SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

05 November 2016

CUEPACS CADANGAN WUJUD KEMUDAHAN GIMNASIUM DI PEJABAT KERAJAAN

KOSMO
05/11/2016 3:05pm






KUALA TERENGGANU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan kemudahan gimnasium mini di setiap pejabat kerajaan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat khususnya penjawat awam.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, kemudahan gimnasium mini itu memberi motivasi untuk penjawat awam terlibat bersenam bagi mendapatkan berat badan ideal sekali gus meningkatkan tahap kesihatan mereka.
"Saya percaya peruntukan untuk membina gimnasium mini tidak besar. Buat permulaan kita cadangkan agar kemudahan itu diwujudkan di pejabat-pejabat kerajaan terpilih yang mempunyai ramai kakitangan.
"Pembinaannya mungkin boleh menggunakan sedikit daripada peruntukan RM930 juta yang telah diperolehi Kementerian Belia dan Sukan dalam pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Hari Terbuka Pertubuhan Keselamatan Sosial di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE


3 ulasan:

ismail azmin berkata...

banyak lagi perkara yang patut difikirkan qpac untuk kebajikan kakitangan kerajaan

phui phui phui

vimala Krishnan berkata...

wahhh..baru dapat kerajaan yang betul betul memikirkan tentang warga penjawat awam.i really support this.tetapi betulkah kerajaan sanggup memberi modal?

Khairul Haizal berkata...

yang bukan2 kerja kopek ni... perkara yang penting pun x dapat diselesaikan ni dah nak minta perkara yang dh sah2 abg jib x dapat nak nolong... aduyai kopek ni saya rasa 1 m'sia PA nak kerajaan naikkan gaji yang dah bertahun tak pernah dia orang fikir... kopek ni x perlu diwujudkan pun x ada benda yang membela nasib PA pun yg dia orang Berjaya buat..