SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Disember 2014

PENJAWAT AWAM DIMINTA NILAI PRESTASI TUGAS SEPANJANG 2014

Bernama
1/12/2014


KANGAR, 1 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini meminta para penjawat awam di negeri ini menilai prestasi tugas mereka sepanjang tahun ini untuk dijadikan panduan dalam meneruskan tugas menjelang tahun baru 2015.
Beliau berkata jika berdasarkan penilaian mereka rasa tugas masih kurang memuaskan, mereka harus menanam tekad untuk meningkatkan lagi kualiti kerja.

Jika merasakan sudah baik harus dipertingkatkan lagi sebaik sahaja memasuki tahun baru tidak lama lagi, katanya.

Beliau berucap pada perhimpunan bulanan untuk kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan bagi sesi terakhir 2014.

Perhimpunan dihoskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis di Dewan Warisan di sini.

"Kita juga perlu membuat penilaian sejauh mana sumbangan kita kepada masyarakat dan negeri lebih-lebih lagi dalam memenuhi visi menjadikan Perlis Maju 2015," ujarnya.

Menteri Besar berkata, Perlis meletakkan 53 indikator untuk dibuat penilaian bagi mengisytiharkan Perlis Maju 2015.

Setakat ini 43 indikator sudah diperolehi dengan keyakinan akan memperolehi 47 atau 48 indikator menjelang tahun baru.

Katanya, pengukuran negeri maju bukan dilihat kepada terbinanya bangunan tinggi dan rumah batu di sana sini.

Tetapi banyak lagi penilaian lain diambil kira seperti kebersihan, keselamatan, ekonomi dan peningkatan pendapatan penduduk, kata beliau.

Sebelum itu, Pengarah Kastam Negeri, Datuk Mohd. Pudzi Man juga memberi jaminan JKDM Perlis turut membantu negeri ini dalam menjayakan Perlis Maju 2015 khusus dalam pungutan hasil di samping membantu menambah pendapatan negara.

Katanya, sasaran JKDM Perlis tahun ini mengutip hasil RM142 juta dan hingga semalam sebanyak RM122.4 juta jumlah kutipan hasil sudah diperolehi.



Diharapkan tempoh sebulan lagi jabatan akan mampu memenuhi sasaran dengan kebanyakan hasil dipungut di pusat pemeriksaan kastam Padang Besar, kata beliau.



-- BERNAMA

4 ulasan:

Unknown berkata...

Aku 1st...he2..xkn nak nikai pretasi ja kerajaan asyik tangguh ja nak naikan elaun rumah&gji..harga barang&rumah dh meningkat

Unknown berkata...

Kepimpinan CEUPACS juga kena nilai prestasi tugas sendiri sepanjang mendapat kuasa dalam CEUPACS selama ini.

Isu skim masih tunggang langgang, isu perumahan / kuarters di bandar masih lagi tunggang langgang.

Kata nak diselesaikan pada Jun 2014, tetapi kini dah Disember 2014, tak lama lagi masuk tahun 2015, apa semua ini?

Pihak CEUPACS, JPA, serta pihak kerajaan juga perlu nilai diri sendiri untuk membuat dasar yang munasabah terhadap sektor perkhidmatan awam, jangan buat dasar yang menungganglangggangkan perkhidmatan awam, kerana macam mana nak jalankan tugas kalau struktur hirarki pun dah caca marba, aliran tugas pun dah caca marba. Silalah ambil perhatian. Sekian, terima kasih.

Unknown berkata...

ke mana pergi isu kenaikan gaji dan elaun rumah....terutama golongan pelaksana yang dihimpit pelbagai kenaikan kos barangan.

Harap pihak CUEPACS perjuangkan isu jadi realiti

Bukan lagi pertimbangan...kerana ianya telah lama

ArD501 berkata...

Dah syok terima elaun so senyapla..spala kita nie kuli saja..