SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

17 Jun 2015

CUEPACS GESA KERAJAAN LAKSANA PENAMBAHBAIKAN 252 SKIM PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
16/6/2015


KOTA KINABALU, 16 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa supaya kerajaan mengumumkan pelaksanaan dan penambahbaikkan 252 skim perkhidmatan awam menjelang perhimpunan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam esok.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata CUEPACS masih menanti pelaksanaan skim perkhidmatan awam seperti yang dibentangkan dalam pembentangan belanjawan pada Oktober tahun lepas.

"Sebagai penjawat awam, sudah tentulah mereka menaruh harapan kepada kerajaan sebagai majikan dan sehingga kini, masih belum dapat gambaran jelas tarikh sebenar pelaksanaan skim ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran Minggu Tanpa Tembakau peringkat negeri di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini Selasa.

Minggu Tanpa Tembakau peringkat negeri itu dilancarkan oleh Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Borhan Dolah.

Menurut Azih, CUEPACS juga berharap pelaksanaan skim perkhidmatan itu dapat dikuatkuasakan bermula Januari tahun ini.

Pada pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan kerajaan akan menambah baik 252 skim perkhidmatan awam termasuk skim kenaikan gaji, dan 81 daripadanya sudah dilaksanakan secara berperingkat.

Azih juga berkata pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April lepas turut memberi kesan kepada penjawat awam apabila ada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

Oleh itu, beliau berharap elaun rumah, elaun perumahan wilayah bagi Sabah dan Sawarak dan elaun sara hidup diselaraskan di seluruh negara.

"Kami minta bantuan kerajaan untuk lihat semula kadar ini agar lebih munasabah, lebih mampu supaya penjawat awam dapat memberi fokus kepada produktiviti masing-masing," katanya.

-- BERNAMA

4 ulasan:

Mahmood Adam berkata...

dulu cuepacs sibuk suruh mansuhkan PTK. nah, sekarang PTK dah takda dan kenaikan pangkat menjadi cacamarba terutamanya kepada kumpulan pelaksana gred 17. lepastu pulak diwujudkannya KUP dan juga BTNP. nah, sekarang ada melambak gred 22 yang sama nombornya dengan gred penyelia a.k.a. CC, tetapi terima arahan dan diselia oleh CC walhal gred sama. nampak kelakar di situ.

lepastu tuntut pencen 60 tahun, pulak tu ada hati nak naikkan lagi jadi 62 dek kerana nak ikut sangat tembolok orang-orang besar yang tak kenyang-kenyang di atas sana yang kalau boleh nak kerja sampai mati. akibatnya, tempoh perkhidmatan menjadi panjang, produktiviti semakin menurun dek kerana faktor usia dan seterusnya menyekat peluang penganggur di luar sana untuk mendapatkan kerja mahupun menyekat gred lantikan untuk dinaikkan pangkat ke gred kanan.

lepastu dek kerana kasihankan graduan baru yang "fresh" yang tidak ada kerja bukan kerana tiada langsung peluang kerja di luar sana tetapi kerana dimanjakan sangat dengan kehidupan dan ingin hidup senang dengan cara mudah, maka dibuat pengambilan besar-besaran graduan baru ke gred pengurusan & profesional bermula dengan gred 41 dimana ianya sepatutnya dibuka kepada kumpulan sokongan yang mempunyai KPSL yang melayakkan mereka ke gred 41 mahupun kumpulan sokongan yang menyambung pengajian dan memperolehi sarjana muda. akibatnya, ramai kakitangan kumpulan pelaksana yang gigit jari dan kecewa kerana tidak mendapat jawatan yang lebih tinggi walaupun sudah berkali-kali ditemuduga dan sudah bertahun lamanya tamat dari pengajian sarjana muda mahupun sarjana (masters).

akibat dari pengambilan besar-besaran dek kerana kasihankan "penganggur-penganggur bijak pandai" ini, akhirnya saiz perkhidmatan awam menjadi suatu bilangan yang tak masuk akal. sudahnya pembekuan pengambilan dilakukan. tiada lagi pengambilan dibuat, baik lantikan baru mahupun KPSL/PSB. maka gigit jari lagi kumpulan sokongan yang banyak dinafikan peluang mereka untuk memanjat ke gred lebih tinggi.

kesimpulan dari tragedi-tragedi di atas: kita sebenarnya memerlukan pemimpin yang benar-benar bijak, tak kiralah samada pemimpin negara, pemimpin perkhidmatan/jabatan mahupun pemimpin kesatuan sekerja.

Zul Ismail berkata...

TERUSKAN USAHA MURNI MU CUEPACS..ADA REZEKI ADALAH SEMUA ITU KETENTUAN ALLAH. YANG PENTING USAHA.KITA YANG MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN.AMIIIN...

ila asan berkata...

Wahai PA..
Mohon maaf sebelum bermula supaya takder yang ambil hati atau marah.
Apa status kajian... masih bermeetingX2 di hotel 5 bintang???
Skim J dah diupgrade.. tahniah..
Bagaimana dengan skim lain.. Saya Skim F pengambilan menggunakan kelayakan Sijil Poli.. Juga memegang Diploma Poli..
Skim F tidak dinaik taraf / dikaji.. bebanan tugas melebihi skim lain...semua jabatan memerlukan kepakaran, pemantauan, baikpulih sistem, perkakasan, printer, fax, scanner.. malah projektor.. Tapi kami dibawah skim yang lebih ditanggungjawab untuk hanya pemantauan pihak ketiga (kontraktor), saya tidak menolak bahawa mereka pun ada buat kerja baikpulih tetapi kebanyakan tidak tahu apaX2 pun mengenai tugas masingX2 kerana tidak melakukannya..
Jadik kenapa kami tidak diberi status yang sama iaitu FA29???
Kalau disini ada yang melatah FT ramai kelayakan masuk SPM.. siapa yang buat SOP..
Ingat JA29 tiada yg masuk dulu guna kelayakan SPM ke... tempat saya sendiri ramai..
Kalau disini ada yang nak suruh tunggu / sabar..
Ingat semakin lama umur semakin muda ke.. atau semakin lama semakin murah barangan di Malaysia..
Atau bila tunggu lamaX2 satu kenaikan yang tinggi akan diberikan..
Ramai PA skim J17 yang baru masuk 2 - 5 tahun dah dapat skim JA29.. Habis kami yang kerja 10tahun macam mana...

Qmalpaok syahrin berkata...

Betul tu.. sama lah kes macam saya..... aduhai .... macam mana nie jawatan saya sebagai penyelia asrama n17....buruk sangat n tidak adil lah.....