SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

21 November 2016

KETUA JABATAN PERLU HENTIKAN AMALAN BERI AMARAN SECARA PENTADBIRAN - KSN

Bernama
20/11/2016


KUALA TERENGGANU, 20 Nov (Bernama) -- Amalan menghukum penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib dengan hanya memberi amaran secara pentadbiran perlu dihentikan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata hukuman itu terlalu ringan dan tidak mencerminkan aspirasi kerajaan dalam memastikan semua penjawat awam benar-benar bersih daripada semua perlakuan negatif yang boleh menjejaskan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

"Amaran secara pentadbiran ini adalah amaran tanpa rekod. Sepatutnya bila penjawat awam lakukan kesalahan, dia perlu diberi amaran dan tindakan tatatertib daripada potongan gaji, tiada kenaikan pangkat sehinggalah sampai ke peringkat buang kerja.

"Jika kena amaran, tindakan paling minimum yang dia terpaksa hadapi ialah tiada kenaikan pangkat selama setahun...tapi jika ketua jabatan hanya beri amaran pentadbiran, penjawat awam itu tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.

"Jadi, kita akan keluarkan pekeliling kepada ketua jabatan supaya amalan mengeluarkan amaran secara pentadbiran ini tidak lagi digunakan selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan khas penjawat awam negeri Terengganu bersama KSN di Wisma Darul Iman di sini Ahad.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman.

Mengulas lanjut, Ali berkata ramai ketua jabatan hanya mengeluarkan amaran secara pentadbiran kepada kakitangan yang melakukan kesalahan tatatertib kerana mahu menjadi ketua yang baik kepada pekerja di bawahnya, sedangkan tindakan itu juga adalah satu kesalahan.

"Jika kakitangan diberi amaran tatatertib, mereka boleh disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dikenakan hukuman di atas kesalahan dilakukan," katanya.

Selain itu, beliau juga mahu penjawat awam melakukan pelbagai tugas secara lebih produktif supaya tiada pembaziran tenaga kerja berlaku kerana amalan tersebut dapat meningkatkan lagi kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.

"Di sektor swasta, kakitangan mereka sudah biasa membuat pelbagai tugas dan tidak hanya melaksanakan tugas khas mereka sahaja.

"Sebagai contoh, pemandu kepada ketua jabatan, dia akan jemput serta hantar ketua jabatan di luar waktu pejabat dan akan membuat tuntutan kerja lebih masa.

"Jadi, dalam masa lapan jam yang lain, apa lagi kerja yang boleh pemandu itu buat agar menjadi lebih produktif dan memberi sumbangan kepada kerajaan," katanya.

-- BERNAMA

5 ulasan:

zamri rahman berkata...

tindakan yang diambil dalam pentadbiran kerajaan atas faktor kasihan walaupun prestasi kakitangan berkenaan lemah.

Justeru,ia menjadi keadaan tidak sihat kepada kakitangan lain yang bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

Sewajarnya,langkah yang tegas perlu dihidupkan dalam sektor awam.

Dr-Vroom berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Khairul Haizal berkata...

KSN bolehla cakap mcm2 dia buat salah pun bkn ada siapa2 nak berani tegur.. PA skrg ni yg hidup dalam tekanan disebabkan asyik memikirkan keadaan yang perlu dilalui untuk meneruskan kelangsunggan hidup yg mencabar dengan kos sara hidup yang saya rasakan sudah tidak mampu lg utk dilalui...

fuyu berkata...

oh Msia negaraku tercinta

sha komet berkata...

mcm mana pula jika ketua jabatan juga melakukan kesalahan yang sama.....tp tondakan tidak boleh dikenakan sebab di ketua.....adil ke?..