SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

03 Ogos 2017

TAMBAH BAIK SKIM PERKHIDMATAN GRED 19 -CUEPACS

Bernama
Tarikh kemaskini: 02/08/2017

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menambahbaik skim perkhidmatan gred 19, melibatkan lebih 100,000 pembantu tadbir dalam sektor kerajaan termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Timbalan Presiden I Ceupacs Mohd Shaman Jaes berkata walaupun kakitangan gred 19 baharu menikmati kenaikan gred daripada gred 17 pada tahun lalu, namun kenaikan itu tidak banyak membantu terutamanya untuk mereka yang menetap di bandar besar.
"Penambahbaikan juga perlu dilakukan mengambil kira beban kerja mereka yang saban tahun makin bertambah. Peranan yang dimainkan pembantu tadbir dalam apa juga sektor adalah penting.
"Semakan ini boleh dilakukan kerana terdapat gred 20 dan 26 yang boleh dipertimbangkan. Jika mereka mempunyai diploma, berilah mengikut taraf diploma dan jika tiada, boleh membuat perkiraan menerusi pengalaman kerja," katanya.
Mohd Shaman berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan Ke-13 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia (KEPTAKES) di Kuantan semalam.

Mohd Shaman berkata berdasarkan skim sekarang, kakitangan gred 19 memperoleh gaji termasuk elaun antara RM1,700 ke RM1,900, yang masih dianggap sukar untuk membantu mereka yang bekerja di bandar utama negara.
"Selain kos sara hidup yang semakin meningkat, wang itu juga perlu dibelanjakan untuk membayar hutang rumah, kenderaan, pendidikan jika ada dan juga hutang peribadi yang sudah pasti tidak mencukupi terutama kepada mereka yang berkeluarga," katanya.

Mohd Shaman menambah isu penambahbaikan gred 19 pernah disuarakan sebelum ini, dan berharap ia dapat dilaksanakan pada tahun ini bersama-sama dengan cadangan mewujudkan gred 28, yang telah lebih setahun dirancang.
Selain itu, Mohd Shaman juga memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan supaya saguhati persaraan dibenarkan untuk dipindahkan ke Tabung Haji pada usia 40 tahun bagi membantu kakitangan kerajaan menunaikan haji.
"Bagaimanapun, wang itu hendaklah disyaratkan hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan haji kerana kita tidak mahu ada yang menggunakan wang itu untuk tujuan lain," katanya.
Mohd Shaman menambah cadangan itu juga membolehkan kakitangan kerajaan menggunakan faedah cuti bergaji selama 40 hari bagi menunaikan haji yang diperuntukkan kepada mereka, selain berpeluang beribadat dalam usia muda.
- Bernama

10 ulasan:

Vinoth Kumar berkata...

Cadangan yg terbaik dan ia mampu mengubah taraf hidup Pembantu Tadbir Gred N/W 19

adzharpeen sisajoli berkata...

Sangat setuju jika dapat diberi faedah pencen sehingga umur 40 tahun ke atas khas untuk menunaikan fardu haji dalam usia yang muda. Insyaallah

Anak sahak berkata...

Jawatan lain selain Pembantu Tadbir cmana? Kalau usulkan skali je kan senang! Kemasukkan guna kelayakan sama juga.

Nor azman Rusdi berkata...

Setuju kurang2 dpt menunaikan fardu haji pada usia muda

Azlyfiza azlyfiza berkata...

Salam...sangat-sangat setuju dalam usia muda boleh menunaikan ibadah haji dan berharap pada badget kali ini PM mempertimbangkan dengan meluluskan kenaikan gaji yang lebih berbaloi pada penjawat awam......

Sharizan Bin Ishak berkata...

Tiap2 tahun ceupacs mohon benda yang sama. Tapi PM pandang ka penjawat awam macam kita. Tak kira la gred apa pon. Selalu yang dapat POLIS dan ASKAR kerana bantu jaga negara. Penjawat awam tak bantu kerajaan ka?

Sharizan Bin Ishak berkata...

Tiap2 tahun ceupacs mohon benda yang sama. Tapi PM pandang ka penjawat awam macam kita. Tak kira la gred apa pon. Selalu yang dapat POLIS dan ASKAR kerana bantu jaga negara. Penjawat awam tak bantu kerajaan ka?

asrul effendi bin mat kahairi berkata...

kenapa kami yang ada sijil kejuruteraan elektrik elektronik bagi jawatan juruteknik komputer tidak dibincangkan.
kami ada sijil politeknik.pengalaman kami dah 9 tahun sebagai juruteknik komputer kenapa tidak diambil kira.kenapa pt cuepacs nak mintak untuk pt mengira pengalaman kerja.kenapa jawatan kami tidak diambil kira pengalaman jugak.kami pon belajar.pinjaman belajar pon kami kena bayar.macam orang lain jugak.tolong ambil perhatian.

Unknown berkata...

Pandang lahnjuga juruaudio visual N22 gred d takuk lama sentiasa tak d pandang jika ada funtion besar2 mixing audio system buat buta je...tak pandang JAV ..gred jagi hanya ada 3 je kenaikan N 19.N22.N26 Dlm mlsia setiap negeri hanya 1 je gred jwtan N26 d sediakan sedangkan beribu penjawat jawatan JURUAUDIO VISUAL....Nampak ke?

HENRIETTA FERNANDO berkata...

Halo,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)