SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Mei 2023

Terima kasih PM - CUEPACS

   Berita Harian
   1 Mei 2023


PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan kepada kedudukan sistem pengajian penjawat awam khususnya kumpulan terkebawah dan masih dibelengu dengan kos sara hidup.

Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata Perdana Menteri turut memberi jaminan kos sara hidup penjawat awam ini akan dikaji semula.

Beliau berkat,a CUEPACS turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas beberapa pengumuman lain mengenai kebajikan dan dana berjumlah RM1 juta.

Katanya, Anwar juga sedia maklum mengenai kesusahan dan kepayahan kehidupan penjawat awam seperti yang disebut secara terus ketika menyampaikan ucapan.

"Peruntukkan RM1juta ini akan digunakan untuk kerja pentadbiraan dan kursus keahlian termasuk mengadakan kajian yang akan diadakan CUEPACS," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan sumbangan RM1 juta masing-masing kepada CUEPACS dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Dana terbabit adalah bagi memastikan pengurusan dua badan berkenaan lebih berdaya saing.

Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani turut berterima kasih kepada Perdana Menteri yang memberikan dana dalam bentuk pengurusan bagi membantu pekerja diluar termasuk menggerakkan kesedaran dalam kalangan gabungan MTUC.

"Ia suatu kejutan bagi MTUC kerana sebelum ini pihaknya pernah memohon kepada Perdana Menteri pada pertemuan yang diadakan Mac lalu.

"Jadinya, kita akan berbincang dengan Ahli Jawatan Kuasa bagaimana untuk mengurus dana yang diterima itu nanti," katanya.

1 ulasan:

Vanessa D. Garay berkata...

Thanks for being a constant source of information. And also check the frankfort town court