awam tapi hingga kini semakin sepi dibangkitkan.

Kenaikan harga barang sebelum ni dikaitkan dengan penjawat awam juga apabila kerajaan setuju memberi bonus kepada PA.

Kini, dengan kos sara hidup yang makin meningkat saban hari ditambah lagi dengan harapan semua PA agar kerajaan akan meneliti serta menunaikan janji pada PA..isu culas atau curi tulang pula didedahkan. Ini sedikit sebanyak memberi impak negatif pada PA. Pada masyarakat umum, disebabkan isu ini akan ada yang berkata "setuju sangat kerajaan tak bagi naik elaun.buat apa bazir duit kerajaan.depa dok keja main-main ja".

PA tak ubah seperti kambing hitam yang sering kali dipersalahkan apabila melibatkan perihal ekonomi. Adakah pihak CUEPACS sedar perihal hal ini????