SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

18 Jun 2015

NAJIB HARGAI PENJAWAT AWAM TERLIBAT BANTUAN BENCANA SEBAGAI WIRA TAK DICANANG


Bernama
17/6/2015




Para penjawat awam melafazkan ikrar pada majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali-14 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penjawat awam yang menyabung nyawa dalam operasi menyelamat dan bantuan bencana yang menimpa negara sebagai wira tidak dicanang.

Beliau mengambil kesempatan ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-14 (MAPPA XIV) di sini hari ini, merakamkan penghargaannya kepada penjawat awam yang terlibat ketika banjir besar hujung tahun lepas dan gempa bumi Sabah baru-baru ini.

"Ramai penjawat awam terlibat termasuk tentera, polis, bomba, doktor, RELA dan sebagainya. Inilah penjawat awam yang gigih dan memang patut dihargai..bukan saja malim gunung tetapi mereka inilah 'the unsung heroes' (wira tak dicanang) di belakang tabir yang patut diberi penghargaan," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Turut hadir pada majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib berkongsi dengan hadirin pengalamannya menaiki helikopter yang memperlihatkan komitmen tinggi penjawat awam.

"Saya tahu, saya selalu naik helikopter, bukan senang nak bawa helikopter sehingga ketinggian 10,000 kaki untuk mendarat dengan angin melintang, cuaca berkabus...memang menyabung nyawa," katanya.

Najib berkata demi membawa perkhidmatan awam melangkah gagah ke hadapan serta menempuh cabaran dan krisis, tiga tindakan segera perlu dimulakan dan diperkukuhkan.

Pertama, katanya, penjawat awam tidak boleh beroperasi secara bekerja seperti kebiasaannya, sebaliknya melakukan perubahan minda dan melihat kaedah pelaksanaan yang lebih baik.

"Saya juga tidak mahu kita bergerak dalam 'silo' atau lohong masing-masing. Kita hendaklah buat kerjasama merentas kementerian, kita tak nak pengurusan bersempadan, ini kawasan kau, itu kawasan aku. Kau jangan datang ke kawasan aku atau aku akan menjerit," katanya.

Beliau berkata penjawat awam juga perlu meningkatkan kecekapan serta bersifat 'multi-tasking' iaitu keupayaan melaksanakan pelbagai tugasan secara berkesan.

Najib juga mahu penjawat awam membuat persediaan awal supaya Rancangan Malaysia Ke-11 dapat dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Jan 2016.

"Saya tak nak masuk tahun depan, tunggu bulan Julai barulah kita nak laksanakan. Ini adalah lonjakan terakhir sebelum kita sampai ke ambang negara maju, jadi kita mesti buat pelan pelaksanaan awal," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut berkongsi kisah kejayaan transformasi perkhidmatan awam yang telah dicapai setakat ini demi kemudahan dan keselesaan rakyat.

Beliau berkata antaranya urusan pemprosesan pasport oleh Jabatan Imigresen yang dipendekkan daripada tiga bulan kepada satu jam sahaja, penubuhan 1Malaysia One Call Centre sebagai pusat panggilan setempat yang beroperasi 24 jam serta penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang menawarkan perkhidmatan sangat membanggakan.

Selain itu, Najib turut berkongsi pencapaian Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak yang berjaya mengurangkan kos rawatan dengan kadar RM5 bagi rawatan jantung dan bayaran RM3 untuk kemudahan wad bagi satu malam.

"Bagi pesakit yang menjalani pembedahan jantung terbuka pula hanya dikenakan caj sebanyak RM500 berbanding kos di hospital swasta yang mencecah puluhan ribu ringgit," kata Najib.

Menurutnya, kisah-kisah pencapaian itu adalah kerana usaha serta komitmen penjawat awam di pelbagai peringkat yang tidak jemu berikhtiar untuk memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

Mengimbau langkah-langkah kerajaan dalam penambahbaikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam, Najib berkata antara inisiatif ialah menaikkan gaji penjawat awam sebanyak tujuh peratus hingga 13 peratus pada 2012, menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 bagi mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 1 Jan 2010.

Penambahbaikan yang lain ialah melancarkan Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia denga sasaran pembinaan rumah mampu milik sebanyak 100,000 unit di seluruh negara menjelang 2018 dan menyediakan pinjaman perumahan sehingga RM6 bilion setahun untuk kakitangan kerajaan pada tahun 2013.

"Semua ini membuktikan keprihatinan kerajaan untuk terus menjaga
kebajikan penjawat awam dalam lingkungan kemampuan kewangan negara.

"Ia bukan sahaja bertujuan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan penjawat awam tetapi juga merangsang penjawat awam di semua peringkat untuk terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan negara," katanya.

Najib berkata beliau sentiasa turun padang untuk mendengar pandangan, cadangan dan memorandum yang dibangkitkan oleh pelbagai lapisan penjawat awam di peringkat pengurusan, pelaksana, dan kesatuan-kesatuan sekerja berhubung kebajikan khususnya isu kos sara hidup dan perumahan penjawat awam.

-- BERNAMA

1 ulasan:

aki soleh berkata...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 3696 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))






KLIK DISINI 2D-3D-4D-5D-6D-




angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



angka GHOIB; malaysia



angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



angka GHOIB; laos