SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Disember 2014

DEWAN NEGARA: KERAJAAN PERTIMBANG SEMAK KADAR ELAUN RUMAH PENJAWAT AWAM TAHUN DEPAN

Bernama
18/12/2014



KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan mempertimbang untuk menyemak semula kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) penjawat awam pada tahun hadapan, selepas kali terakhir imbuhan itu disemak pada 2005.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kerajaan prihatin menjaga kebajikan penjawat awam dengan membuat semakan gaji dan elaun dari semasa ke semasa supaya ia sejajar dengan kos sara hidup.

"Pada tahun hadapan, kerajaan akan mempertimbang semula semakan kadar ITP ini sejajar dengan kos sara hidup semasa. Namun begitu, ia bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani yang bertanya sama ada kerajaan bercadang menaikkan elaun perumahan bagi penjawat awam di negara ini.

Shahidan berkata ITP ditentukan mengikut gred perkhidmatan pegawai, dan ia diberikan kepada penjawat awam yang tidak menduduki rumah kerajaan atau rumah yang disewa oleh kerajaan.

Semakan terakhir kadar ITP pada 1 Januari 2005 telah menetapkan kadar ITP bagi kumpulan pelaksana dinaikkan daripada RM135 kepada RM180 sebulan, katanya.



-- BERNAMA

3 ulasan:

Unknown berkata...

inilah saluran harmoni penjawat awam sokongan..
Harap menjadi realiti tentang kenaikan elaun rumah pada tahun 2015 sejajar dengan kehadiran GST.
Tuan Presiden Cuepacs...tegaskan agar kenaikan GAJI DAN ELAUN RUMAH JADI REALITI PADA TAHUN 2015.

HARAPAN..2015

Unknown berkata...

Isu skim apa cerita? Tipu dari semasa sahajalah.

Kerajaan akan kaji berdasarkan keadaan kewangan untuk naikkan elaun penjawat awam, tetapi bila naikkan elaun ahli parlimen, ahli dewan negara, tak kaji pula kedudukan kewangan negara.

Inilah kerajaan Barisan Najib, merosakkan perkhidmatan awam.

Unknown berkata...

Mohon juga dipertimbangkan tuntutan Elaun Kenderaan dimana bagi saya perlu disemak semula dengan segera disebabkan harga minyak telah naik berkali-kali dengan senggara yang juga meningkat. Ini kerana ada jabatan kerajaan seperti jabatan saya dimana para pegawai termasuk saya menggunakan kenderaan sendiri setiap hari untuk tugasan rasmi seperti pendaftaran, pemeriksaan ulangan, audit dan lain-lain aktiviti jabatan. Oleh itu, saya memohon sangat agar semakan segera ke atas Tuntutan Elaun Kenderaan di naikkan sesuai dengan harga minyak dan kos senggara yang ditangung sendiri.