SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

26 Februari 2015

JURUTEKNIK DIDAKWA CEDERAKAN PENJAWAT AWAM WANITA DENGAN SPANAR





Bernama
25/2/2015



KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan penjawat awam daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, menggunakan sebatang spanar, Januari lepas.
Muhammad Faiz Amran, 24, didakwa mencederakan Siti Maisarah Mohd Sa'id di pejabat kementerian itu di Presint 4, Putrajaya dengan menggunakan sebatang "spanar boleh laras", pada 7.30 malam, 16 Jan lalu.

Tertuduh pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Jan lepas dan ditetapkan untuk sebutan semula kes pada hari ini.

Tertuduh yang bekerja di bangunan sama dengan mangsa didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Bache menetapkan 26 Mac depan untuk sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff manakala tertuduh diwakili peguam S.R.Raman.

Media sebelum ini melaporkan seorang juruteknik telah mencederakan wanita terbabit semasa bekerja lebih masa bersendirian di kementerian itu.

Ketika kejadian wanita itu meminta bantuan daripada bahagian penyelenggaraan bangunan supaya tidak memadamkan lampu pejabat kerana perlu menyiapkan tugasan dan tertuduh yang bertugas semasa itu telah datang ke pejabat mangsa.

-- BERNAMA

1 ulasan:

tukjanggut berkata...

Syaitan bernama Katiman Surabaya mengajak org bermain judi mesti dihapuskan.Ini blog utk kakitangan awam bukan blog utk syaitan mcm Katiman.Perlu report org ini ke Suruhanjaya Multimedia.