SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 September 2015

CUEPACS MAHU KERAJAAN BERI PERHATIAN PENAMBAHBAIKAN 252 SKIM PERKHIDMATAN

Bernama
1/9/2015


SANDAKAN, 1 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan memberi perhatian sewajarnya ke atas penambahbaikkan 252 skim perkhidmatan awam.

Timbalan Presidennya Zainal Ismail berkata pelaksanaan skim tersebut sepertimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2015, merupakan harapan kepada 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepenggunaan dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di sini Selasa, Zainal berkata pihaknya juga memohon agar kerajaan mengkaji semula peruntukan bahagian pinjaman perumahan.

"Ini penting agar kakitangan awam dapat memiliki rumah sendiri melalui projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Kita juga harap kerajaan dapat mengurangkan harga rumah pada kadar RM150,000 ke bawah bagi keluasan 1,000 kaki persegi untuk keselesaan rakyat," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan perlu memberi latihan kemahiran tinggi dan peluang pendidikan kepada penjawat awam bagi menghasilkan pekerja yang berkualiti.

Mengenai GST, Zainal berkata CUEPACS meminta agar empat golongan iaitu warga emas, orang kurang upaya, kanak-kanak dan kumpulan pelaksana yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 dikecualikan daripada cukai itu.

-- BERNAMA

57 ulasan:

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Unknown berkata...

Ulasan apa ni bapak rahmat x la masuk komen engkau di sini. Apa yang engkau perkatakan itu namanya JUDI tak baik ajak oarang berjudi sorry yek bapak rahmat

Unknown berkata...

Blogger,bertindaklah keatas bapak rahmat bastian.Jangan biarkan komen seperti ini terus di baca.

Unknown berkata...

Syabas timbalan presiden ceupacs Tn zainal ismail kerana berani menyuarakan pendapat yang bernas.Mungkin selepas ini Tn boleh mencadangkan pelbagai lagi inisiatif untuk kami terutama dalam hal-hal kebajikan.Teruskan perjuangan Tn,kami sentiasa menyokong ceupacs sejak dulu hingga kini.

Unknown berkata...

Asalam... mcmana nie, blog cuepacs boleh digodam oleh wak kang indon... blok cuepacs tiada kualiti...

Unknown berkata...

saya setuju kenyataan cuepacs tentang beri perhatian oleh kerajaan terhadap penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2.

menyentuh soal GST,golongan pelaksana berpendapatan rendah wajib dikecualikan GST seperti dicadangkan oleh cuepacs.Ataupun dikecualikan GST untuk semua penjawat awam,kerana golongan pelaksana 1 dan 2 dalam kerajaan sangat terkesan kewujudan GST.

Kita penjawat awam sokong segala usaha kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara,tetapi sangat wajar diberikan perhatian kepada golongan pelaksana 1 dan 2.

Isu masih tertangguh :

1. penambahbaikan 252 skim perkhdimatan
2. gaji minima gred N11 kepada rm1200 dan anjakan gaji kepada yang sedang berkhidmat dalam gred sama
3. kadar elaun khidmat awam,elaun sara hidup wajar dinaikkan sesuai masa kini

Sesuai dengan keadaan ekonomi negara kukuh,stabil,teguh serta berada di landasan yang betul seperti kenyataan PM dalam media.

Unknown berkata...

Cadangan baik dari En zamri rahman.

Unknown berkata...

ye lah... tiap-tiap tahun ada pembentangan belanjawan... tapi kesan tak ada... sekadar pembentangan... yang kaya dan yang naik elaun adalah menteri-menteri... tak cukup ke apa yang dapat sekarang ni... 2.6 billion dah masuk poket... nak naikkan elaun setakat 5 ke 600 ratus untuk penjawat awam mcm susah bebenor kan jib... lagi satu... aku terjun jambatan pulau pinang kalau ada berita gembira untuk penjawat awam... klu setakat naik elaun rumah sama la seperti sekadar bagi anjing makan tepi jalan... sekian terima kasih....

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa penambahbaikan ini telah pun siap kajiannya oleh pihak berkenaan.Tidak logik lagi kalau ia masih dalam kajian atau tidak dapat dilaksanakan kerana ia telah memakan masa yang agak lama dan ia menjadi isu yang sangat sensitif dikalangan penjawat awam terutama golongan pelaksana.Kalau tidak pun dapatlah diberikan kenaikan gaji yang berpatutan supaya ia nampak balance dengan situasi sekarang.Sebagai contoh saya perhatikan pegawai P&P dan ke atas (segolongan dengannya )mudah sekali untuk naik pangkat atau naik gred.Pegawai baru gred 41 cuma memerlukan 4 tahun untuk dinaikkan ke gred 44 dengan kenaikan gaji dan elaun yang banyak padahal golongan ini masih mentah dalam kerjaya masing masing.JPA juga telah mencipta gred gred tinggi baru dan perkara ini bukan suatu yang rahsia dalam kebanyakan jabatan atau organisasi.Ini suatu gap yang sangat luas sebab ia melibatkan ketidakadilan dalam perkhidmatan awam.

