SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Ogos 2009

JURURAWAT KERAJAAN TUNTUT PERSEKITARAN KERJA LEBIH BAIK

Bernama
13/8/2009

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 40,000 jururawat am di hospital dan klinik kerajaan kini dalam keadaan "mati akal dan kecewa" berikutan sungutan mereka yang telah lama berhubung usaha meningkatkan skim perkhidmatan mereka tidak diberi perhatian.Mereka kini menuntut penyelesaian segera sebelum kerajaan "kehilangan" mereka kepada sektor swasta," kata Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zin hari ini.Beliau memberitahu Bernama bahawa CUEPACS telah menubuhkan sebuah pasukan petugas di peringkat tinggi untuk membuat satu memorandum komprehensif berhubung sungutan jururawat berkenaan.Katanya kongres itu memberi keutamaan kepada jururawat kerana "mereka dianggap sebagai penjawat perkhidmatan kritikal" dan merupakan bahagian penting bagi sistem perkhidmatan jagaan kesihatan awam di negara ini."Tanpa jururawat, kualiti sistem perkhidmatan kesihatan awam kita terjejas teruk kerana mereka menyediakan jagaan rawatan yang penting kepada ribuan pesakit setiap hari," katanya.Pada masa ini, jururawat diletakkan dalam kumpulan sokongan bersama-sama dengan lulusan SPM pada gred 29 (RM1239-RM2744).Ahmad Shah berkata walaupun mereka adalah lulusan SPM, mereka perlu menjalani kursus diploma selama tiga tahun untuk menjadi jururawat am dan oleh itu mereka perlu diletakkan dalam kategori pengurusan dan profesional gred 41 (RM1471-RM5222), katanya.Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mendapati jururawat am dibebani dengan tambahan tugas dan tanggungjawab berikutan kekurangan jururawat am dalam perkhidmatan kerajaan yang pesat berkembang.Ia bukan perkara biasa bagi para jururawat untuk menjaga 50 hingga 60 pesakit bagi setiap giliran jadual kerja selama 10 jam yang memerah mental dan fizikal.Jururawat berpengalaman juga mendapat permintaan tinggi berikutan pertumbuhan pesat hospital dan klinik swasta tempatan dan seberang laut.Seorang jururawat am di sektor swasta tempatan memperoleh pendapatan dua kali ganda berbanding rakan mereka dalam perkhidmatan awam manakala di Arab Saudi ia hampir empat atau lima kali ganda daripada Malaysia."Dengan perbezaan dalam pendapatan dan permintaan yang besar bagi mendapatkan khidmat jururawat, dan demi kepentingan negara, kerajaan perlu melihat rungutan mereka dengan segera," Ahmad Shah.-- BERNAMA

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasanya gaji gred U29 P1(RM1160.69 - RM3057.39)P2(RM1231.78 - RM3279.74) dan P3(RM1305.89 - RM3476.28)

Rujuk http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2007/07/Perubatan_dan_Kesihatan_(U).pdf

Tanpa Nama berkata...

kelulusan spm starting p1 820.38,,ini jururawat main cakap saja,,takda fakta yg kukuh

Tanpa Nama berkata...

kami kumpulan sokongan N17, buat diploma 3 tahun lebih, sambung degree 4 tahun, sampai sekarang pun masih N17 juga tak naik2.

yg peliknya, cuepacs tak nampak pula..cuepacs cuma nampak jururawat lulus spm lepas tu buat kursus 3 tahun perlu dapat gred 41? kira hebat la..

kami sokong juga mereka naik gred 41, tapi jangan berat sebelah...

mana-mana kakitangan ada diploma, ijazah atau master sila beri laluan kenaikan gred atau pangkat..jangan ikut syail JPA, asyik bagi jawapan skima sahaja...tak proaktif..setakat ampusana..ampusini..memang perabih boreh..

ok, sila buat tindakan yg betul...TQ

Tanpa Nama berkata...

mengapa yang ambil degree tidak mengikut bidang kerja ia. Ada jadi bidang teknikal ambil ambil degree bidang ekonomi....ini yang jadi masalah bila hendak memohon kerja menjadi pegawai

Tanpa Nama berkata...

rujuk Sabtu, Ogos 15, 2009 7:47:00 PM

rmai yg ambil course dlm bidang sama dengan kerja pun, masih juga jadi kerani

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan cuepacs, betulah lulusan Diploma gred 29 kalau gred 41 tu untuk lulusan ijazah, sama macam doktor. Setiausaha Agong CUEPACS ni gred apalah agaknya. Cakap main hentam je. Gred gaji kakaitangan awam pun tak tahu. Kalau suruh ambik PTK memang tak past. Pasal benda simple pun tak tahu. Lantiklah Setiausaha Agong yang cerdik sikit

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum semua. Di sini saya ingin mengatakan bahawa selagi kita berusaha dan selagi rezeki itu ditangan tuhan, insyaallah kita akan berjaya.

Kami kumpulan F29, dan sekarang telah mempunyai ijazah. Sama2 penat mentelaah buku dan buat assignment khususnya programming pun x naik pangkat lagi. Takpe mungkin takde rezeki lagi, tapi yang penting disini kami berusaha dan alhamdulilah kerajaan pun khususnya JPA meluluskan cuti separuh gaji dan akhirnya kami berjaya. Pikir la skit, perkhidmatan lain (khususnya kumpulan sokongan) pun setengah mampuih nak berusaha untuk meningkatkan taraf masing2. Apa yang saya tahu, kalau nurse sambung belajar gaji penuh. Ikutkan kami lagi X puas hati... So kesimpulannya bekerja dengan bersungguh2 demi meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Kita telah dibayar gaji dan itu amanah rakyat kpd kita. Lu pikir la sendiri...