SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

04 Februari 2014

CUEPACS GESA PENJAWAT AWAM TIDAK TERPENGARUH PERSEPSI NEGATIF

Bernama
3/2/2014




MELAKA, 3 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa penjawat awam supaya tidak mudah terpengaruh dengan persepsi negatif dilemparkan terhadap kerajaan khususnya dalam soal kebajikan mereka.

Presidennya Azih Muda berkata kerajaan sentiasa mendengar keluhan penjawat awam melalui tuntutan-tuntutan yang dibuat Cuepacs sebelum ini.

"Cuepacs melihat dan mengetengahkan soal gaji, elaun dan sebagainya dari masa ke semasa dan kita meminta mereka (penjawat awam) bersabar.

"Kita (kerajaan dan Cuepacs) sudah melakukan yang terbaik malah kita bukan mengkaji untuk tidak melaksanakan (tuntutan) tetapi ada perkara yang perlu kita lihat secara menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Seri Negeri di sini, Isnin.

Sebagai contoh, katanya Cuepacs dan kerajaan sedang berbincang mengenai usaha menaik taraf proses rawatan hemodialisis yang dijalani penjawat awam di institusi kesihatan awam seluruh negara.

Beliau berkata ia berikutan kebanyakan institusi tersebut dilihat mengalami kesesakan dan Cuepacs telah mengusulkan senarai hospital yang perlu dinaik taraf kepada kerajaan.

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tunggu apa lagi... Kangkung dah murah....

Tanpa Nama berkata...

Ramai kakitangan awan menderita dengan harga yang naik kepada barang terutama susu bayi.Harap kerajaan menaik gaji supaya boleh kerja dengan perasaan tidak tertekan(stress)

Tanpa Nama berkata...

Cadangan :

1. Beri kakitangan TABLET 1Malaysia, seperti yg diberikan oleh streamyx utk kakitangan dibawah pendapatan rm3,000

Tanpa Nama berkata...

tak lama lagi premium insurans motor akan naik, cuma berapa % belum muktamad lagi. Cakap2 orang insurans mungkin memcecah 15%. Cekikkkkk la ini macam.

Tanpa Nama berkata...


BERITA HARIAN : 5 FEB 2014

Naik premium insurans kenderaan berperingkat

Kuala Lumpur: Syarikat insurans di Malaysia dibenar menaikkan kadar premium kenderaan bermotor secara berperingkat hingga 2016 sejajar dengan Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM), berkuatkuasa 2012.

Tanpa Nama berkata...

Isu mesin haemodialisis itu tanggungjawab sosial. Ada isu yang lebih besar iaitu kenaikkan gaji dan elaun untuk menangani kos sara hidup penjawat awam

Jangan menukar penjaway awam tentang isu mesin haemodialisis sedangkan isu pokok dilupakan

Tanpa Nama berkata...

Tablet tu buang sahaja ke dlm tong sampah. Takkan mati jika tiada tablet.

Tanpa Nama berkata...

Penjawat awam dh naik muak dengan janji palsu yg dilontarkan oleh kerajaan..penderitaan semakin bertambah bg golongan bawahan..tertindas dan terus tertindas walaupun hakikatnya golongan bawahan ini bekerja mermati - matian..perasaan tidak puas hati, kesal dan sakit hati ini pasti akan menimbulkan ketegangan sekiranya tidak dibendung dari awal..

Tanpa Nama berkata...

bercukurlah

Tanpa Nama berkata...

"CUEPACS GESA PENJAWAT AWAM TIDAK TERPENGARUH PERSEPSI NEGATIF"
9 Ulasan - Tunjukkan Catatan Asal
Runtuhkan ulasan

1 – 9 daripada 9
Tanpa Nama berkata...
Tunggu apa lagi... Kangkung dah murah....

Rabu, Februari 05, 2014 9:01:00 PG

Tanpa Nama berkata...
Ramai kakitangan awan menderita dengan harga yang naik kepada barang terutama susu bayi.Harap kerajaan menaik gaji supaya boleh kerja dengan perasaan tidak tertekan(stress)

Rabu, Februari 05, 2014 9:09:00 PG

Tanpa Nama berkata...
Cadangan :

1. Beri kakitangan TABLET 1Malaysia, seperti yg diberikan oleh streamyx utk kakitangan dibawah pendapatan rm3,000

Rabu, Februari 05, 2014 9:27:00 PG

Tanpa Nama berkata...
tak lama lagi premium insurans motor akan naik, cuma berapa % belum muktamad lagi. Cakap2 orang insurans mungkin memcecah 15%. Cekikkkkk la ini macam.

Rabu, Februari 05, 2014 10:50:00 PG

Tanpa Nama berkata...

BERITA HARIAN : 5 FEB 2014

Naik premium insurans kenderaan berperingkat

Kuala Lumpur: Syarikat insurans di Malaysia dibenar menaikkan kadar premium kenderaan bermotor secara berperingkat hingga 2016 sejajar dengan Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM), berkuatkuasa 2012.