Terutama bagi golongan pelaksana yang telah lama berkhidmat lebih 30 tahun dan ke atas sangat berharap akan penambahbaikan ini kerana mereka sudah menghampiri usia persaraan.Banyak kekangan dari segi kenaikan pangkat dengan kenaikan gaji yang tidak seberapa.Setidaknya duit pencen akan bertambah untuk membiaya kehidupan diusia emas setelah bersara nanti.

Sekian.Terima Kasih.

no name berkata...

JPA ..kaji ker...hehhehehe senyap ...sapa yg kaji..???

no name berkata...

Gred yg di naikkan gred dr 17 ke 27...semuanya ada kesatuan...kesatuan yg dok lawan kt JPA ..itu sebab dia org naik dulu...contoh gred J - juruteknik , G - pembantu pertanian Dan G - renjer hutan...klau tak ada kesatuan...faham2 laa...

Unknown berkata...

JPA masih mengkaji dan mengkaji. Sepatutnya ada target bila kajian boleh siap.

reggie berkata...

Untuk perhatian Datuk Ajih dan AJK Kupek,
sila hubungi AKI ROTAK untuk konsultasi.
tq

Unknown berkata...

Asalam... minta persatuan cuepacs dibubarkan dan dimansuhkan...

Unknown berkata...

Assalamualaikum...Sebelum pihak kerajaan membuat pengumuman kenaikan gaji kakitangan pada bajet 2016 nanti,rasanya tak terlambat bagi saya memberi beberapa cadangan.

1.Kenaikan gaji mestilah ikut gred terendah dapat peratus kenaikan gaji tertinggi supaya ianya seimbang atau pun semua kakitangan awam gred 48 ke bawah dapat kenaikan gaji rm 700.Gred atas 48 dapat kenaikan gaji rm 500.

2.kenaikan gaji ini di harap kuat kuasa 1 mei ini supaya ada sedikit sagu hati.

3.Bonus dibayar Rm 1500 bagi semua kakitangan awam.

4.Elaun kakitangan awam wajar dinaik kepada Rm 280 kepada semua kakitangan awam gred 48 ke bawah

Unknown berkata...

Apakah 252 skim tersebut?

Cik Hana berkata...

Setuju

Kagumas berkata...

Mohon kenaikkan gaji penjawat awam sekurang2 nya 35% untuk kump pelaksana dan 15% untuk kump profesional. Elaun Cola juga diberkan penuh bg penjawat awam yg tinggal di kuarters. Hanya potong elaun perumahan saja...

kzam berkata...

Menyalak bukit je PM tak layan.

kzam berkata...

Tak pecaya lagi dgn PM sebab duit derma masuk account peribadi.

Unknown berkata...

Anda lihatlah sendiri gaji baru MB terengganu dalam berita malaysiakini bertarikh 9 september 2015....

din berkata...

Kita lihat kakitangan awam negara SIngapore...dari dulu hingga kini di jaga dengan baik.tiada rungutan tentang masalah gaji dan sebagainya..tapi negara kita yang boleh di katakan terbaik kerana mempunyai segala hasil bumi tapi akibat salah takbir urus telah banyak membawa kerosakan dan kesusahan kepada semua rakyat jelata.Kita di bebani masalah demi masalah sepanjang masa untuk mengharungi kehidupan..Selagi pemerintahan kita tidak betul-betul telus mencari penyelesaian yang sebenar untuk masalah pokok selagi itulah kita akan terus di bawa arus kemusnahan.Kemajuan yang kita cari tak akan memberi erti seandainya segala nilai kehidupan sebenarnya musnah.Akibat dari arus pembangunan kita di himpit dengan pengorbanan dari aspek nilai moral dan sebagainya.Yang penting sekarang marilah kita bersama-sama selain meminta gaji serta elauan yang lebih kita minta kesatuan kita bersikap Out of the box,memikirkan sesuatu yang dapat di cadangkan kepada kerajaaan supaya rayak Malaysia amnya secara zahir dapat benar-benar hidup bahagia di bumi bertuah ini.

din berkata...

