SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Mac 2014

MERAKYATKAN PERKHIDMATAN SPA

Utusan Malaysia
10/3/02014





MAHMOOD ADAM

DALAM tempoh dua bulan pertama tahun ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lebih sete­ngah juta permohonan untuk berkhidmat sebagai kakita­ngan kerajaan.Jumlah itu adalah satu peningkatan mendadak jika diban­dingkan dengan 2.1 juta permohonan sepanjang 2013. Dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, ­NIZAM YATIM dan jurugambar, QAMARUL RIZAL di Putrajaya baru-­baru ini, Pengerusi SPA, TAN SRI MAHMOOD ADAM menjelaskan peningkatan itu adalah hasil program transformasi yang bertujuan merakyatkan perkhidmatan awam dan meningkatkan kecekapan suruhanjaya itu.
Boleh ceritakan latar belakang SPA?
MAHMOOD: Ia ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 iaitu sama umur dengan kemerdekaan negara yang sudah nak masuk 57 tahun.Terdapat enam tugas SPA yang termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan termasuk urusan melantik lebih kurang 70 peratus daripada keseluruhan 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara.

Urusan pelantikan lain dilakukan oleh pihak berkuasa lain iaitu seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.SPA juga tidak terlibat dalam pelantikan kakitangan badan berkanun seperti universiti, Felcra, Felda dan juga pihak berkuasa tempatan.Pelantikan di peringkat negeri juga tidak dilakukan oleh SPA kecuali di Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.
Di sembilan negeri lain, ia dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) masing-masing iaitu Johor, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.Tugas lain adalah pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
Difahamkan banyak transformasi dilaksanakan SPA?
Setakat ini kita sudah ada 75 transformasi. Ia selaras dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Maknanya apa sahaja dasar atau peraturan baharu yang kita nak buat hendaklah bagi memenuhi kehendak rakyat.Ia juga selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menekankan supaya penjawat awam mempunyai sikap, cara bekerja dan cara berfikir yang sesuai dengan kehendak rakyat sekarang.
Inisiatif ini juga dibentuk dengan tujuan merakyatkan perkhidmatan dan meningkatkan kecekapan SPA.Transformasi ini berasaskan tujuh prinsip iaitu tidak melibatkan pertambahan peruntukan kewangan, tidak memerlukan pertambahan jawatan dan tidak perlu kepada pindaan undang-undang. Prinsip lain adalah berasaskan pendekatan yang popular dan sangat dikehendaki oleh orang ramai terutama pemohon pekerjaan, pelaksanaan yang menghasilkan impak menang-menang, bersifat besar dan mempunyai titik sentuhan.
Apakah contoh transformasi yang dibuat?
Kita telah panjangkan tempoh sah laku permohonan pekerjaan secara dalam talian (online) daripada setahun kepada lima tahun. Kalau pemohon terlupa untuk membuat permohonan baharu selepas setahun, mereka masih berpeluang untuk dipanggil menghadiri temu duga. SPA juga mengadakan sesi temuduga pada waktu malam, hujung minggu dan secara panggilan telefon untuk kemudahan pemohon yang tidak dapat hadir pada waktu siang atau ketika hari bekerja.
Transformasi ini bersifat menang-menang kerana menggalakkan lebih ramai orang memohon pekerjaan sebagai penjawat awam dan pada masa sama memberi lebih banyak pilihan kepada SPA untuk memilih calon terbaik. Kita juga membenarkan pemohon mendaftar sebanyak mana jawatan kerajaan yang dikehendaki dan bukannya maksimum 15 jawatan sahaja seperti sebelum ini. Kita turut menghapuskan dasar ‘One Step Lower’ bagi membolehkan calon berkela­yakan lebih tinggi memohon jawatan gred rendah yang memerlukan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.Mereka yang ditawar jawatan oleh SPA tetapi telah menolaknya sebelum ini juga tidak akan disenarai hitam.
Apa lagi transformasi yang akan dilaksanakan?
Kita sedang mengkaji semula 1,113 peraturan SPA bagi memastikan ia tidak bertindih dan masih relevan pada masa sekarang. Kita akan permudahkan peraturan terbabit supaya berpihak kepada penjawat awam dan mereka yang memohon pekerjaan. Sejak Januari tahun ini, SPA turut mengadakan kursus percuma setiap Sabtu di seluruh negara bagi menerangkan kepada mereka yang berminat mengenai ciri-ciri pegawai kerajaan yang dikehendaki. Sepanjang dua bulan pertama tahun ini, jumlah kehadiran melebihi 7,000 orang di seluruh negara.
Antara ciri yang disenaraikan adalah cepat, tepat dan berintegriti (CTI); produktif, kreatif dan inovatif (PCI) serta bersifat setia, berfikiran terbuka dan memudahkan rakyat (LOF). Mereka juga diajar cara-cara menghadapi sesi temu duga SPA yang berdasarkan kepada kaedah Temuduga Berasaskan Kompetensi (CBI) dan psikometrik, cara-cara menjawab soalan peperiksaan dengan betul dan sukatan pelajaran yang kita gunakan.

