SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

11 Februari 2014

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN - KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU T [T’SHIRT] UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2014



KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]
(Pendaftaran No 195)

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN             

KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU T [T’SHIRT] UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2014

NO SEBUTHARGA : BIL 1/2014                                      Tarikh : 11 Februari 2014


KEPADA :

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………


Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu
55100 Kuala Lumpur.


1.       Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA / TENDER DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

2.       Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 25 Februari 2014, tidak lewat dari jam 12.00 tengahari. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No 1/2014

3.       Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu Kuala Lumpur.

4.       Jawatankuasa setuju terima sebutharga/tender tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

5.       Sebutharga  hendaklah sah selama  30 HARI selepas itu.

6.       Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.


BIL
PERKARA
HARGA SEUNIT
KUANTITI
JUMLAH HARGA

01





Membekal dan mencetak logo CUEPACS di t’shirt berkolar jenis Laycos  warna oren, cetak logo embroid (Pelbagai Saiz)
      5XL : 15 helai
      4XL : 15 helai
      3XL : 500 helai
      2XL : 620 helai
      XL   : 650 helai
      L     : 1500 helai
      M    : 300 helai
Catitan: Semua penender adalah dikehendaki  untuk memberi contoh corak reka bentuk  T shirt warna oren-warna tambahan bagi membentuk corak menarik dibenarkan (tidak di kembalikan)


3,600







Jumlah




Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia….…………...............

……………………………………………………………………………………………………………...

Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..

[ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].

Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 

Nama penuh pengurus                 :……………………………………….

Tandatangan dan cop penender             :……………………………………….

Alamat                   :………………………………………..

…………………………………………
…………………………………………
Tarikh :………………………………..

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana sumbangan dan jasa pertama Presiden Cuepacs baru ni?Senyap jer.....

Tanpa Nama berkata...

Lawat laman web ini untuk mendapat pendapatan pasif. Tidak ada bayaran semsa pendaftaran dikenakan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lawat laman web yang tertera

"http://www.theweeklypay.com/index.php?share=398111"

Bayaran dalam USD.

Tanpa Nama berkata...

Satu contoh pembaziran yang tidak patut berlaku dan tidak perlu diteruskan.
Harap CUEPACS pertimbangkan.
Ikuti langkah2 penjimatan yang pihak kerajaan amalkan.
Sungguh Dukacita

Tanpa Nama berkata...

Cetek punya pemikiran; benda2 yg membuang duit pula dicadangkan. Penting sangat kah? Takut ada yg kebuluran....

Tanpa Nama berkata...

kerja kuli nak sambut apa ?

Tanpa Nama berkata...

Dari buat baju baiklah selesaikan dulu apa yang dikaji..dibincangkan selesai dulu...sekarang dah februari 2014...dr mei 2013......tp nmpak yang dikaji terus senyap..sbb timbulkan isu jimat....hahahaha pandai2...

Tanpa Nama berkata...

5XL : 15 helai 4XL : 15 helai 3XL : 500 helai 2XL : 620 helai XL : 650 helai

.................................

Siapa yang nak pakai yang banyak X nie ?

Bukan dulu ada kata penjawat awam kena jaga kesihatan ........

Bukan nak menghina sesiapa , harap maaf !

Tanpa Nama berkata...

Catitan: Semua penender adalah dikehendaki untuk memberi contoh corak reka bentuk T shirt warna oren-warna tambahan bagi membentuk corak menarik dibenarkan (tidak di kembalikan)
.................................

Contoh tidak dikembalikan siapa yang ambil lepas tu ...... tolong jawab ?

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu..rajin2kan diri baca komen dlm ni...sbb ade komen yang betul tentang permasalahan PA...yang baik kita ambil yang buruk kita jauhkan....kadang2 ade PA lbih suka menulis dlm komen ini tntang permasalahan...bkn ape..ade pegawai atasan yg tidak suka apabila PA MENYATAKAN PERMASALAHAN MEREKA...dan memandang remeh pada mereka.....siapa lagi kalo bkn persatuan ini yang membantu...xyah lah nk bodek2 sangat....sekali sekala tolong orang ape salahnya....pahala pn dpat...tulis ni pn bkn ape...sbb bosan dh tngk blog cuepac nii...mcm
Kosong xde ape2 pn dh skrng x mcm dulu2....lbih nk pangkat dr mmbantu....teruk2 cuepac skrng ni

Tanpa Nama berkata...

bukan senang nak jadi presiden kupek ni..ganjaran lumayan..senang-senang dapat gelaran datuk..elaun 7k ..boleh dapat duduk sebaris menteri bila ada majlis..kalau setakat jadi kumpulan pelaksana..tak termimpi la nak rasa itu semua..kerja bukan susah pun..jadi tukang angguk jee..itu yang paling pengting..kan..kan..kan..tak percaya tanya bekas presiden kupek dulu..

Mr Brown berkata...

Boleh masuk tender dan isi borang sajalah.Buang masa dan duit saja.
Kontraktor kroni dan proksi sah ready.

Siap dengan persen dan komisen.Kalau tidak tak jalan.

Mr Brown berkata...

Boleh masuk tender dan isi borang sajalah.Buang masa dan duit saja.
Kontraktor kroni dan proksi sah ready.

Siap dengan persen dan komisen.Kalau tidak tak jalan.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin ceupacs baru yg proaktif?????

Tanpa Nama berkata...

merka tu bukan pemimpin baru, yang lama juga brader tak kenal mereka ka...