Suara CUEPACS mestilah suatu suara yang benar-benar berani yang mewakili kakitangan kerajaan keseluruhannya, maksud saya ia meliputi kakitangan bawahan dan atasan..Pihak Cuepacs mesti senentiasa bekerjasama dengan golongan kumpulan profesional seperti peguam, para akademik,pakar-pakar ekonomi untuk mengadakan dialog dan sebagainya dari masa ke semasa untuk memperkayakan minda supaya pihak kesatuan mempunyai minda kehadapan dan dapat membawa hala tuju kesatuan dengan lebih yakin dan berkesan dalam memberi cadangan yang akan di suarakan kepada kerajaan dan sebagainya.Cuepacs mesti faham bahawa kalau kuasa Cuepacs dapat benar-benar dapat diterjemahkan ia menunjukkan kekuatan kuasa kakitangan kerajaan yang dapat disalurkan untuk kebaikan semua pihak dalam menentukan dasar yang di buat oleh kerajaan.Dengan ini Cuepacs akan dapat memberi cadangan-cadangan yang membina dalam segala pemasalan sejagat.Bangunlah Cuepacs dengan wawasan untuk masa depan kakitangan kerajaan amnya dan harapan seluruh rakyat Malaysia khususnya.

Unknown berkata...

salam... laman web DSN ade buka cadangan tentang bajet 2016. meh kita bukak cadangan kenaikan gaji dan like banyak2 supaya jadi cadangan paling popular

klik link ni (Banyakan cadangan dan like)
https://najibrazak.com/bajet2016/main/story/page/0/topic/13/extra/1

zaza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zaza berkata...

Bantulah kami pesara. Dengan kenaikan pencen hanya 2% setahun bagi kami yang pencennya kurang dari 1000 apalah yg dapat membantu kami dalam kenaikan sara hidup sekarang nii..
Suaralah keluhan hati kami sebagai seorang pesara yg dulu pernah berjasa pada kerajaan dan negara semasa kami muda dahulu. Jgn lupa kami.

saril berkata...

Setuju

Mahmood Adam berkata...

tu perlunya kesatuan sekerja yang spesifik untuk sesuatu skim. kalau nak harapkan cuepacs, mimpi la. yang menyedihkan, skim2 yang kononnya "gunasama" yang bernaung bawah JPA pun, masih tak ada sebarang penambahbaikan. nak buat camana, JPA yang dibolot oleh PTD tu hanya fikirkan tembolok mereka sahaja. kalau macam tu baik semua skim gunasama ni dikeluarkan dari JPA dan diwujudkan jabatan mereka sendiri untuk mentadbir skim mereka disamping menjaga dan menguruskan kebajikan mereka.

berbalik kepada bajet ni, aku rasa cuepacs hentikanlah mendesak kerajaan untuk naik gaji, bonus berbulan-bulan dan sebagainya. kerajaan dah tak mampu dari segi kewangan. jadi apa yang cuepacs boleh mintak adalah dengan mengurangkan waktu bekerja, samada kurangkan jam pada setiap hari, ataupun kurangkan sehari dalam seminggu. samada sehari bekerja 8 jam termasuk waktu rehat, ataupun seminggu bekerja 4 hari. tak guna bekerja bagai nak rak, tapi tak ikhlas kerana jiwa asyik merungut tentang gaji yang tak pernahnya cukup.

Unknown berkata...

elaun imbuhan tetap perumahan dah di umumkan naik..bagaimana pulak dengan elaun perumahan wilayah??xkan senyap je..

Unknown berkata...

Kami jawatan skim kejuruteraan j17 yang TERTINGGAL,kami juga mempunyai sijil poli/sijil pertanian dan tugasan pun sama dengan juruteknik(semasa sistem SBPA hendak dilaksanakan kami dapat)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

harapan penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 adalah realisasikan gaji minima kepada rm1200 serta diberikan anjakan gaji kepada yang sedang berkhidmat dalam gred sama.

Naikkan kadar elaun khidmat awam dan elaun sara hidup.

Naikkan gaji 35% seperti cadangan cuepacs.

Bonus 2 bulan

Umumkan dalam pembentangan bajet 2016 sesuai kenyataan PM ekonomi kukuh,stabil dan teguh seperti dalam media.

fuyu berkata...

knape itp bomba n penjara lg tinggi dr p.a lain..

din berkata...

Kakitangan kerajaan adalah tongak kekuatan Kerajaan....oleh itu minta la gaji minima banyak sikit...jangan la ciput sangat RM1200 saja....minta RM1500 ke atas ..baru betul dengan keadaan ekonomi semasa,RM1200 la ni dah kira tak relevan dah..barang-barang semua dah mahal,kalau kita takut-takut nak minta lebih, selagi itu la kita dok tak puas hati dengan kenaikan gaji yang di perolehi.

