SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

18 Jun 2015

NAJIB CADANGAN PENGHARGAAN KEPADA JABATAN/KEMENTERIAN YANG BERJIMAT

Bernama
17/6/2015


PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan satu pendekatan baharu dibentuk supaya jabatan atau kementerian yang berjaya melakukan penjimatan peruntukan boleh menerima semula sebahagian daripada usaha itu.

Beliau berkata ia sebagai penghargaan kepada jabatan atau kementerian terbabit kerana lebih efisien menjimatkan peruntukan agar mereka boleh melaksanakan program lain atau memberi insentif kepada pegawai mereka.

"Tradisi sekarang setiap tahun kita tengok bajet yang diluluskan dan kementerian mana yang habiskan bajet sepenuhnya dikira bagus.

"Maknanya kriteria dia habiskan peruntukan tetapi adakah itu kriteria mutlak? Kenapa kita tak cabar diri, kita boleh mencapai objektif dan KPI (petunjuk prestasi utama) tetapi boleh kurangkan perbelanjaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perdana perkhidmatan Awam ke-14 (MAPPA XIV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

MAPPA yang dianjurkan sejak tahun 2000 adalah bagi membolehkan Perdana Menteri menerangkan strategi serta perancangan kerajaan bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Perdana Menteri memberikan contoh sekiranya Kementerian Pendidikan dapat melakukan penjimatan RM1 bilion daripada peruntukan, kaedah yang perlu dibincangkan ialah untuk memulangkan sebahagian daripada penjimatan itu kepada kementerian berkenaan.

Najib berkata amalan kini ialah peruntukan jabatan atau kementerian yang tidak dapat dihabiskan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan.

"Kalau kita jimatkan perbelanjaan, Perbendaharaan akan dapat balik peruntukan itu. Nanti ada yang kata kita kerja kuat tapi (peruntukan) balik pada perbendaharaan tak dapat merasai penjimatan," katanya.

Perdana Menteri meminta cadangan kaedah baharu itu dibincangkan antaranya melibatkan Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ketua-ketua setiausaha kementerian, penjawat awam dan Cuepacs.

-- BERNAMA

3 ulasan:

Mahmood Adam berkata...

dulu cuepacs sibuk suruh mansuhkan PTK. nah, sekarang PTK dah takda dan kenaikan pangkat menjadi cacamarba terutamanya kepada kumpulan pelaksana gred 17. lepastu pulak diwujudkannya KUP dan juga BTNP. nah, sekarang ada melambak gred 22 yang sama nombornya dengan gred penyelia a.k.a. CC, tetapi terima arahan dan diselia oleh CC walhal gred sama. nampak kelakar di situ.

lepastu tuntut pencen 60 tahun, pulak tu ada hati nak naikkan lagi jadi 62 dek kerana nak ikut sangat tembolok orang-orang besar yang tak kenyang-kenyang di atas sana yang kalau boleh nak kerja sampai mati. akibatnya, tempoh perkhidmatan menjadi panjang, produktiviti semakin menurun dek kerana faktor usia dan seterusnya menyekat peluang penganggur di luar sana untuk mendapatkan kerja mahupun menyekat gred lantikan untuk dinaikkan pangkat ke gred kanan.

lepastu dek kerana kasihankan graduan baru yang "fresh" yang tidak ada kerja bukan kerana tiada langsung peluang kerja di luar sana tetapi kerana dimanjakan sangat dengan kehidupan dan ingin hidup senang dengan cara mudah, maka dibuat pengambilan besar-besaran graduan baru ke gred pengurusan & profesional bermula dengan gred 41 dimana ianya sepatutnya dibuka kepada kumpulan sokongan yang mempunyai KPSL yang melayakkan mereka ke gred 41 mahupun kumpulan sokongan yang menyambung pengajian dan memperolehi sarjana muda. akibatnya, ramai kakitangan kumpulan pelaksana yang gigit jari dan kecewa kerana tidak mendapat jawatan yang lebih tinggi walaupun sudah berkali-kali ditemuduga dan sudah bertahun lamanya tamat dari pengajian sarjana muda mahupun sarjana (masters).

akibat dari pengambilan besar-besaran dek kerana kasihankan "penganggur-penganggur bijak pandai" ini, akhirnya saiz perkhidmatan awam menjadi suatu bilangan yang tak masuk akal. sudahnya pembekuan pengambilan dilakukan. tiada lagi pengambilan dibuat, baik lantikan baru mahupun KPSL/PSB. maka gigit jari lagi kumpulan sokongan yang banyak dinafikan peluang mereka untuk memanjat ke gred lebih tinggi.

kesimpulan dari tragedi-tragedi di atas: kita sebenarnya memerlukan pemimpin yang benar-benar bijak, tak kiralah samada pemimpin negara, pemimpin perkhidmatan/jabatan mahupun pemimpin kesatuan sekerja.

prof2 berkata...

Asalam.. JPA, CUEPACS & KERAJAAN sudah tiba masanya membuat perubahan kenaikan pangkat bagi perjawatan gred 36 kebawah, dimana KUP dipendekkan dari 13 tahun kepada 7 tahun, diperbanyakkan gred 32,36 ,& 38, bagi membolehkan penjawat awam yg memiliki kelulusan dan pengalaman kerja dinaikkan pangkat. Bagi mereka yg memiliki ijazah sarjana diberikan peluang kenaikan ke gred 41 secara temuduga sahaja. Kenaikan gaji penjawat awam berdasarkan peratus kenaikan bagi gred 11-38 dinaikkan 35%, gred 41-54 dinaikkan 8% , secara tidak langsung telah mencapai penjawat awam berpendapatan tinggi. Mengekalkan umur bersara wajib 60 tahun dan bersara pilihan 45 tahun sekiranya cukup servicenya 25 tahun. Penambahbaikan 252 skim gaji penjawat awam dan cuti berlajar bergaji penuh. Di masukkan penambahbaikan penjawat awam di dalam bajet 2016 sekiranya mahukan penjawat awam fokus didalam kerjanya 200%, dan menghindarkan penjawat awam dari menjalankan aktiviti perniagaan. Ia juga akan memberi satu suntikan baru buat penjawat awam di dalam memberi sokongan kepada kerajaan dalam PRU-14 nanti.nanti.

aki soleh berkata...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 3696 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))






KLIK DISINI 2D-3D-4D-5D-6D-




angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



angka GHOIB; malaysia



angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



angka GHOIB; laos