Bernama
27/6/2015
KOTA KINABALU, 27 Jun (Bernama) -- Tiada alasan bagi 33,000 penjawat awam yang berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mahu melunaskan hutang pinjaman mereka, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata banyak kelonggaran diberikan PTPTN kepada 33,000 penjawat awam untuk membayar balik pinjaman berkenaan.
"Saya tidak nampak sebab kenapa penjawat awam tidak boleh bayar. PTPTN boleh dibawa berunding, sama ada buat potongan gaji ikut kemampuan diri, banyak kelonggaran diberikan PTPTN," katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas majlis pelancaran Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Kinarut Selatan dan majlis menandatangani perjanjian antara Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) serta syarikat Visa Land Sdn Bhd di sini, Sabtu.
Dalam pada itu, Ali berkata borang pemotongan gaji untuk membayar pinjaman PTPTN telah dihantar kepada penjawat awam dan mereka wajib mengisi serta memulangkan borang berkenaan dengan kadar segera.
"Kita telah mengarahkan dan menghantar borang potong gaji kepada penjawat awam, dan sekiranya mereka tidak menerima borang berkenaan dan mahu urus sendiri boleh juga, dan kita akan pantau," katanya.
Ali berkata perkara itu bukan sahaja melibatkan penjawat awam, malah terdapat lebih sejuta peminjam PTPTN masih 'liat' untuk melunaskan hutang kepada perbadanan itu.