Apakah transformasi paling besar?

Ia adalah transformasi ke-75 yang dijangka mula dilaksanakan pada Jun ini melibatkan peperiksaan penjawat awam secara dalam talian. Langkah-langkah keselamatan akan diperkenalkan bagi membolehkan peperiksaan melalui kaedah ini dijalankan dan ti­dak berlaku sebarang penipuan. Kalau berlaku penipuan pun, kita masih mempunyai mekanisme untuk mengesannya iaitu ketika temu duga dan sesi peni­laian lain.
Sebagai permulaan, peperiksaan dalam talian ini akan diadakan secara kecil-kecilan tanpa membabitkan penjawat awam yang ramai sebelum diperluas melibatkan peperiksaan paling besar iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang boleh mencecah 70,000 orang.Peperiksaan dalam talian ini akan menjimatkan duit kerajaan sekurang-kurangnya RM1.5 juta setahun. Kita juga dapat menjimatkan masa, tenaga kerja dan kertas. Pegawai kita juga tidak perlu lagi pergi ke universiti luar negara bagi menguruskan peperiksaan untuk rakyat Malaysia yang merupakan pelajar tahun akhir di sana.
Bagaimana cara untuk memastikan individu mempunyai rekod jenayah tidak diambil bekerja?
Kalau dahulu, kakitangan awam akan menjalani tapisan keselamatan semasa mereka dalam tempoh percubaan iaitu antara satu hingga tiga tahun, sebelum disahkan jawatan. Ini bermakna tapisan dibuat semasa mereka sudahpun masuk ke dalam perkhidmatan awam.Tetapi dengan transformasi yang dibuat, kita melaksanakan tapisan keselamatan sebelum calon menerima surat lantikan. Ini melibatkan tapisan taraf kewarganegaraan, status kebankrapan dan rekod jenayah.
Untuk tujuan itu, kita sudah wujudkan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI) dengan kerjasama polis, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Insolvensi, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta agensi kerajaan lain. Sejak dilancarkan pada tahun lepas, kita telah tapis kira-kira 37,000 pemohon dan terdapat 27 kes yang tersangkut kerana mempunyai rekod tidak memuaskan.
Berapakah jumlah permohonan pekerjaan yang diterima?
Untuk Januari dan Februari tahun ini, kita telah menerima 553,365 permohonan. Sepanjang tahun lepas pula, jumlah permohonan ialah 2.1 juta. Ini adalah satu peningkatan besar dan puncanya besar kemungkinan pertama, mereka tertarik dengan gaji tinggi yang ditawarkan kerajaan. Keduanya, kerana tertarik dengan kemudahan-kemudahan yang diterima pegawai kerajaan dan ketiga, saya percaya mereka tertarik dengan ketelusan sistem pengambilan kakitangan kerajaan oleh SPA.
Pada 2013, kita sudah melantik 60,059 orang sebagai kakitangan kerajaan. Proses pengambilan ini dibuat secara berterusan apabila terdapat kekosongan jawatan.
Apakah langkah untuk menarik lebih ramai bukan Melayu?
Kita telah menyiarkan iklan kekosongan jawatan di akhbar-akhbar Cina dan Tamil serta mengadakan pertemuan dengan wa­kil media terbabit. SPA juga telah mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji penyertaan kaum Cina dan India dan berjumpa dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum itu secara berkala bagi mendapat pandangan mereka mengenai cara-cara menarik bukan Melayu serta mengubah persepsi negatif kaum berkenaan terhadap perkhidmatan awam.
Pegawai SPA juga pergi memberi pene­rangan di institusi pendidikan yang mempunyai ramai kaum Cina dan India seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Tafe. Kita juga telah mengadakan taklimat kerjaya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dengan kerjasama Gabungan Persatuan Cina Malaysia.
Berapakah pecahan angka pengambilan mengikut kaum?
Pada tahun lepas, kita menerima 1.7 juta permohonan daripada orang Melayu; 44,633 Cina; 75,361 India dan 295,461 kaum lain. Pemohon Melayu yang dipanggil temu duga seramai 212,913 orang; daripada jumlah itu hanya 149,906 orang hadir manakala 45,392 orang berjaya mendapat pekerjaan.Peratus kejayaan pemohon Melayu berdasarkan bilangan yang hadir temu duga dengan yang dilantik adalah 30.28 peratus.
Seramai 7,262 pemohon Cina dipanggil temuduga; namun hanya 4,694 orang hadir dan daripada jumlah itu, 2,901 orang berjaya. Peratus kejayaan adalah 61.80 iaitu yang tertinggi. Daripada 7,373 orang pemohon India yang dipanggil temu duga pula, sejumlah 4,960 orang hadir dengan 2,018 orang berjaya memperoleh pekerjaan iaitu kejayaan 40.69 peratus.
Untuk dua bulan pertama tahun ini pula, kita menerima 440,019 permohonan daripada Melayu; 7,763 Cina; 14,622 India dan 90,961 kaum lain.Yang kita telah lantik secara tetap, Melayu sebanyak 3,863 orang; Cina 223 orang; India 324 orang dan kaum lain 848 orang.

