SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Ogos 2009

SERAMAI 400 KAKITANGAN AWAM DIBUANG KERJA TAHUN LEPAS

Bernama
18 Ogos, 2009 22:02 PM





REMBAU, 18 Ogos (Bernama) -- Seramai 400 orang kakitangan awam dibuang kerja kerana pelbagai masalah disiplin pada tahun lepas, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman."Sebagai pekerja, biarlah kita berdisiplin, kalau buat kerja lebih masa cukuplah sampai pukul 12 malam. Kalau sampai 2 pagi, esok mengetik kad perakam waktu, kemudian tidur di dalam setor, ini sikap yang amat buruk," katanya ketika berucap pada taklimat khas Ke Arah Memartabatkan Profesion Perkhidmatan Awam anjuran Cuepacs negeri dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di sini Selasa.Katanya penjawat awam yang dibuang akan kehilangan banyak kemudahan dan keistimewaan seperti gratuti dan pencen.Kakitangan sektor awam masa kini, katanya boleh dikatakan seperti "anak emas" kerana kebajikan mereka terjaga malahan kini Cuepacs sedang meminta agar kerajaan menetapkan RM300 elaun sara hidup (COLA) untuk semua negeri kerana harga barangan kini sebenarnya sama seperti di bandar raya Kuala Lumpur.Cuepacs juga sedang meminta kerajaan meningkatkan bayaran elaun perumahan tetap kerana jumlah yang ada sekarang ini tidak mencukupi, kata Omar.-- BERNAMA

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya setuju elaun cola RM300.00
dan elaun rumah ditambah kerana
kalau dibandar kami terpaksa membayar sewa pintu 50.00 hingga
150.00 sebulan.

Ahli Aktif Kesatuan berkata...

Teman setuju sangat tu, jangan tunggu lama-lama, rasanya dah lama diwar-warkan cerita ini.

Sampai sekarang tak de berita baik pun.

Teruskan usahamu Cuepacs.

Anak Ramai berkata...

Cepatlah di beri kenaikan elaun ini.

Kami sangat-sangat memerlukannya.

Kami tertekan dengan kos hidup sekarang.

Tanpa Nama berkata...

cukai pintu apa tu RM150.00 sebulan. tak pernah dengar pulak. Pintu kubur ke. Fakta biar betul

Tanpa Nama berkata...

maksudnya kalau tingal dekat bandar
atau dibandar cukai pintu dibayar
kepada majlis dearah satu tahun 50.00 mengikut keluasan tempat tinggal lain lagi dikenakan oleh
pihak pemaju perumahan maksudnya
cukai pintu ialah buang samapah dan kebersihan kawasan tersebut
bukan pintu kubur dicukai. itu pun
kalau meningal pintu kuburpun dibayar.

Pak Misai berkata...

selamat berpuasa.
elaun berapa pun x akan cukup.
puasa lah

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat setuju elaun cola dinaikkan rm300.00..satu lagi cuepacs tolong la bela nasib kami yang tinggal di kuarters kenapa elaun cola dipotong separuh... sekadar ingin bertanya Adakah kami duk kuarters dapat separuh harga beli ikan,ayam,beras,minyak dll..??? sudah la dipotong semua elaun rumah rm180.00 potong lagi cola rm150.00...benda2 macam nie la Cuepacs kena ambil perhatian sewajarnya...bukannya minta wad kelas satu hospital....kerajaan dh bagi free rawatan pun dh syukur la...

Tanpa Nama berkata...

Apa susah, kalau nak elaun kola penuh tak payah duduk kuarters. Duduk rumah sewa @ beli rumah sendiri. Baru tahu betapa banyaknya guna duit. duduk kuarters semua tanggung. lampu rosak pun kerajaan yang repair. Bagi kami yang duduk kuarters tu patut potong semua elaun kola. Bagi betis nak kepala. Jenis tak bersyukur

Tanpa Nama berkata...

mana adil cola dapat sama semua negeri.. kena fikir gak kat bndar banyak TOL.. harga barang lagi tinggi..kalau semua cola sama ...mungkin lepas ni xdak sesape pon nak kerja di HQ..

Tanpa Nama berkata...

salam..

