SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

03 Ogos 2017

TAMBAH BAIK SKIM PERKHIDMATAN GRED 19 -CUEPACS

Bernama
Tarikh kemaskini: 02/08/2017

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menambahbaik skim perkhidmatan gred 19, melibatkan lebih 100,000 pembantu tadbir dalam sektor kerajaan termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Timbalan Presiden I Ceupacs Mohd Shaman Jaes berkata walaupun kakitangan gred 19 baharu menikmati kenaikan gred daripada gred 17 pada tahun lalu, namun kenaikan itu tidak banyak membantu terutamanya untuk mereka yang menetap di bandar besar.
"Penambahbaikan juga perlu dilakukan mengambil kira beban kerja mereka yang saban tahun makin bertambah. Peranan yang dimainkan pembantu tadbir dalam apa juga sektor adalah penting.
"Semakan ini boleh dilakukan kerana terdapat gred 20 dan 26 yang boleh dipertimbangkan. Jika mereka mempunyai diploma, berilah mengikut taraf diploma dan jika tiada, boleh membuat perkiraan menerusi pengalaman kerja," katanya.
Mohd Shaman berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan Ke-13 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia (KEPTAKES) di Kuantan semalam.

Mohd Shaman berkata berdasarkan skim sekarang, kakitangan gred 19 memperoleh gaji termasuk elaun antara RM1,700 ke RM1,900, yang masih dianggap sukar untuk membantu mereka yang bekerja di bandar utama negara.
"Selain kos sara hidup yang semakin meningkat, wang itu juga perlu dibelanjakan untuk membayar hutang rumah, kenderaan, pendidikan jika ada dan juga hutang peribadi yang sudah pasti tidak mencukupi terutama kepada mereka yang berkeluarga," katanya.

Mohd Shaman menambah isu penambahbaikan gred 19 pernah disuarakan sebelum ini, dan berharap ia dapat dilaksanakan pada tahun ini bersama-sama dengan cadangan mewujudkan gred 28, yang telah lebih setahun dirancang.
Selain itu, Mohd Shaman juga memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan supaya saguhati persaraan dibenarkan untuk dipindahkan ke Tabung Haji pada usia 40 tahun bagi membantu kakitangan kerajaan menunaikan haji.
"Bagaimanapun, wang itu hendaklah disyaratkan hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan haji kerana kita tidak mahu ada yang menggunakan wang itu untuk tujuan lain," katanya.
Mohd Shaman menambah cadangan itu juga membolehkan kakitangan kerajaan menggunakan faedah cuti bergaji selama 40 hari bagi menunaikan haji yang diperuntukkan kepada mereka, selain berpeluang beribadat dalam usia muda.
- Bernama

23 ulasan:

Vinoth Kumar berkata...

Cadangan yg terbaik dan ia mampu mengubah taraf hidup Pembantu Tadbir Gred N/W 19

adzharpeen sisajoli berkata...

Sangat setuju jika dapat diberi faedah pencen sehingga umur 40 tahun ke atas khas untuk menunaikan fardu haji dalam usia yang muda. Insyaallah

Anak sahak berkata...

Jawatan lain selain Pembantu Tadbir cmana? Kalau usulkan skali je kan senang! Kemasukkan guna kelayakan sama juga.

Nor azman Rusdi berkata...

Setuju kurang2 dpt menunaikan fardu haji pada usia muda

Azlyfiza azlyfiza berkata...

Salam...sangat-sangat setuju dalam usia muda boleh menunaikan ibadah haji dan berharap pada badget kali ini PM mempertimbangkan dengan meluluskan kenaikan gaji yang lebih berbaloi pada penjawat awam......

Sharizan Bin Ishak berkata...

Tiap2 tahun ceupacs mohon benda yang sama. Tapi PM pandang ka penjawat awam macam kita. Tak kira la gred apa pon. Selalu yang dapat POLIS dan ASKAR kerana bantu jaga negara. Penjawat awam tak bantu kerajaan ka?

Sharizan Bin Ishak berkata...

Tiap2 tahun ceupacs mohon benda yang sama. Tapi PM pandang ka penjawat awam macam kita. Tak kira la gred apa pon. Selalu yang dapat POLIS dan ASKAR kerana bantu jaga negara. Penjawat awam tak bantu kerajaan ka?

asrul effendi bin mat kahairi berkata...

kenapa kami yang ada sijil kejuruteraan elektrik elektronik bagi jawatan juruteknik komputer tidak dibincangkan.
kami ada sijil politeknik.pengalaman kami dah 9 tahun sebagai juruteknik komputer kenapa tidak diambil kira.kenapa pt cuepacs nak mintak untuk pt mengira pengalaman kerja.kenapa jawatan kami tidak diambil kira pengalaman jugak.kami pon belajar.pinjaman belajar pon kami kena bayar.macam orang lain jugak.tolong ambil perhatian.

Unknown berkata...

Pandang lahnjuga juruaudio visual N22 gred d takuk lama sentiasa tak d pandang jika ada funtion besar2 mixing audio system buat buta je...tak pandang JAV ..gred jagi hanya ada 3 je kenaikan N 19.N22.N26 Dlm mlsia setiap negeri hanya 1 je gred jwtan N26 d sediakan sedangkan beribu penjawat jawatan JURUAUDIO VISUAL....Nampak ke?

