Berita Harian
2/8/2009
2/8/2009
Yang Dipertua Angkasa, Abdul Rahim Abu Bakar
Temu bual bersama Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Rahim Abu BakarMINAT Cuepacs untuk mengambil alih perkhidmatan potongan gaji bagi pinjaman sektor awam menyebabkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) tersentak. Wartawan Berita Minggu, AHMAD NAIM TAHIR dan ROHANIZA IDRIS menemubual Presiden Cuepacs, Omar Osman dan Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar untuk menghuraikan isu ini. APAKAH Angkasa maklum mengenai hasrat Cuepacs ini sebelum ia diumumkan secara terbuka.
Kami tidak tahu... Koperasi Cuepacs menggunakan khidmat Angkasa memungut bayaran yuran keahlian dan premium insurans ahlinya sejak 1985, manakala Cuepacs guna khidmat kami sejak 2003. Walaupun Cuepacs bukan koperasi, kita kenakan caj perkhidmatan satu peratus saja. Kita tak caj ahli Cuepacs, kita caj Cuepacs sebab minta kita pungut bayaran untuknya. Sebenarnya dari dulu lagi Cuepacs boleh pungut sendiri kalau dia mahu. Melihat kepada sejarah, Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) diwujudkan pada 1977 apabila kerajaan tidak mampu mengurus potongan tidak wajib kakitangannya kerana desakan kerja yang begitu banyak. Angkasa pada masa itu mengambil inisiatif menyelamatkan koperasi kredit milik kakitangan kerajaan dengan menawarkan untuk mengambil alih bagi menyelesaikan masalah ini. Jika tidak, semua koperasi kredit bermasalah. Kerajaan setuju, malah minta Angkasa pungut yuran kelab dan kesatuan, pelaburan Amanah Saham Bumiputera, insurans dan lain-lain. Angkasa akur walaupun jumlah kutipan hanya RM1 sebulan seorang. Angkasa bertanggungjawab menjaga kepentingan gerakan koperasi termasuk koperasi kredit yang rata-rata dianggotai kakitangan kerajaan. Adakah ini (menjaga kepentingan koperasi) kerja Cuepacs? Pernahkah Angkasa menerima rungutan atau aduan daripada kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan potongan gaji yang diberikan.
1 ulasan:
Disebabkan ANGKASA pinjaman saya dengan BSN tidak dapat diluluskan.
Sebabnya?
Ada hutang bank lain belum dibayar.How is that posibble?
Setelah saya berhempas pulas mencari jawapan dan menghabiskan ratusan ringgit duit untuk kredit telefon,akhirnya saya mendapat tahu bahawa disebabkan ada pinjaman lain melalui potongan gaji lambat dibuat ,maka BSN dalam tanggapannya mengandaikan saya mempunyai tunggakan bayaran pinjaman dengan Bank lain.
Apa yang saya boleh buat?
Duit tersebut sebelum saya terima gaji dah memang kena potong,mana lah saya tahu apa jadi dengan duit itu.Dan pegawai yang dengan saya bercakap seolah-olah saya ada kawalan atas proses ini,sehingga menganggap saya seperti orang yang liat bayar hutang.
Sya terpaksa membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman berlesen kerana perlu duit untuk baiki kereta.
Rakan sekerja saya yang buat Re-Loan dengan BSN pun kena masalah ini,sedangkan gaji beliau besar dan tak banyak potongan lain cuma dalam 30% sahaja.
Kalau ada pilihan,saya tak nak guna khidmat ANGKASA lagi..
Ahli Paksa
Swak
Catat Ulasan