Bukan semua pekerja yang tinggal di kuarters ditanggung oleh kerajaan..sape kata klu lampu rosak kerajaan tukar..helo sendiri tukar laa..statment tue biar betul sikit cakap..bukan xbersyukur tinggal di kuarters...masalahnya kami memohon elaun cola bukannya elaun kuarters..elaun cola ni adalah untuk kos sara hidup tak kira la samada orang tue tinggal di kuarters atau pun rumah sewa..apabila tinggal di bandar2 besar maka belanja yang perlu dikeluarkan adalah sama tidak kira samada seseorang itu tinggal di kuarters maupun luar kuarters...saya faham bagi pekerja kumpulan profesional memang tiada masalah jika tinggal di luar dengan gaji yang besar boleh menampung kos kehidupan mereka..Bagaimana pula golongan2 marhean(kumpulan sokongan 1 & 2) walaupun tinggal di kuarters kos perbelanjaan seharian adalah sama...Jika pergi ke Tesco sekalipun bukannya bole dapat murah.."xkan nak cakap saya duk kuarters boleh dapat murah ker"...kami sedar memang kami berkelulusan rendah...layaknya dapat kerja yang sepatutnya..Tapi jika diberi sedikit bantuan dapatlah meringankan beban kami...

p/s : Golongan2 Marhean sebegini perlu di jaga dan diberi perhatian kerana mereka adalah tunjang kepada pokok yang ditanam...jangan lah hanya menjaga golongan2 seperti guru,tentera dan polis hingga lupa pada akar yang berselerakkan dibawah ini....sekian....

Tanpa Nama berkata...

pekerja sokongan...sudah lah...
nak termuntah dgr permintaan korang yang bukan bukan.
kau orang bersyukur lah... kelulusan x tinggi nak sama mcm yg ada ijazah..mana logik..

dulu x mahu belajar rajin rajin..

Pak Ali berkata...

masa korang dapat kenaikan 35% tak puas hati lg ke..gaji hampa mcm nak hampiri golongan berijazah..

bagi beti nak peha..dulu mcm belajar korang ponteng...
logik ke nak gaju mcm pegawai.

sedar lah diri tu..

Tanpa Nama berkata...

bukan diorang minta gaji sama taraf dengan ijazah..diorang hanya minta cola dinaikkan jer..xpayah lah nak bangkitkan 35% pasal kenaikan gaji yang dulu tue..xbanyak mana pun..gaji u all still tinggi lagi dari diorang kalau nak banding dengan golongan sokongan nie...jangan la kita bersifat dengki sesama manusa..sepatutnya kita tolong menolong antara satu sama lain....

Tanpa Nama berkata...

untuk pengetahuan, saya pun duduk kuarters. memang betul lampu rosak kerajaan yang ganti. Pemandu pun pakai Persona. apa tak mampunya. Pergi kerja pun ada bas kerajaan ambik. Free lagi. Kalau nak sangat kola penuh duduk luar. Jangan bandingkan dengan gred 41. Sebab tulah mak-bapak suruh belajar betul-betul. Bersusah-susah dahulu senang kemudian. Ni belajar malas tapi nak bandingkan dengan gred 41. Suruh anak belajar rajin-rajin untuk bela nasib mak-bapak

Unknown berkata...

Orang yang duduk kaurtes nak minta cola penuh tu memang dasar manusia yang tak pernah cukup.

Tinggal di kaurters= 1/2 cola+ITP
= 150 + 180
Jumlah Sewa kaurtes= 330

Adakah rumah sewa murah begini??? Rumah setinggan pun paling murah 400 kawan.jadi nasihat aku.kurangkan kos keseronokan diri dan kos gaya diri kos berlagak diri. insyaallah cola separuh yang diterima tu pasti lebih dari cukup.jangan kau punya pengarah beli LCD TV kau pun mautapi yang lebih besar dari pengarah kau punya , kau punya orang atas pakai npon 3G kau pun mau.mana-mana bank offer personal loan kelamkabut ambil cuti urus loan.akhirnya gaji tinggal apa??? Jangan salahkan anak ramai.itu semua mengarut

Tanpa Nama berkata...

sekolah malas. gaji nak tinggi

Tanpa Nama berkata...

betul...betul..betul

Sila Terima Kenyataan berkata...

Erm..jgn la mintak lebih2..keje ngulor byk..hasil xde..kpi ntah kemane..mintak bukan men lg..kesian la kat mereka yg miskin yg lebih memerlukan..kerajaan byr gaji korg pon psl korg keje xde la byk mane pon..tu kalo audit nilai btul2..baper kerat je yg lepas..

Tanpa Nama berkata...

Minta cuepacs persoalkan ada 1 jbtan yg kerap membuat rombakan penempatan..hampir 5kali 1tahun..dahla dtkarkn,bla nk bt claim,alasan duit habis..jabtn msh bru dtbuhkn dlm 5thun,kmudahan spt kuarters xda.sy slh seorng yg dtkarkn ke kudat,sabah,mulai jul 13,dgn notis ptukaran yg singkat xsmpai sebulan,dtg2 ke kudat,rumah sewa pun tiada..kini sy tpksa menanggung beban berikutn tpksa hdup bjauhan dgn ank,istri,..xtahu sampai bila..tlglah..anak,isteri,kekuatan bg kami..jgnla krna ptkaran blh meruntuhkn rumhtgga org..DOA ORANG TERANIAYA DIMAKBULKAN!!!TERIMA KASIH APMM!!