246 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 246 daripada 246
Tanpa Nama berkata...

Cibai PT

Tanpa Nama berkata...

Laman yang penuh keanjingan...

Tanpa Nama berkata...

SPM - Straight A+

Tahniah pada yang berjaya...

: Ucapan ini ikhlas drpd wakil CUEPACS...

Tanpa Nama berkata...

Kotex - Fly Tanpa Rase Melekit
Ketom - Fly Tanpa Rase Pening
Kangkung - Fly Tanpa Rase Lapar
MH370 - Fly Tak Jumpa2 . YAAA DUSSS

Tanpa Nama berkata...

Fly the 'cemburu' away....

Tanpa Nama berkata...

KALAU SEMUA YG MENULIS KOMEN DLM NIE DIANGGAP ORG YG SAMA DAN TERUS DILEBAL SBG CEMBURU DGN PIHAK TERTENTU....
YG ON9 KAT DLM NIE BUKANNYA SORANG-DUA DLM SATU MASA....
KADANG CARA PENULISAN/GAYA BAHASA SAMA TP SEBENARNYA ADLH DUA ORG YG BERBEDA....
APA YG DPT DIKLASIFIKASI DISINI, PENGOMENTAR DIATAS MEMPUNYAI SIKAP BURUK SANGKA YG KRONIK....

BUWAHAHAHAHAHAHAHA!!!!....

Tanpa Nama berkata...

cemburu dengan pelaksana or pt lah tu

Tanpa Nama berkata...