Unknown berkata...

PM: Ekonomi M'sia lebih baik, berbeza dari krisis 1998
14
14 Sep 2015, 5:18 pm 14 Sep 2015, 5:21 pm

Betul Mr Din,rm1200 cadangan dari cuepacs sebenarnya.Jika ikutkan kita rm2000 gaji minima sesuai masa kini serba serbi mahal dan GST pulak.

Kita tidak mahu lagi dengar alasan ekonomi tak stabil,sebaliknya PM sendiri yang membuat kenyataan ekonomi malaysia lebih baik.

Tiada masalah untuk meluluskan segala tuntutan yang dibuat.Sebelum ini asyik dengan alasan ekonomi tak stabil.Walhal kita melihat,mendengar dan sebagainya.

Justeru,realisasikan gaji minima dan anjakan gaji serta naikkan kadar elaun khidmat awam,elaun sara hidup sesuai keadaan ekonomi yang kukuh,stabil,teguh dan berada di landasan yang betul seperti kenyataan PM dalam media.

Unknown berkata...

Asalam... Isu kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya sudah selesai sekian lamanya.. Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi perbelanjaannya telah memjadikan hidup penjawat awam semakin terhimpit Sepatutnya penyelarasan gaji telah lama dilakukan dengan kenaikan 13% bagi gred 27-38, 25% bagi gred 11-26, begitu juga dengan kenaikan tahunan dinaikkan dari RM80 ke RM115, RM145 ke RM195. Kenaikan gred mesti dilakukan oleh kerajaan kerana gred golongan perlaksana puluhan tahun tidak dinaik tarafkan cth gred 17 dinaikkan ke gred 26, gred 27 dinaikkan ke gred 34, ia mesti dinaikkan ke satu gred yang lebih tinggi. Ramai penjawat awam yang gajinya telah sampai gaji mati (langgar tembok) tetapi perkhidmatan masih ada 10-12 tahun. Ini satu kerugian bagi penjawat awam yg berkhidmat tanpa kenaikan gaji tahunan, ia juga mempengaruhi pencen penjawat awam tersebut. Sistem time based bagi golongan perlaksana dimana kenaikan pangkat hanya memakan masa 6-7 tahun saja, bagi menghargai jasa penjawat awam tersebut. Kebelakangan ini pula kenaikan harga rumah mencapai 300% menyebabkan ribuan penjawat awam tidak mampu dan layak memiliki rumah kediaman untuk hari persaraan mereka. Ini amat mendukacitakan dan mengusarkan penjawat awam yg akan bersara beberapa tahun lagi. Ada juga penjawat awam yg bersara akan menjadi miskin tegar kerana jumlah pencen yg terlalu kecil. Ada sesetengah dari mereka terpaksa berkerja sebagai jaga, pemandu teksi, buruh am, perkerja hotel dan sebagainya bagi menyara keluarga. Cuepacs mesti bertindak secepatnya bagi mengatasi masalah penjawat awam, kebajikan penjawat awam mesti diutamakan supaya prestasi penjawat awam sentiasa cemerlang dan berfikiran kelas pertama. Cuepacs mesti mendesak agar kenaikan gaji dan kebajikan penjawat awam diutamakan di dalam perbentangan bajet 2016 akhir bulan 10 nie...

sapirudin berkata...

dulu masa pm paklah, ptd yg asalnya 2k meningkat jd 9k. bila pm najib anak si bangsa(t)wan naik, penjawat awam makin miskin psl dia lahir dah idup senang, jdi kehidupannya perlu mewah, pedulikan nasib org lain.

kita sebenarnya perlukan seorang pm yg penah keje susah. dlm kes skang nih, kalau pm penah keje dlm perkhidmatan awam gred 17, pastinya dia tau susah senang kumpulan "kebanyakan" nih. spt paklah yg dulu ptd, bila naik jd pm, melambak2 ptd skang nih, semuanya senang naik dsb. jd perjuangan kumpulan sokongan nih cuma akan terlaksana andaikata pm akan datang nih bekas penjawat awam gred 17. tuh pun silap2 dia pi naikkan skim dia jer, klu dia dulu bekas n17, alamat n17 je merasa, skim lain gigit jari. wakakakaka.

zaza berkata...