Rabu, Februari 05, 2014 1:50:00 PTG

Tanpa Nama berkata...
Isu mesin haemodialisis itu tanggungjawab sosial. Ada isu yang lebih besar iaitu kenaikkan gaji dan elaun untuk menangani kos sara hidup penjawat awam

Jangan menukar penjaway awam tentang isu mesin haemodialisis sedangkan isu pokok dilupakan

__________________________________
betul tu.
gaji kumpulan sokongan kena dinaikkan 5-10% kerana dah ketinggalan jauh

Tanpa Nama berkata...

Tuntutan gaji naik tu... biarkan dulu... lupakan seketika... Tuntutan Elaun apa ceta... tak dengar kbr lansung... dah masuk bakul sampah ke... atau kerajaan buat2 lupa...

Tanpa Nama berkata...

SAYA HARAP JANGAN WAKTU NAK PILIHAN RAYA BARU NAK BAGI GULA-GULA DENGAN PENJAWAT AWAM

TERLALU LAMA MENUNGGU TAU...SEKARANG MANANGGUNG KOS SARA HIDUP YANG AMAT SANGAT

Tanpa Nama berkata...

tula. kekalkan lagi barisan nasional sebagai kerajaan persekutuan. bila barisan nasional sebagai kerajaan persekutuan, mereka masih lagi gunakan pegawai tadbir dan diplomatik sebagai pegawai kanan kerajaan.

rasakan semua! pangkah lagi barisan nasional! padan muka!

Tanpa Nama berkata...

berikan kenaikan gaji pa sebanyak 10%..semua sekali bodoh..bukan pelaksana je bengong

Tanpa Nama berkata...

betul tu.
gaji kumpulan sokongan kena dinaikkan 5-10% kerana dah ketinggalan jauh

Khamis, Februari 06, 2014 8:36:00 PG

....................................
betul tu...dah ketinggalan jauh ngan gaji jusa A.......RAPATKANLAH

Tanpa Nama berkata...

Ya naikkan ke gred jusa B spya gaji mereka hampir dgn jusa A. Sokong penuh.

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu akademik dan prestasi yg baik boleh naik hingga dpt gaji lumayan.

Tanpa Nama berkata...

TAK TAHU BERCUKUR

Tanpa Nama berkata...

Takda bulu nak bercukur apa ya? Takpe baik kita sama2 nyanyikan lagu bangau oh bangau. Boleh hilang stres sekejap.

Tanpa Nama berkata...

Nak bergaya dgn tablet panadol lah tu.... Mcm otak kreatif drpd beruk yg malas. Dgn tablet mereka akan membuang masa bekerja dan salahgunakan kemudahan.

Tanpa Nama berkata...

JPA OH JPA KENAPA GAJI PA TAK NAIK, BAGAI MANA GAJI NAK NAIK, PA TERLALU MALAS. MALAS OH MALAS KENAPA ENGKAU MALAS, BAGAIMANA KU TAK MALAS PT TAK BAYAR GAJI....... rakan2 PA sila terus nyanyikan lagu ni...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

tula. kekalkan lagi barisan nasional sebagai kerajaan persekutuan. bila barisan nasional sebagai kerajaan persekutuan, mereka masih lagi gunakan pegawai tadbir dan diplomatik sebagai pegawai kanan kerajaan.

rasakan semua! pangkah lagi barisan nasional! padan muka!

Khamis, Februari 06, 2014 6:25:00 PTG




-------------


huhuhuhuhuhu jgn mimpi le lu org nk tumbangkan bn & ptd. we all bn still rule the country and ptd will rule the civil service!

hell yeahhhhhhhhhhh!!!

Tanpa Nama berkata...

Pentingkan diri sajalah tu..Ini org kalau jd pemimpin memang hanya kenyangkan perut dan penuhkan saku sendiri dan kroni. Tak layak langsung...

Tanpa Nama berkata...

Dapat gaji je hbis...mcm2 keperluan nak dibayar....rakyat dh lame brjimat dh..krajaan je y byk bazirkan duit rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Ya allah.berilah peluang penjawat awam status KONTRAK merasai menjadi status TETAP.AMINNNNNNNNNNNNNNNN

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Dapat gaji je hbis...mcm2 keperluan nak dibayar....rakyat dh lame brjimat dh..krajaan je y byk bazirkan duit rakyat...

Sabtu, Februari 08, 2014 1:29:00 PG

-----------------------------

makan, pakaian, tempat tinggal adalah keperluan.

dan tengok juga makanan jenis apa, pakaian jenis apa, dan tempat tinggal jenis apa.

zaman sekarang ni pengangkutan pun adalah keperluan. back to square one, tengok juga pengangkutan jenis apa.

kalau tiap2 hari makan tengahari "luxury", makan malam pun tempat "ekslusif", sebulan 10 kali makan pizza/kfc/mcdonalds/kenny rogers, itu bukan KEPERLUAN nama dia.

begitu juga dengan pakaian. kalau boleh dapat baju kemeja rm40 yang boleh tahan 4 tahun, tapi belasah beli baju kemeja rm200 yang juga tahan 4 tahun, itu bukan KEPERLUAN nama dia.

