SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Ogos 2009

CUEPACS MINTA PENJAWAT AWAM PEKA DENGAN SELSEMA BABI

Bernama
15/08/2009 2:30pm

MELAKA 15 Ogos — Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta penjawat awam agar peka dengan penularan Influenza A (H1N1) atau selesema babi.
Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata masih ramai penjawat awam tidak mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng muka dan mulut serta menggunakan bahan penyahkuman.
“Kita minta semua jabatan dan agensi kerajaan menyediakan topeng muka dan mulut serta sabun penyahkuman yang secukupnya untuk kegunaan penjawat awam masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke- 32 Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Melaka, di sini hari ini.
Omar juga meminta supaya cuti khas selama tujuh hari yang diberikan kepada penjawat awam yang dijangkiti virus H1N1, tidak ditolak daripada jumlah cuti rehat tahunan mereka.
Katanya penjawat awam yang bertugas membuat pemeriksaan bagi mengesan virus H1N1 terutama di pintu masuk ke negara ini patut diberi bayaran insentif khas kerana mereka berisiko tinggi dijangkiti wabak itu. - Bernama

2 ulasan:

Pak Ali berkata...

presiden cuepacs suruh pakai topeng.
dia pun tak pakai. cakap x serupa bikin.

kepimpinan melalui teladan.

Tanpa Nama berkata...

presiden cuepacs kebal dan tahan lasak .......