Semua penjawat awam dan juga pesara2 menunggu perbentangan budget 2016 ini , jika kami pesara2 masih gagal mendapat perbelaan dari kerajaan, tak tahu lah apa akan terjadi pada kami pesara2 yang mendapat pencen bawah pada 1000.00. Kami rasa sungguh tertekan dgn kehidupan sekarang, dgn GST 6% yang terpaksa kami bayar tiap2 hari semasa membuat perbelanjaan. Harapkan anak2 untuk membantu kami yang telah tua mereka pun menghadapi masaalah untuk menyara keluarganya dengan desakan hidup sekarang.
Janganlah sampai kami terpaksa meminta sedekah di Baitumal untuk meneruskan cebisan hidup kami.. Kami ada maruah diri sebab dulu kami juga orang penting dalam membina negara yang tercinta Malaysia.
Kita berhak untuk mendapat kedudukan sebagai rakyat Malaysia yang bersara.
Kalau bukan Kerajaan sesiapa lagi yang boleh membantu untuk menaikkan taraf penghidupan kami sebagai pesara kerajaan.

haresue berkata...

Bagaimana cara kami nak jumpa presiden atau tim presiden atau setiausaha agong cuepacs?kami juruteknik komputer tercicir,xdpt kenaikkan gred mcm J sblom ni.harap dpt perhatian cuepacs.

HambaAllah berkata...

bila FT17 nak naik macam J17 ke JA29? tercicir nampaknya juruteknik komputer.. hmm

mkazhar berkata...

hakikatnya,gaji dan elaun penjawat awam adalah tidak seimbang mengikut gred,ada yang lebih,ada yang kurang,pihak yg berkenaan harus mencari alternatif untuk seimbangkannya,lihat gred j,ada yg naik ke 29 ada yg tidak,sama juga dgn gred ft17,jika ia beterusan,ia mengakibatkan golongan ini merasa rendah diri dan tidak berdaya saing.

Unknown berkata...

naikkan GAJI minima 35% (bermula gred 11-17) dan -5% setiap gred berikutnya
naikkan ELAUN setiap gred yang lebih relevan
PENCEN PESARA minima RM2,000..

'bijak dahulu bijak sekarang'

Unknown berkata...

time base guru hanya 8 tahun.
kenapa time base kup.perubatan 13 tahun// (29-32).
kenapa time base kump.sokongan 13 tahun?? (17-22).
"beza mmg berbeza".

firdaus berkata...

Time base untuk pegawai kumpulan sokongan sepatutnya tak payah sampai 13 tahun....

firdaus berkata...

Time base untuk pegawai kumpulan sokongan sepatutnya tak payah sampai 13 tahun....

Dr-Vroom berkata...

GRED 17 AWAK NAK KENAKAN GAJI KAN ?? SENANG JE LAH, PERGI SAMBUNG BELAJAR, DAPAT DIPLOMA ATAU SIJIL LANJUTAN, GAJI AWAK NAIK LAH ??! NI GRED 17 YANG MALAS BELAJAR DAN MALAS KERJA, TETAPI ASYIK DUK HABAK KERAJAAN NAIK GAJI JE... PIEWWW (AKU LUDAH MUKA HANG) !!

Unknown berkata...

Sy cadang cadangan ditutup

Unknown berkata...

Sy cadang cadangan ditutup

Unknown berkata...

Elaun2 lain akan dipertimbngkan ttgu sblm pru 14

Unknown berkata...

Naik kdr pencen sptutnya naik sekurang2nya 6% sma dgn kadar gst 6%..

Unknown berkata...

Naik kdr pencen sptutnya naik sekurang2nya 6% sma dgn kadar gst 6%..

Unknown berkata...

Elaun2 lain akan dipertimbngkan ttgu sblm pru 14

Unknown berkata...

Assalamualaikum wahai semua sahabat ku,penantian kita hampir berjaya kerana esok adalah penentuan di mana semua hasil yang disuarakan oleh ceupacs akan di bentangkan oleh PM pada bajet 2016.Kita sedia maklum kerajaan amat serius dalam membantu penjawat awam terutama sekali golongan bawahan,dengan bajet 2016 ini,kita akan lebih selesa terutama dengan pengumuman kenaikan gaji yang seimbang dan bayaran bonus yang dikatakan paling istimewa.Harap selepas pada bajet ini,kita akan terus memberikan komitmen yang tinggi dengan pekerjaan.Ingatlah,kerajaan tidak pernah melupakan kita semua.Kenaikan elaun perumahan baru-baru ini adalah bukti kerajaan membela kita.Terima kasih pada parti pemerintahan sekarang yang seiklasnya membela nasib kakitangan awam.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

bersabar semua tunggun hari khamis.....jeng..jeng..jeng