SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 September 2015

JPA BAKAL PERKENAL PERKHIDMATAN 1SERVE BERMULA NOVEMBER INI

Bernama
9/9/2015


JOHOR BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bakal memperkenalkan perkhidmatan 1Serve, yang memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat urusan dengan pelbagai agensi kerajaan, bermula dengan tempoh percubaan November ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata perkhidmatan ini adalah hasil pendekatan oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

"Kaunter ini bukan sahaja tertumpu kepada pemberian perkhidmatan yang ada di bawah JPA tetapi pendekatan kita lebih daripada itu, seperti pembaharuan lesen, kad pengenalan dan pasport," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Konvensyen Pentadbir 2015 anjuran Universiti Teknologi Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata ini merupakan pendekatan baharu dengan teknologi dan maklumat yang boleh memudahkan pelbagai perkhidmatan, mengguna pakai konsep yang sama seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Mohamad Zabidi berkata menerusi perkhidmatan baharu itu, ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan memudahkan masyarakat tetapi sekaligus memperkasa tenaga kerja JPA.

Beliau berkata pihaknya telah mendapat persetujuan daripada lapan agensi yang terlibat dengan perkhidmatan itu, dengan tiga daripadanya mengikuti tempoh percubaan tersebut.

"Kita perlu bagi latihan supaya mereka mahir, latih mereka ini untuk berhadapan dengan masyarakat sebelum kita laksanakanya," kata beliau.

Bagi tempoh percubaan, perkhidmatan 1Serve akan bermula di ibu pejabat JPA di Putrajaya sebelum diperluaskan di negeri-negeri lain, kata Mohamad Zabidi.

-- BERNAMA

3 ulasan:

no name berkata...

Perkhidmatan 1 serve pulak 252 penambaikkan skim pun belum selesai lagi..kaji mengkaji dan terus mengkaji....

sapirudin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sapirudin berkata...

jpa ke, mampu ke, semua nih byk merepek jer. patut perkasakan sistem & perkhidmatan yg sedia ada, bukan pi buat mende baru. sudahnya jd cam sbpa dulu. jpa jugak yang buat, dia jugak yang jahanamkan menda tuh.