sama seperti tempat tinggal. jika anda MAMPU, boleh duduk rumah 2 tingkat, mahupun semi-D mahupun bungalow. tapi kalau dah sampai cekik 60% dari gaji anda semata2 nak nampak "kelas", itu bukan KEPERLUAN nama dia.

kenderaan juga, kalau dah pakai kereta yang "tampak hebat" sampai bulan2 bayar tinggi, adakah itu namanya keperluan? anda mampu setakat pakai kancil atau kalau nak besar sikit, myvi, tapi beli kereta persona full specs, siap ada sport rim, spoiler bagai, adakah itu KEPERLUAN?

apatah lagi benda2 lain yang bukan KEPERLUAN, sebaliknya KEINGINAN seperti bergaya dengan barangan berjenama, HISAP ROKOK, langgan ASTRO, langgan PELAN DATA TELEFON BIMBIT, langgan talian internet berkelajuan tinggi yang berharga ratusan ringgit, adakah itu KEPERLUAN?

kesemua perkara di atas tiada masalah bagi mereka yang mampu dan tak merungut, bagaimanapun ianya menjadi MASALAH BESAR bagi mereka yang tak UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI yang saban waktu merungut kerana semuanya TAK CUKUP


MUHASABAHLAH DIRI ANDA.

Tanpa Nama berkata...

bercukurlah

Tanpa Nama berkata...

Salahkan diri sendiri dulu kerana peluang dan ruang diberi kpd kita utk berfikir secara rasional terhadap apa yg kita ada dan kemampuan kita. Jgn sesekali terikut2 atau terpengaruh dgn apa yg org lain ada. Memang benar kita mesti ukur baju di badan sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha...Ayah ..abang ..adik dan bayi

abang dgn adik cuma tua setahun jer,,,,,adik dgn bayi pula beza banyak tahun juga tu...skrg ni adik dh join sekali dgn abang tapi abang pula komplen kat ayah kata adik x sepatutnya join dgn abang.....HABIS TU YG ADIK DOK JOIN DGN BAYI SELAMA 30 TAHUN ...ADIK X BISING PUN...

Tanpa Nama berkata...

Ayah, abang, adik dan bayi jom kita nyanyikan lagu bangau oh bangau..

Tanpa Nama berkata...

Tol 2 ikat kangkung, beras setengah ikat kangkung , gula tiga ikat kangkung, hari2 tengok kangkung bosan jugak, kali ni jom pakat ramai2 nekad tumbangkan kerajaan, jumlah penjawat awam 1milion kowt.

Tanpa Nama berkata...

BN KAH? PR KAH? 2 X 5 TETAP MENGUTAMAKAN KAUM MASING2. KERAJAAN NAIKKAN GAJI (BN) = PARA PENIAGA NAIKKAN HARGA BARANG (PR). SUDAH MENJADI BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA. RAKYAT MINORITI DAN MISKIN TERSEPIT SERTA DIANIAYA.

Tanpa Nama berkata...

Budaya hidup masyarakat kita khasnya bumiputera, gaji cuma ikut makan tapi berlagak hidup mewah. Akhirnya apabila dah tak mampu menanggung beban hutang salahkan org lain pula. Sehingga sanggup menggatakan org lain pula yg bodoh,bangunlah wahai PA yg tamak tapi malas daripada tidur mu sblm kamu diisytihar muflis.

Tanpa Nama berkata...

Contoh yg nyata kita boleh lihat ialah dikalangan PT. Tak segan2 bergaya wpun pergerakan mereka diperhati oleh pelanggan di pejabat. Gadget handphone berjenama dan dll dipegang ke hulu ke hilir nak show takut org tak nampak. Tengah buat kerja pun handphone sentiasa di tangan. Kita tahu siapa orang2 nya kan?

Siong Sze Yin berkata...

Saya tak minta banyak, cuma harap Kerajaan Persekutuan pertimbangkan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan bagi semua anggota kumpulan pelaksana (AKP) diseragamkan kepada RM250 sama dengan golongan pengurusan profesional (PP)sebab gaji AKP jauh lebih rendah dan lebih memerlukan imbuhan ini berbanding golongan PP. Harga beli dan sewa rumah melambung tinggi, dan ditambah harga barang keperluan turut meningkat dgn permansuhan subsidi gula dan kenaikan harga petrol. Kebanyakkan AKP berbelanja secara berhemat dan bersederhana sahaja terhadap keperluan hidup, tetapi kenaikan kos kehidupan semasa jelas telah meningkatkan beban pengaturan kewangan keluarga.

Tanpa Nama berkata...

Ooooo mcm tu.... jika dpt rm250 boleh enjoy sakan ye? Skrg kerana dpt rm180 berjimat cermat. Jika dpt gaji dan elaun spt gred pnp tak usah berjimat cermatlah? Bahlol 10000x. Guna otak di kepala lutut. Elaun naik nak sama dgn pnp tapi gaji naik nak pula peratus lebih tinggi drpd pnp. Jgn mementingkn dirilah tapi ikut sahaja dasar semasa; jika tidak tidak perlulah kita bersusah payah bersekolah atau menyekolahkan anak masing2.