HENRIETTA FERNANDO berkata...

Halo,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

Anak sahak berkata...

Saya cadangkan penjawat Gred 19 yang memiliki Diploma diberikan gaji 3 tangga lebih tinggi atau lebih atau diwujudkan gred baru seperti Gred 27 bagi menampung bayaran pinjaman pelajaran..

ztirevolution 87 berkata...

saya mencadangkan semua penjawat awam gred 19 yang mempunyai diploma diberi perhatian tidak kira diploma apa sahaja dan meletakan syarat diploma untuk kenaikan gaji dn gred atau sbg contoh sy juruteknik komputer yg mempunyai diploma kejuruteraan elektrik politeknik bkn hanya saja mempunyai ilmu elektrik ttapi mempunyai ilmu elektronik serta komputer... sewajarnya kerajaan perlu menilai dari aspek tersebut... terima kasih...

Mohd Azman berkata...

Judi haram
Yg promosi.. Haram jadah

Anak sahak berkata...

Apa permintaan pihak CUEPACS utk bajet 2018?.. sonyap yo! ekonomi negara kan berkembang dgn pesat. x kan xbleh bg..

zuraidi ali berkata...

Kenaikan gaji boleh myebabkan harga brg naik & masyarakat akan nmpk hanya itu shj tuntutan ktgn awam, apa yg boleh kerajaan buat adalah dgn menaikkan elaun2 yg sedia ada

Unknown berkata...

Mohon jug dipertimbngkan kepada penjawat awam gred n19 yg mempunyai diploma dan ijazah agar diberikan alaun khas paling tidak pun rm250 bagi diploma dan rm350 bagi ijazah. Sekurang2 nya dapat menambahbaik mutu perkhidmatan.

Ibu Fatmawati berkata...

Saya sangat berterimakasih banyak kepada aki wono atas bantuan dana ghaibnya dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisa mendapatkan uang sebesar 470 juta,berkat bantuan aki saya bisa melanjutkan bisnisku lagi dan saya tidak pernah menyanka kalau ini benar benar nyata karna sudah banyak paranormal yang sudah saya hubungi dan saya datangi,itu tidak pernah membawakan hasil bahkan uang saya habis dibawa lari sama mereka dan cuma aki wono saja yang membawakan hasil kalau anda mau di bantu silahkan hbg aki wono di nmr 085-320-535-559...aki wono juga bisa mengeluarkan angka togel yg di jamin 100% tembus seperti 4d 5d 6d angka dari aki betul-betul tembus karna sya udah buktikan terimakasi

Che Hanapiah Che Tengah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Che Hanapiah Che Tengah berkata...

Harga barangan yg terlalu tinggi cukup terbebam bagi kakitangan kerajaan Gred 19 atau Gred-Gerd lain.Bolehlah tengok-tengok jika ada peruntukan buatlah pelasan gaji seperti
zaman matan PM TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI dulu,saya cukup selesa semasa pentadbir beliau dan saya rasa Datuk Sri Najib Razak Mampu memberi keselesaan kepada kakitangan awam dalam bajet 2018

Pijan Kayum berkata...

Kalau nak buat biar semua, jadi bagaimana pula dengan yg gred 11, sedangkan yg 17 dah upgrade ke 19, yg 11 ni masih d takuk lama. Bukanya 19 ja yg terbeban dengan masalah kos sara hidup. Fikirkan lah utk golongan bawahan ni keseluruhannya.

koleksi berkata...

Perkara yang menjadi kebimbangan utama ialah taraf kelayakan akademik pergawai kerajaan makin menurun dengan adanya upgrade jawatan tanpa memikirkan kelayakan akademik. Sekarang Gred J17 diupgrade ke JA29 di Jabatan Teknikal seperti JKR dan lain-lain adalah berasal dari sijil walaupun dulu ia adalah jawatan diploma. Mampukah bersaing dengan pihak swasta dari segi pengetahuan yang sepatutnya dipelajari semasa diploma di IPT sedangkan mereka tidak belajar?
Cuepacs dan kerajaan hanya memikirkan pegawai yang tidak menyambung pelajaran. Bagaimana yang telah menyambung pelajaran namun tidak disediakan jawatan. Sedangkan kerajaan menggalakkan mereka menyambung pelajaran untuk apa? Sudah ramai pegawai yang mempunyai ijazah bachelor dan master dinafikan jawatan ke Gred 41. Walau pun begitu, mereka tetap pasrah akan nasib mereka dan terus membayar pinjaman pelajaran dengan tetap. Mohon Cuepacs membela mereka. Mungkin dengan adanya Gred 42 yang sudah dilaksana di dalam perkhidmatan guru (DG42)boleh dijadikan contoh supaya dapat diperluas ke skim kejuruteraan dan lain-lain.

Mohamad razmie Mohd Yatim berkata...

Gred 14 kebawah macamana???Adakah golongan ini tidak terkesan langsung dengan kos sara hidup yang tinggi.Kalau nak tambahbaik biarlah semua.

Sekolah Kebangsaan Batu Empat berkata...

GRED N11 DAN N14 NAK DILUPAKAN KE..KAMI PUN PENJAWAT AWAM JUGA KAN..MAKAN PAKAI SAMA JUGA DENGAN PENJAWAT AWAM GRED 19 DAN KE ATAS..SELALU KAMI DIPINGGIRKAN..SELALU TERSISIH