KALAU SEMUA YG MENULIS KOMEN DLM NIE DIANGGAP ORG YG SAMA DAN TERUS DILEBAL SBG CEMBURU DGN PIHAK TERTENTU....PAYAHLAH BEB....
YG ON9 KAT DLM NIE BUKANNYA SORANG-DUA DLM SATU MASA....
KADANG CARA PENULISAN/GAYA BAHASA SAMA TP SEBENARNYA ADLH DUA ORG YG BERBEDA....
APA YG DPT DIKLASIFIKASI DISINI, PENGOMENTAR DIATAS MEMPUNYAI SIKAP BURUK SANGKA YG KRONIK....

BUWAHAHAHAHAHAHAHA!!!!....

Tanpa Nama berkata...

CEMERLANG APER NYER...PENURUNAN PENCAPAIAN MATEMATIK DALAM SPM.. BAGUS SANGAT KE GURU NI :).. NTAH-NTAH GURU-GURU NI DUK SIBUK NAK KEJAR TIMEBASED :)

Tanpa Nama berkata...

PTTTUUUUIIII
Kpd semua guru
Bahalul punya guru
Tolol bingung gila cibai
Gong
Pttuuuuiiihhhh!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Yakah? Berapa gaji PT? CEMBURU? Biar betul beb...

Tanpa Nama berkata...

Pukek mak...lanciu cibai lu..ciii ya...

Tanpa Nama berkata...

Baguslah tu... sekurang2nya ada juga hasil yg boleh rakyat lihat. Biasalah tu org kita terkenal dgn sikap malas dan dengki. Kalau semua baik senyap je tapi kelemahan sekecil kuman boleh heboh seluruh dunia. Sama juga kenaikan gaji/bonus, wpun hanya naik 1% / stgh bln gaji tapi berita disebar ke seluruh dunia berbulan lamanya. Samalah dgn ibu ayam yg bertelur sebiji tapi riuh sekampung bunyinya bertekak. Masalah sikit pun jd besar. Dah budaya masyarakat kita yg pemalas. Malas tapi nak mcm2 benda dipermudahkan....

Tanpa Nama berkata...

NAH... INILAH CONTOH ORG YG DAH DISERANG OLEH PENYAKIT CEMBURU KRONIK.....

Tanpa Nama berkata...

Yakah? Oh gitu.... Apa lagi? Bijak....bijak.....

Tanpa Nama berkata...

Gaji PT beso... sama spt gaji pegawai gred JUSA ma....
Sapa2 pun cemburu. Kan...kan..kan...

Tanpa Nama berkata...

Bukan kronik je tapi dah nyawa2 ikan sebab tu ambl kesempatan buat komen gila2 sementara nyawa masih dikandung badan.

Tanpa Nama berkata...

BEHENTI AJER JIKA RASA GAJI KECIL.KERJA SWASTA BYK KERJA KOSONG GAJI PUN BESAR2.KERJA PIUN PUN GAJI CICAH 2K.TRY APPLY LER.

Tanpa Nama berkata...

BEHENTI AJER JIKA RASA GAJI KECIL.KERJA SWASTA BYK KERJA KOSONG GAJI PUN BESAR2.KERJA PIUN PUN GAJI CICAH 2K.TRY APPLY LER.

Tanpa Nama berkata...

Dari gaya text yg memaki hamun ni budak muda dibwh umur 30.Biasalah org muda pasti hdk gaji besar2 tapi dulu2 belajar malas gila.Jika kerja swasta utk yg ada ijazah pun boleh cicah gaji ke 15k sebulan dan yg ada spm pun dgn pengalaman yg lama pun mereka blh cicah gaji hingga ke 5k sebulan.Kerja kerajaan ni gaji kecil walaupun penigkatan itu tak besar dibandingkan swasta.Jika tak caya,try berhenti kerja and minta kerja swasta...Gaji guru kerajaan ciput walaupun dekat pencen barulah hampir cicah 8k tapi swasta mau 12k sebulan.Taraf hidup mangkin meningkat,jadi siapa yg bodoh bangang tak akan kemana kehidupannya dgn gaji yg kecil atas kemalasan mereka semasa zaman belajar dulu.Tapi jika mereka usahakan skrg masih belum terlambat.Jika rasa kerja dgn kerajaan gaji kecil menggiler try apply kerja swasta,pasti dapat apa yg anda hdk...Cuma kena rajinlah tak blhlah mengular mcm kerja kerajaan yer.

PENOLONG JURUTERA berkata...

Bulan Mac 2014, tak masuk lagi nih BACK PAY bagi JA29...

acaner ni... tugas dah dipertanggungjawap oleh ke semua mantan JURUTEKNIK kepada PENOLONG JURUTERA...

apapun x per... sabar menanti...

sabar menanti oleh mantan juruteknik...

- PENOLONG JURUTERA -

Tanpa Nama berkata...

Dasar hidup manusia malas tegar, mulut saja pandai cakap. Kerja kat mana dan dgn sesiapa pun tetap tak akan maju. Biar malas buat kerja bodoh lg elok dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

x score, tapi suruh org jadi scorer dan top scorer........ ? ada ? xda. biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

Tanpa Nama berkata...

Marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Bagai anjing kurap meraung kegatalan tapi gaji tetap sama...

Tanpa Nama berkata...

Cemburu kronik sukar diubati.... trima ja lah gaji ko yg ciput tu. Minggu depan pergi cucuk dinding tapi gaji masih tak naik, kutuk org bukan main hebat...

Tanpa Nama berkata...

Yg sibuk cemburu tu, apa pula kehebatan yg ko ada? Hanya pandai buat komen2 bodoh bukan gaji dinaikkan.

Tanpa Nama berkata...

x score, tapi suruh org jadi scorer dan top scorer........ ? ada ? xda. biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

Tanpa Nama berkata...

soh org score. dia seniri pun x score, bleh plak. sepatutnya dia pun kena scorelah. ye btul, dorang kena skolah.

Tanpa Nama berkata...

Cemburu kerana tak score besar adalah. Pemalas tapi nak hidup kaya. Cemburu kronik tapi tak juga gaji naik. Betul2 dah gila babi..

Tanpa Nama berkata...

Oh gitu rupanya gaji tak cukup makan cemburu kata org tak score. Yg score pun bodoh kerana pilih kerja pun tak pandai lalu pilih kerja bodoh. Betul2 raja segala bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Yg score tapi pilih kerja yg bergaji bodoh, apa citer? Itulah raja segala bodoh namanya bro.... Yg tak score tak bijak memilih.... terbaik. Yahooooooo......google...... kebabooooo. Sedapnya.

Tanpa Nama berkata...

hangpa upsr pun x score, pastu sebok nak soh org score. bole ka lagu tu no. bila komplen, depa soh kita ajaq seniri. bukannya depa nak baiki. cthnya, kita komplen jln belubang, bukannya depa nak dtg tampai jln. depa soh kita plak jd jurutera jln. lagu mn nak habaq pun cek x taw la. ? ada ? xda. biaq bodo wat keja bodo, pandai wat keja pandai. hohoho.

REAL VS SUBSIDI berkata...

ADUSSS. GROUP SUBSIDI NI WAT SOMAK YO LAH. BUKAN APA, SAJA NAK PROVOK YO TU.



Tanpa Nama berkata...

Sbg seorang kump pelaksana yg dpt gaji bodoh telah diselamatkan dgn subsidi BR1M. Kerana aku bodoh lahir dan batin lah yg menyebabkan aku layak menerima BR1M. Bagus duduk mengemis ditepi jln.

Tanpa Nama berkata...

Sebab kuli2 bodoh malas bekerja. Yg bodoh pun nak menjadi bos. Inilah perangai manusia sampah dari budak kecik hingga besar tetap kekal bodoh. Mohon kerja bodoh dpt gaji bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Seronoknya gaji dan gred aku semakin naik. Hang pa da? Penyibuk pilih kerja yg besar gaji pun bodoh dah sah memang layak dpt gaji bodoh selamanya. Hihahihahihahiha....... yessss

Tanpa Nama berkata...



hangpa upsr pun x score, pastu sebok nak soh org score. bole ka lagu tu no. bila komplen, depa soh kita ajaq seniri. bukannya depa nak baiki. cthnya, kita komplen jln belubang, bukannya depa nak dtg tampai jln. depa soh kita plak jd jurutera jln. lagu mn nak habaq pun cek x taw la. ? ada ? xda. biaq bodo wat keja bodo, pandai wat keja pandai. hohoho.

Tanpa Nama berkata...

BUWAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!....

Tanpa Nama berkata...

Yg tak score bijak buat pilihan dpt jawatan yg bergaji lumayan. Yg peliknya, ada yg mengaku pandai dan asyik cemburu, bodoh memilih jawatan maka dptlah gaji bodoh. Dah bodoh dari kecil sampai tua bangkak tetap bodoh. Bodoh + pemalas + cemburu = gaji tak cukup makan = menjadi anjing kurap.

Tanpa Nama berkata...

Ulang kireja kirajaan mimang lanciu dan cincai punya urang. Ari2 mau minta gaji naik, kireja malas. Lu pegi pijabat tengok dia urang main ular.... manyak cireta sama kawan, main itu talipon. itu mcm mau gaji besat? kong pun bo yong...

THE REAL PJ J29 WITH DIPLOMA berkata...

PENOLONG JURUTERA berkata...

Bulan Mac 2014, tak masuk lagi nih BACK PAY bagi JA29...

acaner ni... tugas dah dipertanggungjawap oleh ke semua mantan JURUTEKNIK kepada PENOLONG JURUTERA...

apapun x per... sabar menanti...

sabar menanti oleh mantan juruteknik...

- PENOLONG JURUTERA -

Jumaat, Mac 21, 2014 5:16:00 PTG

-----------------------------

kpd PJ JA29 subsidi di atas.
nko reti saba ker x??? xsaba2 nk tuka kete? nk upgrade itu ini?? hah??? lekkk baiii.. nnt lu dpt ler backpay tuh.

mmg dasar subsidi. blaja mls, sume nak best jer!

Tanpa Nama berkata...

Backpay...backpay... subsidi BR1M lah tu. Mujur ada subsidi BR1M dpt juga berhenti menyalak dan menyanyi lagu bangau oh bangau.

Tanpa Nama berkata...

kassim ( skim perkhidmatan X ): nassier, hang dengaq betui2 no. kalu hang nak skor lah.

nassier: sy akan cuba sedaya upaya sy, en kassim.
nak tnya skit bleh x en kassim......

kassim: hang nak tnya pa? buleh eh, no prob.

nassier: en kassim dlu pun skor jgk ka?......

kassim: sy......sy......sy......

kantoi la tue, x score......hohohohohohohoho......

Tanpa Nama berkata...







BUWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!....

Tanpa Nama berkata...

Anjing gila sdg menyanyikan lagu bangau oh bangau. Bijak tapi pilih kerja bodoh. Bijak terlampau bodoh... Dpt kerja pun guna ehsan/subsidi bukan kerana pandai... Hapuskan kuota kaum.. Biar yg rajin dan pandai saja dilantik.

Mahmood Adam berkata...

syabas kepada admin blog cuepacs ni kerana akhirnya sudah pandai untuk buang 'anonymous comment' dan menggunakan login gmail. barulah beruk-beruk yang berkeliaran dalam ni selama ni tak dapat sesuka hati membuat komen dalam ni!

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 246 daripada 246   Terbaru› Baru»