SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

24 Ogos 2015

CUEPACS MINTA KERAJAAN KAJI ELAUN PENJAWAT AWAM DI LUAR NEGARA

Bernama
24/8/2015



Datuk Azih Muda

ALOR SETAR, 24 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mengkaji semula elaun penjawat awam yang bertugas di luar negara.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata pelarasan itu perlu dilakukan dengan segera kerana kejatuhan nilai ringgit negara telah membebankan penjawat awam terlibat untuk menampung kos sara hidup.

Beliau berkata rata-rata mereka turut membawa ahli keluarga dan terpaksa membayar yuran pengajian anak serta pelbagai perkhidmatan lain sepanjang mereka berada di negara luar.

"Kita minta kerajaan kaji semula elaun penjawat awam di luar negara dengan segera. Kerajaan tidak perlu tunggu pembentangan belanjawan negara Okt ini kerana kita tidak mahu penjawat awam tertekan dengan bebanan kewangan.

"Kalau kerajaan negeri Johor dan Terengganu beri suntikan tambahan kepada pelajar tajaan mereka di luar negara disebabkan kos sara hidup meningkat kenapa tidak kerajaan (pusat) berbuat demikian kepada penjawat awam," katanya ketika ditemui pada Majlis Cuepacs bersama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di sini Isnin.

Azih berkata walaupun harga komoditi dan minyak jatuh, kerajaan masih mempunyai kewangan yang cukup hasil perolehan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk membantu penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya berharap kerajaan melaksanakan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,200 sebulan dan menyelesaikan isu 250 skim perkhidmatan awam.

Katanya pelaksanaan tersebut perlu dilakukan dengan segera bagi menyelesaikan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kita harap kerajaan dapat umumkan pada pembentangan belanjawan 2016 pada Okt ini. Kita juga harap kerajaan beri bonus sebanyak tiga bulan kepada penjawat awam," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azih berkata pihaknya meminta agar penjawat awam tidak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini.

Katanya perhimpunan seperti itu tidak membantu penjawat awam memperbaiki kehidupan mereka kepada yang lebih baik berbanding sebelum ini.

-- BERNAMA

14 ulasan:

zamri rahman berkata...

Sudah pasti penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 tidak sama sekali menyertai BERSIH 4.

Apa yang kita penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 harapkan adalah tingkatkan gaji minima kepada rm1200 serta anjakan gaji kepada yang sedang berkhidmat dalam gred sama,tingkatkan kadar elaun khidmat awam,tingkatkan kadar elaun sara hidup kerana golongan ini sangat sangat terkesan kos kehidupan masa kini(bukan hanya penjawat awam luar negara malah penjawat awam dalam Malaysia sangat merasai).

Tuntutan bonus 3 bulan kepada penjawat awam seperti yang disuarakan oleh wakil penjawat awam iaitu CUEPACS.

Sangat wajar diluluskan tuntutan ini kerana sesuai keadaan ekonomi negara yang kukuh,stabil dan teguh serta berada di landasan yang betul seperti mana KENYATAAN YANG TELAH DIBUAT OLEH Y.A.B PERDANA MENTERI MALAYSIA yang kita sayangi.

Justeru,kita penjawat awam pelaksana 1 dan 2 khasnya menyokong sepenuhnya segala usaha kerajaan dalam merancakkan pembangunan negara dengan ekonomi yang stabil,teguh dan kukuh serta berada di landasan yang betul.

Azhar Azhar berkata...

Asalam... Isu kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya sudah selesai sekian lamanya.. Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi perbelanjaannya telah memjadikan hidup penjawat awam semakin terhimpit Sepatutnya penyelarasan gaji telah lama dilakukan dengan kenaikan 13% bagi gred 27-38, 25% bagi gred 11-26, begitu juga dengan kenaikan tahunan dinaikkan dari RM80 ke RM115, RM145 ke RM195. Ramai penjawat awam yang gajinya telah sampai pengakhir gaji (langgar tembok) tetapi perkhidmatan masih ada 10-12 tahun. Ini satu kerugian bagi penjawat awam yg berkhidmat tanpa kenaikan gaji tahunan, ia juga mempengaruhi pencen penjawat awam tersebut. Kebelakangan ini pula kenaikan harga rumah mencapai 300% menyebabkan ribuan penjawat awam tidak mampu dan layak memiliki rumah kediaman untuk hari persaraan mereka. Ini amat mendukacitakan dan mengusarkan penjawat awam yg akan bersara beberapa tahun lagi. Ada juga penjawat awam yg bersara akan menjadi miskin tegar kerana jumlah pencen yg terlalu kecil. Ada sesetengah dari mereka terpaksa kerja sebagai jaga, pemandu teksi, buruh am, perkerja hotel dan sebagainya bagi menyara keluarga. Cuepacs mesti bertindak secepatnya bagi mengatasi masalah penjawat awam, kebajikan penjawat awam mesti diutamakan supaya prestasi penjawat awam sentiasa cemerlang dan berfikiran kelas pertama. Cuepacs mesti mendesak agar kenaikan gaji dan kebajikan penjawat awam diutamakan di dalam perbentangan bajet 2016 akhir bulan 10 nie...

zul karnain berkata...

Apa pun kita minta ceupacs fokoskan terlebih dahulu elaun kakitangan awam dalam negeri hingga selesai berbanding elaun kakitangan bertugas luar negara kerana kajian ini sudah lama dikaji.Soal kenaikan gaji juga diharap dapat di selesaikan dalam tempoh 4 hingga 5 tahun lagi bergantung kepada pendapatan negara,walau bagaimana pun sekiranya kerajaan mempunyai kewangan yang kukuh maka boleh dilaksanakan kenaikan gaji secara berperingkat terutama bagi kakitangan awam gred 54 dan kebawah.Isu bonus juga sangat dialu-alukan kerana ianya sudah menjadi kelaziman pihak kerajaan memberi sedikit durian runtuh bagi menampung perbelanjaan tahunan.Tahniah di ucapkan kepada semua pihak terutama sekali ceupacs yang sentiasa berdiri teguh di barisan hadapan dan pelbagai usaha untuk kesenangan semua kakitangan awam.Bajet 2016 nanti di harap sedikit sebanyak akan menyelesaikan sedikit masalah dari segi kewangan kakitangan awam.

Azhar Azhar berkata...

Zul karnain pemikiran kau dah ketinggalan zaman, org mintak naik gaji, kau mintak naik elaun... nampak benar ketinggalannya...

din berkata...

Harapan tinggal harapan.......mana boleh gaji naik kan nanti barang naik,,,,,

din berkata...

Saya cadangkan pada tuan2 yang memberi cadangan di atas supaya hentikan mencadang itu dan ini untuk kenaikan gaji dan elaun......lebih baik tuan2 fikirkan bagaimana nak dapat pendapatan sampingan dengan cara terbaik dengan tidak menjejaskan kerja utama yang tuan jalankan.Kalau kerja sampingan itu lebih baik hasilnya,boleh kita berhenti terus dan berusaha mempermajukan lagi bisness kita itu.Untuk tujuan itu,tuan2 boleh mengikuti bengkel2 usahawan dan sebagainya.Saya beri pendapat ini kerana saya melihat sekian lama kakitangan peringkat bawah gred 40 senentiasa berada dalam keadaan tertekan dalam segala aspek baik dari segi kerja dan kewangan.Tambahan pada masa sekarang gaji yang diperolehi sangat2 tidak mencukupi dalam kehidupan sekarang di mana nilai pendapatan balik sangat rendah berbanding nilai keperluan asas.Setiap kali kita menyuarakan pendapat dalam ruangan ini atau cadangan hanya membuatkan kita rasa marah dan hampa dengan keputusan yang kita perolehi..kerana dari dulu lagi sehingga kini kita senantiasa mengharap dan terus mengharap, mengemis dan terus mengemis atas ikhsan majikan kita agar keperitan yang kita lalui dapat di selesaikan...Pemasalahan kita tak akan dapat diselesaikan oleh sesiapa...kita kena bangkit dan berusaha secara sendirian untuk menghadapi cabaran dimasa kini yang sangat mencabar.sekian wasalam

zul karnain berkata...

saya berpandukan tajuk di atas iaitu ceupacs minta kerajaan kaji elaun kakitangan bertugas luar negara.Cadangan saya supaya fokos dahulu elaun kakitangan awam dalam negara hingga selesai.Soal kenaikan gaji memang semua kakitangan awam mengharap dan tidak terkecuali.

din berkata...

sepatutnya cuepacs selesaikan masalah2 dlm negara. Dlm negara pun banyak masalah...ni cuba nak selesai masalah luar negara. saya nak tanya berapa ramai penjawat awam yg bertugas di luar negara menjadi ahli cuepacs? Kebanyakan ahli cuepacs merupakan penjawat awam yg bertugas dlm negara. sdr azih muda tolong fokus kpd masalah dlm negara

zamri rahman berkata...

cadangan serta pendapat yang dilontarkan oleh setiap individu bukanlah HARAM untuk disuarakan,malah ia ke arah keberkesanan setiap mesej terdahulu.

Jika cadangan dan pendapat tidak boleh diutarakan,kenapa tidak dilontarkan isu ini terhadap kepimpinan tertinggi kerana mereka juga memberi cadangan dan pendapat..

Soal membuat kerja luar usah dinafikan,saya yakin setiap penjawat awam melakukan kerja tambahan termasuk berniaga untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Saya yakin,mereka yang bersuara seperti 11.20am 26 ogos adalah bukan penjawat awam tulen.

Bebas untuk memberi cadangan mahupun pendapat atau mengingatkan jika lupa kerana ia bukanlah HARAM.Jika pihak 11.20am 26 ogos tidak suka dengan cadangan dan pendapat dalam ruangan ini tidak perlu baca.

Saya ucapkan terima kasih kepada blog cuepacs atas cadangan menyediakan ruangan ini sebagai wadah penjawat awam menyuarakan sesuatu tuntutan.

Malaysiaku Tercinta,penjawat awam berhak bersuara.

zul karnain berkata...

Saya juga ingin memberi cadangan tambahan kod ceupacs:-

1.pihak ceupacs mesti berbincang semula dgn bank negara supaya pinjaman peribadi ditetapkan semula kpd tempoh maksimun byrn balik selama 15 tahun dan kadar interes mestilah lebih rendah dari sekarang.

2.Pihak ceupacs juga mestilah berbincang dgn kerajaan supaya setiap penjawat awam yg berhidmat lebih 10 mestilah diberi peluang memiliki rumah kos rendah dgn syarat gaji mereka kurang dari rm 4000 dan mereka tidak mempunyai rumah sendiri.

Seo Sea berkata...

Potongan Gaji Penjawat Awam Untuk Bayaran PTPTN. Setuju atau Tidak. Kronologi Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ. Daripada Dakwaan Fitnah Bertukar Kepada Perakuan Derma. here are options berita, berita harian, berita terkini, berita malaysia, harian metro or sinar harian.

Mohd Asmaddie berkata...

Yang di dalam negara ni belum selesai dah nak pikir luar negara mengarut semua ni....

zamri rahman berkata...

Mana jawapan KSN berkenaan isu GST terkesan kepada penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2,sebab KSN mengatakan akan melihat kesannya pada julai 2015.Adakah telah lenyap isu ini ? Ini juga merupakan imej seorang pegawai awam yang membuat kenyataan untuk penjawat awam sendiri.

Berkenaan gaji minima RM1200 katanya akan dilaksanakan pada hujung tahun ini untuk gred N11 wajib dikotakan oleh pihak berkaitan kerana ia juga merupakan imej perkhidmatan awam sekiranya kenyataan dibuat tetapi tindakan tidak dilaksana.

Imej perkhidmatan awam bukan hanya kenyataan semata mata malah wajib dilaksanakan dengan tindakan atau keputusan atau jadikan ianya realiti.

Begitu juga kadar elaun pelaksana 1 dan 2 sudah tidak relevan buat masa kini serta wajar di tingkatkan seperti mana pelaksana 1 dan 2 meningkatkan produktiviti dari masa ke semasa.

Kita berpegang kepada kenyataan PM kebelakangan ini bahawa ekonomi negara kukuh,stabil,teguh dan berada dilandasan yang betul.Tiada halanganlah untuk luluskan tuntutan penjawat awam seperti yang disuarakan oleh wakil cuepacs.

Mahmood Adam berkata...

itulah perlunya kesatuan sekerja yang spesifik untuk sesuatu skim. kalau nak harapkan cuepacs, mimpi la. yang menyedihkan, skim2 yang kononnya "gunasama" yang bernaung bawah JPA pun, masih tak ada sebarang penambahbaikan. nak buat camana, JPA yang dibolot oleh PTD tu hanya fikirkan tembolok mereka sahaja. kalau macam tu baik semua skim gunasama ni dikeluarkan dari JPA dan diwujudkan jabatan mereka sendiri untuk mentadbir skim mereka disamping menjaga dan menguruskan kebajikan mereka.

aku rasa cuepacs hentikanlah mendesak kerajaan untuk naik gaji, bonus berbulan-bulan dan sebagainya. kerajaan dah tak mampu dari segi kewangan. jadi apa yang cuepacs boleh mintak adalah dengan mengurangkan waktu bekerja, samada kurangkan jam pada setiap hari, ataupun kurangkan sehari dalam seminggu. samada sehari bekerja 8 jam termasuk waktu rehat, ataupun seminggu bekerja 4 hari. tak guna bekerja bagai nak rak, tapi tak ikhlas kerana jiwa asyik merungut tentang gaji yang tak pernahnya cukup.

berbalik kepada isu elaun bagi mereka yang bertugas di luar negara, seharusnya kerajaan membayar gaji dan elaun kepada mereka berdasarkan nilai matawang negara tersebut. sekiranya terlalu tinggi, maka letakkan had siling. sebagai contoh, sekiranya ketika dia bertugas di malaysia, gaji pokok rm2000, elaun semua bagai lebih kurang rm1000, apabila berkhidmat di luar negara, gunakan angka 2000 dan 1000 tersebut berdasarkan nilai matawang sana. sekiranya dia bertugas di kedutaan malaysia di tokyo, maka bayarlah gajinya menjadi 200,000 yen manakala elaun 100,000 yen. JPA, wisma putra yang dipenuhi dengan PTD PTD bijak pandai pembuat dasar cream of the cream dan masuk bakul angkat sendiri tu seharusnya bijak dalam memikirkan hal sebegini.