Bernama
17/6/2015
17/6/2015
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Sejumlah 163,007 penjawat awam yang
tidak pernah membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan
menerima surat pemotongan gaji dalam masa terdekat.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini, berkata surat berkenaan akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Beliau berkata mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred (kecuali Gred Jusa C, Gred 54 dan Gred 28) yang tidak pernah membuat pembayaran adalah sebanyak 32,803 orang.
"Penjawat awam pelbagai gred yang membuat pembayaran sekali-sekala (tidak konsisten) adalah sebanyak 130,204 orang," katanya.
Ali sebelum ini dilaporkan berkata langkah memotong gaji mandatori penjawat awam yang liat membayar hutang PTPTN hanya akan dilakukan sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah itu.
-- BERNAMA

2 ulasan:
yang masih mempunyai tunggakan melebihi 30k tu failkan saja petisyen kebankrapan di mahkamah supaya lepastu bolehlah insolvensi mengutip ansuran bulanan mereka. abih cerita. manakala yang kurang dari amaun tersebut, boleh potong gaji mereka. inilah dia golongan "fresh graduate" yang dilantik oleh SPA yang dibarisi oleh panel penemuduga yang amat arif lagi bijak, tapi malangnya mereka lupa bahawa SPA bermaksud SALAH PILIH ANGGOTA. hasilnya, banyak penjawat awam terutama sokongan 1 yang menggunakan diploma mahupun P&P yang menggunakan sarjana muda yang dilantik yang akhirnya menjadi duri dalam daging dalam perkhidmatan awam.
sokong sangat cadangan ni.. pandai pinjam, pandai ar bayar.. sedar2lah diri skit bai.. amalan tergantung klu x bayar hutang..
Catat Ulasan