SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Disember 2014

SEKTOR AWAM PERLU LAKUKAN TRANSFORMASI UNTUK HADAPI CABARAN - KSN

Bernama
25/11/2014


KUCHING, 25 Nov (Bernama) -- Sektor awam di negara ini, yang menghadapi cabaran berbeza daripada sedekad lepas, perlu melakukan perubahan, transformasi dan bersifat inovatif dari segi pendekatan agar tidak ketinggalan zaman, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata sejajar dengan itu, pelaksanaan transformasi dalam sektor awam menjadi fokus utama sejak beberapa tahun kebelakangan bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan perubahan yang berlaku.

"Orang sering bertanya sama ada kita (sektor awam) masih relevan kerana perubahan menunjukkan kita perlu relevan sepanjang masa," katanya ketika merasmikan Persidangan Sektor Awam Sarawak 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata orang sekarang bijak menilai dan mahukan perkhidmatan yang cepat, cekap dan berkesan kos untuk memenuhi keperluan serta jangkaan mereka.

"Pada waktu yang sama, kemunculan media sosial memaksa kita berdepan dengan maklum balas positif dan negatif secara masa nyata, manakala jangkaan untuk mendapat respons tepat pada waktunya, walaupun bukan pada waktu itu juga, adalah lebih tinggi daripada sebelum ini.

"Di peringkat institusi pula, kita menghadapi kekangan fiskal yang mencabar kita untuk melipatgandakan perkhidmatan kepada rakyat dengan menggunakan sumber yang berkurangan," katanya.

Sejajar dengan itu, Ali menggesa semua penjawat awam supaya berani melakukan transformasi terhadap sektor awam dan tidak mengutamakan kenaikan gaji semata-mata, tetapi hasil yang besar dan lestari dalam bentuk perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai, peningkatan produktiviti dan kecekapan serta pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata Malaysia memiliki sektor awam yang kukuh, dinamik dan bingkas, yang mampu menggerakkan negara ini ke hadapan melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan sepanjang tahun hingga membolehkannya mencapai pertumbuhan besar serta berdaya saing di peringkat global.

"Kita perlu terus kurangkan kerenah birokrasi dan memperkenalkan pembaharuan yang boleh meningkatkan kecekapan, meminimumkan kos dan menambah produktiviti," katanya.

Ali memuji Perkhidmatan Awam Sarawak kerana mempunyai wawasan - 'Untuk Menjadi Perkhidmatan Awam Kelas Dunia', yang kata beliau agak sama dengan wawasan Kanada 'perkhidmatan awam kelas dunia yang bersedia berkhidmat kepada Kanada dan rakyatnya kini dan pada masa akan datang'.

Beliau berkata setakat ini tiada negeri lain di Malaysia mempunyai rancangan untuk melakukan transformasi terhadap perkhidmatan awam masing-masing.

-- BERNAMA

11 ulasan:

Unknown berkata...

Penjawat awam memerlukan transformasi GAJI bagi menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup, itu sepatutnya tajuk di atas, malangnya segala tuntutan cuepac tidak di dengari oleh pihak kerajaan

Kagumas berkata...

Transformasi apa lg mamu? Dh lama la perkataan tu dh basi. Kami mau gaji yg setimpal dgn kos sara idup hari ni. Sepatutnya gaji dah naik 50% jika nk dibanding dengan kuasa membeli. Gaji tak naik, elaun pun baru nak kaji, lagi dok suruh transform apa deyy? Mau dok katok kasuk kat dahi hang tu baru cargass buat kerja! Kaji...kaji...kaji... org tak belajar tinggi pun tau kos sara hidup naik. Tp PTD bangang masih kaji...kaji...kaji...

yan_74 berkata...

kau senang cakap dato..kau rumah orang sedia..dredar ko ada..nak makan ko minta je..belum sampai hujung bulan gaji ko kat bank tak luak masuk lagi gaji baru..kami tgh bulan dah hidung2 nafas kami...tranformasi dulu gaji kami..baru nak ckp transformasi yang lain2 tu....

Unknown berkata...

lakukan dulu tranformasi gaji dan elaun rumah sesuai keadaan semasa...
barulah penjawat awam pelaksana akan dapat laksanakan transformasi

KOS SARA KEHIDUPAN PENJAWAT AWAM SANGAT WAJAR DIPUTUSKAN TERUTAMA GOLONGAN PELAKSANA..

Kagumas berkata...

Ni bila nk bg bonus? Nak tunggu gaji bulan Jan 2015? Kami byk nk guna duit. Kaum keluarga kena banjir. Nk kena bagi bantuan untuk ringankan beban. Dah laa brg semua dh naik dan bg beban... ni kena tanggung lagi. Kalau prihatin agihkan bonus tu SEGERA...

Unknown berkata...

Transformasi minta pegawai atasan yang tamak dan suka menindas kakitangan berpangkat rendah macam mana Tan Sri Ali Hamsa?

Macam isu pendidikan dalam pekerjaan, kalau pegawai tinggi boleh dapat biasiswa bergaji penuh, tetapi penjawat awam pangkat rendah sudahlah kena bayar yuran dan kos pengajian sendiri, cuti pun tanpa gaji. Inilah yang perlu ditransformasikan oleh pegawai tinggi supaya jangan nak tamak sangat hingga menindas penjawat awam pangkat rendah.

Malahan isu skim bila nak diselesaikan, dulu kata bulan Jun 2014, sekarang dah hujung bulan Disember 2014, beberapa hari lagi nak masuk tahun 2015, apakah nak diteruskan drama kajian demi kajian untuk terus menipu para penjawat awam yang diabaikan dan diainaya dalam semakan skim yang terdahulukah?

Macam pegawai atasan nak cakap pasal integriti, sedangkan diri mereka pun tak berintegriti bila menipu dan terus menipu pasal isu skim ini.

Sedarlah semua.

Unknown berkata...

Perkhidmatan awam bertaraf dunia adalah perkhidmatan awam yang tak dicampurtangan oleh orang-orang yang tak berkenaan kononnya ada kuasa dan pangkat nak masuk campur urusan perkhidmatan awam dengan menyekat kerja penguatkuasaan dan kelulusan itu dan ini.

Kalau selagi ada campur tangan pihak-pihak yang tak sedar diri itu, bukannya bertaraf dunia, tetapi hanyalah bertaraf jamban sahajalah. Saya bukannya menghina penjawat awam, tetapi mentaliti orang-orang yang gila kuasa yang suka masuk campur urusan perkhidmatan awam kerana pangkat dan kuasa yang mereka ada yang digunakan secara salah untuk kacau urusan perkhidmatan awam, itulah mentaliti mereka yang bertaraf jamban.

Ada berani pihak JPA dan pihak KSN sendiri mengharapkan segala surat sokongan dan mengambil tindakan laporan polis jika ada pimpinan dan golongan tertentu yang menggunakan surat sokongan untuk 'mengugut' penjawat awam supaya mengikut kehendak kuncu-kuncu mereka?

Kalau tak berani buat perubahan demikian, tak payah cakap pasal cabaran, kerana ia hanya bertaraf jamban sahajalah.

Sedarlah diri.

Unknown berkata...

Perkhidmatan awam bertaraf dunia adalah perkhidmatan awam yang tak dicampurtangan oleh orang-orang yang tak berkenaan kononnya ada kuasa dan pangkat nak masuk campur urusan perkhidmatan awam dengan menyekat kerja penguatkuasaan dan kelulusan itu dan ini.

Kalau selagi ada campur tangan pihak-pihak yang tak sedar diri itu, bukannya bertaraf dunia, tetapi hanyalah bertaraf jamban sahajalah. Saya bukannya menghina penjawat awam, tetapi mentaliti orang-orang yang gila kuasa yang suka masuk campur urusan perkhidmatan awam kerana pangkat dan kuasa yang mereka ada yang digunakan secara salah untuk kacau urusan perkhidmatan awam, itulah mentaliti mereka yang bertaraf jamban.

Ada berani pihak JPA dan pihak KSN sendiri mengharamkan segala surat sokongan dan mengambil tindakan laporan polis jika ada pimpinan dan golongan tertentu yang menggunakan surat sokongan untuk 'mengugut' penjawat awam supaya mengikut kehendak kuncu-kuncu mereka?

Kalau tak berani buat perubahan demikian, tak payah cakap pasal cabaran, kerana ia hanya bertaraf jamban sahajalah.

Sedarlah diri.

Unknown berkata...

Tragedi di Cameron Highland tak berlaku jika tiada campur tangan golongan tertentu yang buat kerja salah makan rasuah hingga akhirnya penjawat awam yang disalahkan, yang buat kerja betul dikenakan tindaka pindah ke tempat lain, yang jadi kerbau dicucuk hidung dikekalkan di tempat itu untuk menjadi pecacai kepada golongan-golongan tersebut.

Sedarlah bahawa jika selagi ada golongan yang suka masuk campur dalam urusan perkhidmatan awam, suka menyekat dan menggangu tugas penjawat awam dalam urusan penguatkuasaan serta memaksa penjawat awam membuat keputusan memihak kuncu-kuncu mereka dalam permohonan tertentu, maka jangan haraplah perkhidmatan awam Malaysia akan bertaraf dunia, hanya bertaraf jamban sahajalah, kerana adanya orang yang mentaliti bertaraf mangkuk jamban yang suka kacau perkhidmatan awam di negara ini.

Sedarlah.

Unknown berkata...

Meningkat kecekapan dan prodoktiviti jadah apanya sedangkan gangguan golongan yang suka masuk campur dalam perkhidmatan awam masih berterusan, pihak JPA, KSN buat-buat buta pasal ini kerana nak menjaga kedudukan masing-masing.

Kalau pihak atasan sendiri tak berintegriti, nak cakap pasal integriti dengan penjawat awam pangkat rendah macam mana? Sebab yang pangkat tinggi, yang pegawai besar, yang golongan atasan sendiri pun yang menjadi tok guru mengajar perbuatan buruk seperti makan rasuah, menyeleweng dan sebagainya.

Isu surat sokongan, apakah perlunya surat sokongan ini kerana akan menyebabkan pecah amanah dalam sesuatu permohonan. Tetapi apakah peranan KSN sendiri dalam isu ini yang hanya buat tak peduli sahaja, datang surat warna warni, datang surat dari datuk itu datuk ini, yb itu yb ini, semuanya menyebabkan perkhidmatan awam jadi caca marba dan tunggang langgar serta melanggar integriti.

Memang keras tulisan saya ini kerana saya sudah benci dengan golongan yang bermuka-muka cakap pasal integriti, cakap pasal amanah, sedangkan mereka inilah yang mencabul integriti, yang merosakkan amanah serta memaksa penjawat awam pangkat rendah ini serta penjawat awam pangkat tinggi yang jujur menjadi tidak jujur seperti mereka.

Sedarlah semua.

Sekali lagi cabaran saya kepada KSN, jangan cakap pasal integriti dan tranformasi itu ini sedangkan pihak KSN sendiri tak mahu berubah dan masih menjadi kerbau dicucuk hidung golongan yang suka ganggu perkhidmatan awam di negara ini. Kalau berani dan benar-benar ikhlas, sila keluarkan pekeliling yang mengharamkan terus sebarang surat sokongan dari mana-mana pihak tak kiralah surat warna warni ke, surat yb ke, untuk memastikan integriti terpelihara. Kalau tak sanggup nak buat begitu, jangan sebutlah pasal perkhidmatan bertaraf dunia kerana cara yang diamalkan adalah cara bertaraf jamban dan bertaraf taik sahajalah. Sedarlah semua.

Muhammad Hafiz Yunus berkata...

Assalamualaikum
jika seorang pekerja awam melakukan transformasi, apakah pihak kerajaan dapat menilai dan memberi upah yang selayaknya? Jika sebelum diterima bekerja, gaji dinilai berdasarkan kelayakan apakah selepas bekerja gaji diterima berdasarkan pencapaian? Perkhidmatan yang baik kepada rakyat pastinya rakyat tidak akan marah jika cukai yang dikutip adalah tinggi kerana perkhidmatannya adalah berbaloi. Oleh itu, untuk mendapat pencapaian yang terbaik siaitem bekerja dalam perkhidmatan awam perlu ditambah baik. Tidak boleh lagi menggunakan cara lama, seharusnya gaji dinaikkan berdasarkan mutu perkhidmatan secara individu bukan lagi secara beramai-ramai. Contoh: anugerah khidmat cemerlang diberi secara bergilir gilir di sesetengah tempat. Secara logiknya, orang cemerlang pasti dia akan cemerlang setiap tahun tapi apabila diberi secara giliran sudah pasti menjejaskan komitmennya. Kerajaan perlu mengubah pemberian gaji berdasarkan pencapaian sebagaimana syarikat swasta melaksanakannya. Tiada masalah bajet tiada, keuntungan tiada kerana banyak perniagaan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan keuntingan untuk melaksanakan semua perkara. (Contoh: tak boleh naik gaji kerana pendapatan negara kurang) sistem reward wang tunai perlu diwujudkan untuk melonjakkan kemampuan yang maksimum terhadap 1.2 juta pekerja awam yang ada. Jangan mensia-siakan tenaga kerja yang ramai ini, perlu setiap peringkat mendapat penghargaan atas pencapaian melalui pemberian kenaikan gaji kepada kakitangan yang cemerlang.