Utusan Malaysia
21 Februari 2015 5:00 PM
Azih Muda
KUALA
LUMPUR 20 Feb. – Suatu perkara yang amat menyedihkan apabila kira-kira
95 peratus penjawat awam yang menjadi mangsa penipuan dalam kes
pembelian rumah tidak siap adalah Melayu.
Menurut Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda,
potongan gaji penjawat awam yang terbabit telah dilakukan sejak tahun
2011, namun sehingga hari ini rumah yang dibeli tiada perkembangan yang
positif dan ada yang masih terbengkalai.
“CUEPACS melihat perkara ini secara serius kerana melibatkan pembelian rumah yang dianggap sebagai pelindung, tetapi ramai yang sudah tertipu apabila pembinaan rumah yang dibeli itu tidak siap dibangunkan lagi.
“Rata-rata yang membuat pinjaman rumah juga bukanlah daripada kalangan orang berpendapatan tinggi dan potongan gaji pula sudah dilakukan sejak kira-kira lima tahun lalu, namun apa yang dijanjikan tidak dilunaskan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Pada 22 Januari lalu, CUEPACS mendedahkan lebih 60 peratus penjawat awam terutamanya golongan muda menjadi mangsa penipuan pelbagai kes sejak beberapa tahun lalu, antaranya membabitkan kes pembelian rumah tidak siap, kad kredit, sindiket gores dan menang serta kegiatan perniagaan jualan langsung (MLM).
Bagaimanapun, kes melibatkan pembelian rumah tidak siap diberi keutamaan kerana membabitkan jumlah yang besar serta memberi harapan palsu kepada pembeli yang mengidamkan sebuah kediaman untuk sama ada membina keluarga atau sebagai tempat perlindungan.
Sementara itu, beliau tidak menafikan sikap orang Melayu sendiri yang mengambil langkah lepas tangan dan terlalu bergantung kepada pihak yang lain sebagai antara punca berlakunya penipuan tersebut.
“Mereka yang tertipu ini mudah percaya kepada orang lain kerana tidak mengambil inisiatif untuk memantau sendiri perkembangan terhadap rumah yang dibeli, sehinggalah sudah berasa sesak, barulah hendak bertindak,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, nasib orang Melayu pada masa akan datang juga agak tidak stabil apabila tinjauannya mendapati terdapat dua buah keluarga menetap dalam sebuah rumah teres ekoran kesempitan hidup.

5 ulasan:
Pihak pembeli perlu mengetahui dengan lebih mendalam mengenai undang-undang, apabila mendapati rumah mereka seperti terbengkalai, perlu membuat surat kepada pihak pemaju untuk memberikan penjelasan, sekiranya dalam tempoh 2 minggu hingga 1 bulan pemaju tidak memberikan sebarang penjelasan yang sewajarnya, serta tiada tanda-tanda kerja-kerja pembinaan dilakukan semula, para pembeli perlu merujuk kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya pemaju mengembalikan wang mereka semula atau kerja-kerja pembinaan dilaksanakan semula oleh pemaju, atau pemaju menyerahkan projek kepada pemaju lain dengan kos belian oleh pembeli rumah adalah sama dengan harga sebelum ini tanpa ada sebarang bayaran lain.
Para pembeli rumah perlu faham, sekiranya tiada tuntutan dibuat selepas 6 tahun kepada pemaju selepas tarikh sepatutnya rumah itu siap, maka dalam istilah undang-undang dipanggil Lapse of Time, atau Luput Masa di mana tiada tuntutan boleh dibuat kerana pembeli seolah-olah merelakan perkara ini terjadi, malahan pemaju boleh membubarkan syarikatnya dan menyebabkan pembeli tiada tempat untuk mendapatkan semula wang jualan kerana syarikat itu telah tidak wujud.
Perlu diwujudkan undang-undang bahawa sekiranya terdapat projek perumahan yang terbekalai, walaupun pihak pemaju telah membubarkan syarikat pemaju itu, pemilik syarikat itu perlu menjelaskan semua perbelanjaan yang telah dilaksanakan oleh pembeli serta membayar gantirugi mengikut hari daripada tarikh mula rumah itu terbengkalai walaupun syarikat itu telah dibubarkan.
Undang-undang berhubung perkara ini perlu segera dibentuk untuk mengelakkan pemaju lepas tangan, sudah dapat duit dari pembeli melalui bank, kemudian biar rumah terbengkalai, lepas tu bubarkan syarikat, dia dah bebas tak perlu bayar apa-apa kerana syarikat itu dah bubar.
Pembeli perlu prihatin dengan projek perumahan mereka, jika ada tanda-tanda nak terbengkalai atau dah terbengkalai beberapa hari, maka perlu dapatkan penjelasan secara bertulis dan ini akan menjadi bukti di mahkamah untuk membolehkan pembeli menuntut semula wang yang telah mereka laburkan untuk beli rumah itu.
Pihak CEUPACS juga perlu mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung isu Penambahbaikan Skim dan kuarters di kawasan bandar kerana seperti telah dibuat-buat lupa oleh Najib dan kuncu-kuncu.
Kepimpinan CEUPACS perlu aktif dan janganlah bersikap lembab dalam menjalankan tugas, kerana tak guna berlagak macam hero bangkitkan isu yang tak ada kena mengena sangat dengan penjawat awam sedangkan isu kebajikan penjawat awam diketepikan kerana nak membodek Najib dan kuncu-kuncu.
Kalau nak bodek Najib dan kuncu-kuncu, sila letak jawatan dan jadi pecacai Najib dan kuncu-kuncunya, mana tau dapat gelaran Datuk Seri pula ke, diberikan jawatan pengarah dalam GLC, atau paling kurang dilantik jadi Pengerusi JKKK ke, adalah habuan sikit untukd diri sendiri.
realisasikan isu kenaikan elaun rumah jika benar benar memperjuangkan kebajikan penjawat awam
isu ini telah diwar warkan dalam paper berita harian,masyarakat telah ketahui dan mengatakan penjawat awam dapat kenaikan elaun rumah
tapi hakikatnya tiada kenaikan pun
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu, bagaimana keadaan anak dan istri. sesulitnya pada saat itu sampe saya di tinggalkan sama keluarga..karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> http://togelsingapu.blogspot.com
Kakitangan awam yang menjadi mangsa penipuan Najib dan kuncu-kuncu dengan kerjasama Yang Teramat Mulia DATUK Azih bin Muda dan kuncu-kuncu juga ramai yang Melayu.
Sudah berapa lama isu skim dan isu perumahan di kawasan bandar ditipu oleh Najib dan pegawai atasan? Dari pembentangan bajet 2015, hingga sekarang ini dah hampir separuh bulan Mac 2015, tetapi tak selesai juga hingga kini.
Saya berharap agar Yang Teramat Mulia Yang Berhormat DATUK Azih bin Muda dapat memberitahu kepada Najib bahawa sudah-sudahlah membohong kepada rakyat, kepada penjawat awam, jangan terlalu boros dengan ke luar negara untuk bermain golf atau bersuka ria dengan Rosmah, rakyat nampak semua ini, kesannya rakyat makin membenci kerajaan. Janganlah kerana disebabkan perangai Najib dan Rosmah maka kerajaan menjadi mangsanya.
Selain itu, penjawat awam juga jadi mangsa, banyak perbelanjaan di pejabat dipotong, beli aset pun disekat, biaya baik pulih pejabat pun banyak disekat, malahan ada sampai yang paksa penjawat awam guna wang sendiri dan tak boleh tuntut semata-mata untuk meramaikan program-program Najib sebab wang yang diperuntukkan kepada jabatan banyak disekat.l
Bak kata Tan Sri Rashid mantan Pengerusi SPR, "sudah-sudahlah membohong, buat kerja sendiri" kepada Najib adalah sangat tepat kenyataan itu.
Catat Ulasan