SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Mei 2023

Isu tatatertib, jangan pukul rata semua penjawat awam – Cuepacs

 Kosmo
23 Mei 2023


PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) menasihati orang ramai tidak terus menghukum atau membuat tanggapan buruk kepada keseluruhan penjawat awam.

Ia ekoran pendedahan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) baru-baru ini mengenai laporan tindakan tatatertib yang dikenakan kepada penjawat awam dalam tempoh tiga tahun sebelum ini.


Pengerusinya, Datuk Adnan Mat berkata, kes-kes salah laku dalam yang direkodkan tersebut sebenarnya tidak menggambarkan keseluruhan sikap warga perkhidmatan awam.

Ujarnya, berdasarkan statistik SPA pada 2020, seramai 117 orang dikenakan tindakan tatatertib, tetapi berkurangan kepada 83 (2021) dan 51 (2022).

“Usaha meningkatkan integriti dan disiplin ini juga disokong sepenuhnya oleh penjawat awam melalui dasar-dasar transformasi perkhidmatan awam yang dilakukan kerajaan bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang berkualiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Adnan, penjawat awam perlu melihat semula kepada aku janji dalam perkhidmatan awam seperti yang pernah dilafazkan dan dikekalkan sehingga tamat tempoh perkhidmatan.

Katanya, rakyat sentiasa memandang dan menilai setiap apa yang dilakukan dan akan memberi kesan kepada keseluruhan perkhidmatan awam walaupun jumlah pesalah integriti itu hanya seorang.

Dalam pada itu, pihaknya berterima kasih kepada SPA atas laporan tersebut yang menunjukkan kerajaan tidak pernah sesekali berkompromi atau menyembunyikan salah laku melibatkan anggotanya.

“Sememangnya terdapat penjawat awam yang bermasalah dan tindakan tatatertib termasuklah disingkirkan daripada perkhidmatan sewajarnya diambil oleh kerajaan.

“Ia jelas untuk memastikan supaya penjawat awam kekal berdisiplin dan relevan sepanjang masa dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara dan rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: