SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 November 2014

KENIAKAN GAJI TIDAK KURANG 10 PERATUS WAJAR DIBERI PERTIMBANGAN

Bernama
22/11/2014
Oleh Nurulhuda Che Das


Datuk Azih Muda


KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kenaikan gaji tidak kurang daripada 10 peratus wajar diberi pertimbangan kerajaan dan majikan swasta sejajar dengan peningkatan produktiviti dan prestasi para pekerja di negara ini, demikian menurut kesatuan pekerja sektor awam dan swasta.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata kenaikan gaji juga harus sesuai dengan kenaikan kos sara hidup semasa, khususnya kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Selain faktor kemampuan untuk menyara kehidupan seharian, Azih berkata seseorang pekerja khususnya penjawat awam juga perlu sekurang-kurangnya mampu membeli rumah dan menyara pendidikan anak-anak dengan gaji yang diterima.

"Gaji ini diukur daripada perkara tertentu seperti pencapaian akademik, pengalaman dan juga kebolehan seseorang pekerja itu, (selain itu) gaji juga harus dilihat berdasarkan kos sara hidup.

"Tetapi hari ini kita lihat gaji pekerja tidak mampu untuk menampung itu semua (kos sara hidup)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut laporan kajian oleh Institut Penyelidikan Khazanah yang dibentangkan Isnin, kenaikan gaji pekerja adalah perlu, memandangkan produktiviti pekerja di Malaysia terus meningkat sejak tahun 1960.

Pengarah Urusan institut itu, Datuk Charon Mokhzani dilaporkan berkata, sejak lebih 50 tahun lepas, paras produktiviti pekerja sentiasa me-lebihi paras gaji yang diberikan majikan, dan sejak itu juga pe-ningkatan pembayaran gaji sentiasa tidak setimpal dengan pertumbuhan produktiviti pekerja.

Keadaan itu membuatkan gaji dan faedah yang dirasai oleh pekerja hanya sekitar 33 peratus sahaja daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala selebihnya dinikmati syarikat bersama pemegang---peme-gang kepentingan sesebuah entiti tersebut, kata Charon.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam yang senada dengan Azih berkata kenaikan gaji lebih daripada 10 peratus boleh membantu Malaysia mencapai taraf negara maju.

Kenaikan itu juga katanya akan merangsang pertumbuhan ekonomi kerana ia dapat meningkatkan kuasa membeli pengguna.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan pula berbeza pendapat apabila mengatakan peningkatan sebenar produktiviti tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan kenaikan gaji tahunan yang diberikan kepada pekerja.

Sebagai contoh, beliau berkata, menurut laporan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), purata kenaikan produktiviti pekerja adalah kira-kira 2.5 peratus dalam 10 tahun kebelakangan ini.

"Tetapi kalau kita lihat kenaikan gaji tahunan yang diberikan kepada pekerja terutamanya sektor swasta ialah sebanyak lima hingga enam peratus setiap tahun.

"Ini sudah tentu melebihi kadar peningkatan produktiviti berkenaan dan kadar itu juga harus dibandingkan dengan kadar sebenar produktiviti yang kita ada pada masa ini, yang mana tahapnya adalah kira-kira tujuh kali lebih rendah daripada di Amerika Syarikat dan Jepun.

"Jadi kalau kita ingin mengatakan bahawa peningkatan gaji itu tidak tinggi kalau dibandingkan dengan nilai produktiviti, itu adalah sesuatu yang tidak benar," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai satu lagi laporan kajian Institut Penyelidikan Khazanah yang menyebut harga rumah yang boleh dibeli berdasarkan gaji median tahunan rakyat Malaysia masih lagi mahal daripada yang sepatutnya, Shamsuddin berkata kerajaan bertanggungjawab untuk mengawal harga berkenaan supaya harga rumah mampu untuk dimiliki.

Gopal Kishnam pula berpendapat kerajaan seharusnya membina lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, memandangkan harga rumah ditentukan oleh pasaran semasa.

-- BERNAMA

20 ulasan:

aaron4181 berkata...

Saya 1st..ahahaa

Unknown berkata...

Kepada kepimpinan CEUPACS, bila nak selesai isu semakan semula skim yang kononnya bulan Jun 2014 dah selesai, sekarang dah nak masuk tahun 2015, langsung tak tahu hujung pangkal. Najib yang kononnya nak jumpa dan bincang pasal isu semakan semula skim ini dah panggil ke CEUPACS untuk bincang pasal hal ini?

Kalau pimpinan atasan perangai macam haram jadah, bersekongkol dengan pegawai atasan yang sentiasa menindas penjawat atasan bawahan, apa nak jadi dengan sektor perkhidmatan awam di negara ini?

Sila Azih Muda selaku Presiden CEUPACS menjelaskan berhubung perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Unknown berkata...

Penjawat awam mahu tahu pasal isu penambahbaikan skim, kalau kepimpinan CEUPACS tak mampu nak menyelesaikan isu ini dengan pihak kerajaan, maka lebih baik kepimpinan CEUPACS sedia ada letak jawatan sahajalah.

Dahulu kemaruk sangat nak jawatan, dah ada jawatan tak tahu nak melaksanakan tugas pula, apa kejadah semua ini?

Sila Azih Muda komen pasal hal ini, kau dengan geng-geng kau sedaplah dapat kenaikan gred, malahan kau dapat gelaran Datuk lagi, penjawat awam lain dapat penipuan dari kamu semua sahajalah.

Unknown berkata...

Azih Muda, letak jawatan sebagai Presiden CEUPACS sahajalah, kalau kau sendiri tak mampu nak bela penjawat awam, apa guna jadi Presiden CEUPACS lagi? Malahan kau dah puas dapat naik gred ke N36, lepas tu dapat gelaran Datuk pula, puaslah kau, yang jadi mangsa hanya kakitangan awam yang jadi mangsa penipuan kau dan kuncu-kuncu kau sahajalah.

Unknown berkata...

Macam hal dah Presiden Cuepacs uruskan. Banyak statement Datuk Presiden boleh diikuti sebelum ini.

Keresahan PA semakin parah sehingga kekadang PA menyatakan perasaan di bawah sadar.
Pengharapan PA kpd Cuepacs amat tinggi dan ini mengancam kredibiliti pemimpin Cuepacs jika ianya tidak tertunai.

Mohon penjernihan dibuat oleh Datuk Presiden kepada soal utama yang telah DIJANJIKAN oleh kerajaan mengenai 252 Skim Perkhidmatan yang sedang dikaji semula dan ditambah baik.

Semua PA menanti suara emas Datuk Presiden dalam hal ini.

Semuga semua PA akan sentiasa waras dan bertahan dgn dugaan ini.

Unknown berkata...

biarkan cuepacs dgn angan-angan mat jeninnya..atau biarkan saja cuepacs terjun dgn labunya..biarkan..biarkan..kempimpinan cuepacs sudah tak mampu lg nk bela nasib PA..ini fakta,,




Unknown berkata...

Cuepacs harus panggil semua pemimpin kesatuan dan ahli yang terlibat dengan skim perkhidmatan yang belum ditambahbaik berhimpun dan dengar suara hati ahli. Jangan biarkan JPA atau kerajaan permainkan isu ini hingga berlarutan. Yang pasti jika skim ini ditambahbaik misti tarikh kuatkuasa adalah sama dengan yang terdahulu. Jika perlu piket kami sanggup keluar berpiket. Ayuh pemimpin Cuepacs.

Unknown berkata...

isu kenaikan GAJI serta ELAUN RUMAH (rm180) sangat wajar direalisasikan kerana telah lama tertangguh.
Adakah kerana golongan pelaksana perlu ditangguhkan,sangat tak wajar.
Golongan pelaksana juga penjawat awam yang terhimpit kenaikan kos harian.
Justeru,naikkan gaji dan elaun rumah....terima kasih tuan PRESIDEN CUEPACS dan berjuanglah.

Unknown berkata...

pasti kan penyelarasan gaji 10% dapat dlaksana pada tahun depan.Usaha bersungguh-sungguh.

Unknown berkata...

usahakan kenaikan gaji 10% pada tahun hadapan

FULL Movies/Drama Online - BudakGemok[dot]com berkata...

hmm...bile le agaknya..main timbang2 la jawabnye kawan-kawan..xsah berharap sangat..yg naik hargo minyak jo..tu kompom


** Tonton Movie/Drama dengan Percuma secara online **

Unknown berkata...

tiap tahu asyik semak gaji ja..tpi tak juga naik2..

Made in Pahang berkata...

Sembang je lebih...hasil tak der
hampeh....

ArD501 berkata...

Memang hampeh pun...

musimpanas berkata...

Jangan harap la nak naik gaji. Gaji pak menteri naik aku pecaya.

Unknown berkata...

assalamualaikum...boleh x sapa2 sahkan berita yang dilaporkan dalam sinar harian koulum bisnes muka surat 16 yang menyatakan potongan melalui ANGKASA bakal dikenakan GST tahun depan ...ANGKASA telah merayu tapi keputusannya hanya kan diperolehi pad aApril 2015...Nangis la kami golongan penjawat awam yang bergaji rendah ni...

shawn berkata...

kalau nak komen, takyah sopan sngt. kadang2 bila sopan sngt, org tu buat tak tau jer. kena kurang ajar sikit. baru diaorang berakal. penambahbaikkan skim J sebelum ni ambik masa berapa lama? 2-3 tahun baru selesai. korang ingat 252 penambahbaikkan ni, kerajaan nak layan sngt ker? aku mmg tak harap kerajaan bersungguh2 nak bela nasib PA yg majoritinya bangsa melayu ni. waktu berkempen, mcm sayang sngt dgn nasib melayu. dah menang PRU, buat tak tau je. endah tak endah jer. masa ekonomi negara berada dalam tahap terbaik tahun 90-an dulu, berapa banyak bonus PA dapat? entah sebulan, entah 2 bulan... pada tahap sekarang, usah harap kerajaan nak bagi apa2. setakat cuti kematian yg kerajaan tak perlu keluar duit, boleh la dia bg... aku tolak ceupacs, aku tolak kerajaan. biar pembangkang tawan putrajaya. sekurang-kurangnya diaorang faham apa yg penjawat awam ingin sampaikan. PA ni bukan apa pun pada mereka. jadi slat dan anjing je pada kerajaan.

shawn berkata...

kita tak perlu bersatu dlm ceupacs atau mtuc untuk perjuangkan nasib kita. lbh baik kita bersatu dlm PRU akan datang untuk menolak kerajaan pemerintah supaya kerajaan diperintah oleh parti lain yg lebih prihatin dan faham masalah kita. tengok PA kerajaan selangor. banyak manfaat diorang dapat bila pembangkang memerintah. org dok putrajaya je bengap sangat. bagi kuih raya, songkok, samping, kain pelikat, batik baju raya, hand beg... dah boleh bg undi... senang sangat kena beli... yelah... orang susah la katakan...

shawn berkata...

kita tak perlu bersatu dlm ceupacs atau mtuc untuk perjuangkan nasib kita. lbh baik kita bersatu dlm PRU akan datang untuk menolak kerajaan pemerintah supaya kerajaan diperintah oleh parti lain yg lebih prihatin dan faham masalah kita. tengok PA kerajaan selangor. banyak manfaat diorang dapat bila pembangkang memerintah. org dok putrajaya je bengap sangat. bagi kuih raya, songkok, samping, kain pelikat, batik baju raya, hand beg... dah boleh bg undi... senang sangat kena beli... yelah... orang susah la katakan...

shawn berkata...

kalau nak komen, takyah sopan sngt. kadang2 bila sopan sngt, org tu buat tak tau jer. kena kurang ajar sikit. baru diaorang berakal. penambahbaikkan skim J sebelum ni ambik masa berapa lama? 2-3 tahun baru selesai. korang ingat 252 penambahbaikkan ni, kerajaan nak layan sngt ker? aku mmg tak harap kerajaan bersungguh2 nak bela nasib PA yg majoritinya bangsa melayu ni. waktu berkempen, mcm sayang sngt dgn nasib melayu. dah menang PRU, buat tak tau je. endah tak endah jer. masa ekonomi negara berada dalam tahap terbaik tahun 90-an dulu, berapa banyak bonus PA dapat? entah sebulan, entah 2 bulan... pada tahap sekarang, usah harap kerajaan nak bagi apa2. setakat cuti kematian yg kerajaan tak perlu keluar duit, boleh la dia bg... aku tolak ceupacs, aku tolak kerajaan. biar pembangkang tawan putrajaya. sekurang-kurangnya diaorang faham apa yg penjawat awam ingin sampaikan. PA ni bukan apa pun pada mereka. jadi slat dan anjing je